Berita Malaysiakini:
Hassan Karim cabar pemimpin PKR kuatkan semula parti
Sumber berita:
malaysiakini.com/news/691837
Berikut adalah laporan berita “Malaysiakini” versi Bahasa Melayu yang
diterbitkan pada 2 Januari 2024 jam 08:00, dengan tajuk "Hassan Karim
cabar pemimpin PKR kuatkan semula parti". Media internet ini juga telah
menerbitkan (pada jam 08:01 dan 09:05 pada hari yang sama) kandungan
yang serupa (dengan beberapa penekanan yang beza) dalam versi Bahasa
Mandarin, bertajuk "忧下届大选或输剩15国席,哈山卡林促公正党速备战" dan dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk "Nurul Izzah, Rafizi must take bold steps to rejuvenate PKR – MP".
Hassan Karim mencadangkan dua strategi persediaan pilihan raya yang
berkesan kepada kepimpinan PKR:
(1) Pemimpin PKR, terutama Nurul Izzah, harus memikul tanggungjawab untuk
menguatkan semula parti dan merampas kembali kerusi parlimen yang tewas
dalam pilihan raya sebelumnya.
(2) TImbalan Presiden PKR, Rafizi, dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik
Ahmad, seharusnya meninggalkan kerusi kawasan selamat dan kembali
bertanding di negeri asal masing-masing.
Walaupun kami setuju dengan kesahihan cadangan Hassan Karim di atas
keprihatinan beliau terhadap parti, namun ianya masih tidak sempurna dan
menyeluruh. Jika PKR masih enggan menamakan calon bukan Melayu atau bukan
Muslim yang berwibawa di kawasan bandar dan campuran dengan adil dan
wajar, kemungkinan PKR hilang kerusi dalam pilihan raya akan datang akan
semakin besar. Adakah Hassan Karim, ahli-ahli akar umbi PKR
serta rakyat pelbagai etnik setuju dengan pandangan tersebut?
Berita penuh versi Bahasa Melayu "Malaysiakini" tersebut tertera seperti
di bawah:
Dengan Anwar Ibrahim kini mengetuai pentadbiran negara, pemimpin PKR Hassan Karim mencabar pemimpin utama lain dalam parti itu perlu mengambil langkah berani ke arah menguatkan semula PKR.
Hassan mencadangkan Nurul Izzah Anwar selaku naib presiden parti untuk
mengetuai usaha merampas semula kerusi yang hilang dalam PRU sebelum ini,
termasuk kerusinya sendiri iaitu Permatang Pauh.
Nurul Izzah |
Melihat kembali keputusan PRU15, di mana kerusi Parlimen PKR berkurang
daripada 49 kepada 31 kerusi, Hassan berkata timbalan presiden Rafizi
Ramli dan naib presiden Nik Nazmi Nik Ahmad untuk kembali ke negeri asal
mereka, iaitu Terengganu dan Kelantan, dan bertanding di sana dalam PRU
akan datang.
Nik Nazmi Nik Ahmad |
Ketika itu, Salahuddin tewas di tangan penyandangnya, iaitu Pengerusi
Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed. Namun Salahuddin menang di situ pada PRU
2018 dan juga pada tahun lalu.
Menurut Hassan, PH kemudian mempertahankan kerusi itu pada PRK pada
September lalu - susulan kematian Salahuddin - menerusi Naib Pengerusi
Amanah Johor Suhaizan Kaiat.
Rafizi Ramli |
"Perlu ingat PKR pernah menang di Parlimen Kemaman pada PRU 1999," kata
Hassan yang merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.
"Nik Nazmi juga perlu berani menerima cabaran dan mengambil risiko untuk
pulang ke negeri asalnya, Kelantan untuk memimpin medan perang pilihan
raya di negeri itu dengan kesedaran bahawa PKR menang tiga kerusi Parlimen
di Kelantan pada 1999, iaitu Kota Bahru, Ketereh dan Tanah Merah," katanya
lagi.
Anwar Ibrahim |
Kemerosotan itu turut terjadi di Selangor yang merupakan "benteng kebal"
PKR sejak 2008, katanya lagi.
Hassan berkata tanpa strategi yang ampuh untuk menghadapi PRU16, PKR
berisiko hilang separuh lagi kerusi Parlimen miliknya, termasuk di Tambun
yang dipegang Anwar.
"(Jika) presiden PKR (Anwar) hanya ada sekitar 15 kerusi Parlimen, ketika
itu adakah parti-parti politik lain masih sudi untuk memilih Anwar menjadi
perdana menteri bagi penggal keduanya?" soalnya lagi.
0 comments:
Post a Comment