Cadangan Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat
kepada pengundi seluruh negara untuk PRN dan PRU
Sumber: sahabatrakyatmy.blogspot.com
Sebagai sebuah platform yang memperjuangkan pemikiran demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, setelah melakukan perbincangan yang teliti berhubung pilihan raya yang bakal menjelang, dalam mesyuarat bulanan pada 28 Jun 2026, telah membuat keputusan berikut dan mengumumkannya kepada khalayak ramai
Cadangan kepada rakyat untuk PRN & PRU:
Tolak Politikus Lapuk. Tolak Politikus Putar Belit.
Pilih Kancil! Pilih Penggerak Perubahan!
Bersama Hentikan Ketidakadilan dan Ketidaksamarataan.
Seiring Majukan Demokrasi dan Kepelbagaian.
Mesyuarat juga memutuskan bahawa, demi memudahkan para pengundi dan para netizen di seluruh negara untuk memahami cadangan di atas dengan lebih menyeluruh, kami akan mengemukakan semula dua himpunan dokumen yang pernah kami terbitkan sebelum ini, iaitu pertama, Pandangan kami terhadap Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat, serta kedua, pendirian kami terhadap pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil sejak PRU-12, sebagai bahan rujukan untuk pertimbangan dan tindakan sendiri oleh rakyat:
(1)Dokumen mengenai pandangan kami terhadap Anwar dan PKR
❶ Pada Februari 2021, Sahabat Rakyat menerbitkan dialog antara Sahabat Rakyat dan seorang pemimpin parti demokratik mengenai perkembangan PKR dan situasi politik negara: “Tafsiran dan pandangan Sahabat Rakyat terhadap perkembangan baharu Anwar - Dialog dengan seorang pemimpin politik ”
❷ Pada Januari 2021, Sahabat Rakyat menerbitkan wawancara dengan Hassan Karim mengenai perkembangan PKR dan situasi politik negara: “Bagilah peluang kepada Anwar dan Pakatan Harapan, Harap Anwar jelas bezakan kawan dan lawan, serta mempertahankan hajat asal - Dialog Hassan Karim dengan Sahabat Rakyat ”
(2)Himpunan dokumen mengenai pendirian kami terhadap PRU, PRN dan Pilihan Raya Kecil sejak PRU Ke-12
❶ Mei 2024, kenyataan mengenai Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu: “Wahai pengundi Kuala Kubu Bharu: Jom mengundi, Undi rosak, Menyanggah PH! Menolak PN!!”
❷ Ogos 2023, kenyataan mengenai Pilihan Raya Negeri 6 negeri: “Cadangan mengundi kepada pengundi dalam PRN 6 Negeri”
❸ 2022, kenyataan sempena Pilihan Raya Umum ke-15: “5 Cadangan dan 2 Pilihan Dalam PRU Ke-15”
❹ November 2021, seruan terbuka kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri Melaka: “Keluar mengundi pada 20 Nov, Pilih wakil rakyat yang bantah hegemoni perkauman!”
❺ September 2021, kenyataan penting sempena ulang tahun ke-20 Sahabat Rakyat (2001–2021): “Bertekad Menolak Pemerintahan Hegemoni Perkauman, Menghalang Kepulangan Umno Yang Angkuh Dan Merajalela”
❻ September 2020, sempena ulang tahun ke-19 Sahabat Rakyat, pandangan terhadap situasi politik negara: “Masa Depan Bangsa-bangsa Tertindas Negara Kita Tertakluk Kepada Penyatuan Semua Bangsa Dalam Menentang Pemerintahan Hegemoni Melayu”
❼September 2018, pandangan terhadap situasi politik selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14: “Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen! Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme!”
❽ 2018, pandangan terhadap Pilihan Raya Umum ke-14: “'5•09'Rakyat Sehati Buang Sampah! - Menentang Pemerintahan Hegemoni UMNO! Mencegah Mahathir Kembali Berkuasa!”
❾ Oktober 2012, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, menerbitkan seruan terbuka kepada pengundi bersama HINDRAF Johor: “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!”
❿ 2008, seruan terbuka kepada pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-12: “Undilah Parti Pembangkang Untuk Reformasi Negara, Tunjukkan rasa benci terhadap parti berkuasa dengan undi rosak”










0 comments:
Post a Comment