Kenyataan Sahabat Rakyat Working Committee
5 Cadangan dan 2 Pilihan
Dalam PRU Ke-15
Dalam PRU Ke-15
【Klik Untuk Muat Turun Kenyataan dalam BM | Klip Audio Penuh | Klip Audio Ringkas】
点击箭头聆听内容: |
Menjelang PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, kami (dikenali sebagai SUARAM cawangan Johor Bahru pada masa itu) menerbitkan seruan terbuka kepada semua pengundi yang bertajuk “Undilah Parti Pembangkang Untuk Reformasi Negara, Tunjukkan Rasa Benci Terhadap Parti Berkuasa Dengan Undi Rosak”.
Menjelang PRU Ke-13 pada 5 Mei 2013, kami Bersama-sama dengan HINDRAF Johor menerbitkan seruan terbuka kepada pengundi yang bertajuk “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!”.
Menjelang PRU ke-14 pada 9 Mei 2018, kami sekali lagi berkongsi pandangan kami tentang bagaimana hendak mengundi dengan menerbitkan kenyataan yang bertajuk “ ‘509’ Rakyat Sehati Buang Sampah! - Menentang Pemerintahan Hegemoni UMNO! Mencegah Mahathir Kembali Berkuasa!”.
Selain daripada itu, kami juga menerbitkan kenyataan penting yang bertajuk “Bertekad Menolak Pemerintahan Hegemoni Perkauman, Menghalang Kepulangan Umno Yang Angkuh Dan Merajalela” pada Bulan September tahun lepas sempena Ulang Tahun ke-20 Sahabat Rakyat (2001-2021).
Sebagai sebuah pertubuhan yang memelihara dan memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di negara kita, kami tidak pernah berganjak daripada pendirian politik yang jelas dan terang, iaitu menentang pemerintahan Hegemoni Perkauman Melayu yang dilaksanakan oleh UMNO, terutamanya menentang “Mahathirism” yang dilaksanakan secara degil oleh Mahathir.
5 Cadangan Kepada Pengundi
Menjelang PRU kali ini, kami tidak bercadang untuk berpanjang lebar, kami dengan rendah diri mengemukakan cadangan berikut kepada Rakyat seluruh Malaysia:
1. Menolak calon daripada Parti mono etnik.
2. Menolak calon yang menganjurkan “Ketuanan Bumiputera” atau “Hak Istimewa Melayu”.
3. Menolak calon yang mempunyai fahaman keagamaan yang ekstrem.
4. Menolak calon yang mempunyai fahaman perkauman yang terlampau.
5. Menolak calon yang melakukan jenayah seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dll
2 Pilihan Selepas PRU
Adalah diharapkan bahawa pengundi semua bangsa di seluruh negara membebaskan diri daripada terus dimanipulasi oleh golongan politikus berambisi liar dan orang-orang suruhan mereka yang asyik dengan kuasa dan kepentingan peribadi, dan memilih Ahli Parlimen dan ADUN yang boleh dipercayai dan diamanahkan tanggungjawab berat dengan kebijaksanaan politik dan pertimbangan bebas sendiri, dan memastikan/mewajibkan Ahli Parlimen dan ADUN yang terpilih ini memperjuangkan dengan tegas demi kepentingan umum dan aspirasi jangka panjang rakyat semua bangsa. Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
1. Dalam keadaan kekuatan demokrasi progresif belum kukuh, membentuk Barisan Bersatu Pembangkang (di peringkat pusat dan negeri) yang bersandar padu pada kekuatan rakyat lapisan bawahan semua bangsa, dan berusaha gigih dalam memperjuangkan pemansuhan sistem sosial sekarang yang mengasingkan rakyat kepada “bumiputera dan bukan bumiputera” yang jelas berunsur diskriminasi kaum.
2. Dalam keadaan kekuatan demokrasi progresif telah berkembang kuat, membentuk Kerajaan Bersatu Demokratik (kerajaan pusat dan negeri) yang berusaha memansuhkan dasar-dasar yang berbaur diskriminasi kaum dalam satu tempoh yang tertentu, dan bukan berpuas hati sekadar “kerajaan tadbir urus baik” (good governance) yang dikhutbahkan oleh sesetengah pihak.
Tidak pernah wujud Superhero dalam dunia kita, hanya rakyat tertindas yang dapat menyelamatkan sendiri.
Sahabat Rakyat Working Committee
31 Oktober 2022
Dalam mesyuarat bulanan yang dijalankan secara atas talian pada 30 Oktober 2022, pukul 3-5 petang, Sahabat Rakyat Working Committee telah meluluskan kenyataan "5 Cadangan dan 2 Pilihan Dalam PRU Ke-15". kenyataan ini diumumkan bersama oleh 9 orang ahli jawatankuasa. Gambar diatas diambil ketika kenyataan tersebut diumumkan.
Barisan depan dari kiri, Goh Chee Horng, anggota presidium Chan Jock Lan dan Nyam Kee Han, Mohd Nasir Qin; Barisan belakang dari kiri: Chen Xin @ Tan Seng Hin, anggota secretariat Yong Siew Lee, Cheng Lee Whee dan Ang Pei Shan, Liang Peck Kuan. (seorang lagi anggota Presidium, Choo Shinn Chei, dan ahli jawatankuasa yang lain tidak dapat hadir kerana berada di tempat lain).
0 comments:
Post a Comment