Pandangan Sahabat Rakyat tentang bagaimana hendak mengundi pada 509
“509”Rakyat Sehati Buang Sampah!
“509”Rakyat Sehati Buang Sampah!
- Menentang Pemerintahan Hegemoni UMNO!
Mencegah Mahathir Kembali Berkuasa!
【Teks di bawah diterjemahkan dari versi asal bahasa cina yang diterbitkan pada 6hb Mei 2018. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Cina yang asal, versi Bahasa Cina akan diguna pakai.】
Berdasarkan kandungan dan semangat "Pandangan Sahabat Rakyat Terhadap Pilihan Raya Umum ke-14" yang dikeluarkan pada 24 September 2017 serta keadaan politik dalam dan luar negara, Sahabat Rakyat ingin mengemukakan cadangan berikut berkenaan bagaimana pemilihan pada 9 Mei nanti untuk rujukan pengundi seluruh negara:
(1) Pada hari pengundian (9 Mei), rakyat seluruh negara sama-sama jangan memberi undi kepada calon-calon UMNO dan MCA, MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) lain yang didominasi oleh UMNO, dan juga tidak mengundi Mahathir dan calon-calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (yang bertanding di bawah banner Parti Keadilan Rakyat (PKR) [iaitu menolak Mahathir menjadi Perdana Menteri masak semula"(terjemahan langsung dari frasa Cina" huiguoshouxiang "(回锅首相), yang bermaksud kembali kepada kuasa sebagai Perdana Menteri). Ini adalah kerana --
Sejarah moden dunia membuktikan bahawa untuk merebut kuasa dan kekayaan antara satu sama lain, wakil-wakil pelbagai puak dalam kelas memerintah, terutama setelah kehilangan pengaruh asal mereka, sering menipu sokongan massa dengan cara apa sekalipun untuk melindungi kedudukan dan kepentingan mereka sendiri. Di bawah sistem parlimen yang sedia ada, untuk memperoleh kuasa dan kekayaan, semua politikus oportunis juga akan sengaja menipu rakyat, seperti pemimpin politik kumpulan pemerintah, untuk mencapai niat sempit kepentingan diri mereka. Walau bagaimanapun, tidak kira pemimpin politik kelas pemerintah atau politikus oportunis, mereka semua bertindak mengikut kepentingan, aspirasi, dan tuntutan kelas, klik, keluarga, dan diri mereka. Akhirnya, mereka pasti akan berada di kedudukan bertentangan dengan rakyat.
Pergerakan anti-penjajah di Singapura telah menerima penyusupan dan kawalan ahli politik ganas dan ambisi, Lee Kuan Yew pada 1950-an hingga 1960-an, malahan turut membantu Lee Kuan Yew untuk menubuhkan People Action Party (PAP) dan menyokong Lee Kuan Yew dan PAP untuk memperoleh kuasa memerintah. Bagaimanapun, selepas Lee mengambil alih kuasa, dia dengan tanpa belas kasihan telah menghancurkan pemimpin sebenar rakyat jelata dan akhirnya menghapuskan secara menyeluruh kekuatan organisasi pergerakan massa. Pada masa genting ini, parti politik, pertubuhan dan individu yang mendorong maju gerakan reformasi demokratik di negara kita harus mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah Singapura ini.

- (i) Pemerintahan hegemoni UMNO (iaitu kerajaan Parti Perikatan dan kerajaan Barisan Nasional) merupakan punca kepada penindasan dan diskriminasi rasis yang dialami oleh rakyat semua bangsa di Malaya dan kemudiannya Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1957;
- (ii) Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2003) pada tempoh paling genting dalam pemerintahan hegemoni UMNO, dia merupakan dalang utama kepada musibah yang dialami oleh rakyat Malaysia.
- (i) Walaupun pemimpin 3 parti asal Pakatan Harapan (terutamanya DAP) terburu-buru hendak menawan Putrajaya selepas berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN di Parlimen, namun majoriti ahli akar umbi dan penyokong mereka merupakan golongan tertindas yang dianiaya oleh pemerintahan hegemoni UMNO, golongan ini kebanyakannya mempunyai aspirasi dan tuntutan berlainan tahap dalam pembaharuan sosial dan peningkatan keadaan hidup;
- (ii) Hanya massa merupakan kekuatan pembaharuan sosial yang boleh dipercayai. Pemimpin politik negara kita sebenarnya adalah "ahli politik" dan "petualang politi sepenuh masa" hasil daripada sistem politik berparti dan sistem pilihan raya berparlimen negara kita, mereka bukanlah seseorang yang benar-baner boleh diharapkan dalam pembaharuan negara dan masyarakat atau meningkatkan taraf hidup rakyat;
- (iii) Kita mesti berjuang bersama dan berdasarkan kepentingan, aspirasi dan tuntutan rakyat jelata. Kita juga harus bersama-sama menyimpulkan pengalaman dan mengambil iktibar pengajaran positif dan negatif daripada amalan supaya dapat menjamin kemenangan diikuti dengan kemenangan yang lain.
Sejarah moden dunia membuktikan bahawa untuk merebut kuasa dan kekayaan antara satu sama lain, wakil-wakil pelbagai puak dalam kelas memerintah, terutama setelah kehilangan pengaruh asal mereka, sering menipu sokongan massa dengan cara apa sekalipun untuk melindungi kedudukan dan kepentingan mereka sendiri. Di bawah sistem parlimen yang sedia ada, untuk memperoleh kuasa dan kekayaan, semua politikus oportunis juga akan sengaja menipu rakyat, seperti pemimpin politik kumpulan pemerintah, untuk mencapai niat sempit kepentingan diri mereka. Walau bagaimanapun, tidak kira pemimpin politik kelas pemerintah atau politikus oportunis, mereka semua bertindak mengikut kepentingan, aspirasi, dan tuntutan kelas, klik, keluarga, dan diri mereka. Akhirnya, mereka pasti akan berada di kedudukan bertentangan dengan rakyat.
Pergerakan anti-penjajah di Singapura telah menerima penyusupan dan kawalan ahli politik ganas dan ambisi, Lee Kuan Yew pada 1950-an hingga 1960-an, malahan turut membantu Lee Kuan Yew untuk menubuhkan People Action Party (PAP) dan menyokong Lee Kuan Yew dan PAP untuk memperoleh kuasa memerintah. Bagaimanapun, selepas Lee mengambil alih kuasa, dia dengan tanpa belas kasihan telah menghancurkan pemimpin sebenar rakyat jelata dan akhirnya menghapuskan secara menyeluruh kekuatan organisasi pergerakan massa. Pada masa genting ini, parti politik, pertubuhan dan individu yang mendorong maju gerakan reformasi demokratik di negara kita harus mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah Singapura ini.
0 comments:
Post a Comment