Saturday 9 October 2021

BERTEKAD MENOLAK PEMERINTAHAN HEGEMONI PERKAUMAN, MENGHALANG KEPULANGAN UMNO YANG ANGKUH DAN MERAJALELA - Pandangan terhadap keadaan politik negara sempena meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Sahabat Rakyat

BERTEKAD  MENOLAK 
PEMERINTAHAN HEGEMONI PERKAUMAN, 
MENGHALANG KEPULANGAN UMNO 
YANG ANGKUH DAN  MERAJALELA

Pandangan terhadap keadaan politik negara sempena meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Sahabat Rakyat 

◆JAWATANKUASA SAHABAT RAKYAT  ◆

Teks di bawah diterjemahkan dari versi asal dalam bahasa Cina yang diterbitkan pada 29 September 2021. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Melayu dengan versi asal Bahasa Cina, versi Bahasa Cina akan diguna pakai.



Tahun ini genap 20 tahun sejak Sahabat Rakyat ditubuhkan pada 9 September 2001. Sebagai kumpulan dan platform bertujuan mempromosikan fahaman demokrasi dan hak asasi manusia sejati dalam gerakan reformasi demokratik negara kita, kami sentiasa cuba sehabis baik untuk mengemukakan pandangan kami mengenai perubahan dan ciri-ciri khas keadaan politik tempatan untuk tatapan individu, pertubuhan dan parti demokratik .

Penerbitan artikel sempena ulang tahun ke-20 ini ditangguhkan selama 20 hari untuk memberi ruang kepada perkembangan terkini perubahan rejim negara kita (dari kerajaan Muhyiddin kepada kerajaan Ismail Sabri) sehingga suatu keadaan yang secara relatifnya lebih jelas, stabil dan boleh dipercayai wujud, agar pandangan kami mengenai keadaan politik semasa lebih relevan.

Artikel ini akan diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Versi bahasa Cina diterbitkan pada hari ini (29 September). Kesemua Ahli Jawatankuasa Sahabat Rakyat adalah rakyat biasa yang perlu bertungkus-lumus mencari rezeki setiap hari, pada masa yang sama mengorbankan masa dan tenaga secara sukarela untuk kerja-kerja Sahabat Rakyat. Oleh itu, kami tidak dapat menyelesaikan penterjemahan bahasa Melayu dan Inggeris dengan cepat. Versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hanya dapat diterbitkan pada pertengahan bulan depan.

Berikut merupakan teks penuh artikel ini.

1)Klik Hegemoni Perkauman Melayu Masih Merupakan Sasaran Perjuangan Rakyat Jelata Pelbagai Kaum Selepas PRU ‘509’

Pada pilihan raya umum ‘509’ tahun 2018 yang lepas, rejim pemerintah BN yang diketuai Umno tumbang akibat ribut kencang reformasi demokratik rakyat. Para ‘reformis demokratik’ yang menjunjungkan ‘moderasi berpragmatik’ bersorak “’Era peralihan kerajaan’ sudah sampai!”. Malah ada juga segelintir ‘revolusioner’ yang menguar-uarkan ‘pembaikan politik’ menjerit “rejim perkauman dan korupsi telah runtuh!". Namun, sepanjang 39 bulan setelah pilihan raya umum, Malaysia telah tukar kerajaan sebanyak tiga kali:
  • Kali Pertama: BN UMNO kecundang dalam PRU, Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan PH dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan hanya memerintah selama 22 bulan.
  • Kali Kedua: Muhyiddin berjaya meraih jawatan Perdana Menteri melalui aksi "Rampasan Kuasa Sheraton", dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpini beliau berjaya mendirikan kerajaan Perikatan Nasional, dan cuma bertahan selama 17 bulan.
  • Kali Ketiga: Muhyiddin dilucutkan jawatan akibat desakan UMNO, UMNO kembali berkuasa dalam Kerajaan Persekutuan, dan Ismail Sabri yang selaku timbalan pengerusi UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, kerajaan baharu “Keluarga Malaysia” dibentuk.
Ini membuktikan bahawa: (1) Perjuangan reformasi demokratik Malaysia terencat dan mengalami kemunduran disebabkan keghairahan para pemimpin Pakatan Harapan untuk merampas kuasa dengan menyambut baik dan mengangkat-angkat Mahathir yang licik. Mahathir yang kembali sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan hanya menuai hasil perjuangan demokratik rakyat jelata, malah berhasrat untuk menundukkan dan menguasai semula klik pemerintah hegemoni Melayu; (2) "Langkah Sheraton" Februari 2020 dan perkembangan politik seterusnya menampakkan klik pemerintah hegemoni UMNO yang telah kehilangan kuasa memerintah dalam PRU ke-14 masih tidak mahu mengaku kalah, dan berpakat dengan "rakan seperjuangan" Mahathir (merujuk kepada Muhyiddin dan Azmin) yang mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri, untuk merampas kuasa secara diam-diam daripada Mahathir yang angkuh.

Sempena meraikan ulang tahun ke-19 penubuhan Sahabat Rakyat, kami pernah menerbitkan artikel bertajuk “Masa Depan Bangsa-bangsa Tertindas Negara Kita Tertakluk Kepada Penyatuan Semua Bangsa Dalam Menentang Pemerintahan Hegemoni Melayu”, kami menyatakan bahawa:
  • (1) Hasil perjuangan gerakan demokratik sehingga PRU ke-14 telah dituai dan dirampas oleh klik Mahathir dan kelompok Muhyiddin. Massa rakyat berasa amat sedih dan marah!
  • (2) Hubungan politik dalam negera sekarang masih berada dalam peringkat di mana kaum tertindas dan kelas tertindas (termasuk Kaum Melayu, Cina, India, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak, dll.) menentang perhambaan dan penindasan oleh kelas kapitalis Melayu dan kelompok bangsawan feudal.
  • (3) Klik Mahathir merupakan wakil kepada kepentingan kelas kapitalis besar Melayu, dan ia mempromosikan fikiran hegemoni Melayu yang bercorak Mahathir. Apa jua sandiwara yang dimainkan, mereka tetap tidak dapat menyorok bahawa mereka adalah musuh bersama kepada rakyat semua bangsa.
Kami ingin menegaskan bahawa: Ketika kembali memegang jawatan Perdana Menteri dengan merampas buah hasil gerakan reformasi demokratik melalui PRU ke-14, keangkuhan dan ketamakan Mahathir telah terbongkar di depan mata rakyat jelata. Ini menyebabkan beliau kini mengalami situasi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, di mana blok pembangkang dan blok kerajaan masing-masing tidak mengalu-alukan penyertaan puak Mahathir. Walaupun beliau menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air sebagai alat untuk meneruskan perjuangan politiknya, tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan dan pengaruh politiknya semakin berkurang. Dengan meneliti pergerakan blok pemerintah dan pembangkang sekarang, nampaknya “inilah kesudahan politik Mahathir” merupakan satu kepastian dalam politik masa depan dan PRU ke-15 negara kita!


▲Mahathir kini runsing dengan situasi pasangan ayah-anak yang meronta-ronta di dalam perahu kecil (ibarat Parti Pejuang Tanah Air) dan tidak mampu membangkitkan ombak besar lagi.

Mahathir yang kehilangan kuasa tetap gigih berusaha menubuhkan Parti Perjuang Tanah Air, hanyalah bertujuan untuk melindungi kepentingan keluarga dan kroninya sendiri, supaya anaknya Mukhriz dapat mengaut peranan penting dalam kelompok pemerintah negara kita. Pasangan ayah-anak ini terus bergiat aktif di antara kubu pembangkang dan pemerintah dan menunggu peluang untuk bangkit semula. Setelah ditolak oleh kedua-dua blok, Mahathir masih berhajat untuk merampas kuasa melalui jalan pintas, iaitu melalui lantikan semula Yang di-Pertuan Agong sebagai “Perdana Menteri kerajaan perpaduan”. Sebenarnya, ini merupakan agenda licik Mahathir untuk memperkasakan kedudukan dominasi politik dan memupuk klik pemerintahan yang diketuai oleh anaknya, Mukhriz.

Selepas mengambil alih posisi memerintah daripada Mahathir, Muhyiddin gagal dalam menangani pandemik Covid-19 dan tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. Rakyat menghadapi keadaan genting dan terbeban dengan isu survival, justeru mencetuskan keresahan dan rungutan rakyat, dan pelbagai pihak mendesak Muhyiddin letak jawatan. Dengan situasi beginilah, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 10hb Jun 2021, Mahathir mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang serupa dengan penubuhan MAGERAN pada 1969 selepas Peristiwa 13 Mei, atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan penularan pandemik COVID-19 yang dihadapi negara. Beliau juga dengan muka tembok menawarkan diri untuk menerajui MAGERAN. Selepas cadangan tersebut tidak dilayan, Mahathir tetap pengerusikan mesyuarat pertama kononnya Majlis Pemulihan Negara “alternatif” pada 5hb Ogos.

Blok pemerintah dan pembangkang serta massa rakyat telah melihat dengan jelas niat sebenar Mahathir melalui insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas ‘PRU 509’. Mereka semakin menyampah dengan tipu helah politik beliau. Tiada mana-mana pihak yang melayan gelagat Mahathir dalam kemelut politik kali ini. Anak Mahathir, Mukhriz (Ahli Parlimen Pejuang-Jerlun) mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri tidak mengotakan janji untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), malah melantik bekas Perdana Menteri Muhyiddin untuk mempengerusikan MPN, yang sebelum ini gagal dalam menangani pandemik Covid-19 dan juga tidak lulus dalam aksi merangsang ekonomi negara. Ini jelas membuktikan bahawa Mahathir dan parti PEJUANG telah disingkir oleh klik pemerintahan hegemoni Melayu!

Selepas kembali berkuasa dengan kerajaan PH, Mahathir segera menunjukkan belangnya dengan melaksanakan dasar-dasar "ketuanan Melayu bercorak Mahathirisme". Akibat keangkuhan dan tindakan keras melulu Mahathir, kerajaan PH runtuh selepas memerintah selama 22 bulan. Massa rakyat telah memerhati dengan jelas bahawa Mahathir hanyalah seorang politikus ganas yang membinasakan negara, berniat jahat dan yang telah hilang reputasinya, dan bukannya seorang tokoh pejuang negara yang menyelamatkan Malaysia. Rakyat tidak lagi akan terperdaya dengan tipu muslihat beliau. Jikalau masih ada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang ingin mengaku-alukan Mahathir yang dibenci ramai masuk “kem besar” demi memenangi PRU dan kembali berkuasa, massa rakyat pelbagai kaum haruslah berwaspada dengan mereka, malah tentangan drastik harus diberi.

2.  Fakta Terbukti: Pemerintahan Hegemoni Melayu Masih Mengecam Massa Rakyat Pelbagai Kaum 

Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berjaya merampas kuasa melalui “Langkah Sheraton” yang disokong oleh UMNO. Beliau membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang merangkumi pelbagai pihak kuasa, dengan restu kerabat diraja. Selepas menyingkirkan Mahathir dan konco-konconya, BERSATU yang dipimpini Muhyiddin memiliki 31 ahli parlimen, dan merupakan parti kedua terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional, di mana UMNO selaku parti pemerintah terbesar dengan memiliki 37 ahli parlimen. Pada 9 hb Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan barisan kabinet yang begitu besar dengan sebanyak 70 orang menteri dan timbalan menteri. Susulan itu, dengan hak kuasa Perdana Menteri, beliau juga melantik ramai anggota parlimen Perikatan Nasional untuk mengetuai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta jawatan diplomatik khas yang baru diwujudkan. Menurut statistik dari media atas talian Malaysiakini, sehingga 19 Mei 2020, daripada semua 113 anggota parlimen Perikatan Nasional, hanya 23 anggota yang tidak memperoleh jawatan rasmi atau pelantikan politik.


▲Gambar: sebelah kiri adalah Perdana Menteri baru, Ismail Sabri yang berkuasa sejak 21 Ogos 2021, sebelah kanan adalah mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada  16 Ogos 2021 akibat desakan daripada Umno. Jika diperhatian, Muhyiddin sanggup membela Ismail sungguh pun sekitar waktu dia diserang oleh Umno, dan Ismail pula menjaga Muhyiddin setelah dia berkuasa.

Demi mengekalkan sokongan majoriti mudah dalam Parlimen, Muhyiddin memanipulasi politik wang dengan terus terang dan menggunakan kuasa perdana menteri untuk membahagikan habuan politik. Walaupun begitu, UMNO selaku penyumbang kerusi terbanyak dalam kerajaan PN, tidak mahu tunduk kepada pimpinan tersebut, terutamanya puak yang diketuai oleh Pengerusi UMNO Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri Najib. (Disebabkan terlibat dalam kes-kes mahkamah, mereka digelar sebagai “kluster mahkamah”). Mereka ingin merebut kuasa untuk memastikan mereka bebas daripada hukuman penjara. Demi merebut kuasa pemerintahan dari Muhyiddin secepat mungkin, pemimpin-pemimpin tersebut dan para penyokongnya mendesak Muhyiddin dan kerajaan PN secara berterusan. Ini menyebabkan kerajaan PN-Muhyiddin yang rapuh sejak ditubuhkan bagai telur di hujung tanduk, dan akan hancur pada bila-bila masa. 

Dengan desakan bertubi-tubi 15 anggota parlimen UMNO yang diketuai oleh Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin pada awal bulan Ogos, konflik dalaman kem pemerintah semakin kuat dan akhirnya Muhyiddin mengumumkan pengunduran dirinya pada 16 Ogos 2021. Akhirnya, Naib Presiden UMNO Ismail Sabri berjaya meraih sokongan 114 ahli parlimen dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos. Ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat puak-puak dalam kem pemerintah hegemoni Melayu yang bersaing sengit untuk merebut kuasa dominasi politik, tetapi ianya belum sampai ke tahap berpecah belah. Persefahaman untuk mengekalkan pemerintahan hegemoni Melayu masih dominan. Bagi klik pemerintah, mengekalkan kedudukan dominan hegemoni Melayu dan kepentingan keseluruhan Melayu (kelas pemerintah Melayu secara tepatnya) adalah kepentingan di atas segalanya. Kepentingan puak-puak masing-masing adalah sekunder, dan ianya boleh terkorban. Ini menjelaskan sebab mengapa semasa berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 BERSATU pada 10hb September,  Muhyiddin yang terpaksa undur diri akibat manipulasi kuasa politik oleh puak Ahmad Zahid, tetap menyatakan bahawa demi mengelakkan Pakatan Harapan kembali berkuasa, beliau haruslah mengundurkan diri dan sokongan ahli-ahli parlimen BERSATU terhadap Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baharu adalah perlu. 

Fakta-fakta di bawah membuktikan bahawa pemerintahan hegemoni Melayu masih mengecam massa rakyat pelbagai kaum:

(1) Dasar Ekonomi Bumiputera kembali semula. Selepas genap setahun pemerintahan kerajaan PH (9 hb Mei 2019), Mahathir mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), yang menerima kritikan daripada Prof. Edmund Terence Gomez bahawa ianya merupakan salinan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Prof. Gomez menunjukkan bahawa laporan kerja tersebut mempunyai banyak kesamaan dengan Dasar Ekonomi Baru. Khususnya, kedua-duanya dengan jelas menyasarkan bumiputera. Ini jelas bercanggah dengan komitmen Pakatan Harapan untuk merangka dasar yang memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, bukannya berorientasikan bumiputera. Kerajaan PN-Muhyiddin mewarisi dasar perkauman ini, malah Muhyiddin selaku Perdana Menteri semasa telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama pada 29 September 2020 untuk memastikan WKB2030 tercapai.

Sekali lagi Prof. Gomez mengingatkan rakyat Malaysia dalam sebuah webinar yang dianjurkan Aliran pada 16 September 2021, bahawa mesti memperhatikan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang baru saja dibentangkan pada 27 September, berserta dengan Belanjawan 2022 yang bakal diumum. Ini adalah kerana RMK12 dan Belanjawan 2022 merupakan rancangan konkrit kerajaan Ismail Sabri untuk melaksanakan polisi berpaksikan bumiputera WKB2030. Dasar ekonomi bumiputera yang ketinggalan zaman telah diwarisi dari Mahathir, Muhyiddin ke Ismail Sabri, dan insiden syarikat logistik tempatan diwajibkan 51% ekuiti bumiputera hanyalah satu lagi bukti kuat mengenai dasar memartabatkan bumiputera.


▲Karya di atas diperoleh dari media sosial. Komik satira terhadap dasar ekonomi berunsur “ketuanan bumiputera” ini mungkin dihasilkan oleh satirawan yang menyaksikan hasil titik peluh (perniagaan dan syarikat berjaya) rakyat berbangsa Cina di negara kita sering menjadi sasaran bahkan dirampas oleh klik berpangkat dan berkuasa bumiputera.

(2) Rang Undang-Undang (RUU) 355 sekali lagi dibangkitkan. Perdana Menteri baharu Ismail Sabri mengesahkan pada 14 September bahawa kerajaan sedang merangka pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Pakar undang-undang dan intelek pernah memberi pandangan sebelum ini bahawa kedaulatan undang-undang sivil adalah terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia berbanding dengan undang-undang lain, seperti undang-undang syariah dan undang-undang hal peribadi. Peluasan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah adalah melanggar semangat Perlembagaan negara kita, merosakkan sistem sekular negara kita sekarang, dan akan mewujudkan dua sistem perundangan yang selari di negara kita, baik dari segi peruntukan undang-undang ataupun realiti. RUU 355 yang  diusulkan bertujuan menghapuskan rintangan aspek perundangan terhadap pelaksanaan Hukum Hudud.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPBABKHST) yang mewakili rakyat Malaysia bukan Islam yang merupakan golongan merangkumi 39% jumlah penduduk Malaysia juga mengeluarkan kenyataan pada 23hb September. Majlis tersebut meluahkan perasaan terkejut dengan cubaan kerajaan baharu untuk mamperluaskan kuasa Mahkamah Syariah dalam bidang jenayah, dan menggesa Perdana Menteri untuk berhenti memajukan pindaan ini. MPBABKHST berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan undang-undang Syariah beroperasi selari dengan undang-undang Sivil yang ada. MPBABKHST juga memetik tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa hanya 10.4% umat Islam di Malaysia menyokong rang undang-undang tersebut.

Peristiwa ini cukup untuk menunjukkan bahawa pemimpin politik Melayu yang berkuasa tidak akan melepaskan rancangan pengislaman negara, supaya dapat memperkukuhkan posisi mereka dan rejim yang mereka kuasai. Tindakan pemimpin-pemimpin politik Melayu ini akhirnya akan menimbulkan perasaan tidak selesa, bahkan perasan tidak puas hati di kalangan massa bukan Islam di negara ini, dan akan merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat.

(3) Slogan “No Anwar, No DAP”. Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataan bertarikh 17 hb Oktober 2020 di Twitter mendedahkan keputusan telah  dibuat oleh majlis tertinggi parti, bahawa tidak membentuk sebarang kerjasama politik antara UMNO dengan Anwar dan DAP, dengan slogan "No Anwar! No DAP!” dilaung-laungkan. Presiden UMNO Ahmad Zahid juga menegaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 27 dan 28 Mac 2021, bahawa pendirian UMNO masih kekal dan muktamad dengan keputusan Majlis Tertinggi, iaitu “No Anwar, No DAP”. Menurut laporan akhbar Sin Chew pada 27hb Oktober 2020, Majlis Tertinggi UMNO enggan bekerjasama dengan Anwar kerana percaya bahawa "Anwar tidak dapat berpisah dengan DAP". Orang politik menganggap DAP sebagai parti yang menampung aspirasi dan kehendak massa masyarakat Cina. Ini cukup untuk membuktikan hegemoni perkauman UMNO tetap liat dan tegar, menunjukkan keangkuhan dan tetap bermusahan dengan pihak pembangkang.


▲Slogan politik "No Anwar! No DAP!" pada asalnya merupakan sikap dan pendirian politik klik memerintah Umno terhadap Anwar dan DAP, kini berkembang menjadi sikap dan pendirian asas hampir semua parti yang mengamalkan perkauman Melayu. Parti dan ahli politik yang mengamalkan fahaman perkauman Melayu ini mungkin bersikap kipokrit dan pura-pura menukar sikap dan pendirian mereka untuk menipu dan memperbodohkan pengundi ketika mereka perlukan undi. Pada hakikatnya, sikap dan pendirian asas mereka terhadap Anwar dan DAP hanya akan berubah sekiranya Anwar dan DAP mengalah dalam perjuangan menentang perkauman dan bersedia menerima tawaran pengampuan.

(4) Kerajaan dan kabinet didominasi Melayu-Muslim sepenuhnya. Barisan kabinet yang ditubuhkan oleh Muhyiddin setelah “Langkah Sheraton” dianggap sebagai kabinet yang paling tiada kepelbagaian mengikut ulasan media. Setelah pengunduran diri Muhyiddin, kerajaan yang mengganti masih dikuasai oleh UMNO, BERSATU, PAS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang berubah hanyalah Perdana Menteri, iaitu Timbalan Presiden UMNO Ismail Sabri menggantikan Presiden BERSATU Muhyiddin. Kabinet Ismail, yang baru dibentuk pada 27 Ogos, juga dikritik ramai bahawa kabinet tersebut hanyalah kabinet PN kitar semula yang tiada perubahan. Menteri “Air Suam” Adham Baba yang disindir ramai juga terus menjadi menteri di kementerian yang berlainan. Boleh dijangkakan bahawa, Sabri yang hanya dapat sokongan majoriti tipis 114 anggota Parlimen, akan terus melaksanakan penaungan politik dan politik perkauman untuk menstabilkan rejimnya. Walaupun masih terdapat banyak puak dan percanggahan dalam kelompok pemerintah, tetapi konsensus asas bahawa pemerintah dan kabinet mesti dikendalikan sepenuhnya oleh wakil kelas kapitalis Melayu dan bangsawan feudal Melayu masih tidak berubah.

3) Pandangan “Menafikan Kewujudan Rasisme, Berundur Ketika Menentang” Adalah Bercanggah Dengan Kepentingan Asas Massa Rakyat!  

Kerajaan yang baru dibentuk masih merupakan kerajaan majoriti nipis yang terdiri daripada gabungan pelbagai parti. Sudah tentu kerajaan begini akan runtuh dengan senang jikalau dua tiga anggota parlimen blok kerajaan menarik balik sokongan. Adalah agak mustahil kerajaan semasa ini dapat menyekat pandemik Covid-19 yang semakin menular dan dapat mengatasi krisis kemerosotan ekonomi negara yang berterusan! Massa rakyat sudah menyampah dan meluat dengan gelagat ahli-ahli politik (terutamanya beberapa orang pemimpin peringkat tinggi) yang hanya memperjuangkan demi kuasa dan keuntungan sendiri, sampai menyebabkan kekecohan politik dan kelemahan ekonomi. Mereka semua amat mengharapkan kehidupan yang aman dan stabil.

Mungkin disebabkan alasan di atas, Perdana Menteri baharu Ismail Sabri dan Pakatan Harapan (PH)  yang diwakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO, yang baru menyertai Pakatan Harapan), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. MoU ini boleh dikatakan termeterai selepas rakyat jelata mengalami pengajaran pahit penularan Covid-19 ekoran pilihan raya negeri Sabah disebabkan kemelut politik pada tahun 2020;  bilangan kes kumulatif Covid-19 di negara kita mencecah 2 juta; kes kematian akibat Covid-19 menghampiri 25,000 orang; ekonomi yang kian merosot dan hutang negara yang amat kritikal. Penandatanganan MoU ini bermakna kerajaan pimpinan Ismail Sabri ini berkemungkinan besar akan dapat bertahan sehingga PRU ke-15.

Massa rakyat pelbagai kaum dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat  mengalu-alukan kerjasama dwi-partisan tersebut, dengan syarat bahawa keutamaan harus diberikan untuk mengatasi wabak Covid-19 dan memulihkan keadaan ekonomi negara. Selain itu, kestabilan politik amat diperlukan untuk mengelakkan risiko penyebaran wabak Covid-19 akibat pilihan raya. Namun, ini tidak bermaksud bahawa "cek kosong" diberikan kepada kem kerajaan dan kem Pakatan Harapan supaya mereka dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Dengan pengalaman pahit akibat terpedaya dengan propaganda “memperalatkan Mahathir untuk menumbangkan Najib” semasa PRU ke-14, massa rakyat dan pertubuhan-pertubuhan NGO pastinya akan sentiasa memerhati tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan tegas. Kritikan hebat harus dilempar, tidak kira dari mana-mana parti atau posisi, terhadap politikus-politikus yang mengkhianati rakyat dan menerima tawaran pengampunan demi kemewahan dan kepentingan peribadi. Sekiranya mereka masih tidak bertaubat, mereka pasti akan dikeji dan dibuang khalayak ramai.


Di zaman ketika Anwar dianiaya oleh Mahathir dan melancarkan gerakan Reformasi, Anwar gemar menyatakan "Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, kita semua satu keluarga". Dia juga berulang kali menekankan bahawa "PKR adalah parti berbilang kaum dan demokratik. PKR tidak rasis." Namun, selepas PRU ke-14, bagi merealisasikan impiannya untuk berkuasa dan menjadi perdana menteri, dia telah membelakangi aspirasi rakyat semua bangsa dan sentimen ahli-ahli parti sekutu dengan membuat pengumuman kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat seluruh negara bahawa kerajaan yang hendak dibentuknya ialah sebuah kerajaan yang majoriti Melayu-Islam.

Kami juga telah menyumbangkan sedikit usaha dengan menyampaikan pandangan berkenaan dengan tindakan tidak wajar pemimpin Pakatan Harapan. Pada akhir tahun lalu, kami telah menyampaikan pendapat kami secara ikhlas dan terus-terang dalam sesi wawancara dengan seorang pemimpin Melayu terkenal dari sebuah parti demokratik:
  • (1) Hasrat Anwar untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam adalah bertentang dengan hajat asalnya.
  • (2) Tindakan Anwar membuang khayalan terhadap Mahathir selepas kerajaan PH tumbang harus dipuji.
  • (3) Membentuk Kerajaan yang didominasi orang Melayu-Muslim adalah bertentangan dengan arus.
Selepas mendengar penjelasan pemimpin politik Melayu tersebut berhubungan dengan isu Anwar bekerjasama dengan UMNO, kami menyatakan dengan jelas bahawa: Selepas berlakunya “rampasan kuasa Sheraton” yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, dalam usaha mengambil alih kuasa memerintah dengan segera, Anwar “mengemis sokongan Istana” dan “cuba memancing sokongan ahli parlimen UMNO”. Seperti rakyat seluruh negara, kami turut berasa ragu-ragu dan geram terhadap tindakan oportunistik Anwar yang merugikan rakyat ini.

Kami yakin bahawa, pandangan ikhlas kami tersebut, bukanlah hanya perasaan sebenar massa rakyat pelbagai kaum dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat terhadap Anwar Ibrahim yang selaku pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri, malah juga merupakan harapan sungguh-sungguh terhadap pemimpin-pemimpin parti demokratik (termasuk DAP) yang berhasrat kembali ke Putrajaya.

Pada 20 Ogos tahun ini, tepat setelah Ismail Sabri mengesahkan bahawa dia mendapat sokongan 114 anggota parlimen dan berjaya mengambil alih Putrajaya, Teng Chang Khim, pemimpin kanan DAP Selangor yang telah mengundurkan diri daripada semua jawatan parti dan jawatan kerajaan negeri, melemparkan pertanyaan tiga bahasa kepada barisan pimpinan DAP di laman Facebooknya: "Kalau bukan kerana segelintir “cerdik pandai” bertungkus lumus menyokong UMNO menjatuhkan Mahiaddin, takkan Sabri boleh menjadi PM?" Kenyataan Teng tersebut mendorong para pembaca terbayang-bayang adakah insiden "Rampas Kuasa Perak" telah dipentaskan sekali lagi di peringkat kerajaan persekutuan? Setelah Presiden Umno Ahmad Zahid menyatakan pada 6 Disember 2020 bahawa beliau bersikap terbuka terhadap pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu dengan Pakatan Harapan, segelintir kecil pemimpin DAP yang tamak kuasa dengan segera telah mengetepikan perasaan benci dan meluat rakyat Perak dan mengumumkan bahawa "kami sudah bersedia", bahkan menerbitkan surat terbuka untuk menjelaskan secara panjang lebah kepada para pengundi pertimbangan mereka untuk bekerjasama dengan UMNO. Fakta telah membuktikan bahawa ahli politik oportunis yang gila kuasa ini (lebih tepat ialah "gila wang") telah “diperkudakan” oleh UMNO, dan dijadikan sebagai taruhan UMNO untuk berunding dengan presiden BERSATU Muhyiddin dan presiden PAS Hadi Awang, dan ambisi mereka akhirnya hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian!

Selain daripada politikus-politikus, ada juga sekelompok kecil “individu demokratik" di kalangan masyarakat negara kita (terutamanya masyarakat Cina) yang secara membuta tuli  mempropagandakan naratif tidak masuk akal bahawa "hujah yang menekankan penindasan etnik sudah ketinggalan zaman, kumpulan etnik minoriti harus berhenti dari berasa sedih dan sengsara (hasil daripada penindasan)”. Mereka mengabaikan hakikat bahawa penindasan dan diskriminasi perkauman masih berlaku di negara kita, dan memandang rendah ataupun menentang perjuangan tegas terhadap pemerintahan hegemoni perkauman. Beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang “intelek politik" bertaraf profesor yang menyanjung tinggi teori Barat, menyebarkan idea pelik bahawa "Sekiranya masyarakat Cina mahu menundukkan UMNO, mereka mesti mengasihi orang Melayu" secara terbuka. Sekarang, terdapat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang sanggup berpakat dengan UMNO atau ahli-ahli politik parti perkauman yang lain demi mencapai hasrat untuk mengambil alih kerajaan. Ini bermakna bahawa pada hakikatnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tersebut telah menafikan kewujudan perkauman dalam negara. Ini sudah menjadi perkara biasa dalam situasi politik kini yang terumbang-ambing. Fikiran dan tingkah laku  “individu demokratik" dan para pemimpin Pakatan Harapan telah melemahkan semangat berjuang dan mengelirukan pemahaman massa rakyat pelbagai kaum dalam perjuangan. Pandangan menafikan kewujudan rasisme, berundur ketika menentang golongan perkauman adalah bercanggah dengan kepentingan asas massa rakyat pelbagai kaum. Oleh itu, para cendekiawan berwawasan dari pelbagai lapisan masyarakat yang mengambil berat tentang masa depan reformasi demokratik negara kita mesti memberi tamparan hebat terhadap kata-kata dan perbuatan sengaja ini yang bertentangan dengan kepentingan asas rakyat semua kaum! Bongkarkan wajah hodoh sebenar mereka di hadapan khalayak ramai!


▲Kematian orang berkulit hitam Amerika Syarikat (AS), George Floyd, pada tahun 2020 telah mendedahkan kekejaman institusi perkauman di AS, dan mencetuskan gerakan besar-besaran menentang penganiayaan "Black Life Matter" (BLM) di AS dan seluruh dunia. Gerakan ini mendapat perhatian seluruh dunia dan menimbulkan rasa marah segenap warga dunia. Mahkamah AS tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman ke atas anggota polis yang mengakibatkan kematian Floyd itu. Namun, gerakan massa orang berkulit hitam menentang penganiayaan ini menemui jalan buntu kerana terjebak dalam "politik identiti".

Namun, negara kita juga terdapat penginstitusian perkauman yang telah wujud sekian lama sekaligus menyebabkan orang India (orang Tamil) miskin yang berada di lapisan bawahan negara ini mengalami diskriminasi dan penganiayaan yang teruk. Seperti juga orang berkulit hitam di Amerika, sudah menjadi normal bagi orang India yang melakukan kesalahan (selalunya jenayah kecil yang tidak serius) sering dikasari pegawai penguatkuasa dan mati di dalam tahanan polis secara tiba-tiba. Kes-kes "kematian dalam tahanan polis" ini biasanya tidak mendapat perhatian secukupnya dan tidak ditangani dengan serius oleh pihak berkuasa atau pemimpin parti politik. Tidak pernah ada pegawai bertanggungjawab yang diadili dimahkamah dan menerima hukuman undang-undang yang sepatutnya. Pemimpin yang kononnya mewakili rakyat pula sekadar mengulangi seruan lama mereka untuk mewujudkan IPCMC bagi membenteras 'salah guna kuasa polis'.

Akhir sekali, kami ingin berkongsi satu seruan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet sebagai dorongan untuk cendekiawan-cendekiawan seluruh dunia yang mengambil berat reformasi demokratik dan keadilan di setiap penjuru dunia. Pada 28 Jun tahun ini, semasa melaporan dapatan Majlis Hak Asasi Manusia mengenai peristiwa “George Floyd” yang berlaku pada 25hb Mei 2020 (seorang lelaki kulit hitam Amerika yang bernama George Floyd dibunuh oleh seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin), beliau menyeru semua negara untuk segera menerapkan "agenda reformasi" untuk membasmi keinstitusian rasisme. Bachelet mengatakan bahawa untuk menghapuskan keinstitusian diskriminasi dan keganasan perkauman yang telah berakar umbi selama berabad-abad, tindakan sistematik dan pendekatan yang komprehensif diperlukan, bukannya pendekatan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, beliau menyeru semua negara untuk mengaku kewujudan diskriminasi perkauman dan mengorak langkah untuk membasmi perkauman. Kami percaya bahawa seruan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB yang disebutkan di atas selari dengan kepentingan asas segenap warga dunia, dan bersesuaian dengan tuntutan dan pendirian trend reformasi demokratik di dunia masa kini.


JAWATANKUASA SAHABAT RAKYAT
Salinan asal Bahasa Cina diterbit pada 29 September 2021
Penterjemahan Bahasa Melayu diterbit pada 9 Oktober 2021

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE