Keluar mengundi pada 20 Nov,
Pilih wakil rakyat yang
bantah hegemoni perkauman!
Surat terbuka Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat
kepada pengundi negeri Melaka
▲ Gambar kiri bawah: Tolak hegemoni perkauman!
Gambar tengah bawah: Tolak ‘katak’ politik!
Gambar kanan bawah: Tiada calon yang memuaskan, buang undi rosak!
Hari ini 8 November merupakan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri
Melaka, hari mengundi jatuh pada 20 Nov (Sabtu). Teks di bawah adalah surat terbuka Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat kepada pengundi-pengundi negeri Melaka yang diterjemahkan dari versi
asal dalam bahasa Cina yang diterbitkan pada hari yang sama. Sila rujuk kepada versi asal Bahasa Cina jikalau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dengan versi asal Bahasa Cina.
Pendahuluan:
Pada saat ini, rakyat Malaysia sedang bertungkus lumus menghadapi dan
mengatasi pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial, keluarga, kesihatan,
nyawa dan sebagainya ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda sejak
bulan March tahun lepas. Namun, tiba-tiba datang pula Pilihan Raya Negeri
Melaka (tarikh penamaan calon pada 8 Nov dan tarikh mengundi pada 20 Nov) yang
tidak disambut baik oleh semua lapisan rakyat semua bangsa. Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka menjadi pilihan raya kedua selepas PRN Sabah yang
dicetuskan oleh politikus Melayu yang tamak mengaut kedudukan politik
tertinggi dan kepentingan yang lebih besar dalam negeri, yang langsung tidak
mempedulikan hidup mati rakyat Melaka bahkan seluruh negara. PRN ini berpunca
daripada kegagalan rampasan kuasa politik dalam negeri.
Fakta terbukti: “Geng Berempat Melaka” yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri
yang juga orang kuat UMNO, Idris Haron (termasuk Idris Haron – telah dipecat
oleh UMNO; Nor Azman Hassan – telah dipecat oleh UMNO; Norhizam Hassan Baktee
-- pengkhianat DAP, yang kini masih wakil rakyat bebas yang tidak berparti;
Noor Effendi Ahmad -- telah dipecat oleh PPBM) bersubahat dengan sesetengah
pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Melaka yang
diketuai oleh Ketua Menteri Sulaiman atas alasan "memulangkan mandat kepada
Pakatan Harapan".
Motif sebenar Geng Berempat melancarkan “rampasan kuasa” adalah: Mereka tidak
senang hati melihat project mega komprehensif Zon Ekonomi Persisiran Pantai
Melaka atau Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) sedang dilaksanakan tetapi
diri mereka tidak berada dalam pucuk pimpinan. Maka, mereka merancangkan
pergolakan “lompat parti” yang mempergunakan PH untuk kembali ke puncak kuasa
negeri Melaka demi mengaut kepentingan ekonomi yang lebih besar daripada
project M-WEZ.
Dengan datangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dipaksa landa ke atas
bahu rakyat jelata negeri Melaka, kami menyeru pengundi dan pertubuhan
masyarakat negeri Melaka supaya
- membuang pergantungan kepada “pemimpin politik” atau “elit politik”,
- membuang khayalan bahawa “rakyat akan diselamatkan dan bahagia hanya dengan tukar kerajaan”, dan
- memainkan peranan penting rakyat massa sebagai kuasa reformasi demokratik
dan menyampaikan mesej-mesej berikut kepada semua calon dan parti politik:
1. Menolak semua UMNO yang angkuh dan merajalela, serta calon berpendirian
hegemoni perkauman
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, mengeluarkan artikel bertajuk “Bertekad menolak pemerintahan hegemoni perkauman, Menghalang kepulangan
UMNO yang angkuh dan merajalela” sempena ulang tahun ke-20 (2001 - 2021) penubuhan Sahabat Rakyat pada bulan
September tahun ini. Kami berpendapat, klik hegemoni perkauman Melayu masih
merupakan sasaran perjuangan massa rakyat pelbagai kaum selepas PRU Ke-14 ‘509’. Fakta-fakta terbukti bahawa, tidak kira Kerajaan Pakatan Harapan yang
didominasi oleh Mahathir, Kerajaan Perikatan National yang dipimpin oleh
Muhyiddin, mahupun Kerajaan “Keluarga Malaysia” yang dipimpin oleh Ismail
Sabri: pemerintahan hegemoni Melayu masih mengecam massa rakyat pelbagai
kaum.
Contoh-contoh yang menonjol termasuklah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah (1)
yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2021 di Kelantan, “Isu arak Timah”
yang baru-baru ini, dan polisi syarikat logistik tempatan diwajibkan 51%
ekuiti bumiputera yang akan dilaksanakan bulan Disember tahun depan. Semua ini
sekali lagi memperjelaskan bahawa sekiranya sistem “pemerintahan hegemoni
perkauman” tidak dihapuskan, perkara-perkara yang mengancam hak asasi massa rakyat
pelbagai kaum seperti di atas pasti akan terus berlaku.
Marilah kita menolak habis-habisan UMNO yang angkuh dan merajalela, serta
calon berpendirian hegemoni perkauman dalam PRN Melaka, tanpa kira mereka
berasal dari mana-mana barisan atau gabungan. Mereka semua ini merupakan
sasaran utama yang mesti ditolak oleh massa rakyat pelbagai kaum yang
tertindas! Biarlah mereka (politikus-politikus perkauman) kalah dalam PRN
Melaka atau minimakan undi (sokongan) mereka. Ini menunjukkan kita menolak
pemerintahan hegemoni perkauman dan seterusnya mendorong gerakan reformasi
demokratik negara kita. Jadikan Melaka perintis dan model menolak UMNO yang
angkuh dan merajalela, serta calon berpendirian hegemoni perkauman! Berikan
kejutan kepada rakyat negara dan dunia!
2. Menolak semua calon ‘katak’ politik dan calon yang bersepakat dengan
‘katak’ politik
Semenjak Pilihan Raya Umum yang lepas, negara kita telah mengalami tiga kali
pengagihan dan perampasan kuasa politik dalam 4 tahun. Walaupun negara kita
telah tukar kerajaan beberapa kali, namun kehidupan rakyat tidak bertambah
baik. Sebaliknya, rakyat telah mengenali bagaimana “Permainan Pilihan Raya”
dipergunakan oleh politikus perkauman untuk memenangi “sokongan rakyat” demi
memperolehi kuasa, kekayaan serta kemewahan diri. Kini, pandemik COVID-19
telah mengakibatkan ramai orang dipecat atau dipotong gaji, ada yang bercerai
ekoran daripada pemisahan berlanjutan antara suami dan isteri, ada yang bunuh
diri akibat tekanan hidup yang terlampau dan sebagainya. Namun begitu, Geng
Berempat Melaka yang sudahpun berpangkat tinggi dan bergaji lumayan masih
menggunakan teknik “Katak Melompat” untuk mencetuskan pergolakan politik demi
merampas kuasa dan kepentingan yang lebih besar; sebilangan pemimpin politik
Melayu yang dulunya melaungkan “reformasi” dan mendakwa diri sebagai
“berfikiran terbuka dan progresif” bersepakat dengan ‘katak’ politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri secara
tersembunyi kononnya atas nama “merampas kembali kuasa kerajaan negeri”.
Setelah perancangan mereka gagal, ‘katak-katak’ tersebut pula diterima sebagai
calon dan terus menipu pengundi, demi hasrat kembali berkuasa setelah
memenangi pilihan raya. ‘Katak-katak’ politik dan politikus yang bercita-cita
tinggi demi kepentingan diri sendiri dan langsung tidak mempeduli hidup mati
rakyat jelata adalah sangat tidak tahu malu! Perbuatan mereka pasti akan
dikeji dan dibuang oleh massa rakyat pelbagai kaum!
Oleh sebab itu, massa rakyat pelbagai kaum bukan sahaja perlu menolak calon
‘katak’ politik seperti Geng Berempat dan semua calon yang bersepakat dengan
‘katak’ politik, malah kita perlu mendesak calon-calon PRN Melaka dan
bakal-bakal wakil rakyat untuk memastikan penggubalan Akta Lompat Parti dan
Rang Undang-undang (RUU) Memecat Wakil Rakyat (sebagai satu mekanisme yang
membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat
sekiranya seseorang itu melompat parti). Jadikan Melaka perintis dan model
menolak budaya ‘katak’ politik! Berikan kejutan kepada rakyat negara dan
dunia!
3. Pilih seramai mungkin wakil rakyat yang menentang hegemoni perkauman
untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka
Pada April tahun ini, kerajaan negeri Melaka telah merasmikan salah satu
projek pembangunan yang digelar “Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka” atau
“Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)” di bawah Pelan Strategik Melakaku
Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang bertujuan membawa Melaka menuju ke arah
ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.
Menurut laporan media, selepas merasmikan projek M-WEZ dalam satu sidang
media, Ketua Menteri Melaka pada masa tersebut, Sulaiman mengatakan bahawa
M-WEZ dan Melaka Gateway merupakan dua projek yang berlainan, di mana Melaka
Gateway kini hanya merupakan sebahagian daripada M-WEZ. Projek Melaka Gateway
hanya merangkumi aktiviti-aktiviti logistic pelabuhan dan penyimpanan bahan
cecair petroleum dan gas asli. Manakala projek M-WEZ termasuklah aspek
pelabuhan, gudang penyimpanan, pelancongan, kediaman dan sebagainya.
Rakyat Melaka serta rakyat seluruh negara amat jelas bahawa perancangan
pembangunan ekonomi negeri Melaka, sama ada Melaka Gateway ataupun M-WEZ
semuanya dicekam kukuh oleh orang-orang UMNO yang pegang kuasa. Namun begitu,
semua wakil klik berkepentingan Melayu dan Geng Berempat (yang kini menjadi
kontroversi) seolah-olah hendak menguasai politik Kerajaan Negeri Melaka dan
seterusnya mendominasi penguasaan dan pengagihan kepentingan projek mega
tersebut demi kekayaan gergasi diri sendiri dan kroni-kroni. Dan, sebagai
susulan, melonjat ke atas pusat kuasa politik negara. Apa yang mengejikan
adalah jelas bahawa mereka ini politikus yang mengejar kuasa dan kedudukan
politik demi kekayaan dan kemewahan diri dan keluarga semata-mata, masih
berpura-pura mengifatkan diri sebagai “pemimpin rakyat pelbagai kaum”, dan
terus-menerus mengawal sumber negara dan menindas massa rakyat pelbagai kaum.
Massa rakyat pelbagai kaum di Melaka mahupun seluruh Malaysia mengharapkan
pembangunan ekonomi negara, akan tetapi, kerajaan perlu memastikan bahawa
rancangan pembangunan ekonomi membawa faedah kepada massa rakyat pelbagai kaum
di negeri Melaka dan juga Malaysia. Pembangunan tersebut tidak boleh sesekali
diperalatkan oleh sekelompok politikus yang menggunakan kuasa politik kerajaan
untuk mengaut keuntungan diri dan kroni-kroni. Untuk menghalang orang seperti
Geng Berempat ini mencapai hasrat mereka, massa rakyat pelbagai kaum mesti
memilih seramai mungkin wakil rakyat yang menentang hegemoni perkauman
untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Rakyat jelata harus
memastikan hasrat orang-orang seperti Geng Berempat ini tidak tercapai dan
sekaligus mengubur masa depan politik mereka yang bernafsu tinggi ini dalam
Pilihan Raya Negeri Melaka. Ataupun sekurang-kurangnya menghalang mereka yang
tamak ini merajalela. Jadikan Melaka titik permulaan penamatan tren politik
yang tidak sihat ini!
4. Jika tiada calon yang memuaskan hati anda, sila bagi undi rosak untuk
meluahkan kemarahan dan bantahan anda!
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, menyeru agar pengundi Melaka
keluar mengundi beramai-ramai pada 20 November. Pilihlah calon yang
menentang hegemoni perkauman menjadi wakil rakyat anda. Jika tiada calon
yang memuaskan hati anda sebagai untuk dipilih sebagai wakil rakyat anda,
silalah lukis pangkah besar atas kertas undi, atau muka senyum, ataupun
apa-apa sahaja!
0 comments:
Post a Comment