Tuesday 2 November 2021

哈山卡林向希盟领袖谏言: 要赢取甲州选和来届大选,必须重获民间组织的支持! 【附《人民之友》编辑部按语】/ Hassan Karim: Keputusan PRN Melaka Cerminan PRU 15?

哈山卡林向希盟领袖谏言:
  要赢取甲州选和来届大选,
  必须重获民间组织的支持!

译者 :吴志鸿



本文是公正党巴西古当国会议员哈山卡林(Hassan Karim)2021年10月29日在公正党喉舌《公正之声》(Suarakeadilan.com)以马来文发表了一篇评论,原标题:Keputusan PRN Melaka Cerminan PRU 15 ?(马六甲州选结果,将是第15届大选的反映?)

作者对公正党以至希盟高层领袖意图招纳马六甲4人帮以重新获取马六甲州政权,表示莫大担忧。他苦口婆心直谏党高层领袖:

❶必须重新获取民间组织和广大人民的信任与支持,才能赢取马六甲州选和下届全国大选的胜利;

❷要获得民间组织和广大人民的信任和支持,必须首先拒绝招纳马六甲4人帮。

以下是哈山的上述评论文章的华文译稿(上图和文内小标题为《人民之友》编者所加)——

这次11月的马六甲州选,希盟不能再随意开出口头承诺。

除非希盟现在开始遵循一贯以来所言所行、奋斗方向来行事,才会赢得人民信任。

在赢得第 14 届大选后,希盟曾掌握政权仅仅22 个月,远远短于塔利班第一次统治阿富汗的5年(1996 年至 2001 年)之久。

喜来登政变后, 人民重新评估希盟

希盟在历史性的 22 个月中的优点和成功在某些方面是让人眼前一亮的,但未能兑现的高调的大选承诺和弱点也是显而易见的。人民不会轻易忘记时任希盟主席兼首相(马哈迪)曾说过“希盟宣言不是圣经”的话。


记录显示,希盟在其22 个月的施政,有成功,也有失败。若用颜色表示,及格为蓝色、失败为红色,看起来希盟的施政红色的比蓝色的多(也就是失败多而成功少)。


在赢得第14届大选之前,希盟多年来一直与我国的民间组织关系密切,也参与其中。但在希盟政府经 2020 年 2 月底“喜来登政变”而瓦解后,民间组织不再热衷于接触希盟,更别说协助希盟再次崛起了。希盟的错误在哪里?它的罪过是什么?这都是值得我们深思的。

当希盟尝到了权力的滋味,其领导人开始享受作为一个强大统治阶级的一切特权,并在眨眼间乖离与公民社会共同的斗争理想主义。目睹着这一切的公民社会组织实际上的感受是失望痛心和遭遇背叛。

现在,全国各地的人民都在观察及重新评估希盟。

甲州州选是广大人民的一次公投

虽然马六甲州选乃半岛和整个马来西亚最小的州选之一,但历史悠久的马六甲经常被称为“马六甲 —— 一切开始的地方”。

因此,马六甲州选结果可诠释为希盟、国阵和国盟在人民眼中的印象评分。

马六甲州选的投票日是 11 月 20 日。马来西亚卫生部和国家安全委员会发布的标准操作程序(SOP)选举新规范几乎完全禁止所有政治活动。这将是一种人民公投。

这次的人民公投将特别针对自“喜来登政变”以来一直主导着马来西亚政治格局的三个政党联盟,即希盟、国阵和国盟。

 “喜来登政变”在马来西亚产生了巨大的政治影响,几十年来国阵和希盟两党制的竞争已经瓦解,现在争取民众支持的竞争似乎更加开放,参与者更多。

如果国阵和国盟在马六甲互博,那么这将让希盟在三角战中占据优势。希盟将是国阵与国盟较量结果的受益者,而这并不显示希盟政策的优势或希盟的真正实力。

但是,如果国阵和国盟在 11 月 8 日的提名日之前回转并达成和解,那么希盟就有可能因此错过一个轻松获胜机会而咬牙切齿。

希盟需在大选来临前照顾好形象

因此,希盟需要保持其政治斗争的形象和原则,才能在马六甲州选脱颖而出。 如果希盟保持着作为多元种族、宗教和文化的政治力量;正直、值得信赖、民主;不争权夺利,希盟将可在此次的马六甲州选中,在人民眼里维持正面良好政治印象,直到第 15 届大选。

为了赢得长期的未来,而不仅仅是短期的马六甲州选,希盟需要重新获得对希盟仍然冷漠的民间组织的支持。

诚然,民间组织一直都对当权政府诸多要求。但这就是他们的角色,而且民主确实一直都是民间的鼓噪。

当然,民间社会组织不是选民,不能投票支持希盟,让希盟在马六甲赢得州选。但是希盟不能边缘化这些民间组织。民间组织的祝福和支持将赋予希盟存在的正当性。

现在民间组织正在关注着谁将成为马六甲州选的希盟候选人。

4人帮想把发生在八打灵再也的“喜来登政变”,照样搬到 “汉都亚和汉惹拔之地”的马六甲上演。曾支持希盟的民间组织不欢迎4人帮,自有它们的道理。

若招纳4人帮,人民将决定希盟命运

距离候选人提名日还有几天,希盟依然有一些的时间。希盟可以选择接受全部4个人,或者选择四个中的三个,或者四个中的两个,或者全部都拒绝。

是否接纳马六甲四人帮的问题已摆上希盟主席理事会的会议桌上讨论。此次的议决,将受到各方检视,不仅是民间组织,还有希盟的忠实成员和数百万全国各地的支持者。他们都有资格在即将到来的全国大选中决定希盟的命运。

 “道德制高点”的光环使希盟在面对纳吉领导的腐贪污败和滥权的国阵政权时具有优势,甚至造成国阵垮台。

 “道德制高点”的形象也让希盟在对抗通过后门组建的非法国盟政府时占尽优势,直到国盟政府也崩溃。

作为一个给 3200 万马来西亚人带来希望,一个为人民带来变革或改革议程的最佳选择的政党联盟,如果希盟错误地接纳四人帮中的任何一个人物成为马六甲州选候选人,希盟的良好声誉将会被沾污、被摧毁。希盟将被视为和国阵与国盟半斤八两,天下乌鸦一般黑。

谨此谏言如上。何去何从,现在交由希盟的最高领导层来决定。



Keputusan PRN Melaka Cerminan PRU 15?
Hassan Karim
Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang (Keadilan/PH)



Artikel ini adalah ulasan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR) yang disiarkan dalam organ PKR "Suara Keadilan" (Suarakeadilan.com) pada 29 Oktober 2021.

Penulis melahirkan kerisauan terhadap hasrat pemimpin tertinggi PKR dan Pakatan Harapan untuk mengambil Geng Berempat Melaka demi mendapatkan semula kuasa di negeri Melaka. Beliau menegur pemimpin tertinggi parti bahawa:

❶ untuk menang dalam PRN Melaka dan PRU akan datang, parti dan PH perlu mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat jelata;

❷ Untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat jelata, parti dan PH harus menolak Geng Berempat Melaka.

Sahabat Rakyat telah menterjemahkan artikel ini ke Bahasa Cina seperti di atas. Berikut ialah teks penuh ulasan Hassan (gambar di atas ditambah oleh editor "Sahabat Rakyat"):

ULASAN: Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bagi janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November hadapan.

Kecuali PH mula bertindak sekarang selaras dengan apa yang dikatakan dan apa yang diperjuangkan selama ini, barulah PH akan dipercayai.

PH telah diberi peluang menjadi kerajaan selama 22 bulan setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) 14, jauh lebih pendek berbanding tempoh lima tahun pemerintahan Taliban kali pertama di Afghanistan (1996 – 2001).

Kebaikan dan kejayaan PH dalam tempoh 22 bulan bersejarah itu dalam beberapa hal terserlah juga. Tetapi kelemahan dan janji-janji tinggi yang gagal dipenuhi juga jelas kelihatan. Rakyat tidak mudah lupa dengan kata-kata bekas Pengerusi PH ketika itu yang juga Perdana Menteri bahawa Manifesto PH bukannya kitab suci.

Report Card PH selama memerintah dalam kerajaan pertamanya selama 22 bulan itu berwarna-warni, dengan lulus berwarna biru dan gagal berwarna merah. Banyak merah daripada biru nampaknya.

Sebelum menang PRU-14, PH bertahun-tahun lamanya mesra dan berlibaturus dengan pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia. Tetapi selepas PH tumbang pada akhir Februari tahun 2020, pertubuhan-pertubuhan sivil tidak lagi ghairah untuk mendampingi PH apatah lagi untuk menolong PH bangkit kembali. Di mana silap PH? Apakah dosa PH?

Pertubuhan-pertubuhan sivil sebenarnya berasa serik dan terkesan seperti dikhianati apabila PH mengecap kuasa dan para pemimpinnya mulai merasai nikmat segala keistimewaan sebagai golongan pemerintah yang berkuasa, lalu dalam sekelip mata disaksikan lari dari idealisme perjuangan asal yang dikongsi bersama oleh pertubuhan-pertubuhaan sivil tersebut.

Sekarang rakyat di seluruh negara menjadi pemerhati yang ada kepentingan untuk menilai kembali PH.

Referendum rakyat

Walaupun PRN Melaka ini berlaku di negeri antara terkecil di Semenanjung dan di seluruh Malaysia, tetapi Melaka yang bersejarah itu sering disebut dengan ungkapan, “Melaka – di mana tempat semuanya bermula”.

Justeru itu keputusan PRN Melaka nanti  boleh ditafsirkan sebagai potret wajah PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) khususnya di mata rakyat.

PRN di Melaka yang hari mengundinya pada 20 November selepas melalui kempen dengan norma baharu di mana segala aktiviti politik hampir keseluruhannya dilarang oleh Prosedur Operasi Piawai (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara akan menjadi semacam referendum rakyat. 

Referendum rakyat itu khususnya terhadap tiga buah gabungan parti-parti politik PH, BN dan PN yang mendominasi landskap politik Malaysia sejak Sheraton Move. 

Langkah Sheraton membawa kesan politik yang besar di Malaysia, di mana persaingan dalam sistem dua parti, antara BN dengan PH selama berdekad telah runtuh dan kini pertandingan untuk mendapatkan sokongan rakyat kelihatan lebih terbuka dengan kehadiran lebih ramai peserta.

Jika BN dan PN bertempur sesama sendiri di Melaka, maka senario itu memberi kelebihan kepada PH dalam pertandingan tiga penjuru. PH akan menjadi benefisiari hasil dari peseteruan BN dan PN, bukannya kerana kelebihan polisi PH atau kekuatan sebenar PH.

Tetapi jika BN dan PN membuat u-turn dan berdamai sebelum Hari Penamaan Calon pada 8 November nanti, ada kemungkinan PH akan menggigit jari kerana terlepas peluang kemenangan mudah.

PH perlu jaga imej menjelang PRU

Justeru itu PH perlu menjaga imej dan prinsip politik perjuangannya agar terserlah di Melaka. Imej politik yang baik bagi PH di Melaka mungkin akan kekal positif di mata rakyat sehinggalah PRU ke-15 nanti sebagai gabungan politik pelbagai kaum, agama dan budaya yang berintegriti, boleh dipercayai kerana adil, amanah, demokratik dan tidak mengejar fatamorgana kuasa semata-mata.

Untuk menang jangka panjang, bukannya jangka pendek sekadar PRN Melaka sahaja, maka PH perlu mendapatkan semula sokongan pertubuhan-pertubuhan sivil yang masih kelihataan dingin dan merajuk terhadap PH.

Memang benar pertubuhan-pertubuhan sivil selalu menuntut itu dan ini terhadap kerajaan yang berkuasa. Tetapi itu adalah peranan mereka dan demokrasi itu memang bising selalunya.

Memang benar juga pertubuhan-pertubuhan sivil tidak boleh memberi undi kepada PH untuk memenangi PRN di Melaka nanti. Tetapi pertubuhaan-pertubuhan sivil ini tidak boleh PH pinggirkan. Restu dan dokongan pertubuhan-pertubuhan sivil memberikan keabsahan atau legitimasi terhadap kewujudan PH.

Sekarang pertubuhan-pertubuhaan sivil sedang memerhati siapa yang akan menjadi calon-calon PH dalam PRN di Melaka.

Geng Berempat yang mencontohi Langkah Sheraton di Petaling Jaya, dan cuba ditiru untuk dibawa ke bumi Hang Tuah dan Hang Jebat di Melaka, mempunyai  sebab tersendiri mengapa mereka tidak disenangi oleh pertubuhan-pertubuhan sivil yang pernah menyokong PH selama ini.

PH ada pilihan Geng Berempat

PH ada beberapa hari sebelum hari Penamaan Calon. PH ada pilihan sama ada menerima keempat-empat susuk itu, atau memilih tiga dari berempat, atau sekadar dua dari berempat atau menolak kesemuanya.

Isu Geng Berempat di Melaka itu yang kini berada di atas meja Majlis Presiden PH untuk diputuskan akan dinilai oleh semua pihak, bukan sahaja oleh pertubuhan-pertubuhan sivil tetapi juga di kalangan anggota setia dan penyokong atas pagar PH, berjuta orang di seluruh negara. Mereka semua mempunyai locus standi menentukan nasib PH dalam Pilihanraya Umum Negara yang akan datang.

Isu “high moral ground” yang selama ini memberi kelebihan kepada PH dalam mendepani regim BN pimpinan Najib Razak dulu yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa sehinggalah BN tumbang.

Isu “high moral ground” juga memberi kelebihan imej baik kepada PH dalam menentang kerajaan PN yang dianggap kerajaan tidak sah taraf kerana terbentuk melalui pintu belakang, hinggalah PN juga tumbang.

Imej PH sebagai gabungan parti-parti politik yang kekal mahu memberikan harapan kepada 32 juta rakyat Malaysia sebagai pilihan terbaik rakyat yang membawa agenda perubahan atau reformasi akan terhakis dan tercemar apabila PH dianggap dua kali lima, sama sahaja semacam BN dan PN jika PH tersalah buat pilihan kerana mengambil mana-mana susuk di kalangan Geng Berempat itu menjadi calon PH dalam PRN Melaka nanti.

Peringatan telah dibuat. Kini terserlahlah kepada kepimpinan tertinggi PH membuat keputusan.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE