Wednesday 9 September 2020

Masa Depan Bangsa-bangsa Tertindas Negara Kita Tertakluk Kepada Penyatuan Semua Bangsa Dalam Menentang Pemerintahan Hegemoni Melayu -- Pandangan terhadap keadaan politik negara sempena meraikan ulang tahun ke-19 penubuhan Sahabat Rakyat

Masa Depan Bangsa-bangsa Tertindas
Negara Kita Tertakluk Kepada
Penyatuan Semua Bangsa Dalam Menentang
Pemerintahan Hegemoni Melayu

Pandangan terhadap keadaan politik negara sempena meraikan ulang tahun ke-19 penubuhan Sahabat Rakyat



Artikel panjang ini terdiri daripada empat bahagian seperti berikut:

Pendahuluan
(1) Berganding bahu membuangkan Mahathirisme ke tong sampah sejarah
(2) Menentang pemerintahan hegemoni perkauman Melayu adalah satu-satunya penyelesai bagi bangsa tertindas
(I) Parti kapitalis Melayu dan Parti Sosial Demokrat telah menuai hasil perjuangan rakyat
(II) "Tolak Tawaran Pengampuan, Tegas Dalam Perjuangan" merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi bangsa-bangsa tertindas
– keadaan perjuangan bangsa Cina
– keadaan perjuangan bangsa India
(3) Bangsa tertindas mesti berjuang bersama demi masa depan sejagat


Pendahuluan

Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat ditubuhkan pada 9 Sep 2001. Tahun ini genap 19 tahun sejak penubuhan kami. Dalam Deklarasi penubuhan, kami dengan jelasnya menyatakan bahawa matlamat perjuangan kami adalah untuk "menentang perkauman dan diskriminasi kaum" di dalam dan luar negara. Semua anggota kami adalah sukarelawan. Kami dengan ikhlas mengalu-alukan semua demokrat yang sehaluan dengan kami untuk berusaha bersama-sama. Menurut perkembangan politik terkini, sasaran utama perjuangan kita di arena antarabangsa adalah klik pemerintah hegemoni Amerika Syarikat (AS). Oleh itu, mana-mana negara dan individu-individu yang menentang pemerintahan hegemoni AS adalah sekutu kita dalam perjuangan. Begitu juga dalam negara, sasaran utama kami adalah klik hegemoni perkauman yang diketuai oleh UMNO dan golongan-golongan berkuasa lain yang menyokong "ketuanan Melayu" dan "ketuanan pribumi". Oleh itu, di dalam negara, rakan dan sekutu kita dalam perjuangan adalah mana-mana pertubuhan dan parti politik yang menentang klik hegemoni yang diketuai UMNO, golongan kapitalis Melayu dan golongan berkuasa Melayu. Selama ini, kami menjalankan kerja-kerja kami secara konsisten dengan memegang kuat kepada prinsip kebebasan dan otonomi pertubuhan.

Menurut hukum sejarah dan dialektika materialisme, dunia bakal mengalami satu perubahan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Struktur dan sistem tadbir urus global sedang mengalami pengaturan semula yang mendalam dan keseimbangan kuasa antarabangsa mengalami perubahan yang paling ketara di zaman moden ini. Ini terutama tercermin dalam pencaturan antara Negara China dan AS.

Beberapa insiden yang berlaku antara dua negara ini baru-baru ini telah memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada dinamik sosial dan politik Malaysia. Antaranya termasuk:

1.Siri rusuhan bersifat "revolusi warna" (colour revolution) yang bertujuan untuk memecah-belahkan negara China dan menghancurkan sistem perundangan dan ketenteraman Hong Kong (seperti Gerakan Payung Hong Kong dan gerakan membantah undang-undang Keselamatan Nasional Hong Kong);
2.Tindak tanduk pentadbiran Trump di AS menyebarkan pandangan berbaur diskriminasi perkauman dalam usaha menghasut kebencian orang ramai (dalam dan luar AS) terhadap negara China, orang keturunan Cina, bahkan orang Asia untuk menutupi kegagalan kawalan penularan wabak COVID-19 di AS yang berpunca daripada kecacatan sistem sosial kapitalis di AS;
3.Sentimen "anti-China" telah digunakan dalam pilihan raya presiden Taiwan dan AS.
Rakyat semua bangsa negara kita harus berwaspada terhadap pengeksportan revolusi warna dan penyebaran kebencian antara kaum di seluruh dunia oleh klik pemerintah hegemoni AS.

Jelasnya, AS melihat hubungan Sino-AS dengan mentaliti Perang Dingin dan “Zero Sum Game”. NGO-NGO dan kalangan intelektual kaum Cina negara kita turut dipengaruhi oleh teori “The Clash of Titans” oleh John J. Mear-sheimer, seorang sarjana hubungan antarabangsa terkenal AS dan ahli akademik di American Academy of Arts and Sciences. Kesan daripada pemikiran sempit ini, AS sudah pasti akan terus menyekat dan menindas kebangkitan negara China. Ini adalah salah satu sebab penting yang menjadi punca kepada hubungan Sino-AS dan keadaan dunia yang semakin mencabar.

Pada detik genting dalam politik antarabangsa ini, tindak balas terbaik negara China kapada AS dan orang-orang yang mempunyai ilusi terhadap “demokrasi dan kebebasan” ala barat adalah  meneruskan jalan baharu “pembangunan damai” dan “kerjasama menang-menang” dengan tegas, tidak mengikuti jalan kuno hegemoni dunia lain yang suka bermaharajarela selepas menjadi kuasa kuat dunia.

Dalam negara kita, politik negara juga makin hari makin rumit. Walaupun berlaku perubahan regim julung kali dalam sejarah pada tahun 2018, (malah perubahan regim ini disifatkan sebagai "kejatuhan dinasti perkauman" oleh segelintir "revolusioner" gelaran kendiri), pada hakikatnya ia sekadar satu siri perubahan klik pemerintah hegemoni Melayu daripada UMNO yang diketuai oleh Najib (iaitu Kerajaan Barisan Nasional), kepada PPBM yang diketuai oleh Mahathir (iaitu Kerajaan Pakatan Harapan), kemudiannya kepada PPBM yang diketuai oleh puak Muhyiddin (iaitu Kerajaan Perikatan Nasional). Pertempuran sesama sendiri ini disebabkan oleh percanggahan dalaman antara puak-puak berlainan dalam klik berkepentingan Melayu. Dalam keadaan di mana fikiran hegemoni Melayu masih mendominasi, agenda reformasi demokratik yang diharapkan oleh bangsa tertindas di negara kita tidak mungkin dapat dicapai. Segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang menjadi pak turut di belakang Mahathir yang merasai kuasa buat pertama kali selepas PRU ke-14 jelas telah merosot menjadi politikus biasa. Sebelum PRU ke-14, mereka ini menggembar-gemburkan idea “gulingkan Najib, hidupkan harapan rakyat”, tetapi kini ada yang telah mengkhianati mandat rakyat dan membentuk “kerajaan pintu belakang”, ada pula yang masih manaruh harapan kepada Mahathir untuk merekrut “katak politik” atau menubuhkan parti dan gabungan politik baharu untuk kembali ke kuasa. Wajah buruk mereka yang mementingkan kuasa dan kekayaan dan membelakangkan tuntutan rakyat tidak akan dapat disorok walaupun mereka mampu menanam tebu dibibir. Tingkah laku politikus-politikus ini pasti akan dikeji dan dibuang khalayak ramai.

Daripada pemerintahan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Mahathir dan kliknya hingga pemerintahan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Muhyiddin dan puaknya dalam PPBM, rakyat dapat merasakan sebuah rejim perkauman ekstremis yang semakin merajalela dan mendominasi sedang dalam pembentukan. Oleh itu, di sebalik kerumitan politik semasa, realiti mengajar kita untuk sedar bahawa:

(1)Hasil perjuangan gerakan demokratik sehingga PRU ke-14 telah dituai dan dirampas oleh klik Mahathir dan kelompok Muhyiddin. Massa rakyat berasa amat sedih dan marah!
(2)Hubungan politik dalam negera sekarang masih berada dalam peringkat di mana kaum tertindas dan kelas tertindas (termasuk Kaum Melayu, Cina, India, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak, dll.) menentang perhambaan dan penindasan oleh kelas kapitalis Melayu dan kelompok bangsawan feudal.
(3)Klik Mahathir merupakan wakil kepada kepentingan kelas kapitalis besar Melayu, dan ia mempromosikan fikiran hegemoni Melayu yang bercorak Mahathir. Apa jua sandiwara yang dimainkan, mereka tetap tidak dapat menyorok bahawa mereka adalah musuh bersama kepada rakyat semua bangsa.
Sempena ulang tahun ke-19 penubuhan Sahabat Rakyat (9 Sep 2001 - 9 Sep 2020), Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat mengemukakan pendapat berikut sebagai usaha untuk mendorong maju perkembangan gerakan demokratik di negara kita, dan harap dapat kongsi bersama dengan semua rakan sehaluan dan penyokong reformasi demokratik sejati.

▲ Sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dia berusaha keras untuk menyingkirkan Mahathir dan konco-konconya. Mahathir, yang kini berusia 95 tahun, tidak mempunyai pilihan selain daripada segera membentuk parti politik baharu, iaitu Parti Pejuang Tanah Air, untuk meneruskan perjuangan politik dia, keluarganya dan kroninya. Parti politik baharu ini sedang memohon untuk didaftarkan. Parti ini berasaskan kepada "perjuangan orang Melayu dan pribumi". Sebenarnya, parti baharu ini adalah alat politik yang diciptakan oleh Mahathir setelah Mahathir dan anaknya Mukriz dipecat dari PPBM untuk mengekalkan pengaruh politik Mahathir dan membolehkan Mukriz menjadi seorang tokoh penting dalam pemerintahan hegemoni perkauman Melayu.


(1) Berganding bahu membuangkan Mahathirisme ke tong sampah sejarah

Dalam kenyataan 509 Rakyat Sehati Buang Sampah! - Menentang Pemerintahan Hegemoni UMNO! Mencegah Mahathir Kembali Berkuasa! yang diterbit sebelum PRU ke-14 dan Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen! Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme! selepas PRU ke-14 pada tahun 2018, kami menyeru, (1) jangan memberi undi kepada calon-calon UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), juga tidak mengundi Mahathir dan calon-calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM); (2) memberi undi kepada calon 3 parti pengasas Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Demokratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) atau mana-mana calon yang berani dan tegas untuk menentang pemerintahan hegemoni UMNO dan Ketuanan Melayu.

Cadangan ini dikemukakan sebelum ini kerana kami yakin bahawa "Mahathir sudah pasti merupakan seorang tokoh politik Melayu yang ganas dan ambisi yang paling berbahaya kerana kebolehannya melaksanakan pemerintahan perkauman dan memperdayakan rakyat pelbagai kaum. Jika Mahathir dipilih, akibatnya rakyat akan dianiayai seperti kerbau dicucuk hidung."

Terbukti pandangan kami pada masa itu sejajar dengan fakta objektif dan hukum perkembangan, dan juga selaras dengan kepentingan rakyat semua bangsa. Walau bagaimanapun, seruan kami di atas tidak mendapat sambutan. Sebaliknya, Mahathir berjaya merampas hasil perjuangan rakyat semua bangsa dan kembali menjadi Perdana Menteri kali kedua dengan sokongan kuat beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan para penyumbang idea mereka yang tamak kuasa. Tidak lama selepas kembali memerintah, Mahathir segera menunjukkan belangnya dengan melaksanakan dasar-dasar "ketuanan Melayu" yang berpusat pada dirinya dan kliknya (istilah "Mahathirisme" dalam kenyataan ini), dengan harapan "Dinasti Mahathir" yang dibangun semula itu akan tetap kukuh untuk jangka masa yang panjang.

Kita telah menyaksikan bagaimana Mahathir memecah-belahkan puak Anwar dengan puak Azmin dan melemahkan kekuatan politik PKR. Tidak ketinggalan, hubungan antara barisan kepimpinan DAP dengan massa akar umbi kaum Cina juga dirosakkan oleh Mahathir. Kami juga menyaksikan muslihat politik Mahathir untuk memecah-belahkan dan memberi tamparan kepada Najib dan kelompok-kelompok kepentingan dalam UMNO, serta menarik Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk memencilkan UMNO supaya kekuatan PPBM yang dipimpinnya dapat ditingkatkan. Pendek kata, Mahathir tidak pernah berpuas hati dengan keadaan semasa, tetapi selalu merancang dan membuat pengaturan awal untuk merempuh halangan yang mungkin dihadapinya.

Banyak contoh yang membuktikan Mahathir seorang yang sombong dan angkuh, sebagai contoh:

1.Dia mengabaikan Buku Jinga Pakatan Harapan (manifesto Pilihan Raya PH), bahkan menyatakan bahawa "menifesto bukan ‘kitab suci’ dan tidak perlu dipatuhi";
2.Dalam isu pembelajaran Jawi, Mahathir mengancam dengan kata-kata bahawa “jika mereka (Dong Jiao Zong) mahu buat sesuatu yang sangat Cina, tindak balas orang Melayu akan sangat Melayu;
3.Dia cuba menunjukkan bahawa dia adalah “pemimpin Melayu” yang dapat menyatukan pemimpin-pemimpin Melayu parti lain (terutama dari UMNO dan PAS) dengan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra dan Universiti Pendidikan Sultan Idris di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.
4.Dalam wawancara dengan CNBC pada akhir Jun tahun ini, dia berkata, "Sokongan dalam kalangan orang Melayu penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya, dan Anwar tidak begitu popular (dalam kalangan orang Melayu) menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu mambantu memenangi pilihan raya." Kata-kata Mahathir ini membawa maksud Pakatan Harapan dan Anwar tidak boleh berpisah dengannya sebab dia adalah pemimpin Melayu yang mampu memenangi pilihan raya.
Mahathir nampaknya begitu sombong sehingga tidak sedarkan diri. Dia mengandaikan dirinya telah menguasai keadaan politik sepenuhnya selepas kembali ke pucak kuasa selama 21 bulan . Oleh itu, dia meletak jawatan sebagai perdana menteri secara tiba-tiba, dengan niat untuk melepaskan diri daripada kongkongan Pakatan Harapan dan bersiap sedia untuk bersekutu dengan UMNO dan PAS, supaya dirinya berada di posisi yang lebih menguntungkan. Walau bagaimanapun, impian indahnya untuk membentuk satu gabungan parti Melayu yang diketuai olehnya tidak kesampaian. Muhyiddin Yassin yang mengikut di belakang Mahathir, merebut peluang keemasan ini untuk merampas takhta perdana menteri dengan adanya sokongan kerabat diraja, Pada 1 Mac tahun ini, Muhyiddin bersumpah sebagai perdana menteri dan kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang merangkumi MP-MP PPBM yang dikuasainya, puak Azmin dari PKR, UMNO, PAS, GPS dan ahli parlimen lain. Kerajaan ini adalah "kerajaan pintu belakang" yang belum mendapat mandat daripada rakyat.

Selepas "Langkah Sheraton" berlaku pada bulan Februari tahun ini, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Wan Saiful Wan Jan dalam esei sepanjang 54 halamannya mendedahkan bahawa Mahathir bersikap tegas dan konsisten dalam pelbagai perbincangan dan mesyuarat kepimpinan PPBM, bahawa dia tidak mahu melihat Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri. Bagi Mahathir, Anwar adalah individu yang tidak akan memperjuangkan kepentingan orang Melayu atau mempertahankan hak istimewa yang diberikan kepada bangsa Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan. Mahathir pada bulan Mac atau April 2019 telah memutuskan bahawa Ahli Parlimen Larut, Perak, Hamzah Zainuddin harus memulakan dialog antara PPBM dengan UMNO dan PAS mengenai kemungkinan kerjasama antara mereka. Mahathir juga percaya bahawa rancangan Anwar untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri dapat digagalkan jikalau tiga parti besar Melayu iaitu PPBM, UMNO dan PAS disatukan supaya kerajaan baharu yang dipimpin Melayu dapat dibentuk dan seterusnya mengingkirkan DAP yang dikuasai oleh Cina dan PKR yang berbilang kaum.

Tidak dapat dinafikan bahawa Mahathir mahukan sebuah gabungan parti Melayu di bawah kawalan penuhnya. Para pemimpin, penyumbang idea 3 parti pengasas PH dan sesetengah pengupas politik yang mengembar-gemburkan pandangan bahawa “Mahathir adalah penyelamat negara” dan mencanangkan idea “pertukaran regim dan kemajuan gerakan reformasi demokratik hanya boleh tercapai jika bekerjasama dengan Mahathir” harus memohon maaf kepada rakyat jelata kerana analisis yang salah ini.

Perlu disebutkan bahawa sesetengah pemimpin politik Melayu yang berfikiran terbuka turut lantang menyuarakan bantahan mereka terhadap Mahathir. Satu kritikan yang paling simbolik adalah daripada mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, yang menyifatkan Mahathir sebagai “orang yang paling mementingkan diri dalam dunia”. Mahathir sudah tidak dapat elak daripada ditolak sepenuhnya oleh massa Melayu.

Oleh itu, tugas utama semasa pertubuhan, parti politik dan individu yang bekerja mendorong kemajuan reformasi demokratik negara kita adalah menyeru semua bangsa yang ditindas, termasuk orang Cina, India, Kadasan-Dusun dan Iban-Dayak (termasuk kelas tertindas orang Melayu), untuk menyatukan tenaga, menolak sepenuhnya Mahathir, keluarga Mahathir dan kroninya dengan tegas, dan membuangkan Mahathirisme ke dalam tong sampah sejarah. Sekiranya masih terdapat ahli politik (terutama "pemimpin Pakatan Harapan" yang kononnya mahu "Selamatkan Malaysia") dan penyumbang idea mereka terus mempromosikan kerjasama dengan Mahathir (iaitu meminta rakyat menyokong Mahathir diangkat sebagai perdana menteri sekali lagi), itu adalah penipuan terang-terang yang tidak erti malu ke atas rakyat. Jika ini benar berlaku, maka jelas mereka ini sudah terjerumus menjadi musuh rakyat. Biarkan rakyat membuangkan mereka ke tong sampah sejarah serentak dengan klik hegemoni Mahathir dan Mahathirisme.

▲ Selepas "Langkah Sheraton" berlangsung pada bulan Februari tahun ini, Muhyiddin (kiri), dengan sokongan kerabat diraja dan politikus Melayu yang bercita-cita tinggi, berjaya mengisi jawatan Perdana Menteri selepas Mahathir (kanan) meletak jawatan. Setelah menjadi Perdana Menteri, dia seterusnya menguasai sepenuhnya PPBM. Mahathir, sebagai pengasas PPBM, dan konco-konconya akhirnya dipecat dari parti itu oleh Muhyiddin. Seperti siapa makan nangka, dialah kena getahnya, Mahathir hanya mampu mengeluh kekecewaan dan menempuh jalan lain dalam menghadapi nasib sebegini!


(2) Menentang pemerintahan hegemoni perkauman Melayu adalah satu-satunya penyelesai bagi bangsa tertindas

Malaysia boleh dikatakan sebagai negara kapitalis semi-feudal semi-demokratik. "Semi-feudal" bermaksud negara kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Raja-raja Melayu adalah lambang tertinggi orang Melayu dan agama Islam, dan merupakan tuan tanah, dan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. "Semi-demokratik" bermaksud kerajaan pusat negara kita ditentukan melalui pilihan raya umum dengan prinsip "first pass the post" (iaitu calon yang memperoleh majoriti mudah dikira menang).

Di bawah sistem politik dan ekonomi semasa Malaysia, kuasa negara sejak dulu dikuasai oleh kekuatan kebiasaan yang mewakili bangsawan Melayu feudal dan klik kepentingan kapitalis besar dan kapitalis birokratik Melayu. Mereka melaksanakan pelbagai dasar diskriminasi dan penindasan kaum untuk memerintah dan memeras rakyat semua bangsa (termasuk massa Melayu dan bangsa bukan Melayu yang ditindas secara langsung seperti orang Cina, India, Kadasan-Dusun dan Iban-Dayak). Pemerintahan dan penindasan mereka terhadap rakyat semua bangsa dilakukan dalam bentuk "penindasan kaum" untuk menyembunyikan hakikat sebenar "penindasan kelas". Oleh itu, ia amat mudah memperdayakan dan mengelabui mata massa pekerja sama ada dari bangsa yang menindas mahu pun bangsa yang ditindas.

Situasi sosiopolitik di AS boleh menjadi iktibar kepada kita. Penganiayaan dan kematian George Floyd serta insiden yang berlaku selepas itu menunjukkan:

Pertama,diskriminasi kaum di AS terhadap orang kulit hitam adalah cerminan penindasan kelas dalam isu perkauman. Sejak dari dulu, perwakilan klik kepentingan kapitalis orang kulit putih melaksanakan diskriminasi dan penindasan terhadap orang kulit hitam. Nasib orang kulit hitam AS tidak dapat diubah walaupun Obama (orang kulit hitam) menjadi president AS. Ini kerana Obama sebagai anggota kelas pemerintah, dia tidak merasai penindasan kaum. Ini adalah gambaran paling jelas diskriminasi kaum di AS pada hakikatnya ialah diskriminasi kelas.
Kedua, protes orang kulit hitam AS menemui jalan buntu kerana terjebak dalam "politik identiti" (orang kulit hitam menganggap mereka adalah warganegara AS dan oleh itu harus menikmati hak asasi yang samarata dengan warganegara AS kulit putih). Mereka lupa bahawa pengalaman watak utama politik revolusi AS pada tahun 1960-an dan 1970-an, Black Panther Party dalam perjuangan pembebasan orang kulit hitam, tidak membatasi diri mereka dalam pertempuran antara orang kulit hitam dan orang kulit putih sahaja, tetapi memposisikan diri mereka dalam keumuman revolusi Marxist-Leninist-Maoist. Dengan kata lain, penyelesaian bagi orang kulit hitam di AS tidak dapat lari daripada perjuangan "politik kelas."
Maka, kita faham bahawa gerakan menentang penindasan kaum di Malaysia (iaitu gerakan perjuangan Pendidikan Bahasa Cina dan perjuangan hak-hak asas Bangsa India oleh HINDRAF) turut mengalami dilema seperti gerakan orang kulit hitam di AS yang terjebak dalam "politik identiti" dan kehilangan semangat perjuangan "politik kelas". Kami melihatnya dari dua aspek berikut——

▲ Ahmad Zahid (gambar di atas) adalah Presiden UMNO (United Malays National Organisation). Dia kini menghadapi dilema tuduhan rasuah dan pecah amanah. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946. Sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 hingga PRU ke-14 pada 9 Mei 2018, UMNO adalah satu-satunya parti yang menguasai sepenuhnya gabungan politiknya dan melaksanakan pemerintahan hegemoni perkauman yang menjadi punca kepada gejala korupsi dan penyalahgunaan kuasa pemimpin politik dan pegawai kerajaan yang semakin berleluasa. Mahathir berkuasa selama 22 tahun dalam kem UMNO ketika ekonomi negara berkembang pesat. Dia, anak-anaknya, dan juga kroni kegemarannya telah menjadi golongan kaya-raya. Mahathir telah menjadi salah satu wakil penting kelas kapitalis Melayu baharu.
Pengganti Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib (terutama Najib) tidak mahu mematuhi malah bertindak menentang secara terbuka kehendak dan kepentingan Mahathir. Konflik dalam kelompok pemerintah UMNO semakin sengit. Ditambah dengan keadaan ekonomi negara yang lembap, serta gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin negera dan pegawai kerajaan semakin tidak terkawal. Konflik dalam kelompok pemerintah UMNO telah berkembang ke tahap hidup dengan mati. Penubuhan PPBM sebelum PRU lepas dan penubuhan "Parti Pejuang Tanah Air" ketika ini hanya sekadar hasil dan alat politik daripada konflik dan pertempuran dalaman kelompok pemerintah hegemoni Melayu.

(I) Parti kapitalis Melayu dan Parti Sosial Demokrat telah menuai hasil perjuangan rakyat

Selepas Perang Dunia II, gerakan sayap kiri di Malaya (termasuk Singapura) dipimpin oleh Parti Komunis Malaya, Parti Buruh Malaya dan Barisan Sosialis Singapura pada peringkat yang berbeza. Apabila Barisan Sosialis yang dikuasai oleh Lee Siew Choh berlepas diri daripada perjuangan berparlimen dan undur daripada organisasi berdaftar yang sah pada akhir 1960-an, gerakan sayap kiri di Singapura lenyap secara beransur-ansur. Hasil perjuangan rakyat menentang pemerintahan penjajah dirampas sepenuhnya oleh Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Gerakan sayap kiri di Malaysia turut memasuki satu tempoh hilang diri yang agak lama sejak Parti Komunis Malaysia terpaksa berundur ke luar negara dan Parti Buruh mengumumkan boikot pilihan raya pada tahun 1970-an.

Pada masa yang sama, dalam klik pemerintah Melayu, kelompok Abdul Razak (Ayah kepada Najib) yang amnya mewakili kepentingan kapitalis monopoli Melayu muncul dan berkembang pesat. Mereka telah menggulingkan klik pemerintah sedia ada yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) yang amnya mewakili kepentingan bangsawan feudal Melayu dan kapitalis komplador. Sejak itu, Malaysia telah memasuki era pemerintahan hegemoni perkauman Melayu sehingga kini. Sejak itu, pemimpin-pemimpin DAP (seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang) telah memainkan peranan utama mewakili kekuatan progresif dalam menentang hegemoni perkauman Melayu di pentas perjuangan berperlembagaan Malaysia.

▲ Hadi Awang adalah pemimpin tertinggi dan pemimpin spiritual PAS ketika ini. PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Walaupun strategi kepemimpinan dan politiknya telah berubah pada fasa yang berlainan dalam tempoh 69 tahun yang lalu, matlamat parti itu untuk membina sebuah "Negara Islam" di Malaya dan Malaysia serta mentadbir negara berdasarkan Agama Islam tidak pernah berubah.
Kerajaan negara kita selama ini dikuasai oleh Melayu Muslim. UMNO memperoleh kesahihan rejimnya dengan "hegemoni Melayu" dan "pembahagian kuasa". PAS pula berharap dapat melawan dan akhirnya menggantikan UMNO menguasai kuasa pemerintahan dengan "hegemoni agama" dan "pembahagian kuasa".
Pada 29 September 2001, Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai "Negara Islam" tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. Pada bulan November 2003, PAS juga melancarkan "Dokumen Negara Islam"nya. Tambahan dengan rang undang-undang Hudud yang diluluskan oleh negeri Kelantan dan Terengganu dibawah pentadbiran PAS, serta kanyataan dan dasar berasaskan Islam yang lain, telah menimbulkan rasa tidak senang dan tidak puas hati di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam.
Selepas PRU ke-14 pada tahun 2018, PAS dan UMNO bergabung untuk membentuk gabungan politik Melayu "Muafakat Nasional". Di satu segi, mereka menunggu peluang untuk melancarkan serangan balik terhadap kekuatan rakyat yang semakin meningkat dalam menentang pemerintahan hegemoni Melayu. Di segi yang lain, mereka bersaing dengan puak Muhyiddin dan puak Mahathir yang berambisi.

Perjuangan masyarakat umum terhadap fikiran perkauman sempit dan diskriminasi kaum tidak pernah berhenti. Sebaliknya, ia terus berkembang seiring dengan pelaksanaan politik perkauman dan hegemoni perkauman yang semakin hebat oleh UMNO. Disebabkan oleh konflik dalaman dan pertempuran puak yang semakin meningkat di dalam klik pemerintah hegemoni UMNO dan gejala penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang semakin berleluasa, akhirnya membawa kepada ribut rakyat menuntut reformasi dalam PRU-12 pada tahun 2008 yang menggegarkan dasar pemerintahan klik pemerintahan hegemoni UMNO.

Namun, menjelang PRU-14 pada tahun 2018, 3 parti pengasas Pakatan Harapan (iaitu PKR, DAP dan Amanah) melakukan kesilapan yang akhirnya mengundang musibah. Kesilapan yang dimaksudkan sini ialah: (i) PKR belum dapat melampaui batasan gerakan “Reformasi” yang berpusat pada Melayu Muslim, dan "pemimpin spiritualnya" Anwar dianiaya dan dipenjarakan; (ii) Para pemimpin DAP dan Amanah menyambut baik penyertaan PPBM (ke PH) yang dibentuk oleh pecahan daripada UMNO iaitu puak Mahathir dan puak Muhyiddin yang mempunyai ideologi hegemoni perkauman yang cukup kuat dan menggambarkan Mahathir sebagai "penyelamat rakyat" tanpa mengira akibat kerana tidak sabar mahu menyelingkit ke dalam kelompok orang besar yang berkuasa, Akibatnya, rakyat jelata ditipu dan hasil perjuangan puluhan tahun bangsa tertindas menentang pemerintahan hegemoni perkauman Melayu hancur begitu sahaja.

Fakta di depan mata kami membuktikan bahawa selepas PRU ke-14, hasil perjuangan rakyat selama ini telah dirampas oleh Mahathir. Disebabkan oleh keangkuhan, keghairahan yang ternampak dan taktik tipu muslihat politiknya, hasil yang disonglap Mahathir ini kemudian dijarah oleh Muhyiddin yang sembunyi di belakangnya. Mahathir dan Muhyiddin kedua-duanya "sejenis dan sebangsa". Kedua-duanya mewakili kelas kapitalis komplador dan kapitalisi besar Melayu. Mereka mewakili puak dan kumpulan kepentingan yang berbeza. Satu-satunya perbezaan antara mereka adalah: Mahathir sering bertengkar dan bersaing dengan kuasa diraja, sementara Muhyiddin disokong dan diperalatkan oleh kuasa diraja. Bagi rakyat semua bangsa negara kita, kedua-dua mereka jelas adalah "musuh kelas" kita, tetapi mereka mudah merampas hasil perjuangan rakyat semua bangsa kerana diangkat sebagai "pemimpin paling berpengalaman yang mampu meraih undi Melayu" oleh ahli politik dan penyumbang idea yang mengejar kedudukan dan pangkat yang menyusup ke dalam barisan rakyat.

(II) “Tolak Tawaran Pengampuan, Tegas Dalam Perjuangan” merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi bangsa-bangsa tertindas

Kedudukan dipecah dan diperintah, diperkudakan dan ditindas yang dialami oleh bangsa Cina dan bangsa India (terutamanya orang Tamil) yang membentuk majoriti daripada golongan tertindas di negara kita (berdasarkan statistik terbaru, komposisi bangsa Cina merangkumi 23% jumlah penduduk Malaysia, dan komposisi bangsa India merangkumi 7%) masih tidak berubah semenjak zaman penjajahan British hingga sekarang. Golongan buruh bangsa India yang berada di kelas terbawah berdepan dengan keadaan yang paling sengsara. Walaupun kedua-dua bangsa ini mempunyai nasib yang sama, namun disebabkan pengaruh polisi “pecah dan perintah” yang diamalkan begitu lama, sekian lama ini rakyat bangsa Cina dan bangsa India terperangkap dalam keadaan dimana bangsa Cina berjuang sendirian, manakala bangsa India pula menerima nasib malangnya yang ditindas, dan bergelar sendiri sebagai “bangsa bisu”, menanti-nantikan tokoh wira membebaskan kesengsaraan mereka.

Biar kita mula dengan meneliti keadaan perjuangan bangsa Cina. Di antara pelbagai aspek perjuangan bangsa Cina terhadap penjajahan British dan pemerintahan hegemoni Melayu termasuk politik, ekonomi, sosial, dan lain-lain, gerakan menuntut hak asasi pendidikan bahasa ibunda merupakan perjuangan yang paling kukuh dan berpengaruh. Dong Jiao Zong, pertubuhan pimpinan pendidikan bahasa Cina memain peranan yang penting dalam perjuangan tersebut, dan menyumbangkan jasa yang begitu besar. Tidak dapat dinafikan bahawa, setelah mengalami pergolakan oleh puak pimpinan Yap Xin Tian (叶新田) dan Chow Siew Hon (邹寿汉) yang membawa impak negatif yang begitu serius, sebuah pasukan Dong Zong yang diketuai oleh Tan Tai Kim (陈大锦) sedang dibina semula dengan dorongan orang-orang berwawasan yang prihatin terhadap masa depan pendidikan bahasa ibunda, untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh daripada berjaya ini.

Dong Jiao Zong juga menubuhkan satu "Jawantankuasa Hujah Baharu Pendidikan Bahasa Ibunda Cina" untuk membincangkan "Arah Baharu Pendidikan Bahasa Cina". Kumpulan yang dipimpin oleh oleh Tan Yew Sing (陈友信) ini melaksanakan tiga objektif utama, iaitu:

1.Meneroka hujah baharu mengenai pendidikan bahasa Cina untuk menyuntik dinamik baharu ke dalam pergerakan pendidikan;
2.Menggembleng tenaga semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan corak baharu pendidikan bahasa Ibunda Cina;
3.Merancang dan membina sebuah pusat latihan bersepadu yang beranggaran RM 25 juta sebagai pangkalan untuk memajukan pendidikan Bahasa Cina serta menggalakkan interaksi antara kebudayaan berbilang bangsa. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di pusat latihan ini termasuk: latihan guru, seminar akademik, bengkel pendidikan dan pengajaran, semakan kertas peperiksaan UEC, pertukaran pelajar, kem interaksi murid, kem cuti, aktiviti pameran, persembahan dan sebagainya.
Aktiviti dan artikel yang diatur oleh kumpulan "Arah Baharu Pendidikan Bahasa Cina" Dong Jiao Zong menunjukkan tanda bahawa:

(i)Membina pendapat umum secara tersusun dan sistematik untuk menyebarkan sekuat-kuatnya fikiran yang disebut sebagai "pendidikan bahasa Cina yang bersesuaian dengan corak politik baharu, iaitu ‘transisi demokratik’ atau ‘keadilan transisi’ (转型正义) pada masa kini";
(ii)Mereka seolah-olah mahu orang umum mempercayai bahawa "corak politik lama" berbentuk "menentang sistem pendidikan satu bahasa (monolingual) dan menentang asimilasi bangsa secara paksaan" sudah berlalu dan tidak lagi wujud;
(iii)Mereka cuba mengasingkan "semangat pantang undur Lim Lian Geok", yang mempunyai maksud tradisi dan simbolik, daripada gerakan pendidikan bahasa Cina dan pertubuhan pimpinan pendidikan bahasa Cina, agar gerakan pendidikan bahasa Cina dan pertubuhan pendidikan bahasa Cina yang menentang sistem pendidikan satu bahasa dan menentang asimilasi bangsa secara paksaan, diubah menjadi kegiatan korporat berskala besar yang diurus tadbir oleh elit pendidikan yang semata-mata mengejar pendidikan berkualiti tinggi.
▲ Pada 25 Disember 1980 (Khamis), dalam majlis makan malam untuk meraikan ulang tahun ke-29 penubuhan Jiao Zong (persatuan guru-guru sekolah Bahasa Cina Malaysia) merangkap perayaan hari lahir ke-80 Lim Lian Geok, beliau mengatakan bahawa: "Saya berumur 80 tahun tahun ini. Bertuah sekali saya berumur panjang dan layak digelar “dewa umur panjang”. Saya telah menempuh cabaran masa. Lim Lian Geok tetap berdiri tegak dengan gagah perkasa, jujur dan bermartabad! Saya tidak berpaling tadah dan tidak tunduk! Saya tidak kecewa dan tetap bersemangat! Saya tidak mengelak dan tidak berundur! Semua orang tahu, saya tidak bersalah.
Bak kata cendekiawan dulu,"tidak mengalah kepada hina-dina; tidak menunduk kepada kekerasan". Kita adalah keturunan orang Cina. Saya telah dididik oleh budaya cemerlang yang diwarisi dari 5000 tahun dahulu. Saya bukan pembelot, saya tidak mengelak tanggungjawab. Sekarang saya tidak bimbang (orang lain mengatakan saya mengangkat diri), saya berjaya melakukannya! . Saya hadiahkan pepatah orang tua-tua "tidak mengalah kepada hina-dina; tidak menunduk kepada kekerasan" kepada cucu-cicit kita.
Saya amat berharap bahawa orang Cina yang berhati nurani akan tangan di tangan, hati ke hati, menunjang panji keadilan bangsa, dan menegakkan keadilan bangsa dan membela maruah bangsa kita. Saya ingin memberitahu anda bahawa budaya bangsa adalah jiwa bangsa, nilainya setanding nyawa.
Kita sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan budaya kita. Tapi, kita tidak akan membenarkan hak suci kita dicabuli, tidak membiarkan harga diri bangsa kita dilukai. Malaya dan Malaysia adalah negara berbilang bangsa. Siapa-siapa yang berbicara tentang keadilan dan perpaduan, kepercayaan kami adalah “Hidup berbilang, makmur bersama”. Barang siapa yang melanggar prinsip ini hanyalah pembohongan dan kami tidak mempercayainya!"
—— "Naga ganas ditentang genggaman besi, pak belang buas dilawan buku lima, semangat juang kobar abadi, biar berputih tulang jangan berputih mata!", inilah dia "Semangat Lim Lian Geok"!

Pengajaran sangat bernilai yang ditinggalkan dari pengalaman tiga orang tokoh pendidikan bahasa Cina yang unggul iaitu, Lim Lian Geok, Sim Mow Yu dan Lim Fong Seng, dan juga pelaksanaan seluruh gerakan pendidikan bahasa Cina adalah: sebarang usaha perundingan melalui parti pemerintah, menjalin hubungan dengan klik berkepentingan politik, dan tunduk pada keperluan politik pemerintahan hegemoni Melayu sehingga membuangkan tradisi semangat penentangan dalam gerakan pendidikan bahasa Cina, tidak pernah membuahkan hasil positif dalam pembangunan pendidikan bahasa Cina, terutamanya peringkat pendidikan tinggi, malahan hanya membolehkan segelintir orang yang berambisi jahat yang sembunyi dalam pasukan pendidikan bahasa Cina untuk mengaut keuntungan dengan menjalankan kegiatan korporat peribadi melalui platform dalam Dong Zong atau pertubuhan Cina (Huatuan). Namun, pengalaman bernilai daripada para tokoh unggul dalam gerakan pendidikan bahasa Cina ini telah "dikembiri" (dihapus sepenuhnya) secara sengaja atau tidak sengaja dalam pendapat dan hujah "pendidikan bahasa Cina wajib mengalami transisi supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa” oleh sesetengah “elit akademik” generasi muda masyarakat Cina.

Pada 28 Jun 2020, Choo Shinn Chei, salah seorang President Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, mengambil bahagian secara peribadi dalam diskusi atas talian bertema "Perspektif Merentasi Generasi terhadap Gerakan Pendidikan Bahasa Cina" yang dianjurkan oleh kumpulan kerja “Arah Baharu Pendidikan Bahasa Cina”. Dalam diskusi tersebut, dia menyampaikan ucapan bertajuk “Gerakan Pendidikan Bahasa Cina adalah Gerakan Penentangan dan Perjuangan Bangsa Cina, Hujah Baharu Tidak Harus Membuangkan Semangat Lim Lian Geok”. Pendapat dan hujah Choo Shinn Chei yang dinyatakan dalam ucapan tersebut juga merupakan pendirian dan pandangan Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat mengenai isu-isu yang berkaitan. Kami bersedia saling belajar dengan semua individu yang mengambil berat tentang masa depan pendidikan bahasa Cina. Kami berharap agar kepimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Tan Tai Kim, para pemimpin semua pertubuhan pendidikan bahasa Cina di negara ini, dan semua rakan sehaluan yang mengambil berat dan mencintai pendidikan bahasa Cina agar memberi perhatian kepada cadangan rancangan pembangunan yang bakal diutarakan oleh kumpulan "Arah Baharu Pendidikan Bahasa Cina", dan meneliti sama ada cadangan tersebut bertentangan dengan hasrat asal generasi dulu pendidikan bahasa Cina yang mengusahakan gerakan pendidikan ibunda bahasa Cina negara ini?

Seterusnya, kita meneliti keadaan perjuangan bangsa India pula. Seperti keadaan orang kulit hitam di AS, golongan bangsa India merupakan golongan yang paling tertindas dalam negara kita. Yang patut dititikberatkan, mereka telah mengadakan perhimpunan HINDRAF yang terbesar dalam sejarah bangsa India negera kita pada 25hb November 2007. Dianggarkan puluhan ribu rakyat Malaysia berbangsa India telah menyertai perhimpunan ini. Perhimpunan ini melambangkan masyarakat India tidak lagi berdiam diri terhadap dasar BN-UMNO yang meminggirkan bangsa India sejak dari dulu, dan melepaskan geram serta menunjukkan perasaan ketidakpuashatian mereka di jalanraya. Walaupun perhimpunan HINDRAF merupakan kejadian yang berlaku secara spontan, ia memainkan peranan penting dalam menafikan majoriti dua pertiga kerusi parlimen kerajaan UMNO-BN semasa pilihan raya umum (PRU) tahun 2008.

Perhimpunan raksasa ini telah membuka mata massa bangsa India untuk mengenali bahawa mereka juga berkemampuan untuk menyekat pemerintahan hegemoni perkauman Melayu yang bertindak sewenang-wenang. Sayangnya, “kesedaran politik” yang dibangkitkan oleh perhimpunan ini tidak dapat berkembang untuk membina “pergerakan HINDRAF” yang mempunyai organisasi yang sempurna, pemimpin yang berwibawa, prinsip perjuangan yang tegas dan penglibatan khalayak ramai. Hal ini demikian tidak boleh berpisah dengan dua faktor ini: (i) faktor luaran iaitu klik pemerintahan yang bertindak ganas menindas dan menawarkan pengampunan; (ii) faktor dalaman iaitu kelemahan kemimpinan dan kelonggaran organisasi mereka.

▲ Perhimpunan raksasa Hindraf pada 25 November 2007 adalah tunjuk perasaan terbesar bangsa India yang terpinggir terhadap pemerintah hegemoni perkauman dalam sejarah Malaysia. Penganjur mendakwa kira-kira 100,000 penunjuk perasaan telah menghadiri tunjuk perasaan tersebut, manakala media menganggarkan puluhan ribu orang mengambil bahagian. Tiada siapa-siapa yang meragui anggaran media. Lima pemimpin telah ditangkap dan ditahan. Waytha Moorthy, yang berada dalam buangan akhirnya mengeluarkan gesaan bahawa “Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan punca kepada dasar perkauman di Malaysia" dan dia protes dengan tegas untuk mengasingkan rakyat kepada dua kelas, iaitu orang Melayu Islam yang mempunyai hak istimewa dan orang bukan Melayu bukan Islam (termasuk orang Cina, India, orang asli bukan Melayu dan kaum-kaum lain) yang tidak mempunyai hak istimewa.

Sebelum perhimpunan raksasa HINDRAF berlangsung, kerajaan BN telah menahan 5 pemimpin HINDRAF termasuk pemimpin utamanya P. Uthayakumar. Adiknya P. Waytha Moorthy (seorang peguam) kemudian melarikan diri ke luar negara untuk elak daripada ditahan. Dengan memanfaatkan kedudukannya sebagai “pemimpin HINDRAF”, dia telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mempromosikan “kesengsaraan dan peminggiran masyarakat India di bawah dasar perkauman Malaysia” semasa dalam keadaan buangan di luar negera. Namun, Waytha Moorthy telah menerima penawaran pengampunan sebanyak dua kali daripada klik pemerintahan dalam peringkat berbeza demi kepentingan peribadi.

1.Kali pertama, dia dikhuatiri telah menerima penawaran pengampunan secara sulit semasa dalam buangan di luar negera. Dia dibenarkan pulang ke Malaysia beberapa bulan sebelum PRU tahun 2013. Selepas PRU tahun 2013, dia dilantik oleh Najib sebagai Senator dan menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Perdana Menteri. (Dia meletak jawatan selepas 9 bulan).
2.Kali kedua berlaku selepas PRU tahun 2018, dia telah dilantik oleh Mahathir sebagai Senator dan menjawat jawatan Menteri Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (sehingga keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan di bawah kuasa Mahathir selama 22 bulan).
Penerimaan tawaran pengampunan daripada dua wakil klik pemerintahan hegemoni Melayu (Najib dan Mahathir) untuk kepentingan peribadi merupakan kelakuan mengkhianati HINDRAF dan bangsa India. Berikut merupakan contoh bukti yang nyata:

Selepas Waytha Moorthy menjadi salah seorang anggota kelas pemerintah dan klik pemerintahan, beliau tidak lagi menyentuh isu “Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah pokok kepada peminggiran masyarakat India bahkan keseluruhan orang bukan Melayu, ia harus dimansuhkan” yang ditegaskan olehnya sebelum menerima pengampuan. Malah, dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditangani antara dia dengan Najib yang mewakili kerajaan BN sebelum PRU tahun 2013, P. Wathay Moorthy melepaskan dua tuntutan penting dalam Blueprint HINDRAF, iaitu: (i) menghapuskan “Institusionalisasi Perkauman” dan (ii) menubuhkan Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC). Kedua-dua tuntutan ini merupakan tuntutan genting yang mampu menyekat dan menghalang penyalahgunaan kuasa pihak polis yang menjadi punca utama kematian dan kecederaan orang India dalam tahanan polis sekian lama ini. Ia juga selaras dengan kepentingan khalayak bangsa-bangsa tertindas. Perbuatan Waytha Moorthy ini pasti akan dikeji dan dibuang oleh seluruh masyarakat India bahkan massa rakyat seluruh negara.

Selepas Waytha Moorthy memegang jawatan menteri di dalam kerajaan Mahathir, bekas pemimpin utama perhimpunan HINDRAF iaitu P. Uthayakumar (abang kepada Waytha Moorthy yang juga seorang peguam) bermula aktif semula di bawah nama “HINDRAF 2.0”. Beliau dengan penuh harapan mempromosikan model perjuangan “7-14”, yang terfikir olehnya semasa dalam penjara, kepada masyarakat India. Beliau mengusul dan menyeru pengundi bangsa India untuk menukar kawasan undi mereka ke kerusi yang mempunyai bilangan pengundi bangsa India yang ramai, supaya menunaikan rancangannya di mana masyarakat India akan dapat memiliki 7 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berangan-angan model perjuangan “7-14” ini merupakan harapan tunggal masyarakat India untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. Pendekatan dan seruan berpandai-pandai Uthayakumar ini menerima sambutan dingin dan terbentur dinding di kalangan orang India. Punca kegagalannya mudah, pengundi bangsa India malah pengundi semua bangsa telah belajar dari sejarah dimana mereka telah banyak kali dikhianati oleh wakil rakyat serta menyaksikan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan secara tiba-tiba. Mereka menyedari bahawa wakil rakyat (tak kira MP ataupun ADUN) yang dipilih di bawah sistem sekarang tidak boleh dipercayai. Jarang sekali ada wakil rakyat yang berani bersuara dan berusaha demi kepentingan bangsa dan rakyat jelata sehingga sedia berkorban untuk rakyat.

Uthayakumar menyatakan bahawa HINDRAF 2.0 adalah pertubuhan yang mewakili masyarakat India terpinggir di negara kita. Namun, memperlihatkan keadaan dua tahun kebelakangan ini, organisasi pertubuhan ini nampaknya amat longgar (pada hakikatnya boleh dikatakan tiada organisasi atau organisasinya langsung tidak berfungsi) dan disalah pimpin (massa hanya menerima perintah tetapi pandangan mereka tidak didengarkan). HINDRAF 2.0 yang dipimpin oleh Uthayakumar perlu membuang khayalannya yang menaruh harapan penuh kepada “memilih wakil rakyat bangsa India adalah satu-satunya penyelesaian bagi masyarakat India”. HINDRAF 2.0 harus kembali ke garis juang dimana massa bangsa India berjuang tanpa kenal jerih payah, pemimpin tidak takut untuk korban dan bergantung kepada massa serta mengerahkan kebijaksanaan dan kekuatan bangsa India untuk mengatasi kesulitan dan kesengsaraan yang dialami secara beransur-ansur, barulah dapat meraih masa depan yang cerah.


(3) Bangsa tertindas mesti berjuang bersama demi masa depan sejagat

Sejarah perjuangan sekian lama bangsa-bangsa tertindas membuktikan bahawa: baik pergerakan memperjuangkan hak asasi Pendidikan Bahasa Ibunda Cina oleh bangsa Cina mahupun perjuangan Hindraf oleh bangsa India, usaha kuat kedua-dua pihak hanya membuahkan hasil yang sedikit, ataupun membawa kesan yang terhad, malah tiada kesan langsung kerana kedua-dua pihak selama ini berjuang sendirian. Hakikat ini adalah sedia maklum.

Apa yang perlu ditonjolkan adalah:

(1)Penindasan bangsa di negara kita yang kami maksudkan ini, walaupun tertonjol di antara bangsa, namun ia tidak bererti semua orang dalam bangsa yang menindas terlibat dalam menindas bangsa-bangsa yang lain (bangsa tertindas). Mereka yang melaksanakan penindasan bangsa ialah kelas pemerintah dan klik pemerintah yang reaksioner dalam bangsa yang menindas, bukannya mereka yang turut ditindas dan dieksploitasi dalam bangsa tersebut,
(2)Mereka yang betul-betul mengalami penindasan bangsa ialah kelas ditindas dan kelas dieksploitasi dalam bangsa tertindas, manakala kelas eksploitasi dalam bangsa tertindas turut menghadapi penindasan bangsa dalam skop dan paras yang tertentu.

Selain daripada bangsa Cina dan bangsa India, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak dan lain-lain kaum minoriti juga merupakan kaum tertindas. Orang Melayu yang diperintah dan dieksploitasi seperti kelas kapitalis kecil dan kelas pekerja Melayu juga merupakan golongan yang ditindas dan diekploitasi oleh klik pemerintah Melayu. Bangsa-bangsa tertindas dan kelas yang diperintah dan dieksploitasi dalam bangsa yang menindas (iaitu bangsa Melayu) memiliki nasib yang sama, boleh dikatakan mereka ialah komuniti senasib. Maka, tindakan bersama bangsa Cina dan bangsa India untuk menyalurkan pergerakan memperjuangkan hak asasi Pendidikan Bahasa Ibunda Cina dan perjuangan Hindraf ke dalam arus perdana perjuangan menentang pemerintahan hegemoni Melayu yang mewakili kepentingan kelompok bangsawan feudal Melayu, kelas kapitalis monopoli dan kelas kapitalis besar, adalah satu-satunya jalan untuk memperkasakan barisan perjuangan bangsa tertindas dan mencapai matlamat bersama. Amalan perjuangan ini pasti akan mendorong kesedaran kelas tertindas (khususnya kelas pekerja) bangsa Melayu, untuk kenal dan sedar bahawa mereka sebenarnya juga merupakan golongan sasaran yang ditindas oleh kelas kapitalis-birokrat Melayu, dan seterusnya mengambil inisiatif untuk menyokong perjuangan adil bangsa-bangsa tertindas dalam semua bidang.

Keadaan rakyat jelata Kadasan-Dusun di Sabah dan Iban-Dayak di Sarawak lebih menyedihkan. Kedua-dua negeri ini kaya dengan sumber alam semula jadi tetapi rakyat lapisan bawah yang diperintah hidup melarat. Sebab utama ialah:

(1)Selepas Sabah dan Sarawak menyertai “Malaysia”, hak kawalan dan penguasaan sumber alam, pembangunan ekonomi dan hasil cukai utama di kedua-dua negeri ini dikuasai sepenuhnya oleh klik pemerintahan persekutuan, tetapi pembangunan infrastruktur yang diperlukan untuk membangunan ekonomi kedua-dua negeri pula dilalaikan malah diketepikan. Tambahan pula dengan korupsi dan salahguna kuasa oleh pegawai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, turut mengakibatkan pembangunan ekonomi terbantut dan kehidupan rakyat miskin papa;
(2)Demi melindungi kedudukan kuasa dan kepentingan peribadi, klik pemerintah dan elit politik di kedua-dua negeri ini memilih untuk bergantung kepada klik pemerintah persekutuan yang menjalankan pemerintahan hegemoni Melayu. Mereka tidak segan menggunakan apa jua cara untuk mencapai kemewahan peribadi. Mereka masih berasa “tenang hati” walaupun mengkhianati bangsa sendiri dan kepentingan rakyat jelata.
(3)Oleh sebab kerajaan negeri Sabah dibentuk oleh majoriti politikus oportunis, keadaan seperti wakil rakyat melompat parti, keluar parti, bentuk parti baharu dan sering tukar kerajaan menjadi perkara norma di bawah pertembungan kuasa klik pemerintahan persekutuan dan tempatan, maka sesetengah orang bergurau bahawa Sabah merupakan “Kampung Politik Katak”. Manakala kuasa pemerintahan Sarawak pula dikawal ketat oleh Taib Mahmud dan keluarganya yang berketurunan Melayu (Minangkabau) serta kroninya melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mengontrol kuat politik dan ekonomi negeri tersebut, sehinggakan UMNO dan parti-parti komponen kerajaan persekutuan dicegah daripada masuk ke Sarawak.
Oleh yang demikian, persepakatan antara bangsa-bangsa tertindas di Sabah dan Sarawak dengan bangsa-bangsa tertindas di Semenanjung dijangka akan menghadapi halangan yang lebih hebat dan besar. Akan tetapi, perpaduan ini tetap akan berjaya pada masa akan datang!

Semua pergerakan perjuangan rakyat tertindas di seluruh dunia merupakan tindakan kebangkitan sedar untuk menentukan nasib sendiri yang dilancarkan oleh rakyat tertindas. Tindakan penentangan yang dijalankan oleh orang kulit hitam di AS kini menjelaskan kenyataan ini. Hanya dengan kebangkitan orang kulit hitam yang tertindas untuk menentang pemerintahan orang kulit putih dan diskriminasi kaum, baru akan menarik semakin ramai orang kulit putih yang berpegang kepada prinsip adil untuk menyertai barisan perjuangan penentangan orang kulit hitam, dan bukan sebaliknya. Perjuangan bangsa-bangsa tertindas dan rakyat tertindas (bangsa Melayu) di Malaysia juga harus elak daripada menuruti strategi “demi kebaikan umum” yang dikemukakan oleh segelintir “pakar politik yang berwibawa” atau “pakar strategi” yang sebenarnya merupakan muslihat untuk memupuk rakyat jelata melutut dan tunduk kepada hegemoni Melayu untuk meraih sedekah dan rasa simpati daripadanya. Hanya dengan kebangkitan sedar bangsa-bangsa tertindas dan rakyat tertindas untuk menentukan nasib sendiri, kita akan mula melangkah dalam perjuangan reformasi demokratik yang sebenar di Malaysia dengan gagah dan berani. Dan hanya dengan itu, barulah rakyat semua bangsa dapat membebaskan diri daripada pemerintahan hegemoni perkauman dan membentuk satu Malaysia baharu yang betul-betul tidak berasaskan warna kulit dan agama, di mana rakyat semua bangsa hidup secara harmoni dan bahagia.

Kita mesti percaya dengan kukuh bahawa tiada “Penyelamat Dunia” di dunia ini. Kita mesti bergantung pada diri sendiri untuk mencapai kebahagiaan. Dalam masyarakat kelas yang bersifat polarisasi di Malaysia, rakyat tidak boleh menaruh harapan pada segelintir orang yang berkuasa untuk merealisasikan “kebahagiaan rakyat” yang sebenar. “Kebahagiaan rakyat” hanya boleh dicipta melalui perjuangan dan usaha rakyat sendiri. Dalam masyarakat dengan kelas yang bertentangan, dan masyarakat yang berpecah kepada klik-klik berkepentingan yang mempunyai kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain, seseorang perlu memperjuangkan liberlisasi kelas dan klik berkepentingan sendiri terdahulu demi mencapai kebahagiaan. Hanya dengan menghapuskan syarat-syarat masyarakat yang merosakkan dan menghimpit kemanusiaan, barulah kebahagiaan individu yang sebenar boleh tercapai. Sekiranya seseorang itu tidak bahagia, maka adalah penting untuk mencari dan menghapuskan akar punca dalam masyarakat yang menyebabkan ketidak-bahagiaan tersebut. Marilah kita sama-sama mendayung ke arah kehidupan yang bahagia.


Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat
9 September 2020

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE