Tuesday, 13 October 2020

Gerakan Pendidikan Bahasa Cina adalah Gerakan Perjuangan Bangsa Cina, Hujah Baharu Tidak Harus Membuangkan Semangat Lim Lian Geok! — Ikhtisar Diskusi "Perspektif Merentasi Generasi terhadap Gerakan Pendidikan Bahasa Cina"

 Gerakan Pendidikan Bahasa Cina adalah Gerakan Perjuangan,
Hujah Baharu Tidak Harus Membuangkan Semangat Lim Lian Geok!
— Ikhtisar Diskusi "Perspektif Merentasi Generasi terhadap Gerakan Pendidikan Bahasa Cina"

Pengarang / Sumber: Choo Shinn Chei / <Sahabat Rakyat>


Pengarang menerima jemputan Kumpulan Kerja “Arah Baharu Pendidikan Bahasa Cina” Dong Jiao Zong untuk menyertai diskusi atas talian bertema “Perspektif Merentasi Generasi terhadap Gerakan Pendidikan Bahasa Cina" pada pukul 10 pagi 28 Jun 2020. Artikel ini disediakan sebagai isi utama ulasan Choo Shinn Chei berdasarkan empat skop perbincangan yang digariskan oleh pihak penganjur.

Menurut mesej yang dihantar oleh penganjur, forum tersebut dijalankan dalam bentuk persidangan video. Pengerusi forum adalah Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong Leong Sheng Yee, dan ahli panel terdiri daripada: Tan Ah Chai, Yap Swee Seng, Oung Kang Wei dan Choo Shinn Chei (4 orang). Nanyang Siang Pau melakukan laporan media.

Menurut pengarang, dia diundang untuk menyertai diskusi tersebut kerana dia pernah menulis sebuah artikel untuk membalas pandangan Tan Ah Chai mengenai pendidikan bahasa Cina. Pihak penganjur percaya bahawa persidangan kali ini boleh mewujudkan pertukaran dan bertembung pelbagai pandangan yang berbeza. Merasakan keihklasan dan toleransi pihak penganjur, pengarang telah bersetuju menyertai diskusi ini dengan gembira.

Berikut adalah isi utama ucapan Choo Shinn Chei -

1. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh gerakan pendidikan Bahasa Cina pada saat genting transisi demokratik negara?

Demi mempermudahkan pemahaman terhadap peranan gerakan pendidikan Bahasa Cina, mari kita bincangkan pemahaman tentang inti pati gerakan tersebut.

Seawal tahun 2009, selepas pengerusi semasa Dong Zong Yap Xin Tian dan kumpulannya berjaya memaksa Bock Tai Hee berundur dari barisan pentadbiran Dong Zong dan seterusnya melancarkan tindakan menyingkir pengetua Kolej New Era Dr. Kua Kia Soong (dan pasukan profesional yang dipupuk oleh Dr. Kua), Sahabat Rakyat mengadakan forum bertajuk "Kolej Era Baru • Dong Jiao Zong • Gerakan Pendidikan Bahasa Cina" di Johor Bahru pada 26 September 2009. Salah satu kesepakatan yang dicapai dalam forum ini adalah matlamat teras gerakan pendidikan Bahasa Cina adalah menuntut supaya kerajaan memberhentikan pelaksanaan dasar pendidikan asimilasi yang eksklusif, sebaliknya melaksanakan dasar pendidikan berintegrasi kepelbagaian yang inklusif. Toh Kin Woon menyatakan bahawa "Dong Jiao Zong sentiasa berdiri di barisan hadapan gerakan kepelbagaian budaya dan bahasa negara kita dalam menentang Umno...... ini kerana Umno berusaha untuk memaksa orang bukan Melayu menerima hegemoni dan dominasi bahasa dan budaya Melayu."

Phoon Wing Keong pula percaya bahawa "gerakan pendidikan bahasa Cina pada hakikatnya adalah satu bentuk penentangan budaya...... yang bertujuan untuk mengelakkan budaya dan bahasa setiap etnik daripada didiskriminasi dan disingkirkan." Bock Tai Hee juga menyatakan bahawa "gerakan pendidikan Bahasa Cina di Malaysia mahupun Asia Tenggara mendapat sambutan meluas dan memenangi hati rakyat...... kerana bangsa mengalami diskriminasi dan penindasan, serta dilayan secara tidak adil dan tidak saksama." Pendek kata, gerakan pendidikan bahasa Cina di negara kita pada dasarnya adalah gerakan perjuangan rakyat menentang pendidikan monolingual dan asimilasi kaum secara paksa.

Gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina merupakan hasil penindasan secara institusi oleh rejim perkauman terhadap pendidikan bahasa Cina.

Di mana ada penindasan, di situlah timbul penentangan; di mana ada penentangan, di situlah berlaku penindasan. Inti pati gerakan pendidikan bahasa Cina adalah gerakan perjuangan rakyat yang terpaksa dibentuk oleh massa terhadap pendidikan asimilasi perkauman. Bagaimana perubahan seterusnya gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina dan apakah peranannya? Sebelum persoalan ini dijawab, kita harus bertanya sama ada objektif gerakan perjuangan telah dicapai pada hari ini, iaitu, sama ada penindasan telah dihapuskan.

Hadirin sekalian, adakah matlamat teras gerakan pendidikan bahasa Cina telah dicapai pada hari ini? Adakah masalah pokok yang dihadapi oleh pendidikan bahasa ibunda bangsa telah berubah? Adakah golongan pemerintah hegemoni Melayu telah mengetepikan "matlamat akhir"nya iaitu "satu negara, satu bangsa, satu bahasa"?

Jelasnya tidak. Keadaan di era pemerintahan Perikatan dan Barisan Nasional tidak perlu diceritakan lagi. Dalam tempoh pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan sahaja, kita menyaksikan Mahathir memastikan jawatan Menteri Pendidikan tidak terlepas daripada penguasaan orang kepercayaannya dari PPBM melalui kuasa prerogatif perdana menteri. Selain itu, kerajaan menganjurkan “Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018” yang jelas bersifat perkauman yang bercorak Mahathir; kerajaan menyetujui dan bahkan menyokong "Kongres Maruah Melayu" di mana banyak pemimpin pihak kerajaan, termasuk Mahathir selaku Perdana Menteri hadir dan menyampaikan ucapan; kerajaan enggan menandatangani "Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum" (ICERD); pengiktirafan UEC ditangguh-tanguhkan; isu peruntukan Kolej Universiti TAR; memaksa pelajar SJKC dan SJKT belajar bahasa Jawi, dan sebagainya.

Kejadian-kejadian tersebut membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan juga telah mengabaikan keinginan kuat rakyat kesemua bangsa dan lapisan di negara ini yang menuntut reformasi demokratik, malah dengan keras kepala mewarisi dasar asimilasi yang mengagungkan pendidikan bahasa Melayu dan menyingkir pendidikan bahasa ibunda bangsa minoriti yang lain. Dua bulan sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Teo Nie Ching dari DAP selaku timbalan menteri pendidikan pernah menyenarai"12 Reformasi Pendidikan Bahasa Cina Utama" yang diusaha oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada masyarakat Cina. Kesemua langkah yang disenaraikan adalah tindakan populis seperti berselimut kain sehasta yang tidak mengubati masalah dari sumber akarnya. Perubahan untuk menyelesaikan malapetaka pendidikan bahasa ibunda bangsa, seperti mengetepikan "matlamat akhir", memansuhkan artikel 17(1) Akta Pendidikan 1996 dan membetulkan isi "Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025" yang berhasrat menukarkan sifat asal SJKC dan SJKT, sama sekali tidak ternampak.

Selagi sistem penindasan perkauman masih wujud, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina akan kekal, tidak kira sama ada penguasa itu ialah Barisan Nasional atau Pakatan Harapan. Hakikat ini tidak boleh dialih dengan sebarang hujah gerakan pendidikan bahasa Cina kerana ia sekadar gambaran kenyataan bahawa penentangan ditentu oleh penindasan. Sebenarnya, kenyataan yang sama juga tercermin di ketua negara demokrasi Barat yang menjadi negara idaman ramai orang, Amerika Syarikat. Selagi penindasan perkauman secara institusi masih wujud, kes kematian Freud akibat penguatkuasaan undang-undang dengan keganasan oleh polis tidak akan berkesudahan. Maka, gerakan perjuangan yang diterajui oleh orang kulit hitam Amerika Syarikat akan terus ditimbul, tanpa mengira siapa yang menjawat jawatan presiden AS.

Sebaliknya, penentangan tidak akan berlaku secara semula jadi sekiranya tidak wujud penindasan. Apabila pendidikan bahasa ibunda ditindas, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina akan timbul dengan sendirinya. Ketika tidak ditindas, sudah tentu gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina tidak wujud. Mungkin penganjur atau sesetengah panel berpendapat bahawa negara kita sedang berada pada saat genting "transisi demokratik", tetapi saya percaya bahawa negara kita tidak bergerak ke arah pendemokrasian atau transisi demokratik. Sebaliknya, negara kita sedang berdepan dengan proses perpecahan dan pengaturan semula klik pemerintah hegemoni Melayu akibat konflik kepentingan sesama diri. Disebabkan kelemahan kekuatan demokratik, kuasa monarki pulih dan pengaruhnya diperluaskan. Setelah PRU akan datang, golongan pemerintah kemungkinan besar terdiri daripada politikus perkauman Melayu dan kuasa ekstremis Islam.

Faktanya, puak Muhyiddin dari PPBM, puak Azmin yang terpisah dari PKR, dan pemimpin-pemimpin Umno dan PAS semuanya merebut kawasan politik yang mempunyai peluang tinggi untuk menang dalam pilihan raya, terutamanya kawalan-kawasan dengan majoriti undi orang Melayu. Mereka berlumba-lumba untuk menyamar menjadi wakil yang paling layak untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan kepentingan Muslim, supaya dapat bertanding dan menjadi wakil rakyat, dan kemudian mendominasi klik pemerintah hegemoni Melayu yang menguasai rejim baharu.

Saya berpendapat bahawa situasi pendidikan bahasa Cina yang tertindas tidak akan berakhir dalam jangka masa yang panjang. Bagaimana gerakan pendidikan Cina melangkah ke depan? Nampaknya terdapat dua pilihan utama: pertama, melawan arus dan tegas untuk berjuang, atau kedua, melucutkan “senjata” dan menyerah kalah untuk menerima asimilasi perkauman.

Apabila mengalami penindasan, gerakan pendidikan bahasa Cina tidak boleh lari dan hanya boleh menempuhi kesukaran, dan bersatu dengan bangsa lain untuk menguatkan kekuatan perjuangan. Sekiranya sesiapa melucutkan “senjata” dan menyerah untuk menerima asimilasi perkauman, mereka bukan sahaja akan ditolak oleh bangsa Cina, malah semua bangsa tertindas, dan pasti akan meninggalkan nama buruk dalam sejarah!

Dong Jiao Zong, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina, dan rakyat semua bangsa seluruh negara harus tegas dan memahami dengan mendalam bahawa pendidikan bahasa ibunda boleh hidup semula hanya dengan membuang khayalan terhadap golongan pemerintah hegemoni Melayu! Sebagai kubu kuat yang mempertahankan hak samarata pendidikan bahasa ibunda bangsa selama beberapa dekad, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina harus mengambil bahagian dalam arus perkasa rakyat semua bangsa dan semua lapisan yang menuntut reformasi demokratik. Berdepan dengan tekanan semakin meningkat yang dikenakan oleh kumpulan pemerintah hegemoni Melayu baharu, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina mesti mengambil inisiatif untuk menyatukan bangsa India, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak dan kaum minoriti lain-lain yang sama-sama mengalami diskriminasi dan penindasan teruk, dan juga sebahagian pemimpin Melayu yang berminda terbuka agar bekerjasama memperjuangkan hak samarata antara bangsa di negara kita.

Untuk mencapai tugasan ini, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina patut menjadikan tugas bekerjasama dengan bangsa India untuk berjuang demi memperbaiki layanan yang diterima oleh SJKC dan SJKT di seluruh negara sebagai tugas penting dalam jangka masa pendek. Misalnya, Dong Jiao Zong secara aktif menggerakkan lembaga pengurus SJKC di setiap negeri untuk menghubungi pihak SJKT, bertukar pandangan mengenai isu membantah pembelajaran bahasa Jawi secara paksaan di kalangan pelajar SJK, dan berusaha sama-sama melakukan publisiti, mobilisasi, tuntutan dan tunjuk perasaan. Tugasan jangka masa panjang gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina adalah mengukuhkan kerjasama antara bangsa Cina dan India dalam mempertahankan hak pendidikan bahasa ibunda, dan seterusnya mengembangkan organisasi gerakan perjuangan kepada bangsa dan etnik lain di negara ini.

2. Bagaimana gerakan pendidikan bahasa Cina memperlakukan dan bertindak balas terhadap hubungan etnik yang semakin kompleks di negara kita?

Pada pendapat saya, dua punca utama pembentukan dan kerumitan hubungan etnik di negara kita adalah dasar pemerintahan “pecah dan perintah”yang diterapkan oleh penjajah Inggeris, dan sistem perkauman dan diskriminasi kaum yang dilaksanakan oleh kumpulan pemerintah Melayu. Ciri utama hubungan etnik di negara kita adalah ketidakpercayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, sehingga seolah-olah terdapat banjaran pergunungan yang menghalang integrasi etnik yang sebenarnya antara kedua-dua pihak. Sudah tentu, ada faktor lain yang mempengaruhi pembentukan hubungan etnik, seperti stereotaip kaum, kekurangan kemahiran komunikasi, perbezaan budaya dan agama, dan lain-lain. Namun, faktor-faktor tersebut agak sederhana, dan tidak akan menimbulkan ketegangan antara kumpulan etnik sehingga berlaku "Peristiwa 13 Mei", yang membawa luka begitu sukar disembuhkan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Faktor pokok yang menjadi penentu kepada hubungan etnik ialah polisi pecah dan sabotaj terhadap hubungan etnik yang dilaksanakan oleh pemerintahan hegemoni Melayu.

Untuk mempertahankan dan mengukuhkan status mereka, pemerintahan hegemoni Melayu terus memperkuatkan diskriminasi dan penindasan kaum. Di bawah perlindungan "ketuanan Melayu", pendidikan kebangsaan yang mengasimilasi secara paksaan terhadap kaum minoriti diterapkan, bahkan negara yang asalnya sekular diislamkan, dan kumpulan etnik bukan Melayu sering kali diugut secara perkauman. Akhirnya, hubungan etnik di negara ini dihancurkan dan integrasi antara orang Melayu dan orang bukan Melayu lumpuh. Oleh itu, rakyat semua kaum harus menyedari bahawa tugas utama reformasi demokratik pada fasa kini adalah menghapuskan penindasan dan pemerintahan hegemoni Melayu. Hanya dengan menghapuskan penindasan dan pemerintahan hegemoni Melayu, hubungan etnik dapat dipulihkan. Gerakan perjuangan bahasa Cina seharusnya disatukan ke dalam gerakan reformasi demokratik negara. Namun, sesetengah orang tidak berpendapat demikian.

Untuk melepaskan diri daripada dikongkong oleh janji“serah kuasa kepada Anwar”, Mahathir yang hilang akal mengizinkan "Rampasan Kuasa Langkah Sheraton" berlaku tanpa menghiraukan akibat. Akhirnya PKR dan PPBM berpecah-belah, dan pemerintahan Pakatan Harapan dijatuhkan dalam masa kurang dari dua tahun. Kerajaan pusat jatuh ke tangan kerajaan Perikatan Nasional yang majoriti terdiri daripada orang Melayu Muslim dan dikuasai oleh Umno, PAS dan pengkhianat Pakatan Harapan. Untuk mengukuhkan kedudukan pemerintahannya, Perikatan Nasional pasti akan mendorong negara ke arah lebih kemelayuan dan Islamisasi dengan lebih radikal selain daripada mempergiatkan lagi politik wang. Ekoran itu, semua kaum minoriti di negara kita pasti menghadapi diskriminasi dan penindasan perkauman yang semakin berat. Tidak dapat dielakkan bahawa hubungan etnik akan menjadi semakin tegang.

Berdepan dengan keangkuhan hegemoni Melayu Muslim yang meluap-luap dan ugutan perkauman yang bermaharajalela, sebilangan intelektual dalam masyarakat Cina dan pertubuhan pendidikan bahasa Cina telah mengemukakan dua pandangan yang menimbulkan perhatian dan rasa sangsi. Pandangan pertama ialah, “persoalan pendidikan diselesaikan dalam rangka pendidikan”, dan kedua, “pendidikan bahasa Cina harus berpisah dengan rasa sedih pilu”. Kedua-dua sudut pandang ini meninjau gerakan pendidikan bahasa Cina secara sepihak dan terpencil dengan usaha untuk memutuskan hubungan politik antara masalah yang dihadapi oleh pendidikan bahasa Cina dengan pemerintahan hegemoni Melayu. Hakikat dimana Mahathir ingin merangkap Menteri Pendidikan sebaik sahaja kembali menjadi perdana menteri pada tahun 2018 menunjukkan pandangan tersebut adalah salah.

Kami bersetuju bahawa jaminan dan peningkatan kualiti pendidikan demi membangun dan mengembangkan pendidikan bahasa Cina di negara kita, adalah suatu cabaran yang tidak dapat dielakkan, terutamanya dalam usaha pembaharuan pendidikan sekolah menengah persendirian, menjamin kualiti UEC, dan membangunkan keistimewaan institusi pengajian tinggi, satu pasukan anggota pendidikan yang profesional diperlukan. Namun, ancaman artikel 17(1) Akta Pendidikan 1996 (iaitu semua institusi pendidikan harus menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara utama) umpama pedang tajam yang tergantung atas kepala pendidikan bahasa ibunda bangsa tidak akan dihapuskan sekiranya kita hanya menekankan peningkatan profesionalisme pendidikan dan kualiti pengajaran secara sepihak, sambil mengabaikan ancaman pelbagai laporan pendidikan, akta pendidikan dan pelbagai langkah pendidikan monolingual yang dikemukakan oleh kerajaan secara berperingkat untuk menghapuskan sekolah-sekolah bahasa Cina.

Sejarah perkembangan pendidikan bahasa Cina mengajar kita bahawa, sejak membantah "Laporan Barnes”pada tahun 1951, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina terus membangun teguh melalui amalan membantah tegas terhadap setiap laporan pendidikan dan akta pendidikan (yang bertujuan menghapuskan sekolah bahasa ibunda), sistem kurikulum 3M, peristiwa bahasa pengantara dalam perhimpunan di SJKC, program Sekolah Integrasi, perlantikan guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin sebagai kakitangan pentadbiran di SJKC, program Sekolah Wawasan, PPSMI, pelajar SJK dipaksa mempelajari bahasa Jawi, dan sebagainya.

Berikutan kemajuan pemikiran masyarakat pada tahun 1980-an, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina menggabungkan keadaan khusus semasa untuk mengemukakan hujah "pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia" dan "perjuangan untuk mempertahankan pendidikan bahasa ibunda merupakan komponen teras dalam gerakan demokrasi negara kita." Ideologi dan usul tersebut menunjukkan bahawa gerakan pendidikan bahasa Cina akan bergabung bersama gerakan demokratik dan hak asasi manusia yang lebih umum, dan menjadi komponen teras dalam gerakan reformasi demokrasi di negara kita.

Ini menunjukkan bahawa, dalam amalan jangka masa panjang menentang sistem pendidikan monolingual dan menentang dasar penindasan perkauman, gerakan pendidikan bahasa Cina bukan sahaja mewarisi pendirian tokoh-tokoh dulu yang tegas mempertahankan pendidikan bahasa Cina tanpa berganjak, tetapi juga mampu berubah mengikut kemajuan zaman dan mengembangkan konotasi dan hujah gerakan pendidikan bahasa Cina secara kreatif. Hujah pendidikan bahasa Cina bermula dari "pendidikan adalah akar bangsa" pada peringkat awal berkembang menjadi"pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia setiap bangsa". Hujah baharu ini selaras dengan semangat asas Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan juga sejajar dengan keperluan para aktivis masyarakat kita menangani hubungan etnik dengan lebih baik. Dari segi pengertian ini, tuntutan gerakan pendidikan bahasa Cina telah lama melonjak dari tuntutan satu kumpulan etnik ke tuntutan hak asasi manusia. Sekurang-kurangnya persiapan awal dari segi teori telah dilakukan untuk melintasi halangan antara kaum dan melangkaui kumpulan etnik (menjadi inklusif). Sekarang terdapat pula orang yang sengaja atau tidak sengaja mengabaikan perubahan penting dan bermakna dalam hujah pendidikan bahasa Cina tersebut.

Pada tahun 2009, “Gerakan Mansuhkan PPSMI” yang majoriti terdiri daripada pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Melayu bersetuju dengan tuntutan yang dibawa oleh 53 pertubuhan di Johor bahawa hak pendidikan bahasa ibunda semua etnik di negara kita harus dihormati, sekolah kebangsaan mengguna bahasa Melayu, SJKC mengguna bahasa Cina dan SJKT mengguna bahasa Tamil dalam pembelajaran matematik dan sains setelah PPSMI dimansuhkan. Ini adalah bukti yang baik bahawa pendirian "pendidikan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia" tidak hanya diterima secara meluas oleh masyarakat Cina, tetapi juga diakui dan disokong oleh kumpulan etnik lain.

Melalui amalan jangka panjang, rakyat pelbagai kaum di negara kita mengenali secara beransur-ansur dan menyedari secara mendalam bahawa hubungan antara penindasan pemerintahan hegemoni Melayu dengan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam yang ditindas merupakan hubungan dasar yang menentukan hubungan etnik di negara kita. Kita hanya dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah etnik di negara kita dan mendorong perkembangan gerakan reformasi demokratik dengan memegang tegas kepada intipati hubungan etnik tersebut dan mempertahankan perpaduan rakyat semua bangsa serta kesamarataan hak semua bangsa.

3. Bagaimana generasi baharu melihat gerakan pendidikan bahasa Cina?

Pada pendapat saya, sebab utama ramai di kalangan generasi baharu tidak memahami atau salah faham mengenai gerakan pendidikan bahasa Cina adalah: 

● 1. Tidak setuju dengan tuntutan gerakan pendidikan bahasa Cina kerana terpengaruh dengan pendidikan kebangsaan. 

Berikut adalah pandangan saya berkaitan pendidikan kebangsaan. Pendidikan kebangsaan yang dilaksana oleh pemerintahan hegemoni Melayu selama ini mempunyai pengaruh yang dalam dan berpanjangan ke atas pemikiran massa rakyat. Isi teras fahaman pendidikan nasional adalah: 1) mempertahankan ketuanan Melayu dan menonjolkan keagungan agama Islam, 2) hubungan etnik hanya akan harmoni sekiranya ideologi tersebut diterima, dan 3) warganegara hanya akan dianggap patriotik sekiranya mereka mempertahankan fahaman tersebut. Golongan rasis akan berkecoh sekiranya terdapat mana-mana orang bukan Melayu yang mempersoalkan sistem kuota bumiputera bahawa mereka harus meninggalkan Malaysia dan kembali ke kampung halaman nenek moyangnya. Logik mereka mudah. Hanya kerana seseorang itu mempersoalkan dasar bumiputera, mempersoalkan ketuanan Melayu, maka dia dianggap tidak patriotik, dan tidak layak menjadi warganegara negara ini. 

Amalan telah membuktikan bahawa hasil pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan oleh pemerintahan hegemoni Melayu selama lebih dari 60 tahun tidak mengintegrasikan pelbagai bangsa di negara ini, tetapi menyebabkan polarisasi di kalangan "orang Melayu" dan "orang bukan Melayu". Disebabkan pendidikan kebangsaan, rasa tidak erat antara etnik yang asalnya sederhana menjadi perpecahan antara etnik yang kompleks dan tegang. Selama ini, pemerintahan hegemoni Melayu mempergunakan sistem pendidikan, bersama dengan saluran propaganda lain, termasuk media, untuk memupuk pendidikan kebangsaan perkauman yang disebutkan di atas kepada rakyat. Akibatnya, lebih ramai massa Melayu keliru dan percaya bahawa dengan mempertahankan ketuanan Melayu dan keagungan Islam kepentingan jangka masa panjang bangsa Melayu akan dapat dijamin. Sebagai orang Melayu Islam, kedudukan mereka lebih unggul berbanding dengan bangsa lain di negara ini. 

Sebaliknya, ramai di kalangan orang bukan Melayu dijinakkan melalui pendidikan kebangsaan dan tidak lagi mempersoalkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Mereka seolah-olah terpaksa mengakui diri mereka sebagai warganegara kelas kedua di sini. Sebahagian daripada mereka turut mempersoalkan makna gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina yang menuntut hak samarata pendidikan bahasa ibunda. 

Di sini saya memetik pandangan yang diutarakan oleh peguam hak asasi manusia, Siti Kasim berdasarkan laporan Malaysian Insight pada 26 November 2008. Dia melabel sekolah kebangsaan di Malaysia sebagai "kilang indoktrinasi terhadap anak-anak Melayu" ("indoctrinating factories for Malay children"). Dia mengutuk sistem pendidikan yang menyebabkan masyarakat semakin terpolarisasi. Dia berkata, "fahaman perkauman dan fasisme Islam telah diinstitusikan dari sekolah rendah ke universiti di Malaysia. Inilah punca kepada masalah yang kita hadapi pada hari ini." (Sumber: themalaysianinsight.com/s/114058

 ● 2. Kewibawaan pemimpin gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina telah dihancur oleh Yap Xin Tian dan Chow Siew Hon sewaktu mereka memimpin Dong Zong. Pada masa itu, mereka mengganggap masalah dalaman pendidikan bahasa Cina sebagai percanggahan antara kita dengan musuh, dan menyingkir orang berbakat dari pasukan pendidikan bahasa Cina. 

● 3. Selepas peristiwa Suqiu pada tahun 2000, para pemimpin gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina tidak lagi mengemukan tuntutan pilihanraya dalam kesemua PRU selepas PRU tahun 1999. Ini secara langsung menjejaskan reputasi dan kepentingan isu pendidikan bahasa Cina dalam gerakan reformasi demokratik. 

Selain daripada sebab pertama, sebab kedua dan ketiga semuanya berpunca dari garis kerja pendidikan bahasa Cina yang ditakrifkan oleh para pemimpin gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina. Sebenarnya, gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina harus menyimpulkan warisan tradisi, merumuskan pengalaman kerja, dan bergabung dengan gerakan reformasi demokratik. Ini dapat mendorong lebih banyak generasi baharu untuk memahami gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina dengan betul. 

Tanggapan generasi baharu sudah tentu juga dipengaruh oleh faktor sama ada anggota pendidikan bahasa Cina dapat memahami sifat asas gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina yang menentang penindasan perkauman dan menuntut hak samarata bangsa, dan menggabungkannya dengan pandangan era baharu dan keadaan khusus, di samping menggunakan alat dan kaedah propaganda yang canggih dalam menyampaikan kisah perjuangan pendidikan bahasa Cina.

4. Bagaimanakah pendidikan bahasa Cina berdepan dengan perkembangan semakin ramai pelajar bukan keturunan Cina belajar di sekolah bahasa Cina?

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, semakin banyak pelajar bukan keturunan Cina memilih untuk belajar di sekolah bahasa Cina. Perkembangan tersebut merupakan pergaulan pelbagai budaya yang berlaku secara sendirinya di sebuah masyarakat majmuk seperti kita. Perkembangan semula jadi ini menunjukkan: 1. Oleh kerana ciri-ciri dan kelebihannya, pendidikan bahasa Cina bukan sahaja menjadi pilihan utama masyarakat Cina, tetapi juga secara beransur-ansur mendapat pengiktirafan dari rakyat semua bangsa, dan menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar semua bangsa. 2. Dengan kebangkitan ekonomi negara China, orang ramai di dalam dan luar negara semakin ghairah belajar bahasa Cina akibat peningkatan kedudukan bahasa Cina di arena antarabangsa. Ini adalah peluang yang jarang berlaku dalam perkembangan pendidikan bahasa Cina di negara kita. 

Walau bagaimanapun, sekiranya kita mengganggap bahawa masa depan pendidikan bahasa Cina akan berjalan lancar dan mengabaikan ancaman "matlamat akhir" yang digariskan dalam Laporan Razak 1956 serta perkara 17(1) Akta Pendidikan 1996 yang semakin mendesak, suatu hari kelak kita pasti akan mengulangi kesilapan peristiwa penukaran taraf Sekolah Menengah Bahasa Cina ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Perkara 17(1) Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk mengarahkan semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara kita bertukar taraf menjadi Sekolah Kebangsaan (SK) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal. Segala aset sekolah yang dibangun begitu susah payah oleh masyarakat Cina mungkin terpaksa diserahkan serta-merta kepada kerajaan seperti mana yang pernah berlaku ke atas hartanah Nanyang University (Nantah) di Singapura. Sekiranya musibah ini berlaku ke atas SJKC, adakah masyarakat Cina masih mampu menanggung perbelanjaan yang begitu besar untuk membangunkan dan menguruskan "sekolah rendah persendirian" seperti sekolah menengah persendirian yang sedia ada? 

Pada pandangan saya, barisan hadapan pendidikan bahasa Cina (termasuk pengurus sekolah, guru, staf pentadbiran dan lain-lain) dan penyokong (termasuk ibu bapa, pelajar, alumni, dan lain-lain) tidak seharusnya berpuas hati dengan peningkatan bilangan pelajar bukan Cina di sekolah Cina, tetapi juga harus berusaha menggerakkan beberapa inisiatif tersenarai di bawah, berdasar pencapaian sedia ada, supaya pendidikan bahasa Cina memperolehi lebih banyak pengiktirafan dan menikmati perkembangan yang normal: 

1. Reputasi SJKC merupakan hasil perjuangan jangka panjang gerakan pendidikan bahasa Cina dan pembangunan diusahakan oleh pihak pengurus, ibu-bapa dan guru dalam semua aspek. Kita harus menekankan bahawa "pendidikan Cina adalah pendidikan bahasa Cina", dan membetulkan pandangan orang ramai berbunyi"pendidikan Cina adalah pendidikan orang Cina", supaya lebih ramai orang akan menyedari bahawa sekolah-sekolah bahasa Cina tidak hanya berkhidmat untuk orang Cina, tetapi juga berkhidmat untuk rakyat semua bangsa negara kita. 

2. Memberi penerangan secara sistematik keadaan khusus Sekolah rendah, sekolah menengah persendirian dan institusi pengajian tinggi bahasa Cina kepada ibu bapa dan pemimpin masyarakat bukan keturunan Cina supaya (1) Menyatukan mereka untuk menuntut peruntukan yang lebih munasabah daripada kerajaan berbanding dengan sistem sedia ada untuk penambahbaikan keadaan SJKC; (2) Menyatukan mereka untuk menuntut supaya kerajaan menghormati kedudukan asal dan kuasa otonomi lembaga pengurus SJKC; (3) Menyatukan mereka untuk menuntut kerajaan agar memberi peruntukan terancang dan mengiktiraf sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekolah menengah persendirian; (4) Menyatukan mereka untuk menuntut kerajaan supaya memberi peruntukan yang sewajarnya kepada institusi pendidikan tinggi bahasa Cina untuk mengurangkan beban masyarakat Cina. 

3. Sejarah perkembangan dan kisah perjuangan pendidikan bahasa Cina harus diterap dalam kurikulum pendidikan sekolah menengah persendirian sebagai usaha konkrit mewarisi semangat Lim Lian Geok. Ramai pelajar sekolah menengah persendirian tidak begitu jelas atau faham sebab kenapa Lim Lian Geok yang dilucutkan kewarganegaraannya dan dibatalkan sijil perguruannya oleh kerajaan tetapi disanjung sebagai jiwa bangsa oleh masyarakat Cina di negara kita. Adakah kita masih ingin mewarisi semangat Lim Lian Geok?

Kesimpulan: Gerakan pendidikan bahasa Cina harus mewarisi semangat Lim Lian Geok

Fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah rejim perkauman di Malaysia bertekad mencapai "matlamat akhir" iaitu "satu negara, satu bangsa, satu bahasa". Namun, dasar berperingkat yang dilaksanakannya memperdayakan rakyat kerana direka dengan teliti dan dibungkus dengan bijak. Rakyat mudah mengabaikan tipu dayanya yang berbentuk "katak dididih dalam air suam", dan mengabaikan tujuan politiknya iaitu "asimilasi secara paksaan". 

Pada akhir tahun 2019, kerajaan Mahathir yang mempamerkan wajah "pembela maruah orang Melayu" ingin memaksa pelajar dari SJKC dan SJKT untuk belajar bahasa Jawi. Kejadian itu menimbulkan reaksi hebat di kalangan masyarakat bukan Melayu. Terdapat segelintir kecil dari masyarakat Cina berpendapat bahawa pertubuhan Cina yang diketuai oleh Dong Zong telah "bertindak balas secara melampau” terhadap dasar tersebut, sehingga menuduh mereka melakukan tindakan menentang yang penuh "rasa sedih pilu" akan merosakkan "keharmonian antara kaum." 

Saya berpendapat bahawa perjuangan bersasar tanpa bertolak ansur yang dilancar oleh pertubuhan Cina yang diketuai oleh Dong Zong terhadap dasar pendidikan berbentuk "katak dididih dalam air suam" (iaitu dasar asimilasi secara paksa) harus dierti dan dipuji! 

Berkenaan pengumuman Kementerian Pendidikan kerajaan Mahathir untuk memperkenalkan Jawi dan seni Khat supaya kanak-kanak dapat menghayati keindahan seni, Siti Kasim, peguam hak asasi manusia yang ditemubual oleh China Press pada 18 September 2019 mengungkap belang yang sebenar tindakan ini, dengan mengatakan bahawa "kerajaan hanya ingin membantutkan kemajuan pemikiran pelajar secara perlahan-lahan, sehingga rakyat negara ini menerima Islamisasi secara beransur-ansur." (Rujuk China Press chinapress.com.my/20190918/

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, bagaimana perubahan dasar sedikit demi sedikit ini mendidih katak di air suam dan akhirnya memenuhi keperluan perubahan keadaan politik yang besar. 

Saya belajar di sebuah sekolah rendah bahasa Cina di Bandar Seri Begawan, ibu kota negara Brunei dari tahun 1986 ke tahun 1991. Dari darjah satu hingga darjah tiga, semua pelajar menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara dalam pembelajaran. Untuk pelajar darjah empat, pihak sekolah menawarkan kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Perbezaan di antara dua jenis kelas ini ialah bahasa pengantara dalam pengajaran subjek matematik dan sains. Untuk pelajar darjah lima dan enam pula, hanya kelas bahasa Inggeris disediakan. Dalam ingatan saya, aturan ini dirancang untuk memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan memasuki sekolah menengah pada darjah enam yang mengguna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara peperiksaan. Contoh ini mirip dengan PPSMI dalam sekolah rendah yang dilaksanakan oleh Mahathir dalam zaman Barisan Nasional. 

Semasa saya berada di darjah lima, buat pertama kalinya seorang Guru Besar berbangsa Melayu dilantik untuk menguruskan sekolah ini. Mata pelajaran bahasa Jawi telah ditambah ke dalam kurikulum darjah lima, saya cukup bertuah untuk belajar bahasa Jawi selama satu tahun. Pembelajaran bahasa Jawi selama setahun sememangnya tidak menjadikan saya seorang Muslim, tetapi meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam benak kecil saya mengenai jurang kedudukan pelbagai bahasa dan bangsa di negara ini. Dilihat kembali pada hari ini, saya mengganggap ini adalah kandungan sebenar pendidikan asimilasi. 

Dalam jangka masa panjang, fikiran arus perdana di Brunei menyokong dasar pendidikan satu bahasa. Dasar pendidikan Brunei 1962 adalah berpaksikan sebuah laporan tahun 1959 yang merujuk kepada dua orang penasihat warga Malaysia dan Penyata Razak 1956. Penyelidik Seng Piew Loo menulis sebuah artikel pada tahun 2009 bahawa kedua-dua dasar pendidikan di Malaysia dan Brunei bersifat diskriminasi dan memihak kepada kumpulan etnik "tempatan". Semua maklumat ini diperoleh daripada makalah yang boleh dicapai dari Internet. 

Akhirnya, Brunei mengumumkan bahawa sistem perundangan Syariah dan Common Law berjalan seiring pada tahun 2019. Brunei menjadi negara Islam pertama dalam pelaksanaan (perundangan Syariah) dalam masyarakat majmuk di kalangan negara-negara berdaulat di rantau ini. Adakah Malaysia akan menjadi negara Islam seperti Brunei? Isu ini menjadi kontroversi hangat ketika Umno dan PAS bekerjasama membangkitkan RUU 355 di Parlimen beberapa tahun yang lalu. Saya percaya bahawa usaha klik pemerintah hegemoni Melayu menukarkan Malaysia yang asalnya negara sekular kepada negara Islam sewenang-wenangnya hanya dapat dihalang sekiranya rakyat semua bangsa terutamanya golongan bukan Islam, bersatu tanpa mengira parti, dan tegas menentang undang-undang dan dasar seperti RUU 355 dan pengajaran tulisan Jawi. 

Semangat jiwa bangsa Cina Lim Lian Geok yang dapat disimpulkan dalam ayat-ayat sajak beliau yang bermaksud “naga ganas ditentang genggaman besi, pak belang buas dilawan buku lima, semangat juang kobar abadi, biar berputih tulang jangan berputih mata” harus diwarisi dalam gerakan perjuangan pendidikan bahasa Cina dalam mana-mana tempoh selagi kerajaan kita masih mempertahankan Perkara 17 (1) Akta Pendidikan 1996 dan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa tunggal. Selagi kerajaan tidak menghapuskan undang-undang pendidikan zalim, dan melayan setiap aliran sekolah bahasa ibunda dengan adil dan saksama, malah membantu perkembangan pendidikan bahasa ibunda masyarakat bukan Melayu, kita tetap akan berkeras untuk mengulangi tuntutan yang wajar, munasabah dan patuh kepada undang-undang, mendedahkan tipu muslihat “mendidih katak dalam air suam”pihak berkuasa, dan pada masa yang sama meraih pemahaman dan pengiktirafan lebih ramai rakyat bukan keturunan Cina. Masih terlalu awal untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada“rasa sedih pilu”selagi impian tersebut di atas belum tercapai.
                    

0 comments:

通告 Notification




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE