Wednesday 16 November 2022

Kaum tertindas perlu menyelamat diri sendiri Mustahil kita bergantung kepada “Penyelamat” -- Kenyataan Nyam Kee Han (Sahabat Rakyat)

Kaum tertindas perlu menyelamat diri sendiri
 Mustahil kita bergantung kepada "Penyelamat"
-- Kenyataan Nyam Kee Han (Sahabat Rakyat)


点击箭头聆听内容:
Kenyataan ini ditulis oleh Nyam Kee Han (ahli presidium Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, gambar kiri) berkenaan dengan pandangan Rafizi menyeru “rakan PH perlu menjaga sensitiviti/perasaan orang Melayu” pada 11hb November. Topik asal ialah “Kaum tertindas diselamatkan oleh “penyelamat” adalah malam alam arab”. Berikut ialah kenyataan penuh yang diterjemahkan daripada teks asal dalam Bahasa Cina (gambar atas dan sub-topik ditambah oleh Editor Sahabat Rakyat): 

Sejak tahun 2007, saya menjadi sangat bersemangat dalam Bulan November. Ini mungkin berkaitan dengan perhimpunan besar Hindraf pada 25hb Nov 2007 yang mengujakan dan telah memberi tamparan yang besar terhadap situasi politik di Malaysia. Peristiwa ini menyebabkan saya memikir secara mendalam.

Demonstrasi Hindraf ketika itu merupakan satu insiden spontan dari kaum India negara kita selepas gerakan perjuangan Bahasa Cina untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan bantahan keras terhadap klik pemerintahan hegemoni Melayu yang melaksanakan sistem diskriminasi kaum secara berterusan. Ia memberi tamparan yang agak besar kepada pemerintahan hegemoni Melayu pada Pilihan Raya Umum 8hb March 2008 dari sudut pengundian.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, sedih dan sakit hati pula yang lebih dirasai. Sepatutnya negara kita berpotensi bergerak ke arah pergerakan reformasi demokratik yang betul, akan tetapi, selain daripada penindasan dan pemecahan dari kem pemerintahan hegemoni Melayu, mereka juga berjaya membeli/menyogok ramai “pemimpin kaum” yang berambisi jahat. Ini telah mengakibatkan kemusnahan dan perpecahan kepada pergerakan reformasi demokratik negara kita. Satu contoh tipikal ialah Waytha Moorthy yang mengaku “Pemimpin Hindraf” suatu ketika dulu kini terperosok ke jurang perosak bangsa India yang sekadar “berbelah kepada kuasa sehingga menjadi anjing buruk kepala”. Satu ungkapan yang disebarkan di alam maya iaitu “jika saya tidak bermoral, anda tidak dapat mengikat saya” amat sesuai digunakan untuk menghurai perbuatan dia.

Peluang keemasan kaum tertindas menjadi “King Maker” sebenar

Setelah klik pemerintahan hegemoni Melayu merosakkan kuasa kaum tertindas yang memperjuangkan kesaksamaan kaum, keadaan antara mereka menjadi pecah belah serta saling musnah-memusnah disebabkan perebutan kuasa dan kekayaan sesama mereka menjadi begitu sengit sehingga tidak dapat berkompromi lagi. Teknik utama mereka ialah memainkan sandiwara sebagai “wakil sebenar” orang Melayu dan agama Islam, dengan niat untuk menipu kepercayaan dan sokongan dari orang Melayu-Islam untuk mengawal kuasa pemerintahan. Walaupun mereka bertopengkan “Ketuanan Melayu”, intipati sebenar mereka ialah melaksanakan “penindasan kaum”. Semua rakyat Malaysia termasuk kaum pekerja Melayu turut menjadi mangsa penindasan mereka.

Apa yang lawak ialah ramai yang mengaku diri sebagai “pejuang revolusi” dan “pejuang demokratik”, selepas gagal dalam perjuangan, kini turut menyanyikan dikir “perjalanan harmoni” dan “kehidupan bahagia”. Mereka secara sedar atau tidak sedar terjebak dalam perangkap pemikiran klik pemerintah. Mengikut hukum am, di Malaysia, ketika kem pemerintah Melayu mengalami permecahan, bukankah kami sebagai kaum tertindas (kaum Cina, India, Melayu, Kadasan-Dusun, Iban-Dayak dan lain-lain) memperolehi peluang keemasan menjadi “King Maker” yang sebenar? Bukankah kita sepatutnya bangkit berjuang dan memainkan peranan yang sepatutnya?

Dua taktik yang dikemukakan oleh Rafizi sangat mengecewakan

Kebetulan bulan November tahun ini menemui Pilihan Raya Umum ke-15. Kali ini merupakan satu pilihan raya yang akan berlaku apa-apa sahaja selepas ini. Pada pandangan saya, isu pokok yang tidak pernah berubah sehingga sekarang ialah macam mana menangani pemerintahan hegemoni “Ketuanan Melayu”. Tahap kini, walaupun mempunyai percapahan, BN dan PN serta blok Mahathir yang dihempit keluar oleh mereka,  tetap merupakan wakil kepada klik pemerintahan hegemoni Melayu. Maka mereka merupakan musuh umun rakyat semua kaum. Isu yang mengambil peduli oleh rakyat semua kaum ialah bagaimana parti-parti PH menjawab isu berkenaan dengan pemerintahan hegemoni “Ketuanan Melayu”.

Rafizi yang terkenal sebagai “Bintang berkilau PKR” telah pun mengemukakan dua taktik beliau terhadap isu tersebut pada saat genting kini. Beliau berkata, sebaiknya pemimpin bukan Melayu jangan menyerang peribadi pimpinan Melayu pihak lawan. Terutamanya sekiranya pimpinan itu mempunyai latar belakang agama. Itu boleh diputarbelik seolah-olah bukan Islam menghina orang Islam. Beliau mencadangkan supaya terpulang pemimpin Muslim dalam PH yang mendedahkan salah laku pemimpin Muslim pihak lawan. Ini bererti, pemimpin bukan Islam dari PH jangan menyentuh perkara-perkara ini. Logik ke padangan sebegini? Sudah tentu rakyat semua kaum (khususnya mereka yang bukan Islam) berasa amat kecewa terhadap pandangan Rafizi ini.

Saya berasa tidak selesa terhadap Rafizi yang cuba memberi arahan kepada rakan bukan Islam dalam PH

Oleh sebab Rafizi mengatakan beliau anak dari kampung di Terengganu, maka, dia faham sensitiviti orang Melayu. Saya juga anak Terengganu yang dilahir dan dibesarkan di Terengganu. Saya rasa saya juga berhak menyuarakan sedikit pandangan peribadi. Saya boleh pasti kebaikan utama orang Cina yang berasal dari Terengganu ialah apabila kami mula bercakap dalam Bahasa Melayu, secara semula jadinya hubungan kami menjadi erat dengan orang Melayu dari pelbagai lapisan. Saya rasa bertuah dalam pekara ini. Saya mempunyai kecenderungan menyukai serta berasa bangga terhadap ahli politik yang berasal dari Terengganu, termasuk Rafizi.

Akan tetapi, saya rasa tidak selesa apabila dia cuba berlagak dan memberi arahan kepada ahli politik bukan Melayu-Islam dari PH. Sebagai seorang penyokong PH, melalui percakapan beliau, saya dapat menghidu sikap angkuhnya walaupun belum menguasai kuasa. Jika berjaya memerintahan negara, pasti menjadi bermaharajarela nanti. Saya berpendapat bahawa ahli politik mesti sentiasa mengingatkan diri sendiri, ketika anda menjawat jawatan parti yang semakin tinggi, kuasa anda menjadi lebih besar, pada masa ini, sifat rendah diri amat diperlukan. Anda sepatutnya mendengar suara dari rakyat semua lapisan (termasuk kawan sekutu anda) secara meneliti, baru mendapat dukungan semua rakyat (dan kawan sekutu).

Taktik kedua Rafizi adalah lebih mengelirukan

Selain itu, taktik kedua Rafizi adalah lebih mengelirukan. Cuba saudara mencari maklumat dari internat, anda akan mendapati pergerakan hak sivil orang Hitam Amerika Syarikat digelar sebagai “pergerakan hak sivil orang Hitam Amerika Syarikat” bukannya “Pergerakan orang putih Amerika Syarikat” disebabkan orang Hitam sendiri yang bangun menentang disrimimasi ras dan penindasan kaum di Amerika Syarikat. Setelah melalui perjuangan berpanjangan serta mengalami pelbagai pengkorbanan, akhirnya pemerintahan Amerika Syarikat terpaksa menggubal undang-undang Hak Sivil dan Hak Mengundi yang kononnya menamatkan diskriminasi ras dan polisi pengasingan kaum orang Hitam Amerika Syarikat dari segi kuasa pengundian dan hak awam kerana menerima tekanan yang teramat ketara. Walaupun Amerika Syarikat memilih seorang Presiden orang Hitam yang pertama, Obama, tetapi nasib orang Hitam yang didisriminasi oleh orang Putih tidak pernah tamat. Kes "Black Lives Matter" adalah bukti terbaik.

Sekiranya Rafizi ingin mengambil inisiatif bersuara demi kaum tertindas negara ini, beliau sepatutnya mengemukakan satu had masa yang jelas bagi menamatkan pemerintahan hegemoni perkauman Melayu, demi mencapai Malaysia yang saksama, adil dan samarata antara kaum. Akan tetapi, orang yang arif dapat membaca arahan beliau ini jelas bertujuan membantu PKR memenangi Pilihan Raya dan menguasai kuasa pemerintahan dengan  menuruti sentimen puak Melayu konservatif yang mempunyai pemikiran “Ketuanan Melayu” walaupun berbuatan ini jelas akan mengancam segala usaha perjuangan hak kesaksamaan kaum yang dilancarkan oleh rakyat bukan Melayu (terutamanya kaum Cina dan kaum India).

Rafizi kini telah membuang hajat asal pembentukan parti, iaitu “Reformasi” serta membuang topeng demokrasinya ketika bergabung dengan parti pembangkang lain. Beliau langsung tidak peduli perasaan pemimpin bukan Melayu dari PH. Beliau mengeluarkan arahan sewenang-wenang untuk memastikan pemimpin bukan Melayu dari PH bertindak mengikut arahan beliau. Bagi kaum Cina, India dan kaum minoriti lain-lain (termasuk golongan pekerja Melayu), sekiranya perkauman UMNO, PAS dan Bersatu ditamatkan, tetapi yang gantinya ialah perkauman PKR (atau perkaumnan gaya Anwar atau Rafizi), ia tetap adalah perkauman “Ketuanan Melayu” yang memerihara kepentingan golongan pemerintahan, bukankah itu benar? ▉

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE