Menyokong aksi untuk mendesak kebenaran kes kematian zalim Teoh Beng Hock
daripada Anwar dan SPRM
Kenyataan Sahabat Rakyat Working Committee (5 Februari 2024)
Sumber: sahabatrakyatmy.blogspot.com
Sahabat Rakyat Working Committee menerbitkan kenyataan bertarikh 5 Februari 2024 (Isnin) untuk menjelaskan pendirian kami terhadap aksi TBH Association For Democratic Advancement dan ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock menuntut kebenaran daripada kerajaan perpaduan dibawah pimpinan PMX Anwar Ibrahim berkaitan kematian zalim Teoh Beng Hock.
❶ Sahabat Rakyat Working Committee merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan sokongan ikhlas kami kepada TBH Association For Democratic Advancement dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock atas ketabahan mereka dalam menuntut kebenaran kematian zalim mendiang daripada kerajaan perpaduan. Kami faham dan bersimpati dengan keputusan mereka untuk menziarahi Anthony Loke di Ibu Pejabat DAP di Pudu pada 24 Februari 2024 (Bersamaan sambutan Hari Chap Goh Meh, iaitu hari terakhir Sambutan Tahun Baru Cina) untuk mengetahui perkembangan siasatan kes kematian zalim mendiang. Keputusan ini diambil selepas temu janji untuk berjumpa dengan Anwar selaku PMX dinafikan berulang kali.
❷ Rakyat semua bangsa seluruh negara sedia maklum bahawa mendiang Teoh Beng Hock (20 April 1979–16 Julai 2009) adalah kader akar umbi DAP dan menjadi pegawai khas kepada bekas exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah. Dia hadir ke SPRM pada 15 Julai 2009 dan ditemui mati dalam keadaan telungkup di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam (pejabat SPRM berada di tingkat 14 bangunan ini) keesokan hari. Walaupun ada pihak tertentu yang sengaja mengujudkan tangapan bahawa mendiang Teoh mati kerana membunuh diri, satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah Mahkamah Rayuan pada September 2014 telah memutuskan bahawa kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM.
❸ Hari ini, rakyat semua bangsa seluruh negara menyaksikan kehebatan SPRM berjaya membongkah kebenaran berkaitan sumber dan jejak harta beratus juta milikan keluarga Mahathir dan Daim di dalam dan di luar negara yang melangkaui jangka masa beberapa dekad berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora. Sebaliknya Anwar selaku PMX yang menganggap dirinya sebagai "pemimpin reformasi demokrasi", enggan mendedahkan kebenaran dan menghukum pembunuh dalam kes kematian zalim Teoh Beng Hock. Tindakan ini telah membelakangi hasrat keluarga mendiang dan seluruh pendukung demokrasi (termasuk majoriti kader akar umbi dan ahli biasa DAP) menyebabkan rakyat jelata berasa marah dan tertanya-tanya, apakah nyawa mendiang tiada nilainya?
❹ TBH Association For Democratic Advancement dan keluarga mendiang memutuskan untuk menziarahi Anthony Loke di Ibu Pejabat DAP di Pudu pada hari Chap Goh Meh dengan harapan Anthony Loke tidak mengikuti jejak PMX yang melupai pejuang-pejuang demokrasi yang terkorban setelah merasai kuasa. Mereka turut mengingatkan bahawa “Dalam kehangatan meraikan Chap Goh Mei (juga dikenali sebagai Sambutan Yuan Xiao) yang dengan sendirinya membawa makna himpunan seluruh ahli keluarga untuk bersilaturahim, DAP harus ingat bahawa sudah 15 tahun keluarga mendiang Teoh tidak dapat merasai kegembiraan ini. Rakyat semua bangsa seluruh negara sedang menunggu balasan atau reaksi Pak Menteri Loke. Barang siapa yang waras juga jelas bahawa Anwar dan SPRMlah yang menjadi kunci kepada pendedahan kebenaran kes kematian zalim Teoh Beng Hock dan penghukuman individu yang terlibat.
❺ Sarjana terkenal Lim Teck Ngee dalam rencananya yang ditulis sempena aksi Peringatan Kematian Teoh Beng Hock ke-14 menyatakan bahawa mungkin terdapat hubung kait antara kuasa “deep state” yang beroperasi secara berleluasa di dalam sistem dengan kes kematian zalim Teoh Beng Hock yang cuba disembunyikan. Bukankah hakikat bahawa mangsa kes “kehilangan misteri” Pastor Joshua Hilmy, Ruth Sitepu, Pastor Raymond Koh and Amri Che Mat turut tidak mendapat keadilan sudah membuktikan kewujudan kuasa “deep state” dan peranannya? Penghapusan kuasa “deep state” dan peranannya tidak bersandar pada segelintir pemimpin politik "maha penyelamat". Hanya rakyat jelata yang bersatu dan berjuang dengan teguh dapat menghapuskan kuasa “deep state”, dan mendorong demokrasi negara maju ke hadapan.
Bahan bacaan berkaitan (klik link dan scroll ke bawa untuk menbaca dalam Bahasa Inggeris):
1. Remembering Teoh Beng Hock: Never Stop Asking
2. Fighting Back Against the Deep State
0 comments:
Post a Comment