Teks ucapan sidang presidium Sahabat Rakyat sempena Majlis Ulang Tahun ke-18
Pertubuhan Rakyat Harus Mempertahankan Kebebasan,
Otonomi dan Berdampingan dengan Rakyat Selepas PRU "509"
Ahli Presidium: Chan Jock Lan, Choo Shinn Chei, Nyam Kee Han
Dalam kenyataan yang sama, kami mengulangi 4 pandangan berkenaan peranan reformasi masyarakat badan bukan kerajaan (NGO) yang diucap oleh anggota presidium Sahabat Rakyat, Nyam Kee Han, selaku Setiausaha eksekutif Sahabat Rakyat (ketika itu dengan nama Jawatankuasa FOS) dalam majlis makan malam seribu orang yang dianjurkan oleh DAP Miri untuk meraikan ulang tahun ke-30 pendaratan DAP di Sarawak pada 12 Julai 2008. Antaranya, pandangan ketiga berbunyi “sifat dan status pertubuhan masyarakat tidak akan berubah tidak kira parti politik mana yang berkuasa, pertubuhan masyarakat sentiasa bersama rakyat dan bertindak demi kepentingan rakyat”. Saya menyebutnya semula di sini kerana ia berkaitan dengan cabaran utama yang dihadapi oleh NGO semasa mempertahankan sifat kebebasan dan tidak berpartisan.
Sebelum tahun 2018, NGO sering membuat pelbagai kritikan terhadap dasar-dasar salah BN dan memperjuangkan reformasi demokratik atas pendirian rakyat. Ini kerana NGO-NGO tersebut secara sedar berpegang kepada sifat kebebasan dan tidak berpartisan, dan enggan dipikat dan direkrut oleh rejim BN. Selepas kekalahan BN dan Mahathir kembali ke puncak kuasa, kedudukan rakyat masih diperintah. Oleh itu, NGO perlu mengekalkan sifat kebebasan dan tidak berpartisan yang dipegang pada masa lalu dan menolak rejim baru yang mungkin memikat dan merekrut mereka. Hanya dengan cara ini, badan bukan kerajaan dapat bertindak demi kepentingan rakyat selama-lamanya dan terus berjuang untuk reformasi demokratik. Pada tahap Mahathir kembali ke puncak kuasa ini, kami bersedia berkongsi usaha dengan NGO yang lain untuk sama-sama mempertahankan kebebasan dan sifat bukan berpartisan NGO, dan menolak pemikatan dan rekrut daripada rejim baru.
Di samping itu, kita memberi perhatian mengenai satu lagi cabaran terhadap NGO yang mempertahankan kebebasan adalah campur tangan dari kuasa asing, terutamanya hegemoni AS, yang menyusup dan menguasai NGO di negara lain. Baru-baru ini, salah satu faktor utama kepada perubahan peristiwa anti-pindaan RUU ekstradisi Hong Kong menjadi kekacauan hari ini adalah campur tangan hegemoni AS melalui NGO dalam politik Hong Kong. Kami bersetuju dengan ulasan bahawa ini adalah versi buatan hegemoni AS seperti "revolusi warna" yang berlaku di beberapa negara CIS dan kawasan Asia Tengah pada akhir abad yang lalu, dan "Arab Spring" di beberapa negara Islam pada awal abad ini di Hong Kong. Campur tangan hegemoni AS telah mencemari istilah "NGO", sehingga “NGO” senang dihubungkait dengan kegiatan "revolusi warna". Untuk mengurangkan kesan propaganda negatif tersebut, kami bercadang untuk mengurangkan penggunaan istilah "NGO" dan menggantikannya dengan istilah "pertubuhan rakyat”.
Berdasarkan penjelasan dalam kenyataan yang berbunyi "Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen! Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme!" tersebut, kami ingin menekankan erti “pertubuhan rakyat”, iaitu pertubuhan komuniti yang ditubuhkan oleh rakyat mengikut peruntukan undang-undang negara sedia ada yang berdasarkan keperluan dan aspirasi rakyat, dan bukannya dibentuk oleh kerajaan demi memenuhi keperluan politik dan dasar kerajaan). Ia harus termasuk pelbagai jenis persatuan, dewan-dewan perniagaan, kesatuan sekerja dan pelbagai pertubuhan masyarakat yang berasaskan budaya, pendidikan, kepercayaan, agama dan lain-lain lagi. Saya telah cuba berkongsi secara mudah dua cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan rakyat yang mempertahankan kebebasan. (1) sama ada kita mempertahankan sifat tidak berpartisan dan menolak rejim baru dari memikat dan merekrut kami selepas Mahathir kembali ke puncak kuasa; (2) penguasaan negara besar terutamanya hegemoni AS terhadap golongan pertubuhan rakyat di Malaysia.
Mulai tahun 2013, Sahabat Rakyat tidak menerima sebarang elaun atau subsidi luaran. Semua perbelanjaan aktiviti ditaja oleh peserta atau dermaan secara sukarela. Kami menempatkan diri sebagai pertubuhan masyarakat yang mengambil bahagian dalam usaha rakyat secara otonomi membina gerakan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia. Kami tegas berpendirian politik bebas dan berotonomi, tidak berpartisan, berdikari dalam cara operasi, menolak sama sekali pelbagai modal asing termasuk Amerika Syarikat. Pada masa akan datang, kami terus mengamalkan garis panduan "pertubuhan rakyat sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata" dalam kerja kami. Saya bagi pihak Sahabat Rakyat ingin menyampaikan terima kasih kepada semua yang pernah memberi sokongan kepada kami dan berharap rakan-rakan sekalian terus menyokong Sahabat Rakyat.
Sekian, terima kasih.

0 comments:
Post a Comment