Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen!
Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme!
——Pandangan terhadap situasi politik Malaysia selepas PRU 14
◆Sahabat Rakyat Working Committee◆
Mahathir berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018
[Catatan Pengarang Sahabat Rakyat] Ucapan Mahathir di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 yang dihadiri oleh kira-kira 2500 orang pada 1 September ini mempunyai dua fokus utama, iaitu: (1) Bumiputera (Melayu) harus sedia membuang tongkat, berhenti bergantung kepada kerajaan dan mencari jalan keluar sendiri. Dia mengkritik langgam buruk bumiputera mengaut keuntungan dengan menjual AP dan kontrak kerajaan; (2) pada masa yang sama, dia juga menyatakan Malaysia masih tidak mempunyai daya saing yang cukup, jika kita membenarkan rakyat negara China berniaga di sini, "bumiputera akan terpaksa berpindah ke pinggir hutan".
Setelah memberi "nasihat" kepada kaum Melayu, Mahathir telah mengalih topik terhadap peniaga dari China yang melabur di Malaysia. Semasa memegang kuasa pemerintahan kali pertama pada masa dahulu, Mahathir menegaskan keperluan kerajaan "membantu kaum Melayu" berdasarkan kutukan sehebat-hebatnya bahawa "kemiskinan Melayu" berpunca dari kekuatan kaum Cina dalam negara di bidang ekonomi. Akibatnya, Mahathir berjaya memelihara blok kapitalis birokrat Melayu yang terdiri daripada keluarga Mahathir dan kroni-kroninya yang begitu besar sehingga menguasai ekonomi negara. Mahathir sekarang tidak sabar hendak menimbulkan perasaan panik di kalangan orang Melayu dengan menyatakan "jika rakyat negara China dibenarkan berniaga di sini, bumiputera akan terpaksa berpindah ke pinggir hutan" setelah dia kembali memegang kuasa rejim. Orang yang arif akan memahami niat Mahathir sebenarnya.
Pada bulan Oktober tahun 2017, terdapat tokoh yang berpengetahuan pernah menyatakan bahawa kekayaan ekonomi negara Malaysia pada hari ini telah dikuasai penuh oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan kroni bumiputera, sumber negara diagih secara berat sebelah, pemimpin-pemimpin kaum Cina dijinak serupa anjing sesat. Kesemua ini berpunca dari pemerintahan Mahathir. Boleh dikatakan, "Mahathirisme" adalah sejenis penyampaian popular dan citra kepada "fahaman ketuanan Melayu" dan "fahaman anti-Cina".
Selepas Mahathir menyiapkan pengaturan dan perlantikan kepimpinan kabinet, organisasi kerajaan dan tiap-tiap agensi kerajaan, segala kata-kata dan tingkah lakunya di dalam dan luar negeri selama tiga bulan yang lepas memberi perasaan di kalangan orang ramai bahawa "pemulihan Mahathirisme sedang berlaku". Pemimpin pelbagai perigkat dan ahli akar umbi 3 parti asal Pakatan Harapan (PH) dan rakyat semua bangsa yang menuntut reformasi demokratik negara harus berwaspada dengan helah dan muslihat Mahathir serta bersatu menghalang pemulihan Mahathirisme sebelum terlambat!
Demi memberi sedikit sumbangan tenaga dalam usaha menggerakkan perjuangan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita, Sahabat Rakyat telah ditubuhkan pada 9 September 2001. Sebagai sumbangan sempena ulang tahun ke-17 penubuhan Sahabat Rakyat untuk dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan yang mengusahakan demokrasi dan hak asasi manusia di negara kita dan seluruh dunia, kenyataan berikut merupakan pandangan Sahabat Rakyat Working Committee terhadap perkembangan situasi politik pada peringkat ini di negara kita (penubuhan kerajaan PH selepas PRU "509").
Tajuk kenyataan ini berbunyi "Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen! Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme!". Kenyataan ini dibahagi kepada lima bahagian berikut:
- "509" merupakan ribut kuat reformasi demokratik dari rakyat negara kita untuk menguburkan pemerintahan hegemoni BN yang dikuasai UMNO
- Keputusan pilihan raya membuktikan bahawa: Pengundi cenderung kepada ketiga-tiga parti asal Pakatan Haprapan (iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara) atau Parti Islam Se-Malaysia
- Tiga parti asal PH dan rakyat semua bangsa harus berwaspada dengan helah dan muslihat Mahathir serta bersatu menghalang pemulihan Mahathirisme
- Ciri dualisme reformis atau konservatif PH penentu utama kecenderungan progresif atau reaksioner rejim PH
- Pertubuhan masyarakat (NGO) bergabung dengan pemimpin, kader dan penyokong akar umbi dalam 3 parti asal PH yang tegas dengan "reformasi demokratik tulen" untuk menghalang pemulihan "Mahathirisme"
Isi kandungan penuh kenyataan tersebut seperti berikut:
(1) "509" merupakan ribut kuat reformasi demokratik dari rakyat negara kita untuk menguburkan pemerintahan hegemoni BN yang dikuasai UMNO
Pandangan utama yang diterbitkan oleh Sahabat Rakyat pada 6hb Mei dalam kenyataan terhadap PRU-14 adalah seperti berikut:
▲ Gambar propaganda Sahabat Rakyat mengenai PRU "509". Bulatan warna oren menunjukkan Mahathir dan PPBM (Sumber gambar: Pandangan Sahabat Rakyat terhadap Pengundian PRU "509")
1. Semua rakyat bersatu hati menolak calon United Malays Nasional Organisation (UMNO) dan calon-calon Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC) dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional (BN) yang didalangi oleh UMNO. Selain itu, Mahathir dan calon PPBM (yang bertanding dengan tiket PKR) juga ditolak (ini bermaksud rakyat menolak Mahathir kembali menjadi "perdana menteri masak kali kedua" dan pemulihan Mahathirisme)
2. Semua rakyat mengundi calon-calon parti asal PH (iaitu calon PKR, DAP dan PAN yang bertanding dengan tiket PKR), atau calon yang jelas dan tegas melawan pemerintahan hegemoni UMNO dan ketuanan Melayu di kerusi yang ditanding beberapa parti demokratik (terutamanya merujuk kepada PSM yang mempunyai rekod perjuangan selama 20 tahun).
Kami juga menekankan "Mahathir sudah pasti merupakan seorang tokoh politik Melayu yang ganas dan ambisi yang paling berbahaya kerana kebolehannya melaksanakan pemerintahan perkauman dan memperdayakan rakyat pelbagai kaum. Jika Mahathir dipilih, akibatnya rakyat akan dianiayai seperti kerbau dicucuk hidung."
▲ Keputusan PRU-14: winrayland.com/2018/05/GE14.html
Apabila dibandingkan dengan PRU yang lepas, keputusan PRU kali ini menunjukkan kemarahan yang lebih kuat dilepaskan oleh pengundi desa dan kota seluruh negara terhadap pemerintahan hegemoni BN yang dikuasai UMNO (disingkat sebagai "pemerintahan hegemoni UMNO"). Disebabkan lebih ramai pengundi dari setiap kumpulan etnik menolak calon UMNO dan calon-calon MCA, MIC dan parti komponen BN sebagainya yang didalangi oleh UMNO, bilangan kerusi perlimen dan peratusan undi parlimen yang diperolehi oleh BN menurun dari 133 kerusi dan 47.38% dalam PRU yang lepas kepada 79 kerusi dan 35.6% dalam PRU kali ini[1].
Walaupun demikian, UMNO masih memperolehi lebih kurang 35-40% undi Melayu secara keseluruhan. UMNO telah kehilangan kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan (pusat) tetapi masih memerintah di negeri Pahang dan Perlis, dan berkedudukan sebagai parti pembangkang yang berpengaruh di beberapa DUN di samping memiliki aset dan sumber parti yang begitu besar selepas dikumpulkan sepanjang tempoh pemerintahan begitu lama. Walaupun pemerintahan hegemoni UMNO selama 61 tahun telah ditumbangkan, kewujudan dan perkembangan UMNO tetap merupakan faktor penting yang tidak boleh dipandang ringan dan berpengaruh terhadap situasi politik negara kita terutamanya ke atas kerajaan baru (merujuk kepada kerajaan PH di peringkat ini) dan pembentukan strategi pemerintahannya.
UMNO akan melaksanakan garis politik perkauman yang agresif sebagai dasarnya dalam perjuangan politik di tahap baru selepas kehilangan sokongan pengundi Melayu di kawasan pantai Timur, kawasan desa di sebelah Utara dan kebanyakan kawasan bandar di pantai Barat semenanjung.
Keputusan pemilihan UMNO yang berlangsung selepas PRU menunjukkan UMNO kini kurang kemampuan untuk pembaharuan diri. Para perwakilan secara majoriti masih memilih pimpinan yang diketuai oleh Ahmad Zahid yang mewakili klik berkuasa berkepentingan dalam parti. Adalah boleh dijangka pimpinan yang diketuai Ahmad Zahid yang baru terpilih akhirnya akan melaksanakan garis politik perkauman Melayu yang lebih agresif untuk menguatkan semula imej dan kewibawaan UMNO yang mempertahankan ketuanan Melayu dan kepentingan orang Melayu.
Namun, UMNO yang kehilangan kuasa pemerintahan persekutuan pada masa ini bukan sahaja menghadapi pesaingan politik Melayu daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang selama ini mempropagandakan fahaman agama Islam, mereka juga mengalami tekanan kuat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memegang kuasa pemerintahan dan memiliki lebih banyak sumber. Melainkan pemimpin PH melakukan kesilapan politik yang serius, adalah sukar untuk UMNO mengembalikan semula kedudukannya seperti dahulu.
Ribut kuat reformasi kali ini juga menumbangkan rejim pemerintah BN Sabah yang dikuasai oleh UMNO Sabah. Oleh itu, rejim pemerintahan BN peringkat negeri Sarawak yang dikuasai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan satu-satu negeri yang terselamat dari ribut ini kerana pilihan raya DUN Sarawak tidak berlangsung bersama PRU.
Bilangan kerusi parlimen yang diperolehi oleh BN telah dikurangkan dari 25 ke 19[1]. Sebenarnya, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di mana BN masih memerolehi lebih daripada separuh kerusi parlimen. Namun, pemimpin-pemimpin 4 buah parti komponen BN Sarawak telah mengumumkan keputusan keluar dari BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 12 Jun untuk memperkukuhkan kedudukan dan kepentingan mereka di Sarawak.
Sebagai rumusan, golongan hegemoni UMNO tidak lagi memegang kuasa pemerintahan di semua peringkat persekutuan dan negeri kecuali di Pahang dan Perlis. Ini bermakna, kuasa pemerintahan kononnya dikongsi semua bangsa tetapi hakikatnya merupakan pemerintahan politik hegemoni UMNO di seluruh negara telah hancur lebur. Rakyat massa harus diraikan kerana berjaya membuangkan pemerintahan hegemoni perkauman yang dilaksanakan oleh UMNO di seluruh negara selama 61 tahun ke dalam tong sampah sejarah!
(2) Keputusan pilihan raya membuktikan bahawa: Pengundi cenderong kepada ketiga-tiga parti asal Pakatan Haprapan (iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara) atau Parti Islam Se-Malaysia.
Pakatan Harapan dengan menaungi sokongan 122 kerusi Ahli Parlimen (daripada jumlah 222 kerusi senegara) berjaya mengorganisasikan kerajaan persekutuan baru. Pakatan Harapan juga membentuk kerajaan negeri di 7 buah negeri Semenanjung, dan membentuk kerajaan negeri Pro-Pakatan Harapan di Sabah diketuai oleh Parti Warisan Sabah. Antara tiga parti asal Pakatan Harapan (iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara) berjaya memenangi 101 kerusi Parlimen, yang kebanyakan daripada kawasan parlimen barat Semenanjung Malaysia terutamanya kawasan selatan kepada Kedah. Kami pernah mengutarakan pada tahun lepas (2017) bahawa: Tiga parti asal Pakatan Harapan masih lebih memadani hasrat reformasi rakyat pelbagai kaum, merakalah parti utama kepunyaan kem rakyat. Maka, memang boleh difahami rasionalnya rakyat pelbagai kaum seluruh negara mengundi menyokong calon-calon daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara.
Berbanding dengan PRU-13, 3 parti asal Pakatan Harapan telah menaungi lebih undi majoriti daripada komuniti bukan Melayu (bukan Muslim) dalam pilihan raya kali ini. Keputusan ini mencerminkan sepenuhnya keazaman bersama rakyat semua bangsa untuk membebaskan diri daripda cengkaman hegemoni UMNO selama 61 tahun yang telah menyebabkan perkembangan masyarakat lembab malahan terbantut, kehidupan rakyat lapisan bawah kian sukar, penindasan rasis dan agama kian berleluasa, hak politik kaum tertindas semakin dicabul dan pelbagai kesusahan. Walaupun pengundi bukan Melayu memang berwas-was terhadap Mahathir kembali berkuasa, tetapi di bawah propaganda pemimpin Parti Tindakan Demokratik mewar-warkan bahawa "hanya dengan 'memperalatkan Mahathir untuk menumbangkan Najib', baru berpeluang 'menyelamatkan negara'", tambahan pula dorongan idaman sekian lama pengundi sendiri untuk "tukar kerajaan", maka mereka secara amnya membuang undi kepada calon-calon Pakatan Harapan (yang termasuk PPBM yang diketuai Mahathir). Mereka, dalam kadar yang berbeza-beza, mengharapkan Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir boleh memperbaiki kehidupan rakyat dengan menawan rejim negara, dan langsung tidak mengambil kira pilihan yang lain. Ini telah menyebabkan parti-parti kecil yang lain, terutamanya dalam kerusi di Semenanjung, tewas rata-ratanya.
Kami menghargai dan mengalu-alukan kejayaan yang diperolehi 3 parti asal Pakatan Harapan dalam pilihan raya ini. Akan tetapi, kami ingin mengingatkan 3 parti asal PH bahawa: jangan sekali menyalahi janji-janji (terutamanya sebelum pilihan raya) untuk menggerakkan reformasi demokratik dan menaik-taraf kehidupan rakyat jelita, dan jangan mengizinkan kerajaan PH mematah balik ke jalan lama UMNO yang menjunjung hegemoni Ketuanan Melayu; jika pemimpin yang berkuasa sekarang bertukar daripada pendokong dan pemelihara kepentingan rakyat kepada alat pemerintahan pemerintah baru yang menindas rakyat, maka rakyat pasti bersikap seperti mana keazaman rakyat membuang pemerintahan BN terhadap 3 parti asal PH yang telah berupah rupa.
Sebelum pilihan raya, pemimpin dan penyokong kem PH serta sebahagian massa secara amnya berpendapat bahawa, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mesti akan tewas tumbang lalu diheret ke pangkuan pengakhiran, namun keputusan pilihan raya telah menghairankan semua. Tawanan kerusi Parlimen oleh PAS hanya merosot sedikit berbanding pilihan raya sebelum ini, daripada 21 kerusi ke 18 kerusi[1]. Akan tetapi, mereka berjaya mendapat lebih undi Melayu di bawah situasi kehilangan jumlah besar undi bukan Melayu. Mereka mendapat sokongan lebih kurang 30% undi Melayu, membolehkan peratusan undi Parlimen mereka bertambah 1.85% dan mencapai 16.64% daripada undi keseluruhan. Mereka juga berjaya menawan pemerintahan teguh di Kelantan dan Terengganu. Ini menunjukkan dalam kawasan pilihan raya Semenanjung Timur yang demografi perkauman lebih unitari dan kaum Melayu sebagai komposisi massa majoriti, pengundi Melayu yang menolak UMNO kebanyakannya telah memilih PAS. Jika menetapkan Kelantan dan Terenggau sebagai titik pusat, perolehan undi PAS merosot berkadar dengan jarak menjauhi titik pusat tersebut. PAS mendapat jumlah 22.9-31.4% undi di kawasan Perlis, Kedah dan Pahang[1], tetapi mereka hanya mendapat 15.2-16.3% undi di Perak dan Selangor[1]. Bagi negeri-negeri yang lain, undi yang mereka dapat kurang daripada 10% undi[1].
Kami berpendapat bahawa PAS berjaya menegakkan imej yang lebih diyakini sebagai pengganti UMNO dalam hati masyarakat Melayu di kawasan Semenanjung Timur dengan kerja-kerja akar umbi yang berterusan dan secara mendalam. Boleh dikatakan pengundi Melayu yang menyokong PAS langsung tidak mengambil kira sama ada PAS berjaya menawan Putrajaya sendiri. Selepas pilihan raya kali ini, PAS membuktikan bahawa haluan mereka dalam menghadapi garis dan taktik PH dapat memperluaskan dan memperkukuhkan sokongan asas politik mereka. Maka mereka pasti akan meneruskan haluan yang digunapakai untuk menentang PH sebelum pilihan raya tersebut dan melangkah ke hadapan, dan menggerakkan agenda pengislaman negara dengan lebih radikal supaya bertanding dengan parti politik Melayu yang lain. Boleh diramalkan, PAS mungkin bertukar daripada bertahan kepada menyerang dan menggunakan strategi "berpakat dengan UMNO dan memecah-belahkan PH" supaya mengaut sokongan undi Melayu yang lebih besar dan mengharapkan kemenangan yang lebih banyak dalam pilihan raya seterusnya.
(3) Tiga parti asal PH dan rakyat semua bangsa harus berwaspada dengan helah dan muslihat Mahathir serta bersatu menghalang pemulihan Mahathirisme
PPBM yang diketuai oleh Mahathir merupakan parti politik yang menjadikan seruan mempertahankan ketuanan Melayu sebagai tarikan yang ditubuhkan sekitar September 2017 supaya Mahathir boleh mengambil bahagian dalam PRU-14 demi mempertahankan kepentingan keluarga, kroni-kroni dan bloknya selepas dia tersingkir daripada klik pemerintah UMNO dalam persengketaan sengit dalaman dengan blok Najib. Ia merupakan parti komponen PH yang paling singkat masanya. Justeru oleh sebab pemimpin gerakan "reformasi" Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi "pemerintah tertinggi" dalam aktiviti pilihan raya PH kerana masih terperangkap dalam belenggu penjara (mengikut undang-undang, sekiranya beliau dibebaskan sekalipun, masih tidak dibenarkan untuk menyertai pilihan raya), dan pada ketika itu, PH tidak terdaya untuk mencalonkan mana-mana pemimpin yang sesuai sebagai "pemimpin tertinggi" dalam usaha "menumbangkan Najib".
Pada masa yang sama, oleh kerana Mahathir juga berharap boleh "menumbangkan Najib, merampas balik kuasa", dan sememangnya matlamat ini selari dengan matlamat PH iaitu "menumbangkan Najib, menguasai Putrajaya". Maka Mahathir disambut oleh barisan pimpinan PH dengan tangan terbuka untuk memikul peranan "pemerintah tertinggi" dalam aktiviti pilihan raya "menumbangkan Najib". Sepanjang tempoh berkempen, barisan pemimpin PH dan media yang berkaitan sengaja mempropagandakan peranan Mahathir, termasuk menghebahkan sekutu pentingnya Daim dan Rafidah Aziz yang giat membantu dalam kempen pilihan raya PH serta siaran langsung serentak ucapan Mahathir di seluruh Malaysia sehari sebelum hari buang undi. Para pemimpin PH seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa Mahathir merupakan seorang "pemimpin mulia" yang bakal "selamatkan Malaysia daripada pemerintah kleptokrasi".
Meskipun PPBM yang diketuai oleh Mahathir hanya memperolehi 13 kerusi parlimen dan kurang daripada 6% jumlah undi seluruh negara dalam PRU-14[1] ini, namun dalam usaha membolehkan Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri tanpa dipersoalkan, para pemimpin dan penasihat PH dengan bantuan propagandis telah menggerakkan propaganda "Mendewakan Mahathir" secara besar-besaran untuk memperdaya rakyat jelata bahawa Mahathir ini bukan lagi Mahathir yang sehingga tahun 2015 masih dituduh oleh Lim Kit Siang sebagai "punca utama negara kita terbenam dalam belenggu salahguna kuasa dan korupsi".
▲ Petikan ucapan Lim Kit Siang dalam jamuan makan malam persediaan pilihan raya DAP Puchong pada 1 Jan 2015. Ucapannya menekankan bahawa rakyat harus menolak pemulihan Mahathirisme dalam pilihan raya. (Sumber: orientaldaily.com.my/s/20260#)
Sebenarnya, peranan utama Mahathir dalam PRU kali ini hanyalah menyempurnakan strategi "Memperalatkan Mahathir untuk menumbangkan Najib" yang dirancang oleh pemimpin DAP, iaitu menghangatkan semula keghairahan pengundi yang kian terpendam selepas perpecahan Pakatan Rakyat untuk mengundi Pakatan Harapan.
Hakikatnya, jumlah undi yang diperolehi PH yang diketuai oleh Mahathir dan Parti Warisan Sabah hanya mencapai 45.56%[1]. Pencapaian ini sebenarnya lebih teruk daripada 51.09% undi yang diperolehi Pakatan Rakyat dalam PRU lepas. Tambahan pula seperti yang dinyatakan sebelum ini, "kawasan pilihan raya Semenanjung Timur yang struktur perkauman lebih unitari, dan kaum Melayu sebagai komposisi massa majoriti, pengundi Melayu yang menolak UMNO kebanyakannya telah memilih PAS", "PAS mendapat sokongan lebih kurang 30% undi Melayu, membolehkan peratusan undi Parlimen mereka bertambah 1.85% dan mencapai 16.64% daripada undi keseluruhan. Mereka juga berjaya menawan pemerintahan teguh di Kelantan dan Terengganu.". Kemenangan PH sebenarnya berdasar kepada tekad kuat rakyat untuk menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO. Ini merupakan kenyataan yang tidak akan berubah mengikut kehendak peribadi mana-mana individu (termasuk Mahathir). "Perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa Mahathir" hanya merupakan satu slogan propaganda sesetengah pihak untuk mendewakan Mahathir sahaja.
Halatuju regim baru PH selepas 9 Mei seharusnya ditentukan mengikut kehendak rakyat massa, bukan mengikut kehendak pemerintah. Rakyat jelata menghadapi satu pilihan yang penting sekarang, iaitu adakah rakyat bertegas bahawa PH mesti mendorong maju reformasi demokratik, atau hanya membiarkan pemerintah PH bertindak mengikut kehendak sendiri. Jika pemerintah PH (iaitu barisan pimpinan PH terutamanya Mahathir) dibiarkan bertindak sesuka hati, ia pasti akan membuktikan kesimpulan kami sebelum ini, iaitu: strategi memperalatkan Mahathir untuk menumbangkan Najib yang diusaha keraskan oleh pemimpin parti dan pertubuhan demokratik akan membawa padah kepada gerakan reformasi demokratik negara kita, adalah pandangan yang mempunyai makna realistik dan mempunyai nilai penyedaran.
Kami pernah menekankan bahawa "Mahathir merupakan wakil kelas kapitalis-birokrat Melayu di Malaysia sejak dia memegang kuasa pada 1980-an. Selepas meletak jawatan pada tahun 2003, dia tidak berpuas hati kerana didesak dan disingkirkan oleh kumpulan klik berkuasa UMNO. Kini, dia bersungguh-sungguh bertanding dalam PRU-14 dan berharap akan "kembali menjadi Perdana Menteri masak kali kedua" bukan kerana dia telah "bertaubat, dan ingin menyelamatkan Malaysia", tetapi untuk melindungi kepentingan dan mengukuhkan kedudukan dirinya, keluarganya dan kroni-kroninya." Hakikat menunjukkan bahawa selepas Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri masak kali kedua, beberapa langkah yang diambilnya telah membuktikan kenyataan ini. Dia masih kekal Perdana Menteri yang pernah memerintah negera kita selama 22 tahun tersebut, dan tidak berubah menjadi insan yang menyokong reformasi hanya kerana dia menentang UMNO. Sebelum kabinet ditubuhkan, dia telah melantik pasangan lamanya bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin untuk mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 12hb Mei. Daim mewakili Mahathir untuk memeriksa beberapa projek pembangunan penting negara termasuk projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL). Mereka berdua berganding bahu telah memutuskan bahawa ECRL sama ada dihentikan ataupun dirunding semula, dan melawat ke negara China satu demi satu untuk mengadakan rundingan. Dakwaan bahawa "syarat-syarat dalam kontrak merugikan rakyat dan negara" hanya merupakan bahasa politik untuk menipu hati rakyat. Segala kata-kata dan tindak-tanduk mereka tidak lain tidak bukan, adalah untuk menunjukkan kepada negara China bahawa semua ketetapan yang telah dibuat oleh Najib mesti dibatalkan. Jika mahu teruskan kerjasama, segala rancangan perlu dirunding semula dan ditetapkan oleh kami (iaitu pemerintah baru).
Demi menggunakan kuasanya untuk mendominasi pembahagian kepentingan pelbagai blok berkepentingan dengan berkesan mengikut kehendaknya, Mahathir, selepas kembali menjadi Perdana Menteri masak kali kedua, mengecam Khazanah Nasional Berhad (KNB) yang dikuasai oleh kerajaan Najib telah terpesong daripada matlamat asalnya iaitu meningkatkan ekuiti milik bumiputera, dan kerajaan PH akan menyusun semula Khazanah. Justeru itu, tanpa keberatan sedikit pun, dia telah melantik dirinya sebagai pengerusi lembaga pengarah baru Khazanah, dan pengikut-pengikutnya sebagai ahli lembaga pengarah. Begitulah dengan terang-terangan dia mendominasi operasi Khazanah untuk meneruskan dasar yang kononnya "mengutamakan bumiputera" tetapi sebenarnya hanya menguntungkan kroni-kroninya.
Niat yang serupa juga terdedah melalui tindakan degil Mahathir mahu menghidupkan semula "mimpi kereta nasionalnya". Oleh kerana pengurusan yang lemah, 49.9% saham kereta nasional pertama yang diasas oleh Mahathir iaitu Proton telah dijual kepada Geely Automobile Holdings dari ZheJiang, China dan diurus tadbir oleh Geely. Mahathir pernah melahirkan rasa "bagai anaknya hilang" terhadap penjualan ini. Walaupun DRB-HICOM masih memiliki 50.1% saham Proton Holding, Mahathir tidak lagi menganggap Proton yang ditadbir urus olah Geely sebagai "Kereta Nasional". Tindakan Mahathir berdegil hendak menubuhkan "kereta nasional ketiga" walaupun berdepan dengan tentangan daripada pelbagai pihak, tidak dapat mengelakkan rasa curiga di kalangan orang ramai bahawa tindakan ini sebenarnya adalah untuk memelihara kepentingan syarikat kroninya yang kini menghadapi tekanan daripada Proton untuk meningkatkan mutu.
Semenjak berita tentang penganjuran "Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018" oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dumumkan, peniaga dan usahawan bumiputera yang sekian lama ini mendapat bantuan daripada kerajaan menaruh harapan yang tinggi terhadap kongres ini, manakala menimbulkan rasa bimbang pula di kalangan peniaga-peniaga kecil dan sederhana bukan Melayu yang selama ini berjuangan berdikari untuk terus hidup. Mengikut laporan media massa, ucapan Mahathir di kongres yang dihadiri oleh kira-kira 2500 orang pada 1 September ini mempunyai dua fokus utama, iaitu: (1) Melayu harus sedia membuang tongkat, berhenti bergantung kepada kerajaan dan mencari jalan keluar sendiri. Dia mengkritik langgam buruk bumiputera mengaut keuntungan dengan menjual AP dan kontrak kerajaan; (2) pada masa yang sama, dia juga menyatakan Malaysia masih tidak mempunyai daya saing yang cukup, jika kita membenarkan rakyat negara China berniaga disini, "bumiputera akan ditolak tinggal di pinggir hutan" (rujuk video di bawah). Kata-kata Mahathir sekarang sering kali samar-samar, bermakna dua lapis, susah untuk diduga dan difahami serta putar belit. Ini sememangnya ada maksudnya yang tersendiri, malah terdapat udang di sebalik batu yang boleh membawa maut, yakni sangat mengerikan.
▲ Video Mahathir berucap di "Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018"
Ramai cendekiawan dan penganalisis politik melahirkan kebimbangan mereka terhadap kata-kata dan tingkah laku Mahathir. Malah ada yang berpendapat bahawa muslihat Mahathir ialah menjadikan PH kepada BN 2.0. Ulasan mereka ini mempunyai asas tersendiri. Kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa: gaya tindak tanduk dan kata-kata Mahathir sekarang (sebagai Perdana Menteri kerajaan PH) tidak banyak beza dengan gaya tindak tanduk dan kata-katanya dulu (sebagai Perdana Menteri BN) pada hakikatnya. Mahathir tetap merupakan seorang yang angkuh dan keras. Yang beza cuma tingkah laku sekarang bertopeng dengan "demokrasi".
Selain itu, sesetengah orang juga berpandangan naif bahawa: Mahathir sudah berusia 93 tahun dan pemerintahannya tidak akan berlanjutan. Tidakkah mereka ini sedar bahawa, Mahathir sebagai pewakilan kepada klik memerintah, dia tidak bertindak seorang diri, terdapat "sekalian Mahathir" yang akan menurut perintah Mahathir atau bertindak mematuhi "Mahathirisme".
Apabila kabinet PH, menteri-menteri dan ketua-ketua agensi kerajaan bertindak menurut perintah Mahathir dan mematuhi "Mahathirisme", itulah masanya "Mahathirisme" dipulihkan. Pada ketika itu, sama ada Mahathir masih hidup atau sudah meninggal dunia, sama ada dia masih memegang kuasa atau tidak sudah tidak penting lagi. Hasil reformasi demokratik rakyat semua bangsa dan tiga parti asal PH akan mengalami kebinasaan yang menyeluruh apabila "Mahathirisme" pulih secara menyeluruh.
Pemimpin pelbagai peringkat dan ahli akar umbi 3 parti asal PH dan rakyat semua bangsa yang menuntut reformasi demokratik negara harus berwaspada dengan helah dan muslihat Mahathir serta bersatu menghalang pemulihan Mahathirisme sebelum terlambat!
(4) Ciri dualisme reformis atau konservatif PH penentu utama kecenderungan progresif atau reaksioner rejim PH
Dari segi perjuangan politik, PH berciri dualisme iaitu reformis dan konservatif. Puncanya adalah seperti berikut:
1. Tiga parti komponen PH yang asal iaitu DAP, PKR dan PAN pada dasarnya berasal daripada perjuangan politik rakyat semua bangsa dalam menentang pemerintahan hegemoni yang didominasi UMNO (merujuk kepada kerajaan Perikatan pada 1957 - 1969 seterusnya kerajaan BN pada 1969 - 2018) dalam peringkat sejarah yang berasingan.
Secara umum, mereka mewakili perjuangan menuntut kepentingan rakyat jelata dan kelas kapitalis kecil dan sederhana di bandar. Selepas PRU-13, mereka bersatu dan menubuhkan pakatan politik (parti pembangkang utama) yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) untuk berjuang atas matlamat bersama, iaitu menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO.
Pakatan politik tersebut merupakan gabungan dua kuasa penting, iaitu gerakan rakyat mendorong maju demokrasi dan gerakan "reformasi". Tidak perlu disangsikan PH mempunyai ciri reformasi yang ketara. Sementara itu, adalah boleh difahamkan PH mempunyai ciri konservatif yang terbentuk dari faktor-faktor kelas, kaum dan agama. Namun, ciri reformasinya lebih nyata berbanding dengan ciri konservatif.
2. Pada waktu menjelang PRU-14, PH yang terdiri daripada tiga parti tersebut masih belum berkembang menjadi kuasa kuat yang mampu menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO kerana kependekan sejarah perjuangan mereka dan had keadaan sosial. Di samping itu, Anwar yang digelar sebagai pemimpin "reformasi" masih dikurung dalam penjara. PH tidak dapat menamakan seorang "pemimpin berwibawa" yang disokong oleh khalayak ramai untuk mengetuai kempen pilihan raya. Maka, keadaan ini memberi peluang tepat pada masanya untuk Mahathir memperalatkan kuasa blok parti pembangkang.
Dalam masa yang singkat, Mahathir yang berpengalaman dan cerdas meraih kepercayaan dan sokongan di kalangan pemimpin PH. Para pemimpin PH juga cepat menerima penyertaan PPBM yang melagakkan parti mempertahankan kepentingan orang Melayu ke dalam PH dan memilih Mahathir sebagai "pemimpin tertinggi" PH. Tambahan lagi, isi manifesto pilihan raya PH jelas menuruti pendirian PPBM yang mempertahankan ketuanan Melayu.
Penyertaan dan peranan Mahathir dan PPBM dalam PH dengan jelas sekali memperkuatkan ciri konservatif PH.
3. Selepas PRU-14, Mahathir yang memegang kuasa pemerintahan cukup memahami keperluan menghalang dua kuasa dalam PH, iaitu "gerakan demokrasi" dan "reformasi" dari mengekang dan merosakkan niat dan rancangannya mencari kepentingan untuk blok kroni-kroninya. Memandangkan PPBM masih merupakan parti baru yang kecil, Mahathir perlu memperkasa kedudukan dominasi PPBM dalam PH dengan secepat mungkin agar menandingi dua kuasa dalaman PH tersebut. Kaedah-kaedah utama yang digunanya untuk mencapai matlamatnya adalah seperti berikut:
(1) Dengan mempergunakan kuasa eksklusif sebagai Perdana Menteri, Mahathir melantik seramai mungkin ahli parlimen PPBM yang paling dihargainya dan ahli parlimen parti komponen PH yang dilihat sebagai boleh mengikuti arahannya atau bertindak berpandukan fahaman "Mahathirisme" sebagai menteri dalam kabinetnya.
(2) Dengan mempergunakan kemudahan sebagai Perdana Menteri dalam pengagihan kepentingan, sepertimana UMNO pernah menguasai pemimpin MCA dan MIC, Mahathir akan melakukan perpecahan di kalangan pemimpin dari tiga parti asal PH. Dia akan cuba memikat dan merekrut pemimpin yang boleh menerima "Mahathirisme" agar terus memainkan peranan sebagai ejen rahsia bagi pihak PPBM dalam barisan PH.
(3) Mahathir akan mengambil pendirian yang lebih jelas dan taktik yang lebih licik untuk menipu sokongan pengundi Melayu. Dari sudutnya, memandangkan PH hanya mendapat sokongan sekitar 30% di kalangan pengundi Melayu dalam PRU kali ini, dia mesti menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong UMNO dan PAS supaya memperkuatkan kedudukan politiknya dan PPBM.
▲ Daim (kanan) merupakan pasangan yang amat diperlukan oleh Mahathir yang memegang kuasa (Klik: youtube.com/watch?v=DtuLJWqWC6A)
Dalam lima tahun yang akan datang, ciri dualisme PH mesti akan dicerminkan dalam konflik berterusan di antara kuasa gabungan "gerakan demokrasi" dan "reformasi" yang asal dalam PH dengan kuasa terbentuk dari Mahathir, PPBM dan Mahathirisme. Petanda tersebut boleh dilihat dalam pemilihan PKR yang akan datang. Setelah melantik Azmin sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi yang dipecahkan kuasa dari Kementerian Kewangan, Mahathir melantiknya sekali lagi menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad sebelum pemilihan PKR. Orang yang arif akan mudah menyedari:
Dari segi permukaan, perebutan jawatan timbalan pengerusi PKR antara Azmin dan Rafizi kali ini merupakan perebutan pengganti Anwar. Sebenarnya, perebutan tersebut merupakan pesaingan antara puak berkuasa dalam parti yang memihak kepada Mahathir dengan puak "reformasi" dan puak "gerakan demokrasi". Disebabkan tingkah laku Mahathir, pemilihan PKR kali ini bererti pesaingan pengaruh dalam parti komponen terbesar PH di antara puak reformasi PH dengan puak konservatif PH. Perebutan ini akhirnya akan memberi impak yang besar dan mendalam terhadap kecenderungan rejim PH sama ada lebih progresif ("bersama rakyat") atau lebih reaksioner ("bertentangan dengan rakyat").
Ciri dualisme PH akan dipertunjukkan dalam kontradiksi dalaman PH. Ciri kontradiksi dalaman PH adalah berbeza dengan ciri kontradiksi dalaman Pakatan Rakyat (PR) yang lepas. PR dibentuk oleh DAP, PKR dan PAS dan merupakan blok parti pembangkang. Kontradiksi utama PR adalah pendirian sama ada menyokong atau membantah dasar pemerintahan negara berasaskan agama Islam. Oleh itu, kontradiksi dalaman PR merupakan kontradiksi dalaman pihak rakyat. Pada masa kini, PH terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM dan merupakan blok parti pemerintah. Kontradiksi dalaman PH mungkin akan dipertunjukkan dalam dasar penting sama ada membantah atau mengusahakan pemerintahan hegemoni Melayu dan dasar pemerintahan negara berasaskan agama Islam.
Setakat ini, parti-parti komponen PH masih belum mencapai persefahaman dalam persoalan mengatasi isu-isu kritikal terutamanya fahaman perkauman Melayu dan pengislaman negara. Demi keperluan mempertahankan rejim, mereka mengelakkan diri dari dua isu kritikal tersebut pada peringkat ini.
Sekiranya PH tidak lagi dapat mengelak dan terpaksa menghadapi isu kritikal tersebut, konflik di antara klik pemerintah baru yang diketuai Mahathir dengan blok gabungan "gerakan demokrasi" dan "reformasi" dalam PH yang tegas meneruskan usaha reformasi demokratik semakin hebat sehingga tidak dapat berkompromi lagi, maka konflik tersebut akan menjadi konflik antara kerajaan dengan rakyat yang berciri percanggahan antara musuh. Pada takat itu, PH mungkin akan berpecah dua kepada blok yang bertentangan denagn rakyat dan blok yang bersama rakyat, di mana kedua-duanya akan terus berlawan antara satu sama lain.
Sebelum kekuatan PPBM cukup kukuh, tidak hairan bagi kerajaan PH untuk melaksanakan sesetengah dasar pembaikan populis, contohnya pemansuhan GST pada bulan Mei, sebagai usaha Mahathir mengelakkan percetusan konflik dalaman agar dapat memegang kuasa dengan lebih lama untuk melaksanakan pengaturannya dan memikat sebahagian kuasa reformasi.
Namun, ciri pemerintahan rejim PH tidak ditentukan oleh pembaikan populis tersebut tetapi berdasarkan perubahan ciri dualisme PH yang disebut sebelum ini. Terlebih dahulu, ciri pemerintahan PH dipertunjukkan dalam cara kerajaan mengatasi masalah yang dihadapi oleh kumpulan etnik yang selama ini ditindas di bawah pemerintahan hegemoni perkauman, dan juga lapisan dan golongan masyarakat mana yang akhirnya akan menikmati kepentingan terbesar dari dasar kerajaan.
Komen pengulas tertentu bahawa "kerajaan PH akhirnya tidak akan melaksanakan reformasi demokratik yang tulen, rejim PH mungkin akan berubah menjadi BN 2.0 atau akhirnya berpecah dalam 5 tahun akan datang" bukannya komen tiada asas. Mungkin tidak perlu 5 tahun, rakyat sudah boleh kenal pasti siapa sebenarnya yang menguasai PH dengan memerhati cara Mahathir atau kerajaan PH melayani pemerintah sekian lama Sarawak, iaitu Taib Mahmud dan klik pemerintah PBB yang selama ini dikawal olehnya, yang terkenal di kanca mata dunia dengan nama buruk korupsi dan perampokannya terhadap sumber negara untuk kepentingan diri sendiri.
(5) Pertubuhan masyarakat (NGO) bergabung dengan pemimpin, kader dan penyokong akar umbi dalam 3 parti asal PH yang tegas dengan "reformasi demokratik tulen" untuk menghalang pemulihan "Mahathirisme"
Sebelum PRU-13 diadakan, 34 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif mengemukakan "Reformasi Malaysia: 20 tuntutan PRU-13 oleh NGO". Tetapi dalam pilihan raya umum ini, NGO-NGO tidak bertindak mengemukakan tuntutan reformasi yang menghimpunkan aspirasi rakyat semua bangsa secara menyeluruh. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (1) Ramai pemimpin dan kader NGO telah melibatkan diri dalam kempen pilihan raya PH secara aktif (sebagai calon atau kakitangan kempen); (2) Mungkin terdapat perbezaan pendirian antara NGO terhadap PRU atau isu utama lain yang menyebabkan NGO bertindak berasingan.
Oleh kerana NGO tidak mengemukakan tuntutan reformasi yang boleh mewakili kepentingan rakyat semua bangsa sebelum PRU-14, kerajaan PH terlebih dahulu telah menguasai tafsiran pendapat umum selepas pilihan raya. Selain itu, sesetengah bekas pemimpin dan kader NGO seolah-olah telah mengubah otak mereka selepas mendapat posisi dalam PH (sama ada dalam kerajaan atau dalam parti). Keadaan ini telah menyebabkan NGO semakin sukar untuk mengemukakan pelbagai tuntutan secara bebas dan berotonomi. Ini merupakan pengalaman yang mesti diambil iktibar oleh NGO, dimana walaupun wujud parti politik demokratik yang benar-benar boleh mewakili perjuangan rakyat menyertai pilihan raya, tiada sebab bagi NGO melepaskan peluang untuk mengemukakan tuntutan rakyat secara bebas dan berotonomi kepada parti-parti politik sebelum pilihan raya.
Selepas menemui kekalahan teruk dalam pilihan raya, selain daripada keadaan politik di Sarawak yang masih belum jelas kerana pilihan raya negeri tidak diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen, BN kini menghadapi keadaan cerai-berai. Barisan pimpinan dua parti pembangkang utama di negara iaitu UMNO dan PAS pula, berebut-rebut menegaskan ketuanan Melayu, bekerja keras menyanjung pengislaman negara dan menggalakkan fikiran-fikiran perkauman Melayu untuk memenangi undi Melayu supaya dapat mempertahankan dan mengukuhkan kedudukan mereka, serta cuba untuk mengembangkan pengaruh mereka. Mereka ini menentang integrasi sejati semua bangsa yang berdasarkan kesamarataan, dan mereka tidak akan mengubah sifat perkauman yang wujud di dalam diri mereka. Oleh itu, NGO wajib menyuarakan suara hati rakyat semua bangsa, terutama suara hati kumpulan minoriti yang terpinggir dan melaksanakan perjuangan reformasi demokratik yang melawan pemerintahan perkauman.
Pada pendapat kami, "pertubuhan bukan kerajaan (NGO)" tidak harus terhad kepada organisasi yang lebih radikal yang menjejaki konsep "kebebasan, demokrasi, dan hak asasi manusia" Barat sahaja tetapi perlu diperluaskan kepada apa yang biasanya kita panggil sebagai "pertubuhan masyarakat" (iaitu pertubuhan komuniti yang ditubuhkan oleh rakyat mengikut peruntukan undang-undang negara sedia ada yang berdasarkan keperluan dan aspirasi rakyat, dan bukannya dibentuk oleh kerajaan demi memenuhi keperluan politik dan dasar kerajaan). Ia harus termasuk pelbagai jenis persatuan, dewan-dewan perniagaan, kesatuan sekerja dan pelbagai pertubuhan masyarakat yang berasaskan budaya, pendidikan, kepercayaan, agama dan lain-lain lagi. Pasukan yang berjuang untuk hak rakyat hanya akan berkembang maju sekiranya kita keluar dari golongan yang sempit dan bergerak masuk ke ruang yang lebih meluas.
Sepuluh tahun yang lalu, pada 12 Julai 2008, wakil kami, Nyam Kee Han, selaku Setiausaha eksekutif Sahabat Rakyat (ketika itu dengan nama Jawatankuasa FOS) pada masa itu (sekarang menyandang jawatan anggota Presidium Sahabat Rakyat) telah diundang untuk menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam seribu orang yang dianjurkan oleh DAP Miri untuk meraikan ulang tahun ke-30 pendaratan DAP di Sarawak. Nyam dalam ucapannya menyatakan bahawa: (1) masyarakat madani (civil society) memerlukan parti politik yang berjuang untuk kepentingan rakyat, juga memerlukan pertubuhan masyarakat (NGO) yang bekerja untuk kepentingan rakyat; (2) pertubuhan masyarakat berjuang untuk demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan sosial, sedangkan parti politik berjuang untuk menguasai atau merebut kuasa negara;
(3) sifat dan status pertubuhan masyarakat tidak akan berubah tidak kira parti politik mana yang berkuasa, pertubuhan masyarakat sentiasa bersama rakyat dan bertindak demi kepentingan rakyat; (4) pertubuhan masyarakat menyokong mana-mana parti politik yang pro-rakyat dan menegakkan hak asasi rakyat. Kalau mana-mana parti politik berubah menjadi anti-rakyat dan zalim selepas memerintah negara, pertubuhan masyarakat akan bersama dengan massa untuk menentang dan menghalangnya.
Kami berharap semua NGO (pertubuhan masyarakat) yang berskala besar akan bersatu padu dan menggerakkan kerja berdasarkan "20 tuntutan PRU-13 oleh NGO". Cadangan ini berdasarkan sebab-sebab berikut: dokumen ini (20 tuntutan) boleh dianggap sebagai satu program kerja yang agak sempurna yang dikemukakan oleh pertubuhan masyarakat (NGO) secara rasmi - ia merupakan satu program kerja tidak berpartisan (non-patisan), tidak keagamaan (non-religious) yang meletakkan "penghapusan institusionalisasi perkauman" di tempat pertama; ia merupakan program kerja yang mencadangkan jalan penyelesaian munasabah dan boleh dilaksanakan terhadap keadaan ketidakadilan, rasuah yang khusus dalam negara dan masyarakat kita.
▲ Petikan ucapan Lim Kit Siang dalam jamuan makan malam persediaan pilihan raya DAP Puchong pada 1 Jan 2015 yang bertema "Menolak Mahathirisme". (Sumber: orientaldaily.com.my/s/20260#)
Pertubuhan masyarakat (NGO) akan berada di kedudukan untuk bergabung dengan pemimpin, kader, ahli dan penyokong akar umbi dalam 3 parti asal PH yang benar-benar ingin menggerakkan "reformasi demokratik tulen" apabila pertubuhan masyarakat telah digemblengkan secara besar-besaran. Pertubuhan masyarakat dan pemimpin, kader, ahli dan penyokong akar umbi 3 parti asal PH akan "mencari persamaan sambil menyimpan perbezaan" dalam perikatan ini untuk berbincang secara demokratis mengenai pelbagai isu reformasi demokratik yang kita prihatin, menyokong kerajaan PH untuk melaksanakan agenda reformasi yang memanfaatkan rakyat, mengkritik dasar kerajaan PH yang cenderung kapada pemerintahan perkauman Melayu, dan bersatu padu menentang pemulihan "Mahathirisme" atas dasar tidak berpartisan, saling inklusif, sama rata dan hormat-menghormati sesama sendiri.
Kami berharap kerajaan PH akan segerakan agenda memansuhkan "Akta Antiberita Tidak Benar 2018" dalam Parlimen dan bersedia untuk menghapuskan undang-undang zalim yang lain. Di samping itu, massa bukan Melayu dan Melayu yang mengiktiraf hak sama rata berbilang bangsa juga memuji keputusan kerajaan PH memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) yang selama ini mempropagandakan fahaman ketuanan Melayu kepada penjawat awam. Pertubuhan masyarakat (NGO) harus mendesak kerajaan PH untuk memastikan bahawa undang-undang zalim dan institusi yang menjejaskan perpaduan nasional yang telah dimansuhkan dan dihapuskan tidak akan dipulihkan semula pada masa akan datang.
Kami berharap kerajaan PH akan konsisten dalam hujah dan perbuatan mereka dalam menyokong inisiatif "One Belt, One Road" (OBOR) atau "Satu Jalur dan Satu Laluan" negara China, bekerjasama dengan China untuk membangunkan ekonomi dua hala, dan menyempurnakan projek infrastruktur yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan logistik negara, memulihkan dan memacu pembangunan ekonomi negara kita. Dalam semua usaha sama ini, kita mesti memaksimumkan kepentingan negara dan rakyat jelata, dan berjaga-jaga terhadap mana-mana individu (termasuk Mahathir dan Daim Zainuddin) yang mengorbankan peluang pembangunan ekonomi negara dan majoriti rakyat dengan menjadikan projek-projek ini sebagai alat untuk memenuhi kepentingan puak kroni-kroni minoriti mereka.
Kami berharap kerajaan PH akan segera menyiasat, mengkaji semula dan menamatkan projek pembangunan hartanah super mega di bahagian selatan Semenanjung Malaysia yang tidak mampu dibeli oleh penduduk tempatan dan mensasarkan khususnya pembeli dari negara China, iaitu projek "Forest City" di Johor Bahru yang dibina oleh pemaju hartanah negara China yang berpakat dengan orang-orang besar dan berkuasa tempatan serta mengamalkan pendekatan perniagaan yang mencurigakan (yang kini telah diharamkan secara tegas oleh kerajaan negara China) demi mengaut keuntungan berlebih-lebihan. Projek ini kini telah menjadi berkobar-kobar dan meruncingkan.
Kami menyeru rakyat semua bangsa bersatu padu menyokong PH dalam mendorong maju reformasi demokratik tulen secara menyeluruh dan menghalang pemulihan "Mahathirisme"!
Sahabat Rakyat
23hb September 2018
(Teks asal Bahasa Cina diterbit pada 9hb September 2018)
(Teks asal Bahasa Cina diterbit pada 9hb September 2018)
0 comments:
Post a Comment