IPCMC, POLIS DAN BN
S.ARUTCHELVAN
(Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah mengadakan forum " Antara Penyalahgunaan Kuasa Polis dan Kerajaan Barisan Nasional pada 24hb Julai 2010 bertempat di Persatuan Bekas Penuntut Taiwan JB. Berikut merupakan teks ucapan En. Arutchelvan yang merupakan Pengarah SUARAM dan Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia)
1. Polis memainkan peranan khas dalam politik Malaysia
2. Dari segi sejarah, polis memang telah menjadi faktor yang telah menyelamatkan pemerintahan BN.
3. Polis sentiasa dan terlalu defensif apabila dipersoalakan tentang kelemahan mereka.
4. Mengapa IPCMC Itu Penting.
5. Tetapi apakah IPCMC dan apakah yang disajikan oleh kerajaan sekarang.
6. Hanya kuasa rakyat boleh merefomasi polis.
7. Kesimpulan.
1. Polis Memainkan Peranan Khas Dalam Politik Malaysia
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang berbeza dan jauh lebih penting berbanding dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.
- Di negara-negara lain di Asia Tengara, pihak tenteralah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik parti pemerintah di Negara tersebut.
- Kestabilan politik dan keselamatan Negara sebenarnya tidak ada kaitan dengan faktor luar seperti ancaman tentera dari Negara lain, tetapi ia lebih menumpu kepada kestablilan, keselamatan dan ketenteraman parti pemerintah di Negara-negara tersebut.
- Pembelian alatan tentera dan sebagainya lebih merupakan satu projek untuk mendapatkan komisyen dimana ia dapat disembunyikan dibelakang akta rahsia dan soal keselamatan Negara.
- Di banding dengan Negara lain, tentera memainkan peranan penting, kita dapat lihat bagaimana di Negara Burma (Myanmar) demokrasi terkubur kerana pemerintahan tentera, Di Thailand, mana-mana kerajaan hanya boleh memerintah jika ada sokongan tentera. Begitu juga di Phippines dan Indonesia.
- Di negara-negara ini, pemimpin terpaksa mempunyai hubungan dengan pihak tentera kerana sokongan tentera boleh menentukan berjayanya atau kecundang sebuah pemerintahan.
- Di Malaysia, agak berbeza dimana peranan yang biasanya dimainkan oleh tentera ini dimainkan oleh polis.
- Polis menjadi rakan yang paling penting dan berpengaruh untuk memastikan kerajaan BN terus memerintah.
- Justeru itu adalah penting untuk pemerintah memastikan polis sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka dan akur dengan arahan mereka.
2. Dari Segi Sejarah, Polis Memang Telah Menjadi Faktor Yang Telah Menyelamatkan Pemerintahan BN.
- Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Cawangan Khas begitu penting. Cawangan Khas terlibat langsung dalam menghancurkan pelbagai gerakan pekerja dan kiri dari dalam. Mereka diberi penghargaan atas peranan mereka memerangi Komunis pada satu masa dulu.
- Pernah seorang tahanan ISA diberitahu oleh SB semasa interrogation ISA. Kami polis boleh menentukan seiapakah Perdana Menteri Negara ini. Tiba-tiba kemalangan boleh berlaku dan sebagainya.
- Namun satu perkara yang nyata adalah Jabatan SB memang merupakan satu Jabatan yang berpengaruh, bijak dan kurang rasuah. Kebanyakan Ketua Polis Negara datang dari Jabatan ini – Haniff Omar, Norian Mai dan Rahim Noor sebagai contoh. Jabatan ini memang amat penting dari aspek politik berbanding dengan Jabatan lain. (Namun Musa Hassan adalah satu pengecualian.Beliau datang dari Jabatan Jenayah. Mungkin beliau diberi jawatan tertinggi polis sebagai satu penghargaan kerana peranan beliau dalam kes liwat Anwar pertama.
- Senjata paling berbeza Pemerintah pula adalah ISA dan untuk menggunkan senjata ini, peranan polis amat penting. Oleh yang demikian tanpa kerjasama polis, ISA tidak boleh dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, ISA digunakan untuk menumpaskan gerakan pelajar pada tahun 1974, Operasi lalang pada tahun 1987, digunakan terhadap Reformasi pada tahun 1998 dan baru-baru ini digunakan untuk menentang Hindraf pada tahun 2007.
- Selain itu, itu menghancurkan politik Anwar, polis digunakan dengan berleluasa dari aspek memanupulasi bukti, mendera saksi dan sebagainya. Kes liwat terhadap Anwar adalah satu sirkus dikendalikan dalam mahkamah kijang. Semasa kes Anwar liwat pertama, Musa Hassan sebagai saksi polis telah berkata beliau sedia menipu jika ia diperlukan. Kini dalam kes liwat Anwar ke 2, polis terus terlibat.
- Dalam isu Altantuya pula, dua orang Pengawai Polis dari UTK terlibat langsung dalam pembunuhan Altantuya. Apakah motif mereka dan siapakah dibelakang mereka? Mengapa tidak ada rekod di imigeresan bahawa Altantuya ada memasuki Negara. Sekali lagi polis memainkan peranan. Bagaimana dua tertuduh sehingga hari ini, ramai yang tidak tahu apakah rupa mereka.
- Selepas sahaja Tsunami pilihanraya 2008, dan semasa Anwar bercakap tentang hendak mengambilalih Parlimen. Pada ketika itu, tiba-tiba polis dan tentera memulakan latihan bersama dan ini juga dikendalikan dan ketuai oleh Polis. Justeru itu, peranan polis begitu penting berbanding dengan tentera.
- Untuk sekian lama, Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri dalan Negara kerana menerusinya boleh mengawal polis dan boleh menggunakan ISA untuk menangkap musuh politik dan membenteras gerakan rakyat.Tren ini hanya berubah semasa penggal akhir Dr. Mahathir dimana beliau telah menjadi Menteri Kewangan apabila melihat bahawa mengawal sumber kewangan adalah lebih penting pada zaman moden ini.
- Begitulah reputasi polis sehingga Malaysia sering dikatakan Negara Polis. Police State. Pada Oktober 2006, Mahathir berkata Badawi telah menjadikan Malaysia sebuah Negara Polis.
- Oleh yang demikian, Polis adalah satu institusi yang amat kuat dan berpengaruh. Gerakan demokrasi dan hak asasi sering meminta polis untuk akur kepada rakyat dan bersikap profesyenal. Bagi Polis, kesetiaan mereka adalah kepada kepimpinan tertinggi polis dan kepimpinan tertinggi ini adalah budibicara parti pemerintah.
- Oleh yang demikian, secara jujur adalah amat sukar untuk menuntut polis bersikap neutral. Polis adalah sebahagian daripada sistem dan idelogi parti pemerintah.
- Namun kempen selama ini adalah untuk menuntut polis bersikap adil, jujur , profesyenal dan mematuhi undang-undang.
3. Polis Sentiasa Dan Terlalu Defensive Apabila Dipersoalakan Tentang Kelemahan Mereka
- Bolehkah Polis membuat reformasi dalaman. Saya berpendapat ia adalah mustahil selagi polis terikat dengan keputusan politik dari parti pemerintah daripada boleh mengambil keputusan secara bebas dan profesional.
- Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.
- Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Menurut beliau tujuan cogankata ini adalah menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati. Maka reputasi polis memang mempunyai masalah sejak sebelum merdeka lagi.
- Pada tahun 1996, suaram bersama beberapa organisai lain bercadang mengadakan satu tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai dan juga pengadu untuk mengutarakan beberapa masalah mengenai salahguna kuasa polis dan isu yang melibatkan hak asasi orang dicabul oleh polis. Seramai 10 orang pengadu dari pelbagai sektor termasuk aktivis politik, peneroka Bandar, pekerja migrant, pekerja ladang telah dijemput untuk memberikan keterangan mereka dihadapan satu panel yang terdiri dari orang kenamaan seperti bekas hakim dan aktivis hak asasi manusia. Pihak polis juga dijemput untuk diberikan peluang untuk memberi pandangan merekla. Namun pihak polis telah bertindak dan menuduh para penganjur forum ini berbau komunis kerana mereka menggunakan perkataan rakyat. Ketua Polis negara ketika itu Rahim Noor juga telah berkata bahawa jika penganjur teruskan program ini, maka mereka boleh ditangkap dibawah ISA. Polis dan KDN terus mengugut sehingga program tersebut dibatalkan dan terdapat juga Persataun yang tarik diri dari menjadi penganjur bersama dan sebagainya.
- Namun 2 tahun selepas insiden ini pada tahun 1998, majoriti rakyat Malaysia terutamanya komuniti Melayu bangkit menentang polis ekoran isu mata hitam DS Anwar Ibrahim. Ini mungkin kali pertama ribuan rakyat turun protes di jalanraya menuntut Ketua Polis negara pada masa itu Tan Sri Rahim Noor dipecat.
- Insiden tersebut telah membongkarkan banyak perkara. Pertama Datuk Sri Anwar Ibrahim telah ditahan dalam satu operasi oleh UTK ala Ninja pada 20 September 1998. Beliau telah dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan dalam lock-up. Mata beliau ditutup dengan kain dan tanganya diikat, Beliau kemudian dibelasah oleh orang yang pada masa itu beliau tidak ketahui tetapi mensyaki Ketua Polis Negara sendiri menerusi suara.
- Anwar kemudian ditahan dibawah ISA. Beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa termasuk peguam. Namun Ketua polis Negara dan PM mengatakan Aawar selamat tetapi hanya kemudian baru diketahui bahawa penahanan isa adalah untuk membolehkan mata hitamnya pulih.
- Polis menyiasat aduan mata hitam Anwar ini yang menjadi isu hangat di dalam dan di peringkat Anrtarabangsa. Seorang Bekas Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba dibelasah dalam lock-up. Jika ini boleh berlaku kepada bekas Timbalan PM bagaimana pula dengan rakyat biasa. Rakyat tidak dapat menerima lojik ini dan cukup marah.
- Insiden ini berlaku dalam lock-up, Anwar diikat dan dibelasah. Masa insiden berlaku adalah sebelah malam. Mengikut prosedur lock-up, selepas 6 petang, seorang tidak boleh lagi disoal siasat.
- Polis mengambil berbulan-bulan untuk menyiasat kes ini dan akhirnya pihak Pendakwaraya Peguam negara mengatakan bahawa tidak ada bukti cukup untuk menuduh mana-mana pihak. Perdana Menteri pada masa itu Dr. Mahathir pula berkata Anwar mungkin pukul diri dia sendiri.
- Seluruh masyarakat civil dan anatarabangsa tidak dapat percaya bahawa polis masih tidak dapat menyelesaikan satu masalah yang berlaku dalam ibupejabat mereka. Akhirnya atas desakan dan protes orang ramai, Perdana Menteri terpaksa memanggil untuk satu Suruhanjaya diraja menyiasat inisden ini dan dalam inquiry tersebut, akhirnya Rahim Nor mengaku beliaulah orang yang belasah Anwar Ibrahim.
- Beberapa persoalan timbul disini
- Dapatkan polis menyiasat diri sendiri ? Setelah berbulan-bulan polis siasat, mereka masih tidak dapat mencari siapakah penjenayah yang pukul Anwar.
- Jika satu salahguna kuasa dilakukan oleh pegawai bawahan, kita boleh berkata tindakan itu adalah isolated tetapi dalam insiden ini, Ketua Polis Negara sendiri terlibat. Beliau memecahkan hampir semua undang-undang yang ada, mencabul hak orang tahanan, mendera dan mencederakan mangsa dalam tahanan. Jika seorang IGP boleh berlakuan begini, apakah ini menunjukkan mengenai polis itu sendiri secara keseluruhan.
- Tetapi respon polis adalah mereka telah menukar kepada moto baru MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.
- Setelah 192 tahun instusi polis moden diperkenalkan, barulah polis telah berhujah mengenai KHIDMAT MESRA (Friendly Policing).
- Selaras dengan itu semua pegawai dan anggota polis kena memakai lencana baru MESRA untuk menunjukkan komitmen mereka. Poster dan pelekat and car sticker juga dibuat untuk memperingatkan polis mengenai tugasan mereka.
- Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.
- Pada sekitar tahun 2002, insiden kematian dalam tahanan polis dan tembak mati yang dilakukan oleh polis semakin mendapat liputan. Police watch mendakwa satu kematian setiap dua minggu dalam lock-up polis. Pada tahun 2003 sahaja, 23 mati dalam tahanan polis. Ini adalah satu rekod pada masa itu.
- SUHAKAM sendiri sejak penubuhan pada tahun 2000, telah menjalankan 5 inquiry awam mengenai salahguna kuasa polis dan banyak daripada hasil siasatan mendapati polis bersalah.
- Kempen dari orang ramai, protes dan lain-lain. Liputan media yang meluas telah menyebabkan, Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk suruhanjaya Diraja untuk menambahbaik pasukan polis.
- Suruhanjaya ini dibuat untuk memodenkan pasukan polis, menambahbaik perkhidmatan polis dan keberkesananya, membasmi rasuah dan salahguna kuasa polis dan mengembalikan keyakinan keyakinan orang ramai terhadap polis.
- Suruhanjaya ini akhirnya telah memberikan 125 cadangan termasuk satu cadangan untuk pembentukan satu Suruhanjaya bebas menyiasat salahlaku polis – IPCMC.
- Laporan ini juga cukup comprehensive dan memberikan banyak cadangan yang jika diimplementasi sudah pasti akan mereformasi Institusi polis. Laporan ini juga berkata bahawa Rasuah mesti ditangani dan rasuah berlaku disemua peringkat polis dan amat memudaratkan dan serius.
- Pool yang dibuat oleh media tempatan terus menyokong pandangan ini dan meminta IPCMC ditubuhkan.
- Respon Polis adalah cukup standard. Mereka telah membuat satu soalselidik dibalai dan kemudian mengumumkan lebih 90% rakyat Malaysia amat puashati denagan khidmat polis.
- Mereka kemudian telah memperkenalkan satu lencara yang tertulis Saya anti rasuah. Polis diberi peluang samada mereka mahu pakai atau tidak. Hampir semua memakainya.
- Maka kita boleh melihat sebahagian besar daripada reformasi yang cuba dibawa oleh polis adalah berbentuk kosmetik sahaja seperti lencana mesra dan lencana anti rasuah.
- Kini slogan baru polis adalah Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul sementara cogan kata Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah.
- Menurut Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar bertarikh 26hb Mac 2008 , " perubahan itu bertujuan antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anggota serta pegawainya agar lebih sensitif terhadap hak rakyat dan pada masa yang sama berlaku adil kepada semua pihak. Slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang."
- Tan Sri juga berkata "persepsi masyarakat juga diharap akan berubah menjadi positif apabila setiap tindakan dan keputusan dapat diperakui dengan menjadikan slogan baru sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan Polis."
- Baru - baru ini, survey The Merdeka Center dikalangan 1,028 mengundi di Semenanjng Malaysia antara Mei 6 sehingga 16.mengenai isu Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis mendapati 58% tidak puas hati dengan polis, 25 puas hati manakala lain tidak memberi reaksi.
- Reaksi polis adalah mengugut dan akan suruh polis untuk tidak bertugas jika rakyat tidak puas hati.
- Di Johor sendiri kita telah melihat kes Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan di Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28, ISA kerana beliau telah membuat aduan berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru.
- Maka inilah Polis. Mereka tidak suka dikritik. Setiap kali ada tentangan terhadap mereka, merka akan membuat beberapa perubahan kosmetik tetapi dari segi isi sebenarnya tidak ada banyak yang berubah.
4. Mengapa IPCMC Itu Penting
- Oleh yang demikian, terbukti kita memerlukan satu badan bebas sepeti IPCMC untuk menyiasat salahlaku kuasa polis . Polis tidak boleh menyiasat diri sendiri seperti kini tuduhan terhadap Kugan dan banyak lagi kes lain yang melibatkan polis.
- Buat masa ini, jika ada sebarang aduan mengenai polis, cara adalah melalui satu daripada tindakan dibawah
i) Aduan kepada Jawatankuasa Tatatertib – isu disiplin
ii) SUHAKAM – tetapi polis tidak mahu beri kerjasama dan inquiry dan akhirnya SUHAKAM terpaksa mendapat kebenaran atau lampu hijau dari Ketua Setiausaha Negara
iii) Meja hak asasi ?
iv) IGP siasat secara peribadi ?
v) Biro Pengaduan awam
vi) Kes Sivil Mahkamah
- Suruhanjaya Diraja untuk menambah baik Pasukan Polis memberi 125 cadangan dan antara cadangan yang paling maju adalah memberikan kerajaan setahun untuk mengimplemtasi IPCMC pada tahun May 2006, setahun selepas dicadangkan tetapi sehingga kini, setelah 5 tahun ia masih belum dilaksanakan.
- Tetapi apabila IPCMC pertama kali diungkitkan, maka polis mengamuk. Mereka tidak setuju dan mereja juga telah mengugut kerajaan untuk tidak impelemtasi. Walaupun antara Pesuruhjaya ini adalah bekas Ketua Polis Negara – Tun Haniff Omor. Namun cadangan IPCMC ini mendapat bantahan keras dari anggota polis.
- Bila undang-undang seperti IPCMC ingin ditubuhkan di Hong Kong , memang reaksi yang sama telah diberikan oleh polis termasuk mogok tetapi di Hong Kong kerajaan disana ada kewibawaan politik dan oleh yang demikian meeka Berjaya membina Insitusi bebas dan antara yang paling disegani diperingkat dunia. Apabila ditanya- mereka berkata kejayaan mereka adalah disebabkan Kerajaan disana mempunyai kewibawaan politik untuk membentuk badan seperti IPCMC.
- Pada June 2009, menjawab satu soalan dari Pesuruhjaya hak asasi manusia bangsa-bangsa bersatu, kerjaaan Malaysia berkata bahawa kerajaan dalam proses membentuk satu badan bebas dan berkecuali tetapi bukan IPCMC.
- Badan baru ini dikatakan ada skop yang lebih besar dari IPCMC dan akan meliputi agensi kerajaan lain dan dalam proses perbincangan di Parlimen.
5. Tetapi Apakah IPCMC Dan Apakah Yang Disajikan Oleh Kerajaan Sekarang
- The Independent Police Complaints Misconduct Commission (IPCMC) telah mengeluarkan cadangan mereka pada tahun 2005 dan telah deraf satu bill yang mempunyai 104-klausa dan memberikan dateline untuk mei 2006 diimplementasi.
- Kemudian dikatakan pihak Peguam Negara sedang mendapat maklumbals dari pelbagai agensi kerajan dan badan-badan lain pada November 2007. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz pula mengatakan bill akan dibentang dalam sidang Parlimen seterusnya.
- Tetapi pada Disember 2007, kerajaan telah cadangkan satu bil lain untuk mengantikan IPCMC iaitu Special Complaints Commission (SCC) Bill. SCC begitu teruk dimana Ketua polis negara dan MACC duduk dalam suruhanjaya baru ini. Apakah ia ini adalah bebas dan berkecuali?
- Kemudian SCC tidak dibentang dan kemudian pada tahun 2009, the Enforcement Agencies Integrity Commission Bill digubal dan diluluskan dalam dua Dewan pada 30 Jun 2009 and 9 July 2009. Bill ini elah digazet pada 3 September 2009.
- Undang-undang baru ini sekali lagi tidak mempynai kuasa seperti IPCMC. EAIC tidak mempunyai kuasa mendakwa , akan folus 21 agensi dan bukan polis sahaja.
- Matlamat asal IPCMC kini telah dicairkan.Tetapi sehingga kinie EAIC masih belum dilaksanakandan akan diletakaan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
- IPCMC memang indepemndet, dan ada kuasa mendakwa yang badan-badan seperti suhakan tidak ada. Maka mungkin itu sebabnya ia tidak dilaksanakan.
6. Hanya Kuasa Rakyat Boleh Merefomasi Polis
- Inilah scenario yang ada. Namun demikian jika dibanding, banyak kemenangan yang diperolehi kebelakangan ini kesemua ini adalah disebabkan desakan, kempen dan protes rakya yang berterusan.
- Antara kemenangan adalah
i) Tempoh Reman dari 14 hari sudah jadi 7 hari untuk kesalahan kecil
ii) 113 telah dimansuhkan
iii) Panggilan telefon untuk peguam dan ahli keluarga
iv) ISA dikatakan akan digubal
Kesimpulan
Polis adalah satu institusi yang menjadi factor mengapa BN dapat berkuasa sekian lama. Namun demikian, dalam zaman multimedia yang cukup canggih ini, adalah amat sukar untuk melakukan penyelewengan dan menyembunyikannya. Dalam suasana ini, memang masa peluang untuk rakyat mereformasi polis namun ia bukan semudah itu.
Namun adalah amat perlu untuk polis didesak mengikut etika kepolisan dan profesyenal menjalankan tugas. Dan perlu ada instutusi untuk mengawal polis dan gerakan rakyat mesti berterusan untuk memastikan polis itu akur kepada kehendak rakyat.
0 comments:
Post a Comment