Perwakilan Pusat PKR Perak menggesa Pakatan Harapan mengambil iktibar:
Jangan benarkan unta tua
masuk ke khemah!
Sumber: malaysiakini.com/news/579723
Artikel ini adalah teks berita Bahasa Cina oleh Malaysiakini pada 20 Jun yang melaporkan ucapan wakil pusat PKR mengenai Mahathir dan isu "Khemah Besar" di Kongres Nasional PKR. Tajuk asal berita ini ialah 'Jangan benarkan unta tua masuk ke khemah', perwakilan PKR mengesa Pakatan Harapan supaya belajar dari kesilapan.
Penghujung teks berita ini mengemukakan persoalan sama ada "khemah besar" akan menerima Mahathir atau parti Pejuang yang ditubuhkannya, atau pemimpin Umno yang berdepan tindakan mahkamah, masih menjadi satu misteri.
Bukan sahaja perwakilan Jawatankuasa Pusat PKR dan semua anggota parti dengan penuh perhatian menanti-nantikan jawapan kepada "misteri" ini, anggota pertubuhan dan parti politik seluruh negara yang berusaha mendorong maju pembangunan politik dan reformasi demokratik negara juga menanti-nantikan jawapan "misteri" ini didedahkan.
Rakyat semua bangsa di seluruh negara sedang menunggu jawapan dan pernyataan tegas dari Majlis Presiden Pakatan Harapan!
Oleh kerana berita ini yang dilaporkan dalam Malaysiakini versi Bahasa Melayu tidak merangkumi perenggan terakhir seperti mana yang terdapat dalam versi Bahasa Cina; juga kerana "unta tua" yang disebut oleh Perwakilan Pusat PKR Perak Muhammad Arafat merujuk kepada Mahathir dan "khemah" yang dimaksudkannya adalah "khemah Pakatan Harapan", juga berbeza dengan "khemah besar" yang "menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik dalam usaha memulihkan demokrasi berparlimen" seperti mana yang dimaksudkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, bagi membolehkan pembaca yang tidak erti Bahasa Cina memahami mesej dan harapan yang kami sampaikan melalui siaran dan nota editor ini, kami telah menterjemahkan teks penuh berita Malaysiakini (versi Cina) ke dalam bahasa Melayu (gambar di atas dan subtajuk dalam teks Dimasukkan oleh editor Sahabat Rakyat) dan disiarkan seperti berikut:
Pakatan Harapan digesa supaya tidak mengulangi kesilapan sebelum ini dengan menerima “unta tua” ke dalam “khemah PH” sehingga akhirnya PH kehilangan kuasa di Putrajaya.Perwakilan dari Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad mengingatkan perkara itu di Kongres Nasional Tahunan PKR yang dilakukan secara maya.
“Kita ambil pengalaman ketika PRU14 lepas di mana datangnya unta tua ke dalam khemah PH, minta kebenaran masuk dengan muka kesian.
“PH berikan kebenaran untuk unta tua itu dan akhirnya unta tua itu masuklah khemah PH, PH terkeluarlah daripada khemah yang bernama Putrajaya.
“Maka kita ambil pengalaman ini kerana sudah ditipu, telah tertipu oleh unta tua itu.
"Maka kita jangan tertipu kali kedua saudara sekalian,” katanya.
Perwakilan dari Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad mengingatkan perkara itu dalam perbahasan menyokong ucapan dasar presiden di Kongres Nasional Tahunan PKR yang dilakukan secara maya.
Arafat berkata unta tua merujuk kepada Mahathir
Menjelaskan kepada Malaysiakini kemudian, ketua penerangan PKR Perak itu berkata unta tua yang disebut dalam ucapannya itu merujuk kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum PRU ke-14, Mahathir bertengkar dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Najib Razak. Najib dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah melalui 1MDB. Mahathir kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu dan berdamai dengan musuh lamanya, Anwar Ibrahim yang juga merupakan pemimpin de facto PKR ketik itu.
Menjelang PRU lepas, Mahathir dan Bersatu diterima ke Pakatan Harapan dan pada masa yang sama dia membuat perjanjian dengan Anwar bahawa sekiranya PH membentuk kerajaan persekutuan dan Mahathir menjadi perdana menteri, Anwar akan dibebaskan dan tempat Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar.
Namun, setelah Mahathir kembali menjadi perdana menteri pada tahun 2018, dia menangguhkan penyerahan kuasa kepada Anwar dan menjadikan hubungan dalaman Pakatan Harapan semakin tegang sehingga berlakunya rampasan kuasa Sheraton pada akhir bulan Febuari 2020, Parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekaligus menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan kuasa persekutuan.
Sama ada khemah besar menerima Mahathir kekal sebagai misteri
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan pada bulan April tahun ini bahawa PH akan mengambil pendekatan 'khemah besar' untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik dalam usaha memulihkan demokrasi berparlimen. Namun, sama ada "khemah besar" akan menerima Mahathir atau parti Pejuang yang ditubuhkannya, atau pemimpin Umno yang berdepan tindakan mahkamah, masih menjadi satu misteri.
0 comments:
Post a Comment