Monday 9 September 2013

Forum "Pertubuhan masyarakat•Perjuangan berparlimen•Demokrasi dan hak asasi manusia" ——Ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee (kemaskini masa dan tempat, 14-9-2013)

Forum "Pertubuhan masyarakat
• Perjuangan berparlimen
• Demokrasi dan hak asasi manusia"

——Ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee
(kemaskini masa dan tempat pada 14-9-2013)


Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat semua kaum semua lapisan hidup dibawah pemerintahan hegemoni bersifat perkauman Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh UMNO. Hak asasi dan demokrasi yang sepatutnya dinikmati rakyat kian hari kian pupus akibat pencabulan tiada batasan oleh klik pemerintah. Selepas setengah abad menderita, ribut perubahan kali pertama yang dibawa oleh rakyat pelbagai bangsa seluruh negara akhirnya melanda pada 8hb Mac 2008.

Keputusan 308 (Pilihanraya Umum Ke-12) menyaksikan separuh daripada jumlah pengundi telah menolak pemerintahan klik pemerintah UMNO-BN. Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada 3 parti pembangkang utama iaitu DAP, PKR, dan PAS telah memenangi kuasa pemerintahan di lima negeri (Walau bagaimanapun Perak dirampas balik oleh BN selepas 3 orang ADUN PR membelot) manakala UMNO-BN terus menguasai kerajaan pusat. Klik pemerintah BN (pusat) yang diketuai oleh Najib menopengkan program transformasi politik, ekonomi dan sosial, terus melaksanakan pemerintahan institusionalisasi fahaman perkauman, yang menindas dan mengeksploitasi pekerja negara kita dengan kejam. Dalam lima tahun yang lepas, majoriti rakyat masih menghadapi pelbagai keadaan kritikal, seperti pemerintahan kuku besi bersifat perkauman, penyalahgunaan kuasa dan korupsi, harga barangan semakin meningkat, kehidupan semakin susah dan keterpinggiran budaya, pendidikan dan agama kaum minoriti. Rakyat jelata telah sedar bahawa klik pemerintah melaksanakan penindasan dan pengeksploitasian terhadap rakyat menerusi jentera kerajaan, dan terus-menerus mengawal dan menguasai jentera kerajaan melalui pilihanraya yang kotor.

Atas desakan dan gesaan rakyat jelata yang membara, Bersih 2.0, satu gabungan yang terdiri daripada lebih 60 pertubuhan masyarakat (NGO) untuk menuntut reformasi sistem pilihanraya kepada pilihanraya yang bersih dan adil, telah menganjurkan dan memimpin satu lagi perhimpunan besar “Duduk Bantah 428”, susulan daripada “Perarakan tunjuk perasaan 709” yang amat menyemarakkan semangat dan memberangsangkan. Lebih-lebih lagi, himpunan “duduk bantah 428” merupakan hasil kerjasama dan aksi bersama Bersih 2.0 dan Himpunan Hijau. Aksi ini telah menjadi satu babak penting dan model dalam sejarah perjuangan rakyat negara kita. Kedua-dua perjuangan massa yang bermakna dan berpengaruh ini telah memberi kesedaran kepada rakyat semua bangsa semua lapisan tentang peranan penting kekuatan massa dalam perjuangan hak asasi dan demokrasi rakyat, dan juga posisi penting pertubuhan masyarakat (NGO) dalam pergerakan reformasi sosial.

Barang kali diberangsang oleh kejayaan dua perhimpunan tersebut diatas, sebelum PRU 13, banyak pertubuhan masyarakat (NGO) pelbagai bidang seperti pertubuhan perlindungan alam sekitar, pertubuhan hak asasi manusia, pertubuhan hak wanita, pertubuhan budaya dan pendidikan, pertubuhan orang asli, pertubuhan agama dan kepercayaan, pertubuhan orang kurang upaya, dan pertubuhan rakyat tertindas sudah pun mula bergiat aktif menganjurkan pelbagai aktiviti dan kempen pilihanraya seperti: mengemukakan tuntutan pilihanraya, menganjurkan program latihan PACA, mengadakan program kesedaran pengundi, menyerukan pengundi keluar untuk mengundi, dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen yang diadakan telah mendapat sambutan yang baik dari rakyat pelbagai bangsa, lapisan dan parti politik. Ramai pemimpin-peminpin pertubuhan masyarakat (NGO) juga melibatkan diri secara aktif dalam tempoh berkempen PRU-13, dengan menjadi sukarelawan ataupun berkempen untuk calon.

Antara pemimpin-pemimpin pertubuhan masyarakat (NGO) yang bergiat aktif dalam pilihanraya, pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack merupakan pemimpin yang tertonjol. Sebagai wakil daripada pertubuhan masyarakat (NGO), Wong Tack yang bertanding di kawasan parlimen Bentong atas tiket DAP bertekad untuk membawa isu anti-Lynas dan suara rakyat membantah ancaman alam sekitar ke dalam parlimen. Tindakannya pada mulanya memang dikritik dan niatnya dicurigai oleh sesetengah pimimpin pertubuhan masyarakat (NGO) dan individu-individu demokratik. Malah ada yang mendesak beliau untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Himpunan Hijau. Walau bagaimanapun, dengan sokongan parti dan individu demokratik, beliau tetap meneruskan perjuangan dengan sebab dan pendirian tersendiri, akhirnya beliau berjaya memenangi kefahaman dan mendapat sokongan daripada rakyat jelata dan pemimpin-pemimpin pertubuhan masyarakat (NGO).

Sebaliknya, rakyat paling meluat dengan Waythamoorty, Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf Makkal Sakthi). Demi jawatan dalam kabinet dan kepentingan peribadi, Waythamoorty sanggup mengemis kepada Najib dan orang besar UMNO dengan mengkhianati pendirian HINDRAF yang mewakili kepentingan masyarakat India miskin yang terpinggir, menggadaikan maruah diri dan bermusuhan dengan rakyat semua bangsa seluruh negara pada saat-saat akhir sebelum PRU 13. Kesudahan yang menanti Waythamoorty sudah pasti adalah kritikan tidak kenal ampun daripada rakyat semua bangsa dan semua pertubuhan-pertubuhan masyarakat disamping meninggalkan catatan memalukan dalam sejarah gerakan demokratik dan hak asasi manusia.

Para pengundi Malaysia telah mencipta rekod peratusan mengundi yang tertinggi dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013. Malangnya keputusan PRU kali ini tetap menyaksikan walaupun lebih dari separuh pengundi telah menolak kem Barisan Nasional, tetapi hasrat rakyat untuk “Buangkan BN ke dalam tong sampah sejarah” masih tidak dapat direalisasikan. Oleh sebab itu, perasaan rakyat jelata yang tidak puas hati dan tidak dapat menerima keputusan PRU 13 yang disifatkan sebagai PRU ‘paling kotor’ adalah boleh difahami.

Selepas pilihan raya, sesetengah pihak daripada parti politik, kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang tidak sabar hendak menukar kerajaan pada 505 berpendapat bahawa kesedaran politik orang ramai di negara kita telah mencapai tahap di mana mereka telah bersedia memaksa klik pemerintah untuk mengadakan pemilihan semula melalui aksi demonstrasi jalanan. Namun begitu, fenomena penurunan ketara bilangan peserta "himpunan hitam 505" dan kawalan klik pemerintah yang semakin ketat ke atas jentera kerajaan telah menunjukkan aspirasi dan harapan terdesak untuk menafikan keputusan pilihan raya dan menuntut pilihan raya semula melalui demonstrasi jalanan nampaknya akan menemui jalan buntu.

Kami pernah mengadakan forum "NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata" sempena ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Sahabat SUARAM Johor (sekarang dikenali sebagai Sahabat Rakyat Working Committee) pada tahun 2011 untuk membincangkan peranan dan kedudukan pertubuhan masyarakat (NGO) di Malaysia dalam keadaan semasa dan pada masa depan. Pada tahun 2013, kami mengemukakan strategi dan taktik "memecahkan hegemoni UMNO, membentuk satu barisan persatuan demokratik" menjelang PRU 13.

Kami berpendapat bahawa, barisan persatuan demokratik bukan sahaja terdiri daripada tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat yang sedang menentang BN [iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP)], tetapi juga mesti menyatukan semua parti-parti politik lain yang menentang UMNO-BN, termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Hak Asasi Manusia (HRP), dan juga pertubuhan-pertubuhan masyarakat (NGO) dan individu pelbagai bangsa, lapisan masyarakat dan bidang.

Kami juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan bersama-sama menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO! Kita mengalu-alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, kelas, parti dan agama, yang menentang amalan korupsi dan hegemoni perkauman UMNO-BN untuk menyertai barisan persatuan demokratik ini, supaya perjuangan untuk hak demokratik dan hak asasi manusia akan maju ke hadapan.

Sempena ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee, kita memutuskan untuk menganjurkan satu lagi forum yang bertema "Pertubuhan masyarakat • Perjuangan berparlimen • Demokrasi dan hak asasi manusia" untuk meneroka peranan pertubuhan masyarakat (NGO) dalam mendampingi aspirasi rakyat, dan untuk memahami perjuangan di dalam mahu pun di luar parlimen, dalam usaha memajukan gerakan demokratik dan hak asasi manusia di negara kita. Satu jamuan makan akan diadakan sebaik selepas forum.

Kami akan menjemput beberapa pemimpin pertubuhan masyarakat (NGO) yang terkemuka dan intelektual politik, untuk menyampaikan ucapan, menyediakan kertas pembentangan dan menjawab soalan para hadirin dalam forum ini. Kami berharap forum ini akan merangsangkan lebih ramai pemimpin parti-parti demokratik, kumpulan intelektual dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk bergabung tenaga dalam usaha untuk memajukan gerakan demokratik dan hak asasi manusia di negara kita.

Forum dan jamuan makan ini akan diadakan di Restoran Cathay Kulai, Johor, pada 20 Oktober 2013, 2:30pm hingga 6:30pm, sebagai program utama majlis ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee. Kami mengalu-alukan semua pihak dari parti-parti, kumpulan-kumpulan dan individu-individu demokratik untuk bersama kami dalam majlis yang bermakna ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Cheng di 016-7782707.

Sahabat Rakyat Working Committee
9 September 2013


Anda juga boleh membaca kenyataan ini dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Pautan lain:Kenyataan ke-2: Forum sempena Ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee: Wong Tack, Hew Kuan Yau, Low Sik Thong dan lain-lain Dijemput Berucap

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE