Thursday 11 April 2019

61 Pertubuhan Masyarakat mengeluarkan kenyataan bersama: Selamatkan Malaysia dan Hentikan Lynas dari Mencemarkan Alam Sekitar Kita [Kemaskini Nota Editor pada 15 Apr]

61 Pertubuhan Masyarakat mengeluarkan kenyataan bersama:
Selamatkan Malaysia dan Hentikan Lynas dari Mencemarkan Alam Sekitar Kita

10hb April 2019



[Nota Editor] Kami tidak bersetuju dengan pendirian terhadap Mahathir dalam kenyataan ini. Kami mencadangkan untuk menggugurkan ayat "Tun, kami menyokong kepimpinan anda kerana kami percaya bahawa anda akan bertindak dalam kepentingan Malaysia dan anda akan meneguhkan kata-kata anda untuk membetulkan kesilapan yang lalu" daripada kenyataan ini. 

Walaupun permintaan kami tidak diterima, demi bergabung tenaga dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain yang membantah kilang Lynas yang beroperasi tanpa mematuhi peraturan dan menjahanamkan rakyat, kami menyokong kenyataan ini atas prinsip "mencari persamaan sambil menyimpan perbezaan." Pendirian kami terhadap Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diterajuinya jelas dinyatakan dalam kenyataan kami bertajuk "Bersatu padu, Mempertahankan Reformasi Demokratik Tulen! Buangkan Khayalan, Menghalang Pemulihan Mahathirisme! ——Pandangan terhadap situasi politik Malaysia selepas PRU 14. " Kami menegaskan bahawa: Tidak kira apa pun, posisi kami dalam perkara ini tidak akan berubah!

Teks lengkap kenyataan tersebut adalah seperti berikut:-

Kami, NGO-NGO yang dibawah bersama dengan individu-individu yang mengambil berat, memanggil atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet beliau, terutamanya Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin untuk:

  • MENGGANTUNG lesen operasi Lynas bagi MEMBERHENTIKAN Lynas dari mencemarkan alam sekitar kita yang berharga
  • TOLAK permohonan Lynas untuk menukarkan tapak penyimpanan sisa mereka sekarang kepada premis yang ditetapkan untuk sisa berjadual mereka
  • MEMASTIKAN bahawa Lynas dan/atau pemilik barunya mengambil langkah-langkah aktif untuk mengeluarkan sisa toksik mereka dari Malaysia sebelum tarikh tamat pada bulan September dan membersihkan sepenuhnya air bawah tanah dan tanah yang telah tercemar
  • TIDAK LANGSUNG MEMBENARKAN apa apa sisa toksik dari milik Lynas untuk terus kekal di Malaysia yang akan berisiko mencemarkan persekitaran kita
  • MEMASTIKAN sejumlah US$50 juta deposit yang dijanjikan oleh Lynas dibayar dengan penuh secara tunai, dan bukan dalam bentuk saham Lynas
  • MEMASTIKAN Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (DoE) bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka melaksanakan peranan dan tugas mandat mereka dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi demi kepentingan Malaysia dan Rakyat

Pelaburan Mampan Berasaskan Tadbir Urus yang Baik dan Pentadbiran Yang Berkesan

Kami mengiktiraf dan mengakui bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing. Oleh itu, adalah lebih penting lagi bahawa kami membentangkan negara tercinta kami sebagai tempat yang kondusif untuk syarikat-syarikat yang bertanggungjawab bagi mereka untuk menjalankan perniagaan dan beroperasi, berdasarkan tadbir urus yang baik, tahap profesionalisme yang tinggi dalam urusan dan integriti dalam cara kita menjalankan perniagaan. Malaysia akan menjadi destinasi pelaburan yang menarik jika Kerajaan kita menegakkan undang-undang dan memulihkan ketetapan untuk mewujudkan lapangan bermain yang adil dan setara untuk semua. Kerajaan PH mempunyai kuasa untuk membuat ini berlaku.

Keputusan MESTECC menghendaki Lynas untuk membuang sisa toksiknya adalah sematamata untuk memegang Lynas bertanggungjawab terhadap daya usaha mereka sendiri yang dibuat pada tahun 2012 kepada Kerajaan BN ketika itu. Dengan terus bertolak ansur dengan bergunung-gunung sisa Lynas, kita menghantar isyarat yang salah bahawa Malaysia adalah negara dunia ketiga yang terdesak untuk perdagangan toksik dan industri yang mencemarkan. Dengan berbuat demikian, Malaysia pada dasarnya telah melemahkan dan merugikan banyak perniagaan lain yang bertanggungjawab yang telah bangga dengan mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar kita melalui tindakan tulen untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan masyarakat kita.

Sebagai kumpulan dan individu masyarakat sivil. kami juga telah sangat sabar dan bertoleransi, memberikan manfaat keraguan kepada Kerajaan PH yang telah kami melantik untuk berkuasa pada Mei lalu. Kami amat yakin bahawa Menteri-Menteri dan Ahli Parlimen PH akan mengatasi secara konsisten masalah-masalah sisa toksik Lynas untuk melindungi Malaysia dan Rakyat dari bahaya radioaktif dan toksinya.

Pembangunan Lestari adalah Janji PH kepada Rakyat

Ramai antara kami yang telah menyumbang dan berkempen untuk melantik PH. Kami ingin mengingatkan semua Menteri dan Ahli Parlimen tentang Manifesto Pakatan Harapan, yang telah ditandatangani oleh Parti masing-masing sebelum GE14. Janji nombor 39 di dalam Manifesto menyatakan bahawa "Mengimbangi Pembangunan bersama dengan Perlindungan Alam Sekitar". Oleh itu, keputusan pembangunan dari Kabinet PH mesti membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan persekitaran kita.

Lynas adalah piala beracun dari era Najib dan ulangan sisa toksik yang hanya dapat dicapai kerana mendapat nilai pinjaman besar dari Jepun. Malaysia tidak harus menjadi sasaran mudah bagi Jepun untuk melancarkan perang teknologi geopolitik dengan China. Lynas tiada tempat di dalam Malaysia, lebih-lebih lagi jika PH komited untuk meneruskan masa depan pembangunan yang mampan. Pembangunan mampan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PH hanya mungkin jika Kerajaan menegakkan undang-undang kita sendiri untuk memulihkan ketenteraman.

Tun, kami menyokong kepimpinan anda kerana kami percaya bahawa anda akan bertindak dalam kepentingan Malaysia dan anda akan meneguhkan kata-kata anda untuk membetulkan kesilapan yang lalu. Lynas merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh rejim Najib. Kami kini bergantung pada kamu yang dipilih untuk berkuasa, untuk membetulkan salah ini untuk membuka jalan bagi Malaysia untuk meneruskan laluan pembangunan mampan yang bersih dan selamat.

Daripada :

1. Save Malaysia Stop Lynas
2. Greenpeace Malaysia
3. Himpunan Hijau
4. PEKA Malaysia
5. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
6. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
7. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
8. Consumers Association of Penang (CAP)
9. North South Initiative
10. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
11. SMSL Segamat
12. Stop Lynas Coalition
13. Gelombang Hijau
14. Aliran Kesedaran Negara
15. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
16. Malaysian Physicians for Social Responsibility
17. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
18. BaramKini
19. Mama BERSIH
20. OHMSI
21. Citizens' Health Initiative
22. Persatuan Penggerak Hijau
23. Ban Cyanide Action Committee
24. Himpunan Hijau Johor
25. Persatuan Penunggang Basikal Jelajah Bumi Hijau
26. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
27. Johor Yellow Flame (JYF)
28. ENGAGE
29. Perak Green Pioneer
30. Women Development Organisation of Malaysia
31. The KL & Selangor Chinese Assembly Hall Women Section
32. Green Earth Society
33. KRYSS
34. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
35. Beyond Borders
36. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
37. Sabah Environmental Protection Association (SEPA)
38. Malaysian Nature Society Pahang
39. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
40. Pusat KOMAS
41. To Earth With Love
40. Pusat KOMAS
41. To Earth With Love
42. Tanah Dahai
43. Centre for Independent Journalism Malaysia
44. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
45. Sustainable Development Network Malaysia (SUSDEN Malaysia)
46. Foreign Spouses Support Group
47. Treat Every Environment Special ( TrEES)
48. Sahabat Rakyat 人民之友 ம"க$ேதாழ)கள
49. Health Equity Initiatives
50. Justice for Sisters
51. Jaringan Orang Asal SeMalaysia
52. Tenaganita
53. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS)
54. Monsoons Malaysia
55. Friends of Kota Damansara
56. MyPJ
57. HAKAM
58.The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
59. Student Unity Front
60. Bersih Gold Coast
61. Bersih Timor Leste

Rasional Tuntutan Kami

Lynas Tidak Beretika dan Tidak Saintifik

Lynas ialah sebuah syarikat perlombongan muda seratus peratus milik rakyat Australia yang mementingkan keuntungan terlebih dahulu sebelum etika, kesihatan awam dan persekitaran. Walaupun mempunyai pengetahuan umum yang lama bahawa pemprosesan nadir bumi menghasilkan sejumlah besar sisa toksik yang tercemar dengan radionuklida dan pelbagai unsur-unsur toksik dan bahan kimia yang lain, Lynas menafikan fakta saintifik mengenai bahaya sisa dan efluen mereka, dan dengan itu mencemarkan persekitaran kita .

Sebenarnya, deposit nadir bumi Lynas di Mt Weld mempunyai kandungan torium kedua tertinggi di dunia berbanding dengan deposit lain yang diketahui. Namun, Lynas mendakwa bahawa torium radioaktif dan uranium di dalam sisa itu adalah bahan radioaktif yang wujud secara semula jadi (NORM); dan oleh itu tidak berbahaya.

Sisa Lynas adalah Radioactik

Bijih Lynas telah dilombong, ditanam dan diproses secara kimia -i.e, dipertingkatkan secara teknikal (TE). Oleh itu radionuklida dan unsur-unsur toksik telah didedahkan daripada perisai semulajadi mereka. Secara saintifik, NORM/TENORM adalah sumber bahaya radiasi pengionan yang menimbulkan risiko kanser kumulatif jangka panjang jika seseorang terdedah kepadanya secara berpanjangan.

Kajian 2014 oleh UKM mendapati bahawa kepekatan radioaktif torium dalam aliran pembersihan air Lynas (WLP) mendapati bahawa ia mengandungi 8Bq/g - lapan kali lebih tinggi daripada had pengecualian peraturan 1Bq/g. Jawatankuasa Semakan Eksekutif mendedahkan bahawa setiap longgokan plastik yang diliputi sisa WLP mempunyai anggaran pendedahan efektif 14.1mSv/tahun, empat belas kali lebih tinggi daripada had pendedahan antarabangsa yang ditetapkan untuk orang awam iaitu 1mSv/tahun! Kerajaan Australia Barat mengesahkan bahawa sisa WLP adalah radioaktif.

Sisa Lynas Telah Mencemarkan Air Bawah Tanah

Pencemaran air bawah tanah terbukti oleh data yang diperoleh dari stesen pemantauan Lynas sendiri sejak tahun 2015. Kehadiran logam berat toksik termasuk nikel, kromium dan plumbum dalam sisa WLP telah dikenalpasti oleh perunding Lynas sendiri, Environ, dalam Analisis Laporan Kes Keselamatan 2011. Namun Lynas menafikan bahawa ia bertanggungjawab terhadap pencemaran itu.

Hentikan Pencemaran Lynas dan Pencemaran Air Tanah Sekarang

Kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentu akan menutup loji tersebut, meletakkan denda berat, dan mengarahkan syarikat itu untuk mengeluarkan sisa yang mereka hasilkan, dan membersihkan pencemaran semana jauh ia telah merebak dipersekitarannya. Bahaya Lynas ialah bahan radioaktif toksik yang mengandungi logam berat, arsenik, dan bahan kimia seperti thorium dan uranium yang dijumpai didalam sisa WLP mereka yang boleh menyebabkan kanser. Bahan-bahan ini amat perlu diasingkan dari persekitaran.

Kami amat mengalu-alukan pengumuman Tun Mahathir untuk mengenakan syarat baru yang memerlukan Lynas hanya membawa masuk bahan mentah semi-diproses bebas radioaktif untuk penapisan oleh kilang mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, kami sangat bimbang bahawa setengah juta tan sisa toksik dan hampir 1.2 juta tan buangan terjadual yang telah dihasilkan Lynas sehingga kini telah mencemarkan alam sekitar kita. Ini mesti DIHENTIKAN dengan segera. Setakat ini, tiada usaha yang diambil oleh Lynas atau pengawal selia kita sendiri untuk menghentikan bahan radioaktif dan toksik daripada memasuki persekitaran kita. Lynas dibenarkan untuk terus beroperasi untuk menjana lebih banyak sisa berbahaya ini.

Pengawal Selia Kita Telah GAGAL Dalam Menjalankan Tugas Mereka

Pengawal-pengawal selia kita, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (DoE) berdua telah sama-sama gagal bertindak dalam peranan mereka yang diberi mandat untuk memerhatikan pencemaran secara tekun dan menguatkuasakan undang-undang. Tiada syarikat lain di dalam dunia yang dibenarkan untuk menyimpan lebih dari 450,000 tan sisa toksik dalam keadaan terbuka cuma dibungkus dengan helaian plastik!

Tiada perniagaan lain di Malaysia dibenarkan untuk mengumpul hampir 1.2 juta tan sisa berjadual di tapak apabila peraturan telah menghadkan peyimpanan di tapak kepada tidak lebih dari 20 tan sehingga 180 hari! Tiada pengawal selia baik yang akan berdiam diri dan tidak mengesahkan sumber atau sebab mengapa air bawah tanah telah dicemari dengan logam berat yang toksik apabila data dari tahun 2015 hingga 2016 telah menunjukkan masalah ini. 50 keluarga di kawasan tempatan bergantung kepada air bawah tanah itu untuk penggunaan harian. Ini merupakan kelalaian kasar di bahagian perkhidmatan awam kita.

Sebaliknya, ‘pengawal selia’ yang dibiayai awam ini telah memburukkan lagi keadaan dengan terus menerus menyanyikan puji-pujian untuk melindungi Lynas, syarikat asing yang tengah menikmati kebebasan mereka dari membayar cukai selama 12 tahun, walaupun fakta dan data saintifik telah menunjukkan bahawa tapak perlupusan sisa Lynas bermasalah. Membenarkan Lynas menyimpan bahan buangan toksik di kawasan empangan yang terletak di dalam kawasan banjir dan mudah terbakar bakau gambut berpori rendah dengan jadual air bawah tanah kurang daripada 1 meter dari permukaan telah menjadikan ejekan atas standard alam sekitar Malaysia. ‘Pengawal selia’ tersebut telah gagal untuk mengesahkan secara kritikal tuntutan yang salah dan palsu Lynas yang menyatakan mereka tidak menyebabkan bahaya dan mengamalkan amalan terbaik antarabangsa; memetik penemuan dan cadangan IAEA luar daripada konteks, justeru meletakkan persekitaran dan penduduk setempat didalam risiko.

Lynas ialah Liabiliti untuk Malaysia

Akhirnya, rakyat Malaysia yang akan membayar kegagalan Kerajaan untuk menghentikan ulangan toksik ini. Legasi toksik Lynas akan lebih lagi mahal dari legasi ‘Bukit Merah Asian Rare Earth’ kerana jumlah sisa toksik yang dihasilkan Lynas sekarang telah mencapai 40 kali ganda dari ARE. Malaysia akan perlu mengambil beban kos pembersihan tapak toksik legasi Lynas yang tinggi. Kesihatan masyarakat setempat yang akan merosot, memerlukan penjagaan perubatan yang mahal apabila mereka mula menderita penyakit yang diketahui berkaitan dengan jenis bahaya yang telah dihasilkan oleh Lynas. Malangnya, ia akan terlambat untuk mencegah tragedi ini pada masa itu kerana ia biasanya mengambil masa bertahun-tahun bio-akumulasi untuk berkembang menjadi keadaan kesihatan kronik yang boleh dikesan dan dilihat untuk manusia dan alam sekitar.

Sisa Toksik Lynas Harus Dikeluarkan dari Malaysia

Jumlah torium, uranium, logam berat, unsur toksik dan bahan kimia di dalam sisa yang dihasilkan oleh Lynas menimbulkan bahaya besar kepada Malaysia. Pemindahan kesemua bahan itu dari Malaysia adalah kritikal bagi mengelakkan bencana kesihatan dan alam sekitar yang mahal.

Negara yang padat penduduknya seperti Malaysia tidak mampu mengorbankan beratus-ratus hektar tanah berharga dan/atau hutan murni untuk sisa toksik Lynas. Bencana tropika yang sering dialami oleh Malaysia, yang sering membawa kepada banjir, hakisan dan tanah runtuh secara teknikalnya mencabar dan berisiko untuk penyimpanan sisa radioaktif kerana mustahil untuk mengelakkan larut dari memasuki dan mencemarkan alam sekitar, seperti yang dibuktikan oleh pengalaman Lynas sendiri.

Dana Deposit De-Pentauliahan Lynas

Jumlah kecil US $50 juta yang telah dikomited oleh Lynas kepada dana de-komisyen tidak akan mencukupi untuk membersihkan keadaan kucar-kacir yang ditimbulkan oleh Lynas sendiri. Bukit Merah ARE hanya sebanyak 40 kali lebih kecil daripada yang dihasilkan oleh Lynas sekarang. Mitsubishi membelanjakan AS100 juta untuk menanam sisa dari kilang itu dalam satu kilometer persegi hutan asli di cerun bukit. Percubaan Lynas untuk membuat kemudahan penyimpanan sementara sebagai tapak pembuangan kekal di paya gambut adalah sangat tidak bertanggungjawab memandangkan masalah pencemaran yang serius yang telah berlaku.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE