Tuesday 5 July 2011

Kenyataan Lanjutan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor 5hb Julai 2011 (Hari Selasa): Mengenai Himpunan Besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’ 709 di Kuala Lumpur


Kenyataan Lanjutan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor 5hb Julai 2011 (Hari Selasa):

Mengenai Himpunan Besar-besaran dan
‘Perarakan Demokrasi’ 709 di Kuala Lumpur

Selepas mengeluarkan kenyataan bertajuk ”Mengenai Himpunan Besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’ 709 di Kuala Lumpur” yang pertama pada Jun 22, Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor (FOS Johor) mengeluarkan 4 kenyataan lanjutan seperti di bawah. Kenyataan ini menumpu pada keadaan semasa di mana BERSIH 2.0 diisytiharkan sebagai ”Pertubuhan Haram” oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di mana perhimpunan besar-besaran dan ’Perarakan Demokrasi’ 709 begitu dekat sekali, di mana golongan pemerintah UMNO BN giat menunjuk-nunjuk taring dengan jentera pemerintahan dalam menakut-nakutkan BERSIH 2.0 dan barisan pimpinannya, dan di mana Kementerian dalam Negeri juga memfokuskan tindakan penumpasan terhadap BERSIH 2.0 dan barisan pimpinannya:

1.Himpunan Besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’ 709 di Kuala Lumpur Mewakili Harapan bersama Rakyat Berbilang Kaum

Menjelang pilihanraya umum ke-13, perhimpunan besar-besaran dan ‘perarakan demokrasi’ 709 merupakan gerakan kesinambungan daripada perhimpunan besar-besaran pada 10hb November 2007 yang menyaksikan 40 ribu orang turun ke jalan raya di Kuala Lumpur untuk melaungkan seruan menuntut refomasi pilihanraya. Sekali lagi BERSIH 2.0 menfokus pada kegagalan kerajaan Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO memenuhi aspirasi rakyat


berbilang kaum dalam menuntut reformasi pilihanraya. Dengan mengemukakan tuntutan dan mengatur tindakan yang adil, munasabah, dan sah dari segi undang-undang, BERSIH 2.0 akan mengemukakan 8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya kepada Yang Dipertuan Agung Negara kali ini.



Berdasarkan pengalaman pahit sejak kemerdekaan negara pada 54 tahun yang lepas, rakyat berbilang kaum telah sedar sepenuhnya terhadap ciri sebenar golongan hegemoni UMNO yang anti-rakyat. Pada masa yang sama, rakyat juga sudah jelas bahawa golongan pimpinan dalam parti-parti komponen BN yang lain (terutamanya Malaysian Chinese Association - MCA, Parti Gerakan Rakyat Malaysia - Gerakan, Sarawak United Peoples' Party - SUPP dan Malaysian Indian Congress - MIC) sanggup bersuhabat dengan pemerintahan hegemoni UMNO. Dalam keadaan ini, dibawah sistem berperlembagaan kini, rakyat berbilang kaum secara naluri menaruh harapan reformasi masyarakat dan pembaikan kehidupan ke atas parti pembangkang di parlimen dan segolongan pemimpin yang pro-rakyat. Berdasarkan pengajaran pengalaman yang berpanjangan, juga menjadi naluri bagi rakyat berbilang kaum mangharapkan sistem pilihanraya di negara ini adalah bersih dan adil agar dapat melantik wakil rakyat yang berani menyuarakan keinginan rakyat, sehingga menghasilkan kerajaan di peringkat negeri dan pusat yang dapat mempertahankan kepentingan rakyat.



Kesimpulannya, kegiatan perhimpunan besar-besaran dan ‘perarakan demokrasi’ 709 yang digerakkan dan dipimpin oleh kepimpinan BERSIH 2.0, merupakan tindakan yang adil menuntut reformasi sistem pilihanraya. Tindakan ini dikemukakan oleh NGO-NGO yang mewakili aspirasi bersama rakyat berbilang kaum, kepada kerajaan BN yang didominasi oleh UMNO. Namun, kepimpinan UMNO-BN dengan sengajanya memutar-belitkan tindakan rakyat jelata yang munasabah dan sah dari segi undang-undang tersebut sebagai tindakan parti pembangkang “bersekongkol dengan agen asing”, “memerangi Yang Dipertuan Agung”, “menggulingkan rejim negara” dan lain-lain. Selain itu, demi menggagalkan perjuangan yang adil tersebut, kepimpinan UMNO-BN menggunakan semua jentera negara dan pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan parti pemerintah dalam membuat-buatkan keadaan yang gerun, sebagai persiapan pendapat awam dan media massa untuk melancarkan represi sepenuhnya. Kesemua reaksi mereka tersebut telah mendedahkan sepenuhnya ciri sebenar mereka yang anti-rakyat.



2. Perhimpunan Besar-besaran dan 'Perarakan Demokrasi' 709 Membawa Impak Kuat terhadap Kedudukan Pemerintahan BN

Sejak kemerdekaan negara pada 31hb Ogos 1957 hingga suara tuntutan reformasi pilihanraya dibangkitkan dalam perhimpunan BERSIH pada 10hb Nov 2007, golongan pemerintah Perikatan dan BN yang didominasi oleh UMNO telah menjadi ”kerajaan lantikan rakyat” dengan stabil selama separuh abad. Mereka telah memperalatkan ”peraturan permainan” sistem pilihanraya yang direkacipta bersama oleh kerajaan penjajah Inggeris dan golongan pemerintah Melayu agar melindungi kedudukan mereka dengan selamatnya. Namun, rakyat jelata berbilang kaum telah sedar melalui pengalaman diri sendiri penipuan kerajaan Perikatan dan BN yang didominasi oleh UMNO selama 50 tahun! Rakyat telah sedar bahawa salah satu punca utama kepada masalah-masalah kerajaan memeras kekayaan rakyat, pegawai awam rasuah dan korup berleluasa, jurang perbezaan kekayaan antara kaya dan miskin begitu ketara, dan rakyat semakin menderita adalah ”peraturan permainan” sistem pilihanraya yang tidak munasabah mengikut sistem berperlembagaan sekarang, dan golongan pemerintah hegemoni UMNO yang dihasilkan melalui ”peraturan permainan” yang tidak munasabah tersebut.




Terutamanya masyarakat Melayu dan India telah bangkit secara besar-besaran. Dua perkara yang simbolik kebelakangan ini ialah (1) pada 10hb Nov 2007, suara menuntut reformasi sistem pilihanraya yang dilaung-laungkan dalam perhimpunan lebih kurang 40 ribu orang di bawah pimpinan BERSIH; (2) pada 25hb Nov 2007 (2 minggu selepas perhimpunan BERSIH) Hindu Rights Action Force Committee atau HINDRAF mengetuai lebih kurang 30 ribu orang India menyerahkan memorandum kepada Kedutaan British agar menuntut pampasan kerugian daripada kerajaan British. Kerugian yang dimaksudkan adalah derita dan kepahitan yang dialami oleh masyarakat India sejak dihijrah secara paksa ke negara kita lebih 100 tahun yang lepas. Walaupun dua tindakan tersebut tidak membawa hasil, rakyat berbilang kaum negara kita telah dididik mengenai kepentingan memahami hak demokrasi dan reformasi pilihanraya. Dalam dua kejadian itu, rakyat juga telah melahirkan desakan untuk bersatu dan bangkit menentang pemerintahan hegemoni. Kesedaran rakyat telah menimbulkan ribut tuntutan reformasi rakyat 308 dalam pilihanraya umum 2008. Akhirnya, golongan pemerintah UMNO-BN kehilangan kedudukan majoriti dua pertiga dalam parlimen dan kuasa pemerintahan di 5 negeri. MCA, Gerakan dan MIC yang merupakan parti komponen BN telah mengalami kegagalan yang paling teruk dalam sejarah.



Tindakan BERSIH 2.0 kali ini akan melahirkan perhimpunan yang lebih besar dan suara tuntutan reformasi pilihanraya yang lebih lantang daripada tindakan BERSIH yang lepas. Adalah sangat pasti bahawa perhimpunan besar-besaran dan ’Perarakan Demokrasi’ 709 akan memberi impak yang serius ke atas kedudukan pemerintahan BN. Kelihatan ketewasan teruk SUPP (pernah menentang parti pemerintah pada masa dahulu, telahpun dipancing ke dalam BN) dalam pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini di mana George Chan selaku bekas Naib Ketua Menteri negeri Sarawak dan beberapa orang tokoh penting terpaksa turun dari kedudukan dalam kerajaan setelah ”dibuang” oleh rakyat. Di samping itu, pengundi Singapura menyuarakan reformasi demokrasi dengan lantang dalam pilihanraya di Singapura yang lepas, sehingga memaksakan Lee Kuan Yew yang terkenal dengan sikap diktator terpaksa berundur dari kabinet. Golongan pemerintah UMNO-BN memahami kesemua hala tuju arus kebangkitan demokrasi rakyat di sekeliling. Apabila perhimpunan besar-besaran 709 dan ”Perarakan demokrasi” yang makin hari makin berhampiran, kepimpinan golongan pemerintah UMNO-BN berdepan dengan sesuatu kegiatan di mana impak dan pengaruhnya tidak dapat dijangka dan diramal. Dalam suasana ini, melainkan dari asyik cemas dan gentar, apa reaksi lagi mereka akan ada?



3. Bersih 2.0 Menekankan Himpunan Aman manakala Golongan Pemerintah UMNO-BN menunjuk taring

Selepas segala penipuan dan ugutan gagal menakutkan rakyat, kerajaan BN menjatuhkan air muka sendiri dengan mengumumkan bahawa T-shirt kuning Bersih 2.0 adalah haram, diikuti dengan pengisytiharan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  melalui satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Abdul Rahman Othman bahawa Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966, merupakan pertubuhan haram berkuatkuasa 1hb Julai atas alasan-alasan berikut: 
1.  Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini; 
2. Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu; dan 
3. Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.



Kenyataan utuh di depan mata rakyat ialah :

1. Bersih 2.0 merupakan satu gabungan terbentuk daripada kumpulan pertubuhan yang berdaftar. Ia tidak perlu didaftarkan lagi di bawah  Akta Pertubuhan 1966.  Dengan kata lain, Bersih 2.0 merupakan gabungan yang dibentuk oleh 62 badan bukan kerajaan (NGO) (atau selalu dikenali sebagai “kumpulan masyarakat sivil/madani”) sah di Malaysia, yang bertujuan memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil.



2. Bersih 2.0 hanya memperjuangkan reformasi sistem pilihan raya dengan merealisasikan “8 Tuntutan”, supaya rakyat negara kita dapat menikmati pilihan raya yang bersih dan adil, dan seterusnya memilih satu kerajaan yang bersih dan adil. Bersih 2.0 bukan parti politik, dan tidak akan menghantar calon untuk bertanding dalam pilihan raya, apatah lagi Bersih 2.0 akan menggulingkan kerajaan atau merampas kuasa.



3. Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga telah berulang kali menekankan bahawa Perhimpunan dan ‘Perarakan Demokrasi” 709 di Kuala Lumpur akan diadakan secara aman dan ini merupakan tindakan sah di mana rakyat mempraktiskan hak demokrasi yang termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.



4. Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga juga mengesyorkan pihak polis supaya menentukan lokasi dan laluan Perhimpunan 709 dan Perarakan Demokarsi, dan mencadangkan pihak polis untuk memantau aksi hari tersebut. Ini menunjukkan keikhlasan Bersih 2.0 untuk bekerjasama. Namun, cadangan berniat baik mereka untuk memastikan himpunan dijalankan dengan aman dan harmoni ini tidak mendapat balasan yang rasional dan munasabah daripada pihak polis.   

5. Puak UMNO-BN angkuh menunjukkan taringnya, sebagai contoh: Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan sewenang-wenang menganjurkan pehimpunan dan perarakan ‘Patriot’ anti-BERSIH bagi memprotes himpunan besar-besaran dan ‘Perarakkan Demokrasi’ 709 anjuran BERSIH 2.0; Pemimpin-pemimpin UMNO-BN melancarkan provokasi perkauman dan serangan peribadi ke atas pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Ambiga Sreenavasan, dengan melabelkan Ambiga seorang kafir yang “anti-Melayu dan anti-Islam”, ada pula(tanpa nama) yang mengugut untuk membunuh pemimpin BERSIH itu  dan orang-orang sekeliling dia;
Ketua Menteri Melaka yang juga presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Mohd Ali Rustam mengumumkan dalam sidang akhbar pada 2hb Julai bahawa PESAKA yang mempunyai lebih 4 juta ahli akan menyeru ahlinya menyertai perarakan ‘Patriot’ anjuran Pemuda UMNO dan mempertahankan Istana Negara pada 9 Julai. Ali Rustam memberi amaran jika hura-hara berlaku, Ambiga yang harus bertanggungjawab. Ali Rustam juga mahu kerajaan persekutuan melucutkan taraf kewarganegaraan Ambiga, (laporan tentang percakapan Ali Rustam ini hanya terdapat pada media Bahasa Melayu) dan lain-lain.       


Siapakah sebenarnya yang tengah mengancam dan menggugat kehidupan rakyat, ketenteraman awam dan keamanan Negara? Rakyat berbilang kaum mesti dapat mengenalpasti dan akan memberi keputusan yang adil setibanya masa yang sesuai.



4.Rakyat Berbilang Kaum Risau Perhimpunan Aman Disabotaj Tapi Tetap Tenang dan Berani

Bagi menggagalkan Perhimpunan Besar-besaran dan “Perarakan Demokrasi”709, disamping mengumumkan BERSIH 2.0 sebagai “pertubuhan haram”, golongan pemerintah UMNO-BN, melalui pertubuhan dan media massa kawalan mereka, sengaja menyamakan pelbagai aktiviti politik parti-parti pembangkang Parlimen dengan gerakan refomasi pilihan raya yang diterajui oleh BERSIH 2.0. Sejak BERSIH 2.0 melancarkan perhimpunan dan “Perarakan Demokrasi” 709 serta 8 tuntutan rasminya di pelbagai tempat seluruh negara, UMNO-BN telah giat menimbulkan kekeliruan di antara rakyat berbilang kaum dimana memberi gambaran palsu bahawa “BERSIH 2.0 adalah alat parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan”, supaya rakyat terus menyokong regim yang semakin goyah ini.



Antara lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mempergunakan satu kempen roadshow yang diadakan di beberapa bandar kecil Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia, masing-masing lebih kurang 30 orang, selama 3 hari (dari 24hb Jun hingga 26hb Jun), yang bertema “Udahlah tu…Bersaralah!(BN)” yang dirancangan dan dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Pihak polis sengaja menyamakan dan cuba mengelirukan kempen anjuran PSM ini dengan gerakan refomasi pilihan raya BERSIH 2.0, agar orang ramai salah anggap bahawa BERSIH 2.0 turut bermotif “tamatkan pemerintahan BN sekarang” seperti PSM.    


Di utara semenanjung, pihak polis telah menahan kesemua 30 ahli PSM, termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar Devaraj, dan medakwa meraka (PSM) berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan semula fahaman komunis dengan hanya berdasarkan beberapa helai kemeja-T yang bertulis nama pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM). Jeyakumar Devaraj dan 5 orang lagi telah ditahan selama 60 hari dibawah Ordinan Darurat (EO) tempoh hari, manakala 24 yang lain didakwa atas tuduhan bersama mengikut “Akta Pertubuhan 1966” dan “ISA”, dan dikenakan ikat jamin RM8,000 masing-masing pada 4hb Julai.





Di Selatan Semenanjung, walaupun perjalanan kempen anjuran PSM ini dihalang oleh pihak polis beberapa kali, 28 peserta kempen termasuk Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan, telah dibawa ke balai polis untuk mengambil kenyataan, tetapi semua peserta dilepaskan selepas itu. Yang peliknya, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa polis mendapati 2 daripada peserta itu merupakan ejen asing (seorang rakyat Filipina dan seorang gadis muda berbangsa Korea. ) Mereka ditahan dan kemudianya dihantar balik ke negara masing-masing.  Tindakan KDN tersebut jelas adalah untuk member gambaran bahawa: 1) terdapat pihak yang sedang mengancam Yang Dipertuan Agong dan menggulingkan kerajaan Malaysia; 2) Ejen asing telah meresap kedalam aktiviti anti-kerajaan dalam negara, bagi mennakut-nakutkan orang ramai supaya menjarakkan diri daripada PSM dan lain-lain parti pembangkang; menakut-nakutkan orang ramai supaya menjarakkan diri daripada segala aktiviti politik yang menuntut “ mengubahkan kerajaan BN sekarang”; dan juga menakut-nakutkan orang ramai supaya menjarakkan diri daripada BERSIH 2.0 dan gerakan refomasi pilihan raya yang dilancarnya, terutamanya himpunan besar-besaran dan “ Perarakan Demokrasi” 709. 



Sementara UMNO-BN menunjuk-nunjuk taring terhadap BERSIH 2.0 dan barisan pimpinannya, Kementerian Dalam Negeri turut terus menfokus dan menekan BERSIH 2.0 dan barisan pimpinannya, terutamanya selepas BERSIH 2.0 diumumkan sebagai “pertubuhan haram”. Keadaan ini mungkin menyebabkan rakyat berbilang kaum risau perhimpunan aman 709 akan disabotaj, tetapi rakyat tetap akan tenang dan berani menghadapinya. Ini kerana di saat-saat genting ini, pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga telah meberi panduan yang amat jelas kepada rakyat berbilang kaum:



“Bersih kini adalah rakyat dan maka, apa sahaja tindakan cuba dilakukan ke atasnya tidak akan membawa sebarang perbezaan terhadap pandangan orang ramai tentang perjuangannya.” “Lebih penting lagi, Bersih sekarang lebih daripada hanya satu kumpulan pertubuhan bagi rakyat Malaysia. Bersih kini satu konsep yang telah memikat hati dan minda rakyat.”  [1]





*Kenyataan berikut dikeluarkan oleh BERSIH 2.0 pada 6hb Julai 2011. Sila klik sini untuk muat turun.



Kenyataan Media: 6 Julai 2011
Berhimpun di Stadium Merdeka

1. Mengadap DYMMSPB Yang Di-Pertuan Agong

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas perkenan kami mengadap pada 5 Julai 2011.  BERSIH 2.0 telah diwakili oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan, Dato’ A. Samad Said dan Zaid Kamaruddin.

BERSIH 2.0 juga menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rombongan BERSIH 2.0 telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku, di antara lain, kenyataan dan pendirian yang berikut:
  1. BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda  Yang DiPertuan Agong.

  1. Kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong BERSIH 2.0.

  1. Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

2. Tuntutan BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar.

BERSIH 2.0 menuntut:
  1. Ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada. Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).

  1. Lapan (8) tuntutan-tuntutan jangka pendek  BERSIH 2.0 dipenuhi sebelum PRU 13. Kelapan-lapan tuntutan rakyat itu adalah:
    1. Bersihkan senarai undi
    2. Mereformasikan undi pos
    3. Gunakan dakwat kekal
    4. Masa kempen minima 21 hari
    5. Akses media yang bebas dan adil
    6. Kukuhkan institusi awam
    7. Hentikan rasuah
    8. Hentikan politik kotor

  1. Semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada BERSIH 2.0 hendaklah dibebaskan. Ini bermakna BERSIH 2.0 menuntut:
    1. Keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Dr Michael Jayakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mesti dibebaskan serta-merta, atau dihadapkan ke mahkamah.
    2. Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 ditarik balik atau digugurkan.
    3. Mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.

  1. Semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong BERSIH 2.0 dihentikan. Ini bermakna:
    1. Rakyat dibenarkan memakai baju kuning.
    2. Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang.

  1. Bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2-4 petang, 9 haribulan Julai 2011 (Sabtu) ini.  BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar.

3. Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak

BERSIH 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan di atas dan apa jua hal berkaitan BERSIH 2.0.

Yang benar,
Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Sumber dari:  
http://bersih.org/?p=4221

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE