( Kenyataan SUARAM Johor pada 12 Mei 08)
Dengan tegasnya SUARAM Johor menuduh tindakan pihak polis di mana menahan dua orang rakyat yang menghadiri perhimpunan anti ISA. Mereka ialah koordinator suaram cawangan penang Saudari Lau Shu Shi dan ahli suaram penang Saudara Teh Chun Hong. Pihak polis menahan kedua-dua activis tersebut dengan atas akta polis seksyen 90 iaitu kelakuan yang tidak senonoh.
Perhimpunan anti ISA semalam (11 Mei) adalah dianjurkan oleh Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), masing-masing diadakan di lima negeri iaitu KLCC, Gurney Roundbout- Pinang, Jusco- Ipoh, Pacific Prai- Seremban, Bandar JB. Tujuan perhimpunan ini adalah memprotes supaya Uthayakumar harus memberi rawatan yang sewajarnya dan menggesa bahawa beliau harus dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Dengan ketaranya, tujuan perhimpunan tersebut adalah menuntut pemansuhan ISA di samping membebaskan Uthayakumar yang ditahan di Kem Kemuting supaya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Perhimpunan ini adalah memperjuangkan hak asasi keatas orang tahanan politik untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Penahanan yang berhubung di atas telah menonjolkan imej penyalahgunaan kuasa dan tidak keprofesionalan pihak polis.
Sekali lagi kami menyatakan bahawa kebebasan perhimpunan merupakan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1) (a) dan (b) yang mempertahankan hak asasi manusia. Di samping itu, hak asasi tersebut turut selaras dengan hak asasi rakyat sejagat seksyen 20(1), iaitu semua manusia berhak untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan pertubuhan.
Kami berpendapat bahawa penahanan dua orang ahli SUARAM Pulau Pinang oleh pihak polis telah menunjukkan pihak polis memandang ringan pada Perlembagaan Persekutuan serta tidak hormat pada hak asasi rakyat sejagat.
Kami menyeru bahawa pihak polis harus membebaskan kedua-dua orang tahanan tersebut dengan segera.
0 comments:
Post a Comment