Usaha PAS Melaksanakan Hukum Hudud
Berkhidmat untuk Pemerintahan Hegemoni UMNO
- Pendapat saya selepas mendengar balasan pemimpin PAS
dalam sesi soal jawab wacana di Johor Bahru pada 24 Mei

Choo Shinn Chei
Artikel ini ditulis dalam Bahasa Mandarin dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Gambar di atas diambil semasa Wacana “Apa Itu Hudud?” yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Johor Bahru berjalan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru pada 24 hb. Mei 2014.
Gambar di bawah diambil semasa Choo Shinn Chei mengemukakan pertanyaan kepada Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sesi soal jawab. Choo merupakan ahli Presidium Sahabat Rakyat Working Committee, dia menjadi moderator bagi pihak Sahabat Rakyat Working Committee dalam Forum "Krisis Perkataan Allah • Hak Berperlembagaan • Kebebasan beragama" yang diadakan di Auditorium Tingkat Lima JOTIC pada 4hb Mei 2014 yang lepas.
Saya bersama-sama beberapa orang AJK Sahabat Rakyat Working Committee telah menghadiri Wacana “Apa Itu Hudud?” yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Johor Bahru di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru pada 24 hb. Mei 2014. Empat orang panelis yang memberi ucapan adalah Dr. Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat), Mumtaz Md. Nawi (Exco Kerajaan Negeri Kelantan), Vincent Lee (Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan Ann Wan Seng (Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia).
Semasa lawatan ke Kelantan pada 14 hb. Mei 2014, para pemimpin Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) telah menyampaikan pendirian membantah pelaksanaan Hukum Hudud kepada kerajaan negeri PAS. Seterusnya pada 18 hb. Mei 2014, Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru mengadakan “Perhimpunan Mengutip Cap dan Tandatangan Membantah Hukum Hudud”. Satu demi satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Cina telah menunjukkan pendirian membantah Hukum Hudud. Akibatnya, kepemimpinan PAS yang tegas memulakan pelaksanaan Hukum Hudud dari negeri Kelantan makin hari makin tertekan. Memandangkan keadaan sebegini, saya melahirkan perasaan ingin memahami bagaimana respons pemimpin PAS terhadap gerakan rakyat yang menentang Hukum Hudud tersebut.
Persoalan saya kepada Dzulkefly dalam Sesi Soal Jawab
Hampir 200 orang telah menghadiri Wacana “Apa itu Hudud?” tersebut. Kebanyakannya adalah masyarakat Melayu. Setelah mendengar hujah setiap orang panelis dengan teliti, saya berasa mereka hanya cuba mempropagandakan pelaksanaan Hukum Hudud dari sudut masing-masing, sama ada mereka berhujah di atas pendirian PAS sendiri, ataupun berhujah dari segi agama Islam. Ramai hadirin turut menyampaikan persoalan atau pendapat dari sudut agama semasa sesi soal jawab. Selepas mendengar ucapan dan balasan yang diberi oleh para panelis, saya sebagai seorang anggota kerja demokratik dan hak asasi manusia, telah menghubungkaitkan wacana tersebut dengan satu forum yang diadakan pada 4 hb. Mei 2014. Dalam forum tersebut yang dianjur bersama oleh Sahabat Rakyat Working Committee dan Lajnah Perpaduan PAS negeri Johor, Dr. Mujahid Yusof Rawa selaku wakil PAS telah memberi balasan yang samar-samar apabila persoalan berkenaan Hukum Hudud ditujukan kepadanya. Oleh demikian, saya telah mengemukakan pandangan dan pertanyaan yang mengandungi isi kandungan di bawah berikut dan meminta balasan daripada Dr. Dzulkefly Ahmad.
• PAS atau Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan rakyat di seluruh negara pada PRU 13 kerana rakyat jelata begitu benci sekali terhadap pemerintahan hegemoni UMNO.
• Selama ini, klik hegemoni UMNO memastikan mereka memperolehi sokongan daripada golongan Melayu demi meneruskan dan memperkukuhkan pemerintahan hegemoninya. Antara strategi pemerintahan yang biasa digunapakai untuk mencapai matlamat tersebut adalah Islamisasi Negara (state Islamization), dan strategi ini akan diperkasakan lagi dalam masa depan.
• Mahupun klik pemerintah hegemoni UMNO berniat melaksanakan Hukum Hudud untuk memperkukuhkan pengaruh dan kawalan mereka terhadap penganut dan masyarakat Islam, mereka tidak berani bertindak melulu. Ini kerana klik pemerintah hegemoni UMNO telah kehilangan sokongan rakyat dalam PRU 13, terutamanya sokongan daripada golongan bukan Islam yang telah dipinggirkan di bawah proses Islamisasi negara.
• Sebaliknya, sebahagian pemimpin PAS tertentu (yang berkuasa) menggantikan klik pemerintah hegemoni UMNO dalam pelaksanaan Hukum Hudud sekarang. Ini akan menyebabkan masyarakat bukan Melayu (tidak kira yang berhaluan kiri, tengah atau kanan) bangkit menentang PAS. Akibatnya, kuasa perpaduan rakyat pelbagai kaum yang melawan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO dipecah-belahkan dan seterusnya menyebabkan aspirasi bersama rakyat pelbagai kaum untuk mengebumikan pemerintahan hegemoni UMNO sukar dicapai.
• Saya berpendapat bahawa perbuatan pemimpin PAS melaksanakan Hukum Hudud berkhidmat untuk pemerintahan hegemoni perkauman UMNO dan memudaratkan perjuangan rakyat pelbagai kaum menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Namun, pemimpin PAS tertentu tetap berkeras kepala dan melakukan kesalahan (memecahkan perpaduan rakyat yang melawan pemerintahan hegemoni UMNO) dengan sengaja. Bukankah tindakan tersebut “menyedihkan kawan dan menggembirakan musuh” (sadden one's own folk and gladden one's enemy)? Berdasarkan pendirian mempertahankan kepentingan rakyat pelbagai kaum, saya tidak dapat menerima tindakan PAS yang memihak kepada kepentingan politik klik hegemoni perkauman UMNO tersebut.
Balasan Dzulkefly Ahmad terhadap Pertanyaan saya
Selepas itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) telah memberi balasan berkenaan pertanyaan saya. Isi kandungan balasannya yang utama adalah seperti berikut:
• Dia memahami kekhuatiran masyarakat Cina. Namun, dia berharap supaya (saya) tidak prejudis bahawa “perpecahan PR berpunca dari usaha PAS yang melaksanakan Hukum Hudud”.
• Dia menegaskan bahawa PAS membentangkan pelaksanaan Hukum Hudud pada tahun 1993, jauh lebih awal sebelum PR terbentuk. Pelaksanaaan Hukum Hudud merupakan janji PAS kepada pengundi-pengundi di Kelantan yang memberi mandat kepada PAS untuk memerintah Kelantan selama 5 penggal.
• Berdasarkan keadaan tersebut, andai kata Menteri Besar Kelantan berkata "kami menangguh pelaksanaan Hukum Hudud kerana hendak menumbangkan UMNO BN terlebih dahulu”. Kenyataan tersebut tidak dapat diterima oleh rakyat (memandangkan PAS tidak menepati janji). Ini adalah kerana rakyat jelata akan disalah pandu oleh propaganda UMNO.
• Propaganda UMNO kepada kaum Melayu bahawa “PAS diperkuda oleh DAP. PAS adalah penakut dan sekadar berkhidmat untuk niat politik” (tujuan propaganda UMNO adalah menjauhkan penganut Islam dari PAS) telah menyebabkan PAS terjebak dalam dilema politik. Demi melepaskan diri dari perangkap politik tersebut, PAS tidak mempunyai pilihan maka terpaksa berpegang teguh dengan prinsip (agama Islam).
Jika setiap parti komponen PR telah menghormati perlembagaan persekutuan dan semangat perundingan secara demokratik, pelaksanaan Hukum Hudud dan bantahan terhadap Hukum Hudud tidak akan menjadi konflik utama dalaman PR. Semasa PAS mengumumkan bahawa matlamat perjuangan mereka adalah pembentukan “negara berkebajikan” dan bukan “negara Islam”, konflik PR sebegitu tidak wujud. Itu adalah contoh di mana PAS menunjukkan semangat rakan (seperjuangan) dan kerjasama politik PR. Sebelum pemerintahan hegemoni perkauman UMNO dikuburkan oleh rakyat berbilang kaum seluruh negara, PAS seharusnya betul-betul membangunkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat di Kelantan. PAS sepatutnya telah membentukkan “negeri berkebajikan” di Kelantan yang sudah begitu lama diperintahnya. Ini pasti membawa kebaikan kepada rakyat pelbagai kaum. Dengan itu, PAS menjadikan negeri Kelantan sebagai model kepada “Negara berkebajikan” yang bakal dibentuk oleh rakyat semua kaum di seluruh negara di bawah pimpinan PAS. Sekiranya PAS berjaya membentukkan “negeri berkebajikan” di Kelantan yang disebut di atas, pemimpin PAS langsung tidak perlu bergantung kepada usaha pelaksanaan Hukum Hudud sekali lagi untuk menyelamatkan diri dari perangkap politik PAS pada waktu ini.
Aspirasi dan Tuntutan Siapa yang harus Diutamakan, Rakyat Seluruh Negara atau Rakyat Kelantan?
Rakyat bukan Islam berpendapat bahawa, tindakan pemimpin-pemimpin PAS sekali lagi memandu usaha pelaksanaan Hukum Hudud, menunjukkan niat mereka mengubahkan negeri Kelantan kepada negeri Islam, dan Malaysia kepada negara Islam. Justeru itu, Negara Berkebajikan yang diwar-warkan sebelum ini ternyata semata-mata umpan kosong untuk memancing undi-undi pengundi bukan Islam. Oleh yang demikian, tentulah rakyat jelata, terutamanya golongan bukan Islam yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan-Dusun dan masyarakat minoriti yang lain-lain, berasa amat khuatir dan geram dengan aksi dan advokasi PAS sebegini. Sebelum ini, tiga buah parti utama yang berasaskan kaum berbeza, berdasarkan kepercayaan dan agama yang berlainan, dan mewakili kepentingan kelas masing-masing telah bergabung sebagai PR demi menguburkan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Maka, adalah tidak hairan bahawa gabungan sebegini akan hancur berkecai apabila PAS memandu semula pelaksanaan Hukum Hudud untuk menyelamatkan diri dari perangkap politik sendiri, tanpa mengambil kira perasaan parti-parti seperjuangan.
Selama ini, kuburkan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO adalah hasrat bersama rakyat jelata berbilang kaum. Tuntutan ini bersesuaian dengan kepentingan asas rakyat, dan merupakan tugas politik utama dalam tahap perjuangan demokratik negara kita pada masa kini. Anggaplah kenyataan bahawa “pelaksanaan Hukum Hudud menepati hasrat dan kepentingan pengundi Kelantan” yang ditekan oleh pemimpin-pemimpin PAS seperti Dr. Dzulkefly Ahmad adalah munasabah. Keinginan rakyat pelbagai kaum untuk mengebumikan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO adalah jauh lebih penting dari segi pengaruh dan implikasi politik, jika berbanding dengan hasrat pengundi negeri Kelantan melaksanakan Hukum Hudud. Ini adalah suatu hasil perbandingan yang begitu mudah dan jelas dari sudut rakyat seluruh negara, termasuklah rakyat Kelantan dan Terengganu.
Sementara pemimpin-pemimpin PAS berharap rakyat jelata dapat memahami dilema politik yang dialami mereka, iaitu kemerosotan undi-undi kaum Melayu dan kuasa politik yang kian berkurang, pernahkah mereka berusaha untuk memahami dilema yang dialami oleh golongan masyarakat bukan Islam? Sepanjang berpuluh-puluh tahun, golongan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO telah melaksanakan Islamisasi negara secara paksaan. Ini membawa impak yang serius dan meluas, dan melibatkan banyak bidang, seperti sosio-ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan, sehinggalah merangkumi aspek kehidupan sosial dan kepercayaan dan agama rakyat jelata. Isu-isu seperti hak perlindungan dan pembinaan tempat-tempat beribadat dan tanah perkuburan, kes-kes kontroversi hak penjagaan anak dan waris hartanah yang melibatkan antara penganut Islam dan bukan Islam, sehinggalah isu keputusan mahkamah melarang golongan bukan Islam mengguna perkataan “Allah” di Semenanjung Malaysia baru-baru ini. Situasi sebegini telah mencetuskan emosi ketidak-puasan dan kemarahan golongan bukan Islam yang amat membara kerana hak-hak asasi mereka makin hari makin serius ditindas. Mengapa pula pemimpin-pemimpin PAS tidak memandang serius realiti ini?
Islamisasi Negara Hanya Mengkhimati Kepentingan Golongan Pemerintah Semasa
Islamisasi Negara hanya berkhidmat untuk kepentingan klik pemerintah hegemoni UMNO yang berniat untuk terus menguasai undi Melayu. Islamisasi Negara sebenarnya merupakan manifestasi fahaman hegemoni perkauman UMNO dalam aspek kepercayaan dan agama. Melalui jentera pemerintahan negara ini, ia menindaskan dan mencabuli hak kebebasan beragama masyarakat bukan Islam, malah melaksanakan dasar diskriminasi, menyingkirkan sehingga menghapuskan segala agama dan kepercayaan selain daripada agama Islam. Matlamatnya adalah mencapai asimilasi secara paksaan terhadap masyarakat bukan Islam, di mana akhirnya orang bukan Islam terpaksa menerima hakikat untuk hidup di bawah pemerintahan teokrasi Islam dalam keadaan sembarangan.
Oleh itu, Islamisasi negara bertentangan sepenuhnya dengan aspirasi rakyat pelbagain kaum (termasuk masyarakat Islam) untuk melayan agama dan kepercayaan masing-masing secara sama rata serta menghayati kewujudan bersama dan kemakmuran bersama kebudayaan rakyat pelbagai kaum dan pelbagai agama dan kepercayaan di negara ini. Selepas mengalami tamparan hebat dalam PRU 12 dan PRU 13, golongan pemerintah UMNO angan-angan dapat mengekalkan kuasa hegemoni perkaumannya dengan mengukuhkan kuasa politiknya yang berasaskan komuniti Melayu-Islam melalui memperkuatkan Islamisasi negara. Namun pada waktu ini, mereka tidak berani untuk bertindak terburu-buru. Mereka bimbang parti komponen Barisan Nasional lain-lain yang berasaskan orang bukan Islam (terutamanya kaum Cina dan Tamil di Semenanjung, Iban di Sarawak, Kadazan-Dusun di Sabah) akan ditolak sepenuhnya oleh rakyat kerana tindakan pemerintah UMNO yang terburu-buru.
Boleh dikatakan, bagaimana mana-mana parti politik atau pertubuhan berhadapan dengan Islamisasi Negara merupakan kayu ukur ke atas pendirian mereka terhadap pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Dr. Dzulkefly Ahmad bersikap waswas terhadap pemfitnahan politik oleh UMNO dan ajen UMNO terhadap PAS. Ini telah mencerminkan satu fakta bahawa pemimpin PAS amat menitik berat untuk membuktikan PAS mempunyai ciri-ciri Islam yang ketara (berbanding dengan UMNO) di hadapan pengundi orang Islam.
Oleh itu, selepas PRU 13, pemimpin PAS telah menyedari bahawa PAS ditimpa dilema politik akibat daripada kehilangan sokongan pengundi Melayu. Maka, mereka memperkenalkan semula pelaksanaan Hukum Hudud. Dari satu segi, mereka menunjukkan PAS lebih mewakili masyarakat Islam di hadapan pengundi Melayu demi memenangi semula hati pengundi Melayu. Dari satu segi lagi, mereka mempropagandakan “manfaat” Hukum Hudud kepada pengundi bukan Islam demi memenangi lebih banyak undi orang bukan Islam.
Walaubagaimanapun, mereka secara sengaja mengabaikan realiti penindasan yang dialami oleh masyarakat bukan Islam sepanjang proses Islamisasi Negara. Sifat hipokrit pemimpin PAS dalam menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO telah didedahkan. Pada pendapat saya, usaha PAS yang melaksanakan Hukum Hudud secara objektifnya pasti memecah-belahkan gerakan reformasi demokratik negara kita yang semakin berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini, di samping memberi bantuan kepada klik pemerintahan hegemoni UMNO untuk memperkasakan pemerintahan secara fahaman perkauman dan Islamisasi Negara.
Islamisasi negara sudah menghampiri takat kritikal di mana masyarakat bukan Islam begitu sukar lagi untuk terus bertoleransi terhadap penindasan kaum, agama dan kepercayaan terhadap mereka. Selagi pemimpin PAS tetap meneruskan propaganda tentang Hukum Hudud, semua rakyat keseluruhan negara dari berbilang kaum, agama dan kepercayaan, terutamanya masyarakat bukan Islam tiada pilihan, tetapi akan bersatu-padu menentang secara tegas terhadap plot UMNO-PAS yang melaksanakan Islamisasi Negara dan menindas kaum minoriti dan penganut lain di negara ini.
Klik hegemoni perkauman UMNO akan beransur-ansur menguatkan dasar Islamisasi Negara. Pada masa yang sama, mereka akan menjalankan kerja memecah-belah, menyerang dan juga menyogok di kalangan dalaman rakyat melalui anggota mereka yang berperanan sebagai musuh dalam selimut rakyat (the fifth column). Dalam keadaan ini, perpecahan Paktan Rakyat (yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP) berkemungkinan berlaku akibat daripada usaha PAS melaksanakan Hukum Hudud dengan keras kepala atau disebabkan percanggahan pandangan di kalangan PR terhadap dasar Islamisasi Negara yang dilaksanakan oleh kumpulan pemerintahan hegemoni UMNO. Jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, rakyat Malaysia akan terus diperintah oleh rejim UMNO selama 50 tahun lagi seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengerusi Islamic Renaissance Front.
Harapan Rakyat Pelbagai Kaum, Pertubuhan Dan Parti Politik Demokratik Seluruh Negara Terhadap PAS
Jika barisan pimpinan PAS boleh menghentikan usaha melaksanakan Hukum Hudud, sebaliknya berusaha memahami penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam di bawah Islamisasi negara secara mendalam, menerapkan tuntutan membantah Islamisasi negara yang dikemukakan oleh pertubuhan masyarakat dan NGO ke dalam program perjuangan politik mereka secara berperingkat, menguatkan perpaduan dengan parti dalam PR dan semua parti demokratik, pertubuhan masyarakat, NGO dan individu demokratik dan bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam perjuangan reformasi demokratik menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO, sudah pastinya akan memberi tamparan hebat kepada proses Islamisasi negara yang digerakkan oleh UMNO dan menggagalkan niat UMNO untuk melemahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan memecahkan gerakan reformasi demokratik negara kita. Dengan itu, kita akan dapat mencapai matlamat politik untuk menamatkan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO seawal yang boleh. Ini akan merupakan sumbangan yang sangat bermakna daripada pimpinan dan akar umbi PAS terhadap gerakan reformasi demokratik menentang hegemoni pemerintahan UMNO oleh rakyat pelbagai kaum Malaysia.
Sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, pemikiran utama yang mewakili perjuangan menentang penindasan dalam negara adalah bantahan terhadap pemerintahan perkauman UMNO. Pemikiran ini dapat kita lihat dalam siri perjuangan masyarakat Cina iaitu gerakan solidariti Orang Cina pada tahun 1970-an, Gerakan Hak Sivik Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat Cina pada tahun 1980-an, Gerakan Tuntutan Pilihanraya pada tahun 1990-an (“Suqiu”), dan gerakan demonstrasi dan perarakan jalanan membantah penindasan kaum Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang tercetus pada tahun 2007.
Mulai dari sekarang, pemikiran utama yang mewakili perjuangan menentang penindasan dan menuntut hak demokratik rakyat Malaysia terdiri daripada fahaman menentang pemerintahan hegemoni perkauman dan hegemoni keagamaan Islam UMNO ekoran daripada negara kita telah masuk ke peringkat baru dalam proses Islamisasi negara . Pemikiran ini akan dimanifestasi melalui penyatuan antara rakyat pelbagai kaum, terutamanya rakyat berbangsa Cina, India, Iban di Sarawak, Kadazan-Dusun di Sabah, dengan pertubuhan dan individu Islam yang berminda terbuka untuk menentang proses Islamisasi negara. Tugas utama sekarang adalah membantah perlaksanaan Hukum Hudud.
Jika pemimpin PAS masih berdegil dengan usaha mereka untuk melaksanakan Hukum Hudud demi merealisasikan matlamat klik hegemoni UMNO untuk mengislamkan negara ini secara beransur-ansur, maka boleh ditegaskan bahawa, sejarah dengan jelasnya akan menunjukkan: sesungguhnya klik UMNO-BN merupakan musuh utama gerakan menentang pemerintahan hegemoni dan menuntut hak dan demokrasi, kepemimpinan PAS pada masa ini ternyata memainkan peranan sebagai Angkatan Kelima (the fifth column) UMNO untuk memecahkan Pakatan Rakyat dari bahagian dalaman melalui hasrat mereka hendak membentuk sebuah negeri Islam di Kelantan untuk dijadikan sebagai model dalam pembentukan negara Islam di seluruh negara dengan perlaksanaan Hukum Hudud sebagai langkah awal.
Jika sesiapa mengherdik pandangan (penghakiman) ini berat sebelah, ini hanya menunjukkan mereka (secara sengaja atau tidak sengaja) telah berada bertentangan dengan rakyat pelbagai kaum untuk melindungi kepentingan pemerintahan hegemoni perkauman. Saya percaya bahawa harapan rakyat pelbagai kaum, pertubuhan dan parti politik demokratik seluruh negara terhadap PAS ialah PAS boleh membangunkan sebuah ‘negeri kebajikan’ yang membawa manfaat sebenar kepada rakyat pelbagai kaum di Negeri Kelantan untuk dijadikan sebagai model ‘negara kebajikan’ yang diwar-warkan oleh PAS.
Lebih penting lagi, diharapkan PAS tegas dengan pendirian ‘menghapuskan perbezaan, menentang musuh bersama’ untuk membentuk satu barisan penyatuan membantah pemerintahan hegemoni perkauman bersama dengan rakyat pelbagai kaum, pertubuhan dan parti politik demokratik seluruh negara, supaya boleh membuangkan klik pemerintah hegemoni Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO ke dalam tong sampah sejarah seawal yang boleh. Sebagai seorang anggota bekerja demi demokrasi dan hak asasi manusia negara kita dan membantah pemerintahan hegemoni perkauman, saya ingin saling mendorong bersama-sama para pemimpin PAS dalam perkara ini.

Klip video di atas merupakan keratan di mana Choo Shinn Chei mengemukakan soalan kepada Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sesi soal jawab serta respon Dr. Dzulkefly terhadap pertanyaannya.
0 comments:
Post a Comment