Majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia Negeri Johor 2012
Resolusi Tuntutan Pekerja
Santha Perumal dan Fang Pei Fen membaca Resolusi Tuntutan Pekerja. |
1) Hak Kesatuan Sekerja – Memperkasakan kesatuan sekerja dengan membenarkan penubuhan kesatuan sekerja dan menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
2) Hentikan Pindaan Undang-undang Buruh - Pihak Kerajaan perlu menjamin hak dan perlindungan kepada pekerja dan undang-undang yang sedia ada harus dimantapkan untuk tujuan ini dan bukan merampas dan mencabul hak pekerja.
3) Pampasan diberikan kepada pekerja estet getah yang terpaksa meninggalkan estet masing-masing disebabkan penukaran fokus kepada ladang sawit.
4) Janji yang dibuat kepada pekerja kaum India semasa dibawa masuk ditunaikan.
5) Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terutamanya gangguan seksual di tempat kerja terhadap pekerja wanita. Gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif untuk melindungi pekerja wanita.
B) Keadaan Hidup Pekerja
6) Oleh kerana kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum, kerajaan mestilah memikul tanggung tanggungjawab terhadap sebarang implikasi negatif yang muncul. Khususnya, kerajaan mestilah mengambil langkah proaktif yang boleh memujuk syarikat asing supaya mengekalkan operasinya di negara kita, membendung pengangguran, kenaikan harga barang, dan inflasi.
7) Kerajaan menyediakan perumahan khas bagi golongan pekerja berpendapatan rendah dalam persekitaran yang terkawal.
8) Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan asas. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat tidak harus dilaksanakan.
9) Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Keperluan asas seperti air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaan.
C) Kemasukan Pekerja Asing
10) Majlis ini sedar bahawa pekerja asing diperlu dalam bidang dan industri yang tertentu untuk menjamin keperluan pembangunan ekonomi. Bagimanapun, Majlis ini membantah tindakan kerajaan dan perusahaan membawa pekerja asing ke bidang dengan bilangan yang ramai terutama di sektor di mana pekerja tempatan bergantung untuk mencari nafkah (seperti bidang pengeluaran dan pengangkutan), untuk merendahkan gaji dan mengurangkan kebajikan tenaga kerja tempatan. Majlis ini membantah tindakan kerajaan membawa masuk pekerja asing dari negara tertentu dan mengeluarkan permit kerja jangka masa panjang (diperbaharui tanpa had), malahan mengeluarkan dokumen kerakyatan –– terutamanya merujuk kepada program 6P.
11) Undang-undang yang lebih adil digubal untuk menyelesaikan isu pekerja asing vis-a-vis pekerja tempatan.
12) Kerajaan mestilah menghentikan tindakan mengeksploitasikan pekerja asing bagi tujuan politik.
D) Pengurusan Sumber Manusia
13) Kerajaan menyediakan dana khas untuk latihan kemahiran, peningkatan sikap dan mutu kerja pekerja tempatan supaya daya saing mereka dapat ditingkatkan.
14) Kerajaan mengambil langkah-langkah khas untuk menempatkan bakat baru – iaitu belia yang baru menamatkan pengajian – yang merupakan aset negara yang amat berharga.
15) Kerajaan mengkaji semula tindakannya membatalkan SBPA kerana ia manjejaskan program transformasi kerajaan yang sedang dijalankan.
16) Kerajaan mempertimbangkan permohonan kakitangan awam yang ingin membatalkan opsyen perlanjutan umur 60 tahun.
0 comments:
Post a Comment