Kepada:
TERIMA KASIH ATAS BANTUAN RAKAN-RAKAN
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bharu ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan bantuan yang dihulurkan terhadap kes Nyam Kee Han selaku Penyelaras dan See Siu Min selaku ahli sekretariat kami, kerana mereka ditahan oleh pihak polis pada 17/6/07.
Mereka telah hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan aman yang diadakan di hadapan rumah Menteri Besar Johor, Bukit Saujana, Johor Bahru. Mereka telah ditangkap dan kemudiannya ditahan selama 3 hari kerana kononnya mempunyai risalah-risalah hasutan di bawah seksyen 4(2), Akta Hasutan. Tuduhan ini adalah diada-adakan. Oleh sebab itu tuduhan tersebut telah dinafikan. Kedua-dua rakan kami telah berjaya diikat jamin pada
Walaubagaimanapun, penyelaras Suaram JB telah menghubungi Tuan Zulkrifly Mohd Isa selaku pegawai penyiasat pada hari sebelum itu (
Dalam masa yang kritikal ini, pihak kami telah mendapat bantuan dan sokongan secara sukalera daripada pelbagai pihak seperti Majlis Peguam dan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya, Kuala Lumpur, Jawatankuasa Peguam Johor (Johor Bar Council) dan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya, NGO, parti-parti pembangkang, persatuan, media dan rakan seperjuangan tempatan, luar negeri dan juga dari luar negara. Antaranya, ada yang mengambil tindakan membuat laporan polis di tempat masing-masing, menghantar mesej dan membuat panggilan telefon kepada pihak polis. Ini telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melepaskan kedua-dua rakan tersebut dengan secepat mungkin.
Dengan itu, pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan rakan-rakan.
Salam Perjuangan
Yang ikhlas,
b/p Low Ming Leong
Pengerusi SUARAM (cawangan Johor Bahru)
0 comments:
Post a Comment