Mengapakah Mahathir “Menentang Pelaburan dari China” Sekeras-kerasnya?
Apakah Kesan Kenyataan tersebut terhadap PRU-14?
Penulis: Tan Seng Hin @ Chen Xin (陈成兴 / 陈辛)
(AJK Sahabat Rakyat)
Diterjemah oleh: Choo Shinn Chei
(Ahli Presidium Sahabat Rakyat)
【Teks di bawah diterjemahkan dari versi asal bahasa cina yang diterbitkan pada 21hb April 2018.
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Cina yang asal, versi Bahasa Cina akan diguna pakai.】
Menjelang PRU-14 (hari penamaan calon pilihanraya jatuh pada 28 April, hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei), calon perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dinamakan oleh para pemimpin PH, Mahathir Mohamad yang juga selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah memberi ulasan berikut semasa ditemubual khas oleh Associated Press pada 18 April 2018:
- (1) Malaysia (kerajaan semasa) mempunyai pinjaman besar dari Negeri China dan mungkin tidak dapat membayar balik. Mahathir turut memberi contoh Sri Lanka memberikan hak pemilikan pelabuhan Hambantota kepada China dengan pajakan 99 tahun sebagai balasan atas bantuan hutang. Perkara tersebut seharusnya dijadikan pengajaran oleh Malaysia.
- (2) Kerajaan PH akan menyemak semula pelaburan dan pinjaman dari China jika PH menang dalam PRU. Mahathir berkata “Kami merasakan akan berhenti meminjam. Kami akan cuba merundingkan semula syarat-syarat pinjaman. Dalam kes-kes projek (China), kami mungkin perlu mengkaji sama ada akan meneruskannya atau memperlahan atau merundingkan semula syarat-syaratnya.”
Bukti yang Dipetik dan Ulasan Anti-China Mahathir adalah Subjektif, Bermotif Licik dan Jahat
Tanpa diragu lagi, ulasan Mahathir tersebut mencerminkan pendirian politik Mahathir dan PH yang menentang pelaburan dari China. Perumusan Mahathir bahawa “Sri Lanka memberikan hak pemilikan pelabuhan Hambantota kepada China dengan pajakan 99 tahun sebagai balasan atas bantuan hutang” adalah kesimpulan yang subjektif dan bermotif licik dan jahat!
Sebenarnya, kerajaan Sri Langka telah menyatakan dengan jelas bahawa ekonomi pelabuhan sangat penting kepada Sri Langka. Projek pelabuhan Hambantota merupakan pelaburan terbesar dalam sejarah negara tersebut. Tujuan pelaburan dan pengurusan seluruh kawasan pelabuhan tersebut diserahkan kepada negara lain adalah untuk membangunkan pelabuhan Hambantota menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa yang berdaya saing. Presiden Lembaga Pelabuhan Sri Langka, Parakrama menyebut bahawa: Pelabuhan Hambantota akan dibangunkan agar meliputi seluruh Asia Selatan, malah melebihi Asia Selatan sehingga pengaruhnya diluaskan ke Timur Tengah dan benua Afrika. Pelabuhan Hambantota akan berubah menjadi enjin pembangunan ekonomi Sri Langka yang penting. Kami telah mempunyai Colombo sebagai pusat ekonomi pada masa kini. Bergantung kepada pelabuhan, kawasan Hambantota akan dimajukan sebagai satu lagi pusat ekonomi dimana kedua-dua pusat tersebut saling menyahut. Penyertaan modal dan pengurusan daripada syarikat China pada waktu ini merupakan jaminan dan tenaga penggerak pembangunan pelabuhan Hanbantota yang mantap.
Negeri China dan Sri Langka telah menandatangani perjanjian konsesi pelabuhan Hambantota pada bulan Julai tahun lepas. Pada akhir tahun (Disember), kerajaan Sri Langka menyerahkan aset dan kuasa operasi dan pengurusan pelabuhan Hambantota secara rasmi kepada China Merchants Port Holdings yang merupakan syarikat operasi pelabuhan yang kedua terbesar di dunia. Kerjasama dua kerajaan dalam memajukan pelabuhan tersebut telah memberi harapan untuk ekonomi berkembang pesat di kawasan Selatan Sri Langka yang terbantut dan mundur dalam pembangunan. Duta Negeri China di Sri Langka, Yi Xianliang, berkata “dari sudut inisiatif “belt and road” China, kemajuan tembusan yang kita capai dalam projek genting ini menjadi contoh yang amat baik. Ia mendemonstrasi kerjasama antara kami dengan negara-negara sekeliling Lautan India dan Asia Selatan.”
Mahathir “Anti Pelaburan dari China” untuk Mengumpan Undi Melayu
Sebagai bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir pernah menerima temubual khas oleh ketua pengarang Yazhou Zhoukan (sebuah majalah mandarin yang dimiliki oleh Asiaweek), Yau Lop Poon dan wartawan Yazhou Zhoukan di Kuala Lumpur semasa, Thock Kiah Wah pada 25 Februari 1997. Temubual tersebut bertema: Tuntutan Kemakmuran dan Kemajuan Diri demi Asia. Apabila dilontarkan persoalan daripada Yazhou Zhoukan yang berbunyi “mengapakah anda tidak menyetujui 'Teori Ancaman China' yang dikemukan oleh negara-negara Barat?” Mahathir menjawab seperti berikut: “Ancaman memang wujud di antarabangsa, tetapi bukan ancaman China. Malah, negara-negara kuat dari Barat yang memberi ancaman kepada dunia. Sekiranya kami boleh bekerjasama dengan pihak yang pernah mendominasi dan menjajah kami pada masa dahulu, saya tidak nampak sebab kami tidak boleh bekerjasama dengan negeri China yang tidak pernah mendominasi dan menjajah kami.” (Sumber dalam Bahasa Mandarin: Selected speeches by Dr. Mahathir Bin Mohamad, Prime Minister of Malaysia. World Knowledge Press, 1999. M/S. 343)
Untuk merealisasikan impiannya untuk memegang jawatan perdana menteri semula selepas 15 tahun, Mahathir yang membuat ulasan di atas telah membuat pusingan arah 180 darjah and bercanggah dengan pendirian sendiri. Mahathir mengulangi seruan “anti pelaburan dari China” dengan lantang sehingga hampir kesemua kapital dan korporat, kerajaan dan rakyat dari China dipandang sebagai “ancaman utama dihadapi Malaysia”. Dari tahun 1981, Mahathir menduduki jawatan perdana menteri selama 22 tahun sehingga tahun 2003. Setelah Mahathir berundur dari jawatan tersebut, demi mempertahankan kekayaannya yang begitu besar, dia terus mengumpulkan kroninya dan melawan klik pemerintah UMNO yang diketuai oleh Abdullah dan seterusnya oleh Najib agar anaknya Mukhriz dapat dinaikkan menjadi perdana menteri dalam masa tersingkat. Apabila konflik antara mereka berdua bersama kroni-kroni mereka dengan klik pemerintah UMNO diketuai Najib semakin menjadi-jadi sehingga tahap tidak dapat ditolak-ansur lagi, mereka disingkir dari golongan pemerintah UMNO oleh Najib tanpa belas kasihan.
Mahathir dan anaknya bersama kroni mereka tiada pilihan lain lalu terpaksa menubuhkan satu parti politik baru atas seruan mempertahankan ketuanan Melayu dan kepentingan Melayu pada tahun 2016, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). PPBM telah membentuk jaringan dengan tiga parti politik pembangkang (iaitu Parti Keadilan Rakyat[PKR], Democratic Action Party[DAP] dan Parti Amanah Negara[PAN]) agar menghadapi serbuan dari golongan pemerintah UMNO oleh Najib. Oleh itu, misi politik yang paling terdesak bagi PPBM adalah “menumbangkan Najib”. Di dalam hati rakyat, kita faham bahawa matlamat Mahathir “menumbangkan Najib” bukan untuk “menamatkan hegemoni Melayu” tetapi dia hendak menjadi perdana menteri semula dan memulihkan rejim Mahathir(isme).
Bagaimanapun, bukan mudah bagi Mahathir untuk "menumbangkan Najib"! Ini kerana selepas Mahathir meletak jawatan, ekonomi kapitalisme di negara-negara Barat mula merosot, dan selepas Najib menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri, dia menghadapi dilema yang disebabkan oleh persandaran berkepanjangan ekonomi negara kepada negara-negara Barat, gejala rasuah di antara pegawai kerajaan yang berleluasa serta perselisihan antara puak-puak yang berbeza di dalam UMNO, dan terpaksa mencari kesempatan untuk ekonomi negara. Najib dengan bijak dan segera telah mencengkam kesempatan yang terhasil daripada inisiatif "Belt and road" yang didorong oleh Negara China yang sedang pesat membangun.
Ekoran daripada itu, sejumlah besar modal dari Negara China mula memasuki bidang pembangunan infrastruktur asas negara kita seperti pelabuhan dan kereta api, dan hubungan kedua-dua negara juga ditingkatkan kepada hubungan perkongsian strategik yang belum pernah wujud sebelum ini. Ini telah membawa keupayaan baru kepada ekonomi negara kita, dan mengujudkan peluang kepada ekonomi Negara untuk membebaskan diri daripada didominasi oleh negara-negara Barat sebaliknya menuju kepada pembangunan yang berdiri di atas kaki sendiri. Rakyat semua bangsa di negara kita (termasuk Masyarakat Melayu, yang sekian lama terpukau oleh propaganda perkauman) menaruh harapan kepada jalan pembangunan baharu ini. Siapalah tidak mengharapkan pembangunan ekonomi negara yang akan memperbaiki kehidupan rakyat?
Dua "Tujuan Sebenar" Mahathir "Anti Pelaburan dari China"
Kini, dalam hangat PRU14, untuk membuktikan bahawa dia masih mempunyai pengaruh politik yang kuat terhadap masyarakat Melayu, dan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang dibentuk oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM, Mahathir tidak lupa untuk menimbulkan isu "Anti pelaburan dari China" seiring dengan teriakan "tumbangkan Najib". Bagi saya, dengan menimbulkan isu “Anti pelaburan dari China”, Mahathir jelas sedang bermain dengan politik perkauman. Mahathir berusaha keras untuk menanamkan konsep dan idea "apa yang Najib lakukan adalah menjualkan kedaulatan dan kepentingan rakyat kepada syarikat-syarikat Negara China dan kerajaan China" dan "Najib dan kerajaannya bersekongkol dengan syarikat-syarikat Negara China dan kerajaan China untuk mengaut keuntungan besar dengan membahayakan Malaysia" kepada orang ramai (terutamanya masyarakat Melayu). Niat sebenar beliau berbuat demikian adalah jelas untuk:
- (1) Memandu rakyat semua bangsa (masyarakat Melayu adalah sasaran utama Mahathir) untuk mempercayai propagandanya bahawa dia (Mahathir) adalah satu-satunya penyelamat yang mampu "Selamatkan Malaysia", dengan harapan bahawa semua pengundi (pengundi Melayu adalah sasaran utama Mahathir) akan mengundi dia dan gabungan politik yang diketuai olehnya (terutamanya PPBM) untuk membentuk kerajaan supaya dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi "Perdana Menteri recycle". Jika pengundi terpedaya dengan panduan salah dia untuk mengundi dia dan partinya untuk kembali berkuasa, keadaan hegemonik Melayu yang berleluasa dan situasi pengislaman institusi negara pasti tidak akan bertambah baik, sebaliknya menjadi lebih membimbangkan dan menakutkan. Ini adalah perkara dimana rakyat seluruh negara (terutamanya rakyat bukan Melayu bukan Islam) harus berwaspada;
- (2) Tujuan kedua Mahathir "anti pelaburan dari China" adalah untuk menghalang pengaturan strategik antara Malaysia-China. Semenjak Najib memegang kuasa, dalam kemelut politik dan ekonomi yang dibawa oleh negara-negara Barat dan rakyat jelata, sungguh bertuah bagi Najib kerana disajikan peluang keemasan seiring negara China menggerakkan pembangunan infrastruktur negara-negara di sepanjang inisiatif "Belt and road" (iaitu zon ekonomi jalan sutera abad ke-21), dan dengan Malaysia terletak pada kedudukan yang strategik, China boleh mempertimbangkan untuk menyuntikkan sejumlah dana yang besar untuk membangunkan infrastruktur di Malaysia termasuk pelabuhan dan landasan kereta api, dengan itu membangunkan ekonomi Malaysia, dan mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China serta negara-negara Asia Tenggara yang lain. Ternyata, kenyataan Mahathir "anti pelaburan dari China" memainkan peranan untuk menghalang pengaturan strategik Malaysia-China.
Impak Kenyataan Anti Pelaburan China oleh Mahathir pada PRU14
Setakat mana kenyataan "anti pelaburan dari China" oleh Mahathir akan mempengaruhi PRU14? Ini adalah persoalan yang rakyat semua bangsa (terutama masyarakat Cina) di negara kita prihatin.
Kenyataan "anti pelaburan dari China" oleh Mahathir secara amnya menimbulkan perasaan muak dan benci terhadap Mahathir dan PPBM, dan menimbulkan perasaan kecewa dan tidak puas hati terhadap PH (terutamanya DAP) di kalangan masyarakat Cina yang mempunyai perasaan persahabatan atau suka terhadap negara China. DAP yang bergantung sepenuhnya pada undi Cina sesungguhnya dapat merasakan kesan yang timbul daripada kenyataan "anti pelaburan dari China" ini sebelum rakannya yang lain. Pada separuh tahun kedua tahun lepas, pemimpin muda DAP seperti Tony Pua dan Liew Chin Tong turut mengikuti Mahathir dalam membuat kenyataan "anti pelaburan dari China". Bagaimanapun, sejak awal tahun ini, pemimpin DAP yang bimbang akan kehilangan undi Cina berhenti daripada terus berbicara mengenai perkara ini. Maka, kini hanya tinggal Mahathir sahaja yang meneruskan sandiwara dalam isu ini - ini kerana Mahathir sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mempunyai misi khas dalam memancing undi Melayu dan meraih sokongan daripada pengundi yang mempunyai prasangka terhadap China atau Parti Komunis China.
Kenyataan "anti pelaburan dari China" oleh Mahathir sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada Pakatan Harapan (khususnya kepada DAP) dalam usaha memenangi kerusi parlimen dan DUN. Kesan tersebut tidak lain daripada:
- 1. Pengundi Cina yang pada awalnya mahu mengundi Pakatan Harapan (terutamanya DAP) mengubah fikiran mereka dan membuat keputusan "tidak mengundi" atau "membuang undi rosak".
- 2. Senario terburuk: Pengundi Cina yang kecewa atau tidak puas hati dengan Pakatan Harapan (terutama dengan DAP) terus mengundi parti komponen BN atau parti pembangkang yang lain.
- 3. Akibatnya, DAP mungkin kehilangan beberapa kerusi parlimen dan DUN yang dipertandingkan. Lebih mengecewakan lagi jika perkara malang ini berlaku pada kawasan yang dipertandingkan oleh "pemimpin utama" DAP.
0 comments:
Post a Comment