Sahabat Rakyat meraikan ulang tahun ke-14
Mengundang pakar meneroka fasa baharu refomasi demokratik
Kenyataan kedua (29 Julai 2015)
Sahabat Rakyat anjurkan Forum "Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia" dan jamuan untuk menyambut ulang tahun ke-14 pada 6 September 2015 (Ahad), pukul 11 pagi hingga 2 petang di Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor. Tunjuk kupon untuk masuk dan sertai program.
Sahabat Rakyat akan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke-14 pada 6 September 2015 (Ahad), pukul 11 pagi hingga 2 petang di Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor. Majlis mengandungi dua program utama iaitu, forum bertema (pukul 11pagi hingga 1 petang) dan jamuan makan (pukul 1 hingga 2 petang). Para Hadirin digesa mendaftar diri pada pukul 10.30 pagi supaya forum dapat dimulakan tepat pukul 11, dan meluangkan masa secukupnya untuk sesi soal jawab. Sahabat Rakyat, dalam kenyataan “Mukadimah” majlis yang dikeluarkan pada 13 Julai menyatakan bahawa:
- (1) Malaya, Sabah dan Sarawak pada asalnya terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai bangsa, budaya dan agama sebelum pembentukan Malaysia, tetapi selepas pembentukan Malaysia, UMNO melaksanakan asimilasi paksaan dan penindasan bangsa terhadap masyarakat bukan Melayu bukan Islam melalui perlaksanaan polisi tegar pemelayuan negara diikuti dengan pengislaman negara.
- (2) Oleh sebab itu, klik pemerintahan hegemoni Melayu yang diwakili oleh UMNO sudah tentu menjadi sasaran utama perjuangan reformasi demokratik rakyat semua bangsa di Malaysia; “menolak pengislaman negara, kuburkan pemerintahan hegemoni UMNO” pula merupakan tugas utama dalam perjuagan pembaharuan demokrasi fasa kini.
Oleh kerana PAS, berasaskan keperluan politik mereka sendiri, sanggup membentuk “Pakatan Rakyat” (PR) dengan DAP dan PKR untuk sementara bagi menghadapi PRU ke-13, perjuangan rakyat semua bangsa menolak pengislaman negara dan kuburkan pemerintahan hegemoni UMNO telah melangkah ke hadapan. Namun, pembaharuan demokratik negara kita menjunam ke titik rendah ekoran daripada pemimpin puak ulama PAS yang diketuai oleh Hadi Awang menaikkan semula panji “Hukum Syariah” dan “ajaran Islam” dalam pengelolaan pentadbiran negara, di satu pihak menyingkirkan hampir semua pemimpin progresif dalam parti, di pihak yang lain tergesa-gesa mengisytiharkan mahu menamatkan hubungan dengan DAP sekaligus mengakibatkan PR terpaksa dibubarkan, selepas impian “tukar kerajaan” dalam PRU ke-13 tidak kesampaian.
Barisan pimpinan ketiga-tiga parti komponen PR menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza dalam mengharungi situasi serius ini, rakyat masih menanti dan melihat apa yang bakal dilakukan. Pemimpin-pemimpin progresif PAS yang disingkirkan dalam pilihan parti telah mengumumkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 13 Julai untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baharu yang tetap berteraskan Islam yang akan bergabung dengan PKR dan DAP untuk membentuk “Pakatan Rakyat 2.0” atau satu pakatan politik baharu. Pada 22 Julai, pemimpin PKR dalam tahanan, Anwar Ibrahim membuat pengumuman melalui peguamnya, bahawa satu pakatan baharu akan ditubuhan dan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif seperti BERSIH 2.0, ABIM, IKRAM dan GHB. Namun, rakyat jelata masih belum boleh nampak sebarang perubahan yang menggalakkan dan memberangsangkan yang bakal diusahakan oleh Anwar atau pemimpin PKR lain dan pemimpin-pemimpin GHB dalam menyelesaikan dilema dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat bukan Melayu yang tertindas (terutamanya Cina dan India di semenanjung, Dayak-Iban di Sarawak dan Kadazan-Dusun di Sabah). Pemimpin DAP yang bagai inti atas nasi pada masa kini, Lim Kit Siang berterus-terang bahawa DAP dan PKR sedang membuat persiapan untuk membentuk sebuah “pakatan politik baharu” yang mengecualikan PAS tetapi melibatkan parti politik baru yang bakal ditubuhkan oleh mereka yang tersingkir dari PAS oleh puak ulama. Pada pendapat Lim Kit Siang, rakyat seluruh negara sedang menanti-nanti satu pakatan politik baharu yang akan menghidupkan semula impian menukar kerajaan di Malaysia. Pada masa yang sama, dia juga berpendapat bahawa ramai yang bimbang harapan tersebut mungkin telah dikuburkan seiring dengan kelenyapan PR pada 3 Jun.
Pertubuhan, parti politik dan individu demokratik serta rakyat jelata semua bangsa sedang memantau dan memperbicarakan situasi semasa dan hala tuju masa depan pergerakan sosiopolitik negara kita. Jika ditinjau daripada pelbagai peristiwa dan tindakan, barisan pimpinan ketiga-tiga parti PR seolah-olahnya masih belum jelas sepenuhnya tentang sebab sebenar keadaan bercerai-berai yang kini menimpa PR, tetapi rakyat semua bangsa telah benar-benar mengerti dan menyedari sikap para pemimpin PR yang “menganggap diri sebagai yang paling hebat”dan “tidak mahu menerima pendapat orang lain”. Dengan itu, rakyat semua bangsa mula sedar bahawa "kejayaan pembaharuan demokratik tidak bergantung pada seruan “ubah regim” yang dilaungkan oleh ”pemimpin berkarisma” , “reformasi demokratik mesti memenuhi aspirasi rakyat semua bangsa dan menperoleh sokongan meluas untuk berjaya”. Pertubuhan, parti politik dan individu demokratik harus mengambil iktibar dari pengalaman pahit tetapi berharga dalam proses pembentukan hingga kelenyapan Pakatan Rakyat untuk elak daripada mengulangi kesilapan yang sama.
Sebagai sebuah pertubuhan yang mempropagandakan fikiran demokrasi dan hak asasi manusia dan terlibat dalam gerakan reformasi demokratik di negara ini, sempena meraikan ulang tahun ke-14 [bersamaan 6 September 2015 (Ahad), 11 pagi ke 2 petang] di dewan Restoran DeFortune, Kulaijaya, Johor, Sahabat Rakyat akan mengadakan ceramah untuk "meneroka fasa baru reformasi demokratik di Malaysia". Pakar-pakar berikut diundang untuk menyampaikan ilmu sejati dan pandangan tajam mereka dari perspektif tersendiri masing-masing:
- Dzulkefly Ahmad – Setiausaha Gerakan Harapan Baru
- Ambiga Sreenavasan – Bekas pengerusi BERSIH 2.0, Presiden HAKAM
- S. Arutchelvan – Seketeriat Gabungan Kiri Malaysia
- Waytha Moorthy – Pengerusi HINDRF
- Lina Soo – Presiden Sarawak Association of Peoples’ Aspiration (SAPA)
Sahabat Rakyat menganjurkan forum ini membawa makna:
(1) Sebagaimana biasanya, menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi sebuah NGO (iaitu pertubuhan masyarakat) dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik.
(2) Melalui aktiviti ini dan pertembungan idea antara satu sama lain, merangsangkan lebih banyak pertubuhan masyarakat lain untuk menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi mereka dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik.
(1) Sebagaimana biasanya, menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi sebuah NGO (iaitu pertubuhan masyarakat) dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik.
(2) Melalui aktiviti ini dan pertembungan idea antara satu sama lain, merangsangkan lebih banyak pertubuhan masyarakat lain untuk menyerlahkan sifat kebebasan dan otonomi mereka dalam menyatakan keprihatinan dan pandangan kami mengenai isu-isu berkaitan dengan reformasi demokratik.
Dalam usaha untuk meluaskan kesan propaganda dan penyedaran sesi ceramah ini, di samping mengedarkan makalah tema khas penceramah semasa aktiviti, makalah tersebut juga akan dimuat naik ke blog Sahabat Rakyat (sahabatrakyatmy.blogspot.com) dan dihantar kepada media dalam dan luar negara untuk tatapan ramai.
0 comments:
Post a Comment