Ucapan Pembukaan Moderator Forum
Choo Shinn Chei
Kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) negeri Johor, merupakan satu pertubuhan akar umbi di Negeri Johor dibawah pimpinan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Ia ditubuhkan pada 9hb September 2001 untuk mengerakkan gerakan menentang hegemoni UMNO, menentangan fahaman perkauman, membina demokrasi dan menegakkan hak asasi. Ahlinya termasuk bekas ahli Partai Buruh Malaya, bekas tahanan ISA, bekas aktivis kesatuan sekerja, aktivis bahasa ibunda, aktivis demokrasi dan aktivis gerakan mahasiswa. Tahun ini genap 9 tahun sejak penubuhan JK FOS Johor, usaha memperluaskan fahaman hak asasi manusia dan meningkatkan kesedaran rakyat telah membawa hasil telah membawa sedikit hasil. Kami bersedia untuk meningkatkan usaha dalam perjuangan ini.
Tema Forum Sebagai Program Utama Sambutan Ulang Tahun ke-9
Hari ini merupakan sambutan ulang tahun ke-9 penubuhan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor. Tujuan kami mengadakan aktiviti gabungan forum dengan majlis makan adalah untuk: (1) mengkaji tugas gerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita pada peringkat sekarang; (2) mengeratkan perhubungan dan menggalakkan pertukaran pandangan di kalangan masyarakat yang prihatin terhadap gerakan demokrasi dan hak asasi manusia di negeri Johor. Pemilihan “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” sebagai tema perbincangan hari ini mempunyai sejarahnya tersendiri.
Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor, bersama dengan sebuah pertubuhan kaum India di negeri Johor-Persahabatan Semparuthi telah menganjurkan satu forum yang bertema “Kes MB berkembar Perak, Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” pada 15hb Mei tahun ini. Berucap dalam forum tersebut, Dato’ Zaid Ibrahim yang merupakan bekas Menteri Jabatan Perdana Mentari dan ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), membentangkan hujah pentingnya bahawa “Malaysia telah menjadi sebuah Negara fasis yang baru membangun”. Ekoran itu, Suara Keadilan yang diterbit pada awal Ogos 2010 telah menyiarkan satu artikel tulisan ketua Editor akhbar tersebut Dzulkarnain Taib yang bertajuk “Malaysia Menuju Negara ‘Kuku Besi’?”. Beliau cuba membuktikan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Najib sedang menuju ke arah kerajaan Fasis.
Kini adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis, atau menuju ke arah fasis? Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut? “Dimanakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?” begitulah tumpuan dan renungan semua parti politik, pertubuhan dan individu yang risaukan masa depan negara.
3 Ahli Panel Yang Mempunyai Perwakilan Tertentu Dijemput
Kami memutuskan untuk menjemput tiga orang pemimpin politik yang mempunyai perwakilan tertentu untuk membentangkan kertas perbincangan, memberi ceramah dan menjawab soal hadirin mengenai tajuk perbincangan yang telah kami tentukan. Antara yang diundang termasuk Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) En. S. Arutchelvan, dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Democratic Action Party (DAP) YB. Lim Kit Siang. Memandangkan ketiga-tiga tokoh jemputan merupakan tokoh penting dalam arena politik negara mahupun dalam parti masing-masing, kami turut meminta parti politik masing-masing agar menghantar wakil untuk membentangkan pandangan parti mereka seandainya tokoh-tokoh undangan kami tidak dapat meluangkan masa untuk hadir bersama kami. Rasional kami mengundang 3 panelis tersebut adalah:
Pertama, Tuan Guru Nik Aziz dan PAS secara amnya merupakan pemimpin dan parti politik yang mewakili golongan Muslim Melayu dari lapisan masyarakat pertengahan dan bawahan, yang mempunyai sokongan akarumbi yang kuat dan meluas. Aktivitinya berpusat di masjid/surau (terutamanya di kawasan desa). Selain itu, Tuan Guru Nik Aziz dan sesetengah pemimpin dalam PAS dengan tegasnya menentang hegemoni UMNO kerana menyedari kelicikan dan reaksioner golongan hegemoni UMNO melalui pengalaman pahit mereka semasa PAS digabungkan ke dalam BN.
En. S. Arutchelvan dan PSM secara amnya mewakili rakyat bekerja bawahan yang paling tertindas dan miskin, terutamanya kaum India yang sengsara mencari jalan keluar selepas dihalau keluar dari kawasan ladang. En. S. Arutchelvan dan pemimpin utama dalam PSM mempunyai pendirian yang jelas dan semangat berjuang, di mana kebanyakan daripada mereka merupakan pejuang utama dalam perjuangan menentang penindasan dan pemerasan.
Lim Kit Siang dan DAP secara amnya merupakan pemimpin dan parti politik yang mewakili kepentingan dan harapan kelas kapitalis kecil dan kelas rakyat bekerja, terutamanya kaum Cina termasuk peniaga, penjaja, buruh, petani dan nelayan. Lim Kit Siang dan DAP selama ini mendedahkan kes-kes rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, dan dengan dasar menentang pemerintahan negara dengan Islam yang jelas, telah memperolehi sokongan ramai.
Lim Kit Siang tidak dapat meluangkan masa untuk hadir memberi ceramah. DAP telah membuat keputusan menghantar Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong sebagai ahli panel. Liew Chin Tong juga merupakan ahli Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik DAP dan ahli parlimen kawasan Bukit Bendera.
Pendirian dan Sikap Kami yang Serius
Akhir sekali, saya mewakili Jawatankuasa Kerja ingin menyampaikan kepada semua bahawa SUARAM dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS committee) Negeri Johor, merupakan NGO yang berjuang untuk demokrasi dan hak asasi. Pertubuhan kami bukan merupakan organ kepada mana-mana parti politik. Tujuan kami mengadakan program kali ini, adalah bukan untuk menyokong mana-mana parti politik menjadi parti pemerintah tetapi memajukan lagi perkembangan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia. Ini adalah pendirian dan sikap kami yang serius.
Biar saya memetik ucapan En. Nyam Kee Han, yang dijemput oleh DAP Miri mewakili Jawatankuasa kami dalam menghadiri Majlis Makan Malam Ribuan Orang sempena Sambutan 30 Tahun DAP mendarat di Sarawak, yang diadakan di sebuah restoran di Miri. Saya ingin berkongsi kata-katanya dengan para hadirin di sini, di Johor dan seluruh Negara, untuk mengulangi pendirian dan sikap kami sebagai sebuah NGO yang serius seperti berikut:
1. Asalkan arah utama adalah sama, baik individu atau kelompok harus bersatupadu, untuk mempertahankan demokrasi dan hak asasi manusia serta memperjuangkan keadilan sosial. Masyarakat madani memerlukan parti politik dan juga NGO yang memperjuangkan kepentingan orang ramai
2. Perbezaan antara NGO dan parti politik ialah: parti yang berkuasa memegang kekuasaan negara, manakala pembangkang berharap suatu hari menggulingkan parti yang berkuasa dan mengambil alih kuasa memerintah. NGO pula berbeza, tujuan mereka adalah untuk memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan sosial, bukan untuk menguasai atau mengambilalih kuasa negara.
3. Sifat dan status NGO tidak akan berubah tidak kira parti politik mana yang berkuasa, di bawah pemerintahan BN, NGO tetap NGO, di bawah pemerintahan PR, pun tetap NGO. NGO akan sentiasa bertindak demi kepentingan rakyat.
4. NGO menyokong mana-mana parti dan pertubuhan yang berkhidmat untuk rakyat. Kalau mana-mana parti politik melawan rakyat dan menjadi zalim selepas memerintah negara, NGO akan menentang bersama dengan rakyat.
Dalam Forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” pada hari ini, kami turut melaksanakan prinsip yang sama dalam semua perkara.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong program kami.
0 comments:
Post a Comment