Wednesday 6 August 2008

Pelajar Sekolah Rendah: Kami mahukan Bahasa Ibunda Dalam UPSR!

恢复母语教数理行动委员会

JAWATANKUASA BERTINDAK MENGEMBALIKAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK (JKBI)

Kepada: Editor,

Lampiran:

1. Memorandum lengkap dengan kesimpulan lapran soal selidik dan senarai organisasi yang menandatangani memorandum bersama;

2. Gambar: dari kiri: Sallehhuddin, Nyam Kee Han, Cheah Yin Hong dan See Siew Min.

Pelajar Sekolah Rendah:

Kami Mahukan Bahasa Ibunda dalam UPSR!

JKBI menghantar Memorandum menuntut PPSMI dihentikan serta-merta

[Kenyataan Akhbar JKBI, 5 Ogos 2008]

(Putrajaya, 4 Ogos) JKBI yang terdiri daripada 7 organisasi dari Johor menghantarkan memorandum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) petang ini, menuntut supaya Menghentikan Dasar PPSMI di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta. Wakil JKBI yang hadir dalam penghantaran memorandum termasuk Sdr Nyam Kee Han, Sdri Cheah Yin Hong dan Sdri See Siew Min. Mengikut keputusan soal selidik yang telah dijalankan, 84.3% daripada pelajar mengharapkan soalan dalam UPSR dikeluarkan dalam Bahasa Ibunda.

Penghantaran Memorandum:

Wakil Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI): Sdr Nyam Kee Han

Tuntutan

1. Menghentikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta;

2. Mengembalikan penggunaan Bahasa Ibunda sebagai Bahasa Pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah;

3. Menghormati Hak Asasi Rakyat mendapatkan pendidikan melalui medium Bahasa Ibunda.

Negeri Johor> turut disertakan bersama oleh JKBI kepada KPM. Seramai 1862 orang pelajar dan juga 117 orang guru telah terpilih sebagai sampel dalam proses soal selidik ini.

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Menteri, Mohd Sallehhuddin Hassan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan. Beliau berkata, KPM sedang menjalankan kajian teliti terhadap PPSMI ini oleh sekumpulan ahli professional. KPM akan cuba mengambil kira pandangan dari semua.

Sdr Nyam Kee Han berharap kenyataan dari KPM ini bukanlah satu retorik seperti yang selalunya berlaku. JKBI akan menyebarkan memorandum dan lapran lengkap kepada masyarakat. Walaupun kerja soal-selidik tersebut hanya dijalankan di sekitar Johor, namun ia sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan sebenar hasil implimentasi polisi tersebut di negara kita saat ini. Oleh yang demikian, JKBI menuntut supaya polisi tersebut dihentikan secara serta merta. Sdr Nyam turut berkata, JKBI bersedia bertukar pandangan atau bekerjasama dengan pihak yang berkongsi perjuangan yang sama ini, melalui telefon (016-7782707) atau e-mel: sahabatrakyat.my@gmail.com

Isi Kandungan Memorandum

Perubahan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik merupakan keputusan yang bakal memberi implikasi mendalam kepada generasi yang akan datang. Namun, kerajaan dilihat seakan-akan tidak pernah mengambil kira pendapat masyarakat secara keseluruhannya sebelum melaksanakan polisi ini pada tahun 2003 dan terus dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa ada kajian mendalam yang dilakukan sebelumnya. Bermula saat itu juga, telah banyak pertubuhan pendidikan, NGOs dan parti politik yang menyuarakan bantahan mereka secara lantang.

Proses pembelajaran ilmu seperti Sains dan Matematik melalui Bahasa Ibunda merupakan kaedah yang paling berkesan dan telah terbukti berjaya di banyak negara maju di dunia ini seperti di Jepun, Jerman dan juga Perancis. Manakala, tahap kefahaman pelajar akan merosot apabila mereka terpaksa belajar di dalam bahasa pengantar yang berlainan dengan bahasa harian (mother tongue) mereka dan ini boleh meninggalkan kesan tekanan terhadap jiwa dan mental para pelajar.

Golongan pelajar sebenarnya merupakan mangsa utama kepada dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pelajar di SJK(C) terpaksa mengikuti kelas Sains dan Matematik dalam dwibahasa ataupun lebih dikenali sebagai ‘penyelesaian 2-4-3’ (suatu hasil penyelesaian politik dalam hal pendidikan). Banyak pelajar SK pula terus kehilangan peluang atau dicabuli hak untuk menggunakan Bahasa Ibunda dalam mempelajari dua subjek penting ini.

Walaupun kerja soal-selidik tersebut hanya dijalankan di sekitar Johor, namun ia sedikit sebanyak dapat menggambarkan keadaan sebenar hasil implimentasi polisi tersebut di negara kita saat ini. Oleh yang demikian, JKBI menuntut supaya polisi tersebut dihentikan secara serta merta.

Negeri Johor>

Salah seorang responden laporan ini, Sdri Cheah Yin Hong berkata,

Kajian ini telah menyediakan suatu saluran alternatif untuk mendedahkan pandangan guru dan pelajar yang terlibat dalam polisi PPSMI yang diperkenalkan sejak tahun 2003. Sampel:


Sekolah Kebangasaan dan Sekolah Agama (SK) (orang)

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK(C)) (orang)

Guru

Pelajar

Guru

Pelajar

Kawasan:

- Bandar

- Luar bandar

5

7

306

188

45

60

602

766

Mengikut Keputusan Soal Selidik:

5.2.2 Pandangan Guru terhadap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Soalan 1Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah satu langkah yang bijak.

Tidak setuju: 80 orang68.4%


SKorg

SJK(C)org

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Tidak setuju

1

3

35

41

Tidak pasti

1

3

4

12

Setuju

3

1

6

7

Soalan 3Penggunaan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik/Sains lebih berkesan daripada penggunaan bahasa Inggeris.

Setuju: 106 orang90.6%


SKorg

SJK(C)org

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Tidak setuju

1

1

1

1

Tidak pasti

1

3

0

1

Setuju

3

3

43

57

Tidak memberi jawapan

0

0

1

1

Soalan 8Pengajaran Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris menyusahkan pelajar dalam memahami isi pelajaran.

Setuju: 104orang88.9%


SKorg

SJK(C)org

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Tidak setuju

4

2

0

1

Tidak pasti

0

1

0

3

Setuju

1

4

44

55

Tidak memberi jawapan

0

0

1

1

Soalan 9Pengajaran Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris menyusahkan guru menjalankan aktiviti pembelajaran.

Setuju: 101 orang86.3%


SKorg

SJK(C)org

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Tidak setuju

5

4

0

1

Tidak pasti

0

0

0

4

Setuju

0

3

44

54

Tidak memberi jawapan

0

0

1

1

5.3.2: Respon Pelajar terhadap Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Soalan 4Saya lebih memahami soalan peperiksaan Matematik dalam ______.

Bahasa Ibunda: 1539 orang82.7%


SK%

SJK(C)%.

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Bahasa Ibunda

201

108

537

693

Bahasa Inggeris

89

79

59

65

Lain-lain

10

1

0

0

Tidak memberi jawapan

6

0

6

8

Soalan 12Saya harap soalan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan dalam ___________.

Bahasa Ibunda: 1569 orang84.3%


SK%

SJK(C)%

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Bahasa Ibunda

218

131

536

685

Bahasa Inggeris

73

53

58

71

Lain-lain

6

4

0

1

Tidak memberi jawapan

9

0

8

9

Keputusan ini menunjukkan bahawa walaupun dasar PPSMI telah dilaksanakan selama 5 tahun, pelajar-pelajar masih ingin belajar dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

5.3.2 Keadaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Soalan 2Saya boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan guru dalam kelas.

Tidak: 1426 orang76.6%


SK%

SJK(C)%.

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Ya

94

72

165

98

Tidak

211

116

436

663

Tidak memberi jawapan

1

0

1

5

Soalan 7Guru akan memberi penjelasan dalam bahasa Ibunda apabila pelajar tidak memahami pengajaran.

Ya: 1757 orang94.4%


SK%

SJK(C)%.

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Kawasan bandar

Kawasan luar bandar

Ya

282

175

573

727

Tidak

22

13

27

33

Tidak memberi jawapan

2

0

2

6

Statistik di atas telah menunjukkan bahawa para pelajar merasa berpuas hati dengan penggunaan bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik. Akan tetapi, mereka juga menyatakan bahawa guru akan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk membuat penjelasan ketika pelajar-pelajar tidak faham (SK sebanyak 92%, SJK(C) sebanyak 95%). Keadaan ini telah memperjelaskan bahawa meskipun guru mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik, namun masih tidak mampu untuk memastikan pelajar-pelajarnya dapat menguasai konsep Sains dan Matematik dengan baik. Ini dapat dilihat apabila para guru dan pelajar-pelajarnya masih akan menggunakan bahasa ibunda sewaktu menghadapi masalah dalam memahami atau membuat apa-apa penjelasan. Secara kritikal, ini menunjukkan keberkesanan dan pergantungan terhadap bahasa Ibunda di dalam proses pendidikan.

JKBI

Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI) merupakan gagasan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan parti politik yang aktif di negeri Johor, ditubuhkan pada bulan Julai 2007 untuk berganding bahu memperjuangkan hak pendidikan ibunda rakyat. Anggota-anggota JKBI tersenarai seperti berikut:

  • Suara Rakyat Malaysia (Cawangan Johor Bahru)
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
  • Persahabatan Semparuthi (Johor)
  • Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor
  • Yayasan Amal Malaysia (Johor)
  • Persatuan Ulama Malaysia (Johor)
  • Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Zon Selatan

Persatuan, Organisasi, NGO Dan Parti Politik Yang Menyokong Serta Menandatangani Memorandum Ini:

Terdiri daripada 53 organisasi, NGO dan Parti Politik yang berlainan kaum dan kebanyakan dari beractiviti di sekitar Johor.

Termasuk:

12. Gabungan Profesional Anak Johor

19. Kelab Usahawan Muslim Johor

22. Malaysian Tamil Education Research & Development Foundation

48. Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor

Yang Ikhlas,

Nyam Kee Han

Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI)

5 Ogos 2008


0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE