Sunday, 25 September 2016

Dimanakah harapan Pakatan Harapan? (Kemaskini pada 27 Sep: Pautan dan gambar)

 Dimanakah harapan Pakatan Harapan?

Penulis: Chow Yu Hui
Ketua Editor The Rocket; ADUN DAP Bilut, Pahang

Penterjemah: See Siew Min
Artikel Bahasa Melayu ini merupakan penterjemahan daripada teks asal Bahasa Cina yang dihantar sebagai teks ucapan penulis dalam Forum “Membezakan Sekutu dan Musuh Perjuangan, Menguburkan Hegemoni Umno” sempena ulang tahun ke-15 Sahabat Rakyat yang diadakan pada 25 September 2016 di Crsytal Crown Hotel, Johor Bahru. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, versi Bahasa Cina adalah muktamad.


Dalam Pilihanraya Umum yang lalu (PRU ke-13), biarpun Pakatan Rakyat (PR) berjaya meraih 52% undi, PR masih tidak dapat menawan Putrajaya disebabkan pilihanraya yang tidak bersih, dan persempadanan kawasan undian yang tidak adil. Sehari selepas pilihanraya, Najib berhujah tentang “Tsunami Cina” atas keputusan pilihanraya. Pemimpin-pemimpin PR segera membalas bahawa ia sebenarnya “Tsunami Bandar”, namun selepas itu ketiga-tiga anggota Parti PR mula terpedaya, dengan beransur-ansur bersetuju sepakat bahawa kegagalan menarik undi Melayu yang cukup merupakan faktor utama kegagalan PRU ke-13. Bahkan mereka mengharap-harapkan berlakunya “Tsunami Melayu” apabila sokongan rakyat terhadap Najib merosot. Pemikiran tersebut telah menafikan sendiri balasan PR terhadap hujah Najib. Sebenarnya PR telah menyetujui dalam hati bahawasanya “Tsunami Cina” telah berlaku semasa PRU ke-13. 

Maka, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pun berpendapat bahawa meraka kehilangan undi Melayu kerana berada dalam Pakatan Rakyat; Demi mendapat kembali pengiktirafan bahawa mereka adalah pejuang tulen Islam, PAS telah menonjolkan Hukum Hudud dan memutuskan sendiri hubungan dengan perjuangan PR; Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) telah berkembang terlalu kuat sehingga menakut-nakutkan undi Melayu; DAP pula mula berasa parti ini tidak dapat mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.


Oleh sebab Chow Yu Hui telah mengaturkan program lain
pada hari tersebut, maka beliau tidak dapat hadir untuk
berucap. Jawatankuasa forum telah melantik Choo Shinn
Chean untuk membacakan makalah beliau (dalam Bahasa
Cina) dan merumuskan dalam Bahasa Melayu.

Parti-parti pembangkang seiras langkah menetapkan ‘memenangi undi Melayu’ sebagai garis umum dalam PRU akan datang. Mereka beranggapan bahawa mereka sudah semestinya boleh menawan Putrajaya seandainya memperoleh sokongan undi Melayu. Maka dalam beberapa tahun kebelangkangan ini, misi utama mereka adalah menenteramkan “kegelisahan Melayu”, dengan sedaya updaya mengelakkan isu-isu sensitif masyarakat Melayu seperti kaum dan agama, walhasil bermacam-macam sandiwara, antaranya:

Demi memenangi undi Melayu, PKR sanggup memeluk PAS yang telah memungkiri prinsip, mengkhianati rakan sekutuannya dan bermain mata dengan UMNO. Biarpun PAS berkeras-kepala mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PKR tetap memilih untuk bertoleransi dengan PAS di Selangor, mengizinkan PAS terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor. Ini telah menjadikan Kerajaan Negeri Selangor sebuah kerajaan yang ‘freak’ dan aneh, wahai Setiausaha Agung pula menyeru masyarakat bukan Melayu memahami rusuh resah masyarakat Melayu.

Demi memenangi undi Melayu, DAP sanggup mengenangi Tun Razak; membisu diri apabila kuasa-kuasa Diraja bercampur tangan dalam urusan kerajaan (sebagaimana juga PKR dan AMANAH). Apabila berdepan dengan isu-isu hak istimewa Melayu dan hegemoni Islam, DAP tidak lagi mempertahankan pendirian di medan terdepan seperti dahulu.

Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan walaupun mewar-warkan ianya parti yang dibentuk oleh kelompok berfikiran progresif, namum masih tidak dapat menbebaskan diri daripada mitos ‘Kegelisahan Melayu’. Presidennya cuba menyakinkan rakyat bahawa adalah mustahil Malaysia akan diperintah oleh orang Cina. Disamping itu ahli-ahli akar umbi pula menyaran DAP supaya tidak meletakkan calon Melayu untuk bertanding dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerana mengkhuatiri tindakan ini akan memberi gambaran kepada masyarakat Melayu bahawa DAP berwawasan untuk memegang jawatan Menteri Besar, justeru itu menakut-nakuti undi Melayu.

Apa yang lebih tergamam lagi apabila ketiga-tiga parti Pakatan Harapan (PH) berganding bahu mengadakan sidang media pada 19 hb Januari ini, tak tersangka-sangka mereka menekankan lagi bahawa “Pakatan Harapan mengambil peduli dan akan menyelesaikan kegelisahan Melayu”. Mereka sekali lagi menatang keluar Dasar Bersama Pakatan Harapan, menjamin bahawa PH akan mempertahankan hak-hak etnik Melayu tetapi setakat menggunakan istilah “tidak akan mengabaikan” dan berharap boleh mudah membereskan etnik-etnik bukan Melayu lain.

Kabur-kabur harapan Pakatan Harapan


Apakah sebab satu pakatan politik yang mengaku hendak melangkaui politik kaum dan agama, satu pakatan alternatif (untuk memerintah) yang bercakap gah bahawa mereka lebih maju dan berfikiran lebih progresif berbanding dengan BN, begitu asyik dengan kegelisahan satu etnik, merasionalkan “Kegelisahan Melayu”, dan mengutamakan penyelesaian “Kegelisahan Melayu”? Adakah semua ini hanya disebabkan etnik Melayu merupakan majoriti pengundi piliharaya, maka pengundi Melayu semestinya menjadi sasaran perkhidmatan premier PH? Dimana titik ketinggian moral PH dalam meyakinkan orang bukan Muslim dan bukan Melayu bahawa selepas menawan kerajaan pusat, PH tidak akan bertindak sama seperti Barisan Nasional yang mengagung-agungkan Ketuanan Melayu?

Terlebih dahulu, PH semestinya dengan jelas menganalisa di mana “Kegelisahan Melayu”? Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO melalui agenda-agenda fitnah dan mencemarkan imej DAP melalui media perdana sejak lama dahulu, telah berjaya membentuk persepsi fobia tanpa sebab terhadap DAP dalam masyarakat Melayu, mereka senantiasa ingat DAP ingin merampas “Kuasa Politik” yang dimiliki Melayu. Maka kegelisahan di kalangan Melayu wujud apabila DAP dengan lantang menuntut hak-hak samarata untuk semua, sebagai contoh, mansuhkan ketidaksamarataan hak antara bumiputra dan bukan bumiputra, mansuhkan Dasar Ekonomi Baru, tuntut pembelaan samarata bagi sekolah berbilang aliran, menyeru agar kerajaan melaksanakan meritokrasi dalam pemilihan dan promosi bakat dalam semua bidang.

Kesemua tuntutan mengejar hak samarata semua etnik disasarkan tepat pada pemikiran “Ketuanan Melayu” di kalangan Melayu yang sekian lama ditanam oleh UMNO. Dalam PRU ke-13 Pakatan Rakyat tidak dapat melegakan rasa khuatir di kalangan Melayu tentang kehilangan kuasa politik, biarpun antara parti-parti PR terdiri daripada PKR dan PAS yang ahlinya majoriti Melayu.

Pendek kata, Pakatan Harapan (sebelum ini Pakatan Rakyat) sebagai pakatan alternatif yang bersiap sedia mengambil-alih kuasa memerintah, segala tuntutan progresif yang dipaparkan PH demi membentuk politik era baru Malaysia sebenarnya bercanggahan secara intrinsik dengan “Kegelisahan Melayu”. Nampaknya PH sekarang lebih cenderung dan meletakkan tugas menenangkan rusuh resah Melayu sebagai keutamaan, maka mereka seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada isu-isu yang melibatkan sentimen kaum dan agama supaya tidak terpijak periuk api dan diasak oleh UMNO sekaligus menyebabkan kehilangan lebih banyak lagi undi Melayu.

Persoalannya, betulkah dengan perbuatan sedemikian yang nampaknya pragmatik ini dapat menjamin sokongan undi Melayu? Pada hakikatnya selepas PRU 2008, selepas Pakatan Rakyat dibentuk, tiga parti komponen PR telah menandatangani perjanjian agar menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mengakui Islam sebagai agama rasmi Negara, dan menerima Peruntukan Hak Keistimewaan Bumiputra dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi PR masih kehilangan undi Melayu dalam PRU ke-13. Jikalau pakatan berangan-angan boleh mendapat undi dengan menenteramkan kegelisahan Melayu, ke tahap mana Pakatan Harapan harus berundur untuk memperoleh undi Melayu? Adakah PH perlu menyokong perlaksanaan Hukum Hudud? Atau terus mengisytiharkan bahawa tidak lagi memperjuangkan peluang bagi bukan Melayu untuk menyandang jawatan Menteri Besar di Negeri-negeri Melayu?


Bukan Melayu turut Gelisah


Seandainya PH betul-betul berjaya menawan Putrajaya dengan mengelakkan diri daripada tuntutan samarata untuk semua, tetapi hanya dengan menonjolkan isu-isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional (BN), maka barisan pimpinannya akan beranggapan kejayaan ini datang kerana PH berjaya menenteramkan kegelisahan Melayu. Maka kerajaan baru ini akan meneruskan polisi-polisi berat sebelah mengikut kaum dan agama yang digubah oleh kerajaan BN, supaya dapat mengekalkan pemerintahannya lebih daripada satu penggal. Seperti mana kerajaan Pakatan Rakyat/Harapan di negeri Selangor dan Pulau Pinang yang belum nampak lagi melaksanakan apa-apa polisi yang berkesan untuk memansuhkan dasar kuota diskaun bumiputra dalam pembelian hartanah, walaupun telah berjaya menawan pucuk pemerintahan negeri sejak tahun 2008.

Sungguhpun kerajaan PH sebenarnya berupaya membawa serba sedikit perubahan berasaskan kesamarataan, seperti memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan, tetapi jika pada hari nanti masyarakat Melayu menyuara lagi kerisauan mereka akan kerajaan baru, khuatir bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan masyarakat Melayu kehilangan kuasa, atau Program Matrikulasi masih mesti memperuntukkan kuota 90% kepada bumiputra, maka boleh dijangka kerajaan baru akan berbelok ke kanan dengan serta-merta supaya mengambil hati dan menuruti selera kalangan masyarakat Melayu yang kononnya “dalam kegelisahan”.

Agenda menghitam-hitamkan imej Pakatan Harapan tidak akan terhenti selagi UMNO masih wujud. Apakah PH, sama ada memerintah atau tidak, mesti mengutamakan pertimbangan terhadap perasaan etnik Melayu, walaupun ia mungkin tidak selaras dengan nilai-nilai sejagat, walaupun ia mungkin memudaratkan masyarakat Malaysia yang majmuk? Kegelisahan Melayu bagaikan lautan yang tak tersampai tebingnya, PH harus berwaspada dalam membelainya, janganlah sampai mengikut jejak lama Barisan Nasional.

Pakatan Harapan perlu insaf bahawa walaupun masyarakat Melayu memang risau akan kehilangan kuasa politik, namum bukankah masyarakat bukan Melayu sebenarnya juga bimbang akan pertembungan kaum dan agama yang kian runcing? Dengan kerajaan yang malfungsi dalam pentadbiran, yang rancak rasuah dan penyelewengan, yang insitusi politik-ekonomiknya kian roboh, dan yang berleluasa ekstremisme kaum dan agama, selain daripada kelompok berkepentingan segera, siapakah rakyat yang akan merasakan tanah air kita ini aman damai dan masa depan penuh dengan harapan ceria?

Apabila kian ramai orang bukan Melayu kecewa lalu berhijrah keluar, kian ramai orang bukan Melayu terpaksa menyeberangi tambak johor untuk mencari rezeki, apakah kegelisahan orang bukan Melayu tidak memerlukan prihatin utama supaya diselesaikannya? Adakah disebabkan pengundi bukan Melayu telah memberi sokongan menyeluruh kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13, maka Pakatan Harapan telah menganggap mudah dan ramalkan pengundi bukan Melayu sudah semestinya akan mengundi PH dalam PRU akan datang?


Membatasi pencorakan wawasan masa depan


Perbuatan PH dengan sengaja menekankan kegelisahan Melayu agar memancing undi telah membataskan ruang-ruang bagi PH mencorak wawasan masa depan. Perbuatan demikian dengan tidak langsung juga memanfaatkan UMNO, mengizikannya dengan melulu tanpa risau mempermainkan politik perkauman dan agama, kerana UMNO telah checkmate PH memandangkan PH terpaksa akur kepada undi Melayu, maka daya lawan balik PH memang terhad. Keadaan ini dapat dilihat dari kes Himpunan Baju Merah 916 dan kes rusuhan Plaza Low Yat. Sekarang pula Himpunan BERSIH berasa gelisah kerana peserta Cina melebihi Melayu dalam himpunan BERSIH 4, bagaikan himpunan kehilangan kebenarannya jikalau kekurangan penyertaan orang Melayu.

Pakatan Harapan seolah-olah terketar-ketar dalam menyiasat dan memaksa tanggungjawap si pesalah isu kaum dan agama, tidak berupaya langsung kerana UMNO telah berjaya membina suatu suasana ketakutan putih bahawa hegemoni Melayu/ Islam pantang dicabar. Pembangkang yang sepatutnya memainkan peranan membetulkan permasalahan ini pula tidak dapat merempuh situasi baru dan terikut-ikut langkah UMNO bagai buta kehilangan tongkat.

Pakatan Rakyat berjaya memperoleh sokongan 52% undi dalam PRU ke-13 sebab rakyat dapat menyaksikan azam PR, terasa kemungkinan adanya harapan bahawa pakatan politik ini memang bertekad mengusahakan kebahagiaan seluruh rakyat Malaysia. PR pada masa itu tidak pun melaung-laungkan ingin menyelesaikan “Kegelisahan Melayu”, tetapi membebani tanggungjawab untuk mengusahakan Malaysia Baru. Kini Pakatan Harapan semacam langsung tidak menuju arah ini dan tidak menunjukkan ketegasan yang sedemikian.

Pakatan Harapan kini terperangkap dalam pusaran kaum dan agama yang diplot oleh UMNO. PH kelihatan kekurangan tekad melangkaui politik lama, mengangan-angankan undi orang bukan Melayu masih lagi kukuh bagaikan kubu, maka PH boleh berjaya menawan Putrajaya dengan menyambut hati masyarakat Melayu dan mententeramkan “kegelisahan” mereka. Ini bukannya taktik sementara tetapi tidak sedar diri, telah lupa bahawa tumbangkan BN hanyalah sarana tetapi matlamat muktamad sesuatu parti politik itu adalah untuk membangkitkan kesedaran politik rakyat jelata. Walaupun betapa dekatnya kita dengan kuasa pemerintahan, kita tetap tidak boleh menyongsangkan matlamat ini.

Pakatan Harapan merupakan harapan penyelamat terakhir Negara ini, ia tidak boleh menjadi Pakatan Mengecewakan. Dalam berdepan dengan hegemoni Melayu/ Islam yang dipermainkan oleh UMNO, PH perlu teguh memimpin dan mengharunginya,bukannya respon dan pertahan secara pasif; Bagi PH, bukan kegelisahan Melayu yang perlu diselesaikan tetapi kegelisahan seluruh raktyat; Bukan undi Melayu yang perlu diraih tetapi undi harapan daripada seluruh rakyat.

【Catatan pengarang: artikel ini merupakan lanjutan kepada petikan bertajuk "Pakatan Harapan perlukan undi harapan, bukan undi Melayu" yang telah diterbitkan sebelum ini, mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam hujah dan pendapat.】






0 comments:

Post a Comment

通告 Notification

《人民之友》发表对国内政局看法
马来文版已于9月23日刊出
英文版已于10月26日贴出


人民之友成立于2001年9月9日,2018年9月9日是人民之友成立17周年纪念的日子。我们在这一天发表了一篇题为< 联合起来,坚持真正的民主改革! 丢掉幻想,阻止马哈迪主义复辟!>的文章作为纪念。

我们一如既往选择在这一个对我们来说,具有里程碑意义的日子,对我国当前阶段(大选后新政府上台)的政治局势发表一些意见,与为推动我国和世界民主人权运动而奋斗的同道们,互相交流。

为了面向国内不谙华文的广大非华裔群体,也为了让我们对当前阶段的政治局势的意见能够更广泛地传播开去,工委会决定尽快把这篇纪念文章先后翻译成马来文和英文。马来文版已于9月23日刊出。英文版也已于10月26日贴出。点击以下链接即可阅读——



此外,现居新加坡的庄明湖已将他在《人民之友》发表的《20世纪60年代新加坡左派工运问题探索》(正篇)一文的英文译稿传送到编辑部,因原文中所述人物的姓名或者是党团工会组织的全称或简称,在译文中尚未解决或有待查证,需要一些时日来完成——人民之友工委都是自愿挤出时间来进行工作的,因而无法很快完成。经过一番努力,我们终于在9月30日刊出,为我们的17周年纪念增添光彩!

值得在此一提的是,庄文所述的20世纪60年代新加坡工运遭遇问题(除了遭受来自外部的镇压,还要遭遇来自内部的破坏)的见解,或许能为一些读者(特别是不谙华文和不懂新马历史的读者)思考马来西亚民主改革运动在当前阶段面临马哈迪主义复辟的问题,提供一个历史殷鉴,或者是一个新的启示。

Malaysia Time (GMT+8)