Sunday, 18 September 2016

Menolak Pengislaman Negara adalah Tugas Utama Reformasi Demokratik Negara Kita dalam Fasa Kini (Kemaskini pada 27 Sep: Pautan dan gambar; 2 Oct: Video)

Menolak Pengislaman Negara

adalah Tugas Utama Reformasi Demokratik Negara Kita dalam Fasa Kini

Penulis: Choo Shinn Chei

Makalah ini merupakan hasil karangan seorang ahli presidium Sahabat Rakyat Working Committee dan dipaparkan di blog Sahabat Rakyat pada 12 September. Jawatankuasa forum telah mengatur Choo Shinn Chei untuk membentangkan idea asas makalah ini dalam forum “Membezakan Sekutu dan Musuh Perjuangan, Menguburkan Hegemoni Umno” yang diadakan pada 25 September, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh seorang penceramah asal yang akan berucap dalam Bahasa Cina. Gambar ini diambil semasa Choo Shinn Chei berucap dalam forum.
Pemerintahan Hegemoni BN yang diketuai oleh UMNO merupakan punca kesengaraan hidup yang dialami oleh kelas kapitalis kecil semua bangsa dan kelas bekerja yang ramai. Oleh itu, klik pemerintah hegemoni UMNO menjadi sasaran perjuangan utama rakyat jelata semua bangsa. Dari tahun 2008 hingga 2015, Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengetuai perjuangan politik reformasi demokratik yang menentang hegemoni UMNO. Namun, PR yang sekadar mempamerkan diri sebagai perwakilan keazaman rakyat melawan pemerintahan hegemoni UMNO, tidak menerima tuntutan perjuangan rakyat massa tertindas, dan tidak membentuk persefahaman agenda reformasi demokratik. Akhirnya, PR berpecah-belah atas isu Hukum Hudud yang diperalat oleh hegemoni UMNO untuk memecah-belahkan rakyat berbilang kumpulan etnik.

Titik perubahan proses perpecahan dan pembentukan semula politik di kalangan klik pemerintah dan di kalangan rakyat diperintah wujud pada tahun 2016. Perpecahan sebahagian klik pemerintah UMNO mengakibatkan pembentukan Parti Pribumi Bersatu oleh Mahathir dan Muhyiddin yang mewakili golongan kepentingan UMNO yang kehilangan kuasa. Sejak pengumuman “Deklarasi Rakyat – Selamatkan Malaysia”sehingga usaha menggabungkan parti-parti pembangkang dalam persediaan melawan BN dalam PRU akan datang, Mahathir seolah-olah menjadi ketua umum dalam perjuangan menentang BN.

Di samping itu, haluan/garis perjuangan PAS telah berubah selepas puak konservatif pro-UMNO yang diketuai oleh Hadi Awang menguasai pucuk pimpinan PAS sepenuhnya. Mereka telah meninggalkan pendirian menumbangkan hegemoni UMNO dan giat menggerakkan agenda pengislaman negara bersama dengan hegemoni UMNO. Pada bulan yang lepas, PAS telah membentuk Gagasan Sejahtera dengan Ikatan untuk menghadapi PRU akan datang.

Puak progresif dalam PAS telah menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) pada tahun lepas. PAN, PKR dan DAP seterusnya bergabung dan menubuhkan Pakatan Harapan (PH). PH mengalami kegagalan berterusan dalam pilihanraya DUN Sarawak dan dua pilihanraya kecil kerusi parlimen di Semenanjung. Pada ketika ini, sesetengah pemimpin kanan PH cuba bergabung dengan Mahathir untuk melawan Najib.

Walaubagaimana keadaan semasa berubah, proses perpecahan dan pembentukan semula politik dalam tempoh ini akan memberi kesan yang signifikan dalam PRU akan datang. Pada masa ini, badan-badan bukan kerajaan harus membelajari pengalaman dan pengajaran dari kegagalan fasa lama reformasi demokratik terutamanya kejadian perpecahan dan kehancuran PR. Badan bukan kerajaan perlu menunjukkan pendirian yang bebas dan berautonomi, dan memahami makna pengislaman negara yang didominasi oleh hegemoni UMNO terhadap perjuangan menentang pemerintahan hegemoni UMNO. Dengan itu, badan bukan kerajaan dapat memperkasa semula kuasa menentang pemerintahan hegemoni UMNO dengan menjadikan perjuangan menolak pengislaman negara sebagai isi penting dalam fasa kini reformasi demokratik negara kita.


Pengislaman Negara merupakan Strategi Penting kepada Pemerintahan Hegemoni UMNO


Fakta selama ini menunjukkan klik pemerintah hegemoni UMNO mengusahakan agenda pemelayuan negara, sehingga terbentuk sistem perkauman yang mengagung-agungkan bangsa Melayu. Proses pemelayuan negara yang merangkumi projek FELDA, sistem ekonomi Bumiputra dan dasar perkauman sebagainya berfungsi mengalihkan tumpuan kelas menengah dan kelas bawahan massa masyarakat Melayu. Strategi ini berjaya menghalang kesedaran politik mereka dan menipu sokongan tanpa pertikaian daripada mereka. Hegemoni UMNO juga memperalatkan taktik ugutan “konflik antara kaum” sepertimana dalam kejadian “suqiu” atau tuntutan pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua pada tahun 1999. Rakyat massa bangsa Cina dan India yang tertindas diugut sehingga merasa takut dan gelisah sementara para pemimpin dipaksa tunduk dan menyerah. Kesimpulannya, proses pemelayuan negara merupakan cara utama klik pemerintah hegemoni UMNO dalam memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai bangsa sejak tahun 1970-an. Pemelayuan negara membentuk komponen penting dalam strategi pemerintahannya.

Pembangunan industrialisasi negara sejak tahun 1980-an memperlihatkan proses urbansasi dan peningkatan taraf pendidikan secara umum di kalangan masyarakat Melayu. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu mengalami gerakan Islamic revivalism dan keadaan PAS yang semakin kuat di pantai Timur semenanjung. Dalam latar belakang begini, golongan pemerintah hegemoni UMNO yang diketuai oleh Mahathir telah mendorong agenda pemelayuan negara ke pengislaman negara. Perkembangan tersebut membawa makna penting ke atas pemerintahan hegemoni UMNO. UMNO kini bukan sahaja dipamerkan melindungi bangsa Melayu, UMNO turut dipamerkan sebagai parti politik bangsa Melayu Muslim yang melindungi masyarakat Muslim. Tambahan lagi, UMNO menguasai kedudukan pentakrifan dan pengawalan agama Islam dengan menguasai rejim pemerintahan negara.

Secara beransur-ansur, Mahathir memikat Anwar untuk mengislamkan jentera kerajaan (“Islamization of government machinery”), mengamalkan dan membangunkan sistem perundangan, kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi berpandukan ajaran agama Islam termasuk penubuhan bank Islam, insuran Islam, pasaran kapital Islam (debenture, dana unit amanah, saham), Universiti Islam Antarabangsa, pusat perubatan Islam, memperkasa badan birokrasi Islam, dan membentuk dasar diplomatik berasaskan kepentingan masyarakat Muslim antarabangsa. Dalam bidang perundangan (judisciary), dua sistem perundangan iaitu sekular dan Syariah yang saling berautonomi telah diwujudkan. Pada masa yang sama, proses pengislaman negara sedang menghakis had kuasa sistem perundangan sekular sedikit demi sedikit. Ini merupakan punca ancaman kepada ciri kedudukan sekularisme negara kita yang asal.

Berdasarkan perkembangan sedia ada, Najib melancarkan indeks Syariah Malaysia pada Februari tahun 2015, agar pentadbiran negara dalam bidang perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, infrastruktur, alam sekitar dan sosial memenuhi keperluan undang-undang Syariah. Najib begitu bertekad melaksanakan undang-undang Syariah yang sepenuhnya. Pada masa yang sama, Najib meminta para ulama menyokongnya memenuhi keperluan agama Islam dalam pembangunan sistem pentadbiran, dan juga pengagihan kekayaan secara adil dan sama rata.

Pelaksanaan pengislaman negara dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama memaksudkan kepercayaan dan agama yang lain-lain dipinggirkan. Kejadian penindasan bangsa dan digandakan lagi dengan penindasan agama mengakibatkan masyarakat bukan Muslim berasa semakin tidak puas hati selepas pengislaman negara dilaksanakan bertahun-tahunan. Salah satu kesannya adalah kebangkitan perjuangan Hindraf yang mempertahankan kepentingan dan hak golongan penganut Hindu. Demi mencapai keberkesanan sebagaimana dasar pemelayuan negara dapat capai dari segi strategi pemerintahan, klik pemerintah hegemoni UMNO turut memperalatkan taktik ugutan “konflik antara agama”. Contoh tipikal dilihat dalam isu perkataan “Allah” pada tahun 2014. Hak kebebasan beragama masyarakat bukan Muslim dicabuli, mereka dipaksa agar menerima fakta bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan tunduk kepada keunggulan dan keagungan kedudukan agama Islam di negara kita. Niat golongan pemerintah hegemoni UMNO adalah untuk memecahkan perpaduan di antara golongan Muslim dan bukan Muslim, supaya pemerintahan hegemoni UMNO dapat dikukuhkan dan dilanjutkan. Dengan itu, pengislaman negara membentuk komponen penting dalam strategi pemerintahannya.

Secara ringkasnya, pengislaman negara merupakan strategi penting kepada klik pemerintah UMNO untuk memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa demi memperkukuhkan kedudukan pemerintahannya. Kedudukan pemerintahan klik pemerintah UMNO semakin kukuh sekiranya dasar pengislaman negara semakin diperkuatkan. Untuk melawan pemerintahan hegemoni UMNO, pengislaman negara klik pemerintah UMNO dan semua dasar konkrit pengislaman negara harus ditolak sama sekali. Parti politik atau individu yang berjuang demi kepentingan rakyat semua bangsa harus mendedahkan muslihat pengislaman negara klik pemerintah UMNO, dan membela dan mempertahankan hak kedua-dua golongan Muslim dan bukan Muslim secara sama rata. Dengan itu, rakyat semua bangsa dapat bersatu semula dari perpecahan dan membentuk satu kuasa kuat yang tiada tandingan demi mencapai objektif menguburkan pemerintahan hegemoni UMNO. Atas alasan tersebut, kami mempercayai bahawa parti politik atau individu yang melawan pemerintahan hegemoni UMNO tetapi tidak menolak malah menyokong pengislaman negara adalah tidak ikhlas untuk menguburkan pemerintahan hegemoni UMNO. Mereka yang sekadar bertujuan mengganti pemimpin UMNO sebagai pemerintah negara ini, akan meneruskan pelbagai strategi pemerintahan sama yang menghambakan dan menindas rakyat.


Menolak Pengislaman Negara Bukan Menolak Islam


Di negara kita, isi kandungan utama pendirian menolak pengislaman negara adalah penentangan terhadap golongan pemerintah hegemoni UMNO yang melaksanakan perundangan dan dasar kerajaan yang berpandukan ajaran agama Islam dan mempengaruhi semua bidang dan tahap kehidupan masyarakat bukan Muslim. Boleh dikatakan pengislaman negara adalah proses asimilasi ajaran agama Islam yang dipaksakan oleh kerajaan dengan mempergunakan jentera negara terhadap rakyat bukan Muslim. Ciri utama pengislaman negara adalah tekad dan kehendak agama Islam dilaksanakan oleh kerajaan, doktrin agama Islam dipaksakan ke atas rakyat pelbagai bangsa seluruh negara yang asalnya menganut agama lain dan meletakkan penubuhan negara Islam sebagai matlamat muktamad. Sebaliknya, pendirian menolak agama Islam bermaksud menafikan kedudukan Islam di Malaysia sama sekali dan menolak hak sesiapapun menganuti agama Islam.

Contoh yang mudah dilihat dalam senario pejabat kerajaan menetapkan protokol pakaian penganut bukan Muslim di pejabat kerajaan berdasarkan ajaran agama Islam. Bantahan terhadap penetapan tersebut adalah pendirian menolak pengislaman negara. Sebaliknya, pendirian bahawa kerajaan mengharamkan sesiapapun berpakaian berdasarkan ajaran agama Islam di pejabat kerajaan adalah pendirian menolak agama Islam.

Dengan jelasnya, pendirian menolak pengislaman negara langsung tidak sama dengan pendirian menolak Islam. Pendirian menolak pengislaman negara menunjukkan penghormatan ke atas agama Islam sebagai salah satu kepercayaan agama yang dianuti oleh rakyat dan mengharapkan agama Islam berciri menghormati golongan penganut bukan Muslim.

Pendirian menolak agama Islam akan menimbulkan konflik antara agama dan mencabuli hak asasi manusia. Pendirian menolak pengislaman negara sebaliknya merupakan pendirian yang mempertahankan kesejahteraan antara kepercayaan dan agama, dan menghormati hak asasi manusia. Dua pendirian tersebut bertentangan antara satu sama lain. Dalam zaman globalisasi, pendirian menolak Islam bermakna menganggap seluruh masyarakat Muslim sedunia sebagai musuh. Pendirian ini salah sama sekali, tidak masuk akal dan langsung tidak boleh diterima dalam masyarakat Malaysia di mana penduduk majoriti adalah Muslim. Sebaliknya, pendirian menolak pengislaman negara hanya menuju terhadap pemandu utama pengislaman negara, iaitu klik pemerintah hegemoni UMNO, dan juga pemimpin utama PAS yang giat mengusahakan hukum Hudud di negeri Kelantan kebelakangan ini.

Pemahaman ini penting terutamanya apabila ahli akademik seperti Farouk A. Peru yang mengatakan kelihatan wujudnya kecenderungan Islamofascisme yang bersifat penindasan sistematik secara politik di Malaysia dalam beberapa tahun ini (Nota 1). Walaupun pendirian menolak pengislaman negara bermula dari keperluan mempertahankan hak dan kepentingan massa bukan Muslim, tujuannya adalah melawan klik pemerintah hegemoni UMNO, menghalang kebangkitan fahaman fascisme dan mengelakkan negara kita menghala ke authoritarianisme dalam bentuk agama. Ini bukan sahaja langsung tidak mencabuli hak Muslim, ia memberi manfaat kepada semua rakyat massa diperintah termasuk Muslim dan bukan Muslim.

Fahaman dasar pengislaman negara yang hanya berasaskan ajaran satu-satu agama bertentangan dengan fakta bahawa kerajaan lantikan rakyat Malaysia yang sewajarnya mewakili rakyat semua bangsa dan agama. Oleh itu, pengislamanan negara dengan pastinya ditolak oleh golongan bukan Muslim. Di samping itu, asas bantahan terhadap pengislaman negara sebenarnya sehala dengan pendirian masyarakat Cina dan India yang membantah golongan pemerintah hegemoni UMNO hanya mengagungkan sekolah kebangsaan dan mendiskriminasi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Golongan bangsa minoriti pasti membantah kerajaan yang hanya menumpukan penggunaan sumber dari rakyat berbilang bangsa dalam pembangunan dan penyebaran agama Islam dan melindungi kepentingan golongan Muslim dan meminggirkan malahan mendiskriminasi dan menindas kepercayaan dan agama lain-lain dan penganut-penganut mereka. Oleh itu, pendirian menolak pengislaman negara sebenarnya mempertahankan perwakilan kepentingan golongan bukan Muslim dalam kerajaan lantikan rakyat, mempertahankan hak kebebasan beragama golongan bukan Muslim dan mempertahankan hubungan sama rata di antara pelbagai agama yang saling menghormati. Ini pasti akan membantu mewujudkan suasana hubungan harmoni di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

Ciri pengislaman negara yang paling bertentangan dengan prinsip demokrasi dan semangat hak asasi manusia adalah hanya segelintir golongan yang kononnya fasih dalam agama Islam menguasai pentafsiran dasar yang dikatakan berdasarkan ajaran agama Islam dalam seluruh proses pelaksanaan dasar tersebut. Dalam kes pimpinan PAS menggerakkan Hukum Hudud di Kelantan, golongan Muslim biasa dianggap wajib memberi sokongan kepada perlaksanaan Hukum Hudud manakala golongan bukan Muslim dianggap tidak fasih dalam ajaran agama Islam maka tidak patut mempersoalkan dan membantah perlaksanaan Hukum Hudud. Berdasarkan realiti bahawa masyarakat Malaysia yang berciri majmuk, walaupun pelaksanaan perundangan Syariah yang diluluskan secara majoriti melalui prosidur parlimen atau DUN adalah sah di sisi undang-undang, ia pasti ditolak sekeras-kerasnya oleh golongan bukan Muslim dan, gagal memperolehi sokongan daripada golongan yang betul-betul mempertahankan hak kebebasan beragama termasuk Muslim.


Badan Bukan Kerajaan Mengusahakan Perpaduan Rakyat Menolak Pengislaman Negara


Pendirian ke atas tiga persoalan harus dihadapi dengan serius oleh kesemua parti politik dan badan bukan kerajaan yang mempamerkan diri sebagai pengusaha reformasi demokratik pada masa kini. Pertama, bagaimana pengislaman negara diatasi. Kedua, persoalan sama ada Malaysia sebuah negara sekular. Ketiga, tuntutan hak kebebasan beragama daripada golongan bangsa tertindas. Pada ketika ini, ancaman yang berniat menukar ciri sekularisme yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan bukan lagi satu rahsia. Klik pemerintah hegemoni UMNO tidak akan mengubahkan agenda pengislaman negara asalkan ia memberi manfaat untuk mempertahankan rejim. Dari sudut golongan bukan Muslim, proses pengislaman negara di Malaysia sudah sampai ke tahap yang kritikal. Agenda PAS mengusahakan Hukum Hudud di negeri Kelantan akan dijadikan titik penembusan bagi merealisasikan pertukaran perlembagaan negara yang berciri sekular. Selama ini, sebahagian golongan bukan Muslim telah berjuang demi mempertahankan hak kepercayaan dan agama yang sama rata dalam perkara-perkara berasingan terutamanya perjuangan Hindraf yang pernah memberi impak politik yang begitu besar. Pada ketika ini, semakin banyak kuasa organisasi bukan Muslim akan bangkit beransur-ansur demi menolak pelaksanaan Hukum Hudud.

Berdasarkan pendirian berkhidmat untuk rakyat, badan bukan kerajaan akan sedar bahawa inilah waktunya meletakkan isu pengislaman negara sebagai agenda harian. Memandangkan pengislaman negara berkhidmat untuk pemerintahan hegemoni UMNO, perjuangan menolak pengislaman negara berkhidmat untuk perjuangan menentang pemerintahan hegemoni UMNO. Badan bukan kerajaan perlu menghadapi setiap perundangan dan dasar pengislaman negara yang mencabuli hak dan kepentingan golongan bukan Muslim secara konkrit. Seterusnya, badan bukan kerajaan harus mengambil pendirian menolak pengislaman negara dengan gigih dan menuntut hak golongan bukan Muslim yang sewajarnya agar banyak perjuangan massa yang menolak dasar-dasar pengislaman negara terbentuk dan akhirnya bergabung menjadi kuasa massa besar yang menolak pengislaman negara.

Pada masa yang sama, badan bukan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat massa Muslim mengenai ciri sebenar pengislaman negara dan tuntutan rakyat massa bukan Muslim dalam setiap isu berkenaan perundangan dan dasar pengislaman negara, agar mendapat pemahaman dan sokongan rakyat massa Muslim. Walaupun rakyat massa Muslim diperdaya buat sementara waktu, mereka tetap akan menyedari klik pemerintah hegemoni UMNO adalah sasaran utama perjuangan semua rakyat massa seluruh negara pada suatu masa kemudian memandangkan keadaan pemerintahan hegemoni UMNO makin hari makin bobrok. Badan bukan kerajaan perlu menegaskan bahawa pendirian menolak pengislaman negara bukan menolak agama Islam tetapi menolak pemerintahan hegemoni UMNO. Dengan selangkah demi selangkah, rakyat massa berbilang kaum dan agama akan bersatupadu dan membentukkan barisan persatuan menolak pengislaman negara yang akan memberi penentangan kuat terhadap klik pemerintah hegemoni UMNO.

Konflik dalaman golongan pemerintah UMNO telah dicetuskan dengan serius ekoran dari laungan marah rakyat massa seluruh negara yang ingin menyingkirkan pemerintahan hegemoni UMNO dalam dua pilihanraya umum yang lepas. Najib yang sedang berdepan dengan keadaan ekonomi negara yang terus merosot dan pelbagai skandal berada dalam keadaan sukar. Demi mengukuhkan rejimnya, Najib akan mempergunakan semua strategi pemerintahan iaitu agenda pemelayuan negara dan pengislaman negara, tipu daya parlimen berdemokrasi dan penumpasan secara fascisme untuk melepaskan dari pengolakan dalaman dan ancaman luar. Pengislaman negara akan diusahakan dengan lebih menyeluruh oleh klik pemerintah hegemoni UMNO kerana memperolehi kerjasama daripada pimpinan PAS. Boleh dijangka semakin ramai rakyat massa bukan Muslim akan bangkit untuk menolak pengislaman negara.

Pada 26 Mei tahun ini, Dewan Rakyat membenarkan rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Hadi Awang untuk perbentangan ekoran dari rancangan dan aturan menteri dan speaker dari UMNO. Tindakan Hadi Awang sebenarnya berkhidmat untuk pelaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Debat terhadap rang undang-undang tersebut di parlimen ditangguh ke bulan Oktober atas permintaan Hadi Awang. Maka, parti politik dan badan bukan kerajaan demokratik akan berdepan dengan persoalan sokong atau tidak pengislaman negara sekali lagi kerana tidak dapat mengelakkannya.


Fungsi Bebas dan Berautonomi Badan bukan Kerajaan dalam Reformasi Demokratik Fasa Kini


Dengan mengingati pengajaran dari sejarah, reformasi demokratik fasa kini tidak patut mengulangi kesilapan yang serupa, tetapi wajib menuruti tuntutan rakyat massa semua bangsa dan agama. Tuntutan perjuangan utama daripada rakyat massa tertindas yang terutamanya terdiri daripada golongan bukan Muslim adalah pendirian menolak pengislaman negara kerana ia diguna sebagai strategi pemerintahan utama oleh klik pemerintah hegemoni UMNO. Oleh itu, para pemimpin gerakan reformasi demokratik fasa kini wajib menganggap penentangan terhadap pengislaman negara sebagai isi utama agenda reformasi demokratik pada peringkat kini.

Kami mengharapkan DAP yang mewakili rakyat massa kelas pekerja dan kapitalis kecil meneruskan semangat perjuangan mendiang Karpal Singh dengan setegas-tegasnya mengambil pendirian mambantah Malaysia dijadikan negara Islam dan menolak pengislaman negara. Kami mengharapkan PKR dan PAN yang majoritinya terdiri daripada massa bangsa Melayu menghadapi dengan serius realiti hak rakyat massa bukan Muslim sedang dicabuli oleh pengislaman negara, dan menyokong tuntuan rakyat massa pelbagai bangsa yang menolak pengislaman negara dan menuntut hak bangsa dan agama yang samarata. Sokongan terhadap tuntutan tersebut dilihat berkhidmat untuk perjuangan menentang pemerintahan hegemoni UMNO.

Jika reformasi demokratik fasa kini diharapkan memperolehi sokongan rakyat jelata berbilang bangsa dan agama agar merealisasikan objektif menguburkan pemerintahan hegemoni UMNO, tiga perkara berikut harus dilaksanakan. Pertama, badan bukan kerajaan wajib mengambil pendirian yang bebas dan berautonomi dengan membentangkan tuntutan golongan bukan Muslim yang menolak pengislaman negara sebagai isi utama agenda menentang pemerintahan hegemoni UMNO pada masa kini dengan proaktif. Badan bukan kerajaan perlu mendesak balasan langsung daripada barisan pimpinan parti-parti pembangkang utama, dan berusaha menuntut supaya bantahan terhadap pengislaman negara dijadikan isi utama reformasi demokratik fasa kini.

Kedua, barisan pimpinan parti pembangkang utama sewajarnya bergabung dengan semua parti politik yang juga melawan pemerintahan hegemoni UMNO seperti PSM, dan badan-badan bukan kerajaan yang mewakili suara rakyat massa masing-masing terutamanya mereka yang menuntut hak asasi manusia golongan bukan Muslim. Ini termasuk Hindraf yang sepatutnya membuangkan khayalan terhadap UMNO sepenuhnya dan menuntut hak dan kepentingan bangsa dan agama yang samarata bagi pihak golongan penganut Hindu, pertubuhan-pertubuhan rakyat dari Sabah dan Sarawak yang menuntut hak penentuan nasib bangsa sendiri dan kebebasan beragama, Dong Zong dan pertubuhan-pertubuhan pimpinan pendidikan bahasa Tiong Hua yang sepatutnya membuangkan khayalan terhadap pemimpin UMNO-BN dan menentang dasar asimilasi paksaan terhadap pendidikan bangsa. Pimpinan parti pembangkang utama harus bertekad membentukkan barisan persatuan demokratik meluas yang berobjektif menguburkan pemerintahan hegemoni UMNO.

Akhirnya, kami percaya bahawa, asalkan setiap parti politik dan badan bukan kerajaan menghormati kedudukan samarata antara satu sama lain tanpa mengira kekuatan masing-masing, dan semua bekerjasama secara ikhlas atas prinsip mencari persamaan sambil menyimpan perbezaan, dan membantah mekanisme segelintir orang penentu segala-galanya, barisan persatuan demokratik pasti dapat dikembangkan agar merealisasikan impian rakyat menguburkan pemerintahan hegemoni UMNO.

Nota 1: Petikan asal:“In Malaysia, Islamic discourse is currently reflecting a tendency towards a singular truth. Moverover, this tendency manifests itself politically as systematic oppression. We term this strand within the Islamic tradition as ‘Islamofascism’. In Malaysia, perhaps the most overt example of Islamofascist tendencies is the restriction of the use of the word “Allah” by Christians. This word is deemed the sole property of Muslims and its use by non-Muslims is said to be corruptive to Muslims and may cause them confusion. Other examples of Islamofascist tendencies is the action by Islamic courts to legitimize the abduction of children by parents who had recently converted to Islam, that is converting after their marriage and starting their families with non-Muslim spouses. These policies reflect an attitude which supports a singularity of truth – that of an ultra-puritanical Sunni Islam.”Farouk A. Peru, “Understanding Religious Pluralism”, buku ”Breaking the Silence – Voices of Moderation: Islam in a Constitutional Democracy”, muka surat 175.

0 comments:

通告 Notification




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE