Wednesday, 14 September 2016

安华次女称:马哈迪须道歉 为他18年前诬陷安华负责 [附《人民之友》编者按语] / Mahathir perlu mohon maaf atas kesilapan lampau - anak Anwar [Berserta Nota Editor Sahabat Rakyat]

安华次女称:马哈迪须道歉
为他 18 年前诬陷安华负责

作者 / 来源:《光明日报》


【《人民之友》编者按语】人民之友在8月13日针对马哈迪发起《公民宣言》和筹组新政党事件,发表了一篇题为《人民是否会投“马来团结党”看马哈迪是否先做到 3 件事》的声明。声明所说的3件事,其中第2件事就是要马哈迪“公开承认他当年企图毁灭安华的政治前途是一项错误的决定和行动,并向安华家属和全国人民道歉。”

今日国内媒体竞相报道安华次女努鲁努哈(Nurul Nuha Anwar)公开要求马哈迪必须向其父亲道歉的讯息。此时此刻,努鲁努哈的这项行动,是令人激赏的!“马哈迪必须为他18年前企图毁灭安华的政治前途的罪恶行为,而向安华道歉!”这不仅是安华家属不可放弃的要求,也是全国人民不可放弃的要求。

以下是《光明日报》的报道——
[八打灵再也14日讯] 公正党顾问拿督斯里安华的次女努鲁努哈说,前首相敦马哈迪必须公开向安华道歉,及承认过去他对这名反对党领袖的犯下的罪行。

根据《马来邮报》报导,努鲁努哈说,敦马哈迪在想与公正党实际上的领袖成立任何联盟前,必须坦白他在1998年对安华“莫须有”的鸡奸及贪污指控。

“身为一个见证著父亲在过去18年,经历过无数次折磨的女儿,我个人愿望是希望敦马公开向父亲道歉及承认(对安华)莫须有的指控。”

“我想那会缓解一些这个家庭经历过的艰辛,它不会变得更容易,但是你必须变得更强。” 

今年9月5日,当安华在高庭申请临时禁令、阻止2016年国家安全理事会法令落实时,敦马哈迪曾出现在高庭上。

双方对于此举是否一种和解的形式,都保持守口如瓶。

敦马哈迪在1998年9月2日,革除了安华副首相的职位,不久之后安华便被监禁以及被指控鸡奸及贪污。

“我赞同我父亲的观点,原谅但不遗忘。”

努鲁努哈强调,无论如何,家人会尊重安华对于与敦马两人关系所做的任何决定。

“就如我之前所说的,对于我来说,敦马在法庭上出现是一个承认了他的阴谋罪行的清晰姿态,这是一个好开始。”

“无论如何,我们会支持我们父亲及他所做的决定。”努鲁努哈补充。




Mahathir perlu mohon maaf atas kesilapan lampau - anak Anwar

Pengarang / Sumber: Malaysiakini

[Nota Editor Sahabat Rakyat] Pada 13hb Ogos yang lalu, Sahabat Rakyat mengeluarkan sebuah kenyataan bertajuk “Mahathir Perlu Lakukan 3 Perkara Sebelum Rakyat Pertimbangkan Untuk Mengundi Parti Pribumi Bersatu Malaysia”. Antara 3 perkara yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut, perkara ke-2 menuntut Mahathir supaya “Mengaku secara terbuka bahawa cubaan untuk menghancurkan masa depan politik Anwar pada tahun 1998 adalah satu keputusan dan tindakan yang salah, dan meminta maaf kepada keluarga Anwar dan seluruh rakyat.”

Hari ini, media massa negara kita masing-masing melaporkan berita tentang anak kedua Anwar, Nurul Nuha Anwar, menuntut Mahathir untuk meminta maaf kepada ayahnya. Tindakan Nurul Nuha pada ketika ini adalah amat dihargai oleh orang ramai! Tuntutan “Mahathir harus meminta maaf kepada Anwar kerana cuba menghancurkan masa depan politik Anwar 18 tahun dahulu” bukan sahaja merupakan satu tuntutan yang tidak boleh dilepaskan oleh keluarga Anwar, Ia juga merupakan satu tuntutan yang tidak boleh dilepaskan oleh rakyat seluruh negara. Berikut merupakan laporan penuh oleh Malaysiakini:

Anak perempuan kedua Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, mahu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini sedang meringkuk di penjara.

Portal The Malay Mail Online memetik Nurul Nuha sebagai berkata bahawa Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap rekayasa dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Sebagai seorang anak gadis yang menyaksikan azab yang tidak terkira bapa saya lalui 18 tahun yang lalu, hasrat peribadi saya adalah supaya Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka dan mengakui dakwaan berkenaan adalah rekaan.

"Saya rasa ini akan mengurangkan penderitaan yang kami lalui sebagai sebuah keluarga. Ia bukannya akan menjadi lebih mudah, tetapi kamu perlu menjadi lebih kuat," kata Nurul Nuha yang menyelaras kempen keluarga untuk membebaskan Anwar.

Pada 5 September lalu, Mahathir tampil di mahkamah untuk menyokong usaha Anwar untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Kedua-dua pemimpin, bagaimanapun, tidak berterus terang sama ada langkah itu akan menyaksikan kerjasama baru mereka selepas Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 2 September 1998.

Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah, yang menurut keluarganya adalah pertuduhan berasakan politik.

"Saya senada dengan kata-kata ayah, kita maafkan tetapi kita jangan lupa," kata portal itu yang memetik Nurul Nuha.

Beliau juga berkata keluarganya akan menghormati sebarang keputusan Anwar mengenai hubungannya dengan Mahathir sekarang.

"Seperti yang saya katakan, bagi saya, Dr Mahathir hadir di mahkamah adalah petanda bahawa beliau mengakui kesilapannya dalam konspirasi dan ini satu permulaan yang baik.

"Bagaimanapun, kami akan menyokong segala keputusan yang ayah buat," katanya.

0 comments:

Post a Comment

通告 Notification

《人民之友》发表对国内政局看法
马来文版 将在9月底之前 刊出

人民之友成立于2001年9月9日,2018年9月9日是人民之友成立17周年纪念的日子。我们在这一天发表了一篇题为< 联合起来,坚持真正的民主改革! 丢掉幻想,阻止马哈迪主义复辟!>的文章作为纪念。

我们一如既往选择在这一个对我们来说,具有里程碑意义的日子,对我国当前阶段(大选后新政府上台)的政治局势发表一些意见,与为推动我国和世界民主人权运动而奋斗的同道们,互相交流。

为了面向国内不谙华文的广大非华裔群体,也为了让我们对当前阶段的政治局势的意见能够更广泛地传播开去,工委会决定尽快把这篇纪念文章先后翻译成马来文和英文。马来文版将在本月杪之前刊出。英文版也安排在较后日期刊出。

《20世纪60年代新加坡左派工运问题探索》
英文译稿也将在9月杪刊出

此外,现居新加坡的庄明湖已将他在《人民之友》发表的《20世纪60年代新加坡左派工运问题探索》(正篇)一文的英文译稿传送到编辑部,因原文中所述人物的姓名或者是党团工会组织的全称或简称,在译文中尚未解决或有待查证,需要一些时日来完成——人民之友工委都是自愿挤出时间来进行工作的,因而无法很快完成。无论如何,我们争取在本月底刊出,为我们的17周年纪念增添光彩!

值得在此一提的是,庄文所述的20世纪60年代新加坡工运遭遇问题(除了遭受来自外部的镇压,还要遭遇来自内部的破坏)的见解,或许能为一些读者(特别是不谙华文和不懂新马历史的读者)思考马来西亚民主改革运动在当前阶段面临马哈迪主义复辟的问题,提供一个历史殷鉴,或者是一个新的启示。

Malaysia Time (GMT+8)