KENYATAAN AKHBAR SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA
Kenyataan bersama bertarikh 8hb Mac 2016
Sempena sambutan hari Wanita Sedunia 2016, kami para aktivis masyarakat ingin mengutarakan kebimbangan kami terhadap pelbagai kekurangan dalam program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menangani masalah warga ibu tunggal miskin di Negara kita.
Berikutan dengan mesyuarat dengan Timbalan Menteri KPWKM YB Senator Chew Mei Fun pada 14hb. Julai 2015 yang lalu, kami telah menerima maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh kami melalui surat bertarikh 3hb Februari 2016 dari Jabatan Pembangunan Wanita KPWKM.
Diantara kekurangan daripada respon KPWKM yang kami ingin ungkitkan di sini adalah seperti berikut ;
1. Isu Pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Kami amat terkilan dengan justifikasi KPWKM yang masih memegang kepada PGK RM720 sebulan, memandangkan amaun ini tidak lagi relevan pada pendapat kami. KPWKM menerangkan justifikasi PGK sebagai
“adalah asas pengukuran tahap pendapatan bagi memenuhi keperluan minimum makanan dan bukan makanan untuk memastikan setiap ahli isi rumah kekal sihat dan aktif berfungsi dalam masyarakat. Pengiraan PGK ini adalah berasakan konsep pemakanan seimbang World Health Organisation (WHO)…”
Kami mempertikaikan perkara tersebut. Mengikut anggaran kami, pendapatan garis kemiskinan pada masa kini yang berasaskan keperluan sebuah keluarga 5 anggota, 4 orang anak (2 sekolah rendah/ satu di tadika / satu dirumah asuhan) dan seorang ibu tunggal sepatutnya seperti berikut:
Justeru itu, kita mengatakan PGK RM720.00 adalah tidak relevan lagi dan perlu diselaraskan setimpal dengan kos hidup. Maka sebab itulah, kami mencadangkan PGK diselaraskan kepada RM1,500 (keluarga) setimpal dengan kos hidup kini.
1. Khidmat Pegawai Psikologi dan Pegawai Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kami mengalu-alukan perkhidmatan yang disediakan oleh JKM, tetapi kami syorkan pihak Kementerianmemberi publisiti mengenai perkhidmatan kaunselor supaya ibu-tunggal tahu ke mana perlu tuju bila ada masalah. Oleh kerana kekurangan pegawai dan makluman ini, ramai ibu tunggal, wanita mangsa keganasan rumah tangga dan pelbagai mangsa masalah sosial terbiar tanpa panduan.
2. Kemudahan pengasuhan untuk kanak
Kami mencadangkan bahawa pihak KPWKM membeli dan memperuntukkan beberapa unit rumah kos rendah untuk dijadikan rumah asuhan dikendalikan oleh JKM itu sendiri. Kini isu ini ditangani melalui penyediaan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK). KPWKM memaklumkan bahawa hanya terdapat 149 PAKK diseluruh Negara. Jumlah ini tidak mencukupi. Maka dicadangkan, setiap kawasan perumahan rumah kos rendah mempunyai unit PAKK.
3. Pengangkutan Awam untuk golongan miskin kota.
KPWKM memberikan kepastian bahawa suatu mekanisme diwujudkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyediakan pass pengangkutan percuma kepada para pelajar dan juga wargaibu tunggal.
4. Masalah apabila penyumbang tunggal keluarga menjalani hukuman penjara atau di Pusat Pemulihan Dadah
Apakah yang akan terjadi dengan keluarga apabila ahli keluarga tunggal yang bekerja menyara keluarga itu, ditahan, dijatuhkan hukuman penjara ataupun terpaksa berada di Pusat Pemulihan Dadah? Keluarga tersebut secara tidak langsung juga menjadi mangsa hukuman tersebut, tanpa sumber mata pencarian. Setakat manakah golongan ini dipelihara melalui program-program JKM, program 1Azam dan sebagainya. Adakah golongan ibu dan keluarga ini diberikan perhatian khusus?
5. Kuota membeli rumah kos rendah kepada Ibu Tunggal
Kami mencadangkan golongan Ibu Tunggal miskin kota diberikan sokongan dan keutamaan untuk membeli rumah kos rendah pada harga istimewa dan bukannya terbuka kepada harga pasaran terbuka. Sebilangan unit dalam setiap projek rumah kos rendah juga boleh diperuntukkan sebagai skim sewa beli kepada IbuTunggal dengan bayaran ansuran mudah.
6. Adakah bantuan sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran?
Kami difahamkan bahawa, hanya 61,600 ibu tunggal di beri bantuan dengan jumlah RM151juta. Merujuk kepada statistik, terdapat seramai 830,000 (dari jawapan Parlimen) ibu tunggal diseluruh Negara. Adakah ini bermakna yang lain tidak mempunyai masalah menyara hidup?
Jika diandaikan 40% dari ibu tunggal tersebut berada dalam golongan miskin /berpendapatan rendah, iaitu 332,000 ibu tunggal berada dalam kumpulan pendapatan rendah dan patut terima bantuan JKM.
Jelas disini bahawa, bantuan JKM kepada ibu tunggal tidak sampai kepada keseluruhan kumpulan sasarannya dan masih 80% ibu tunggal yang layak tidak menerima apajua bantuan!
Kami ingin tahu siapakah yang menjadi kumpulan sasaran ibu tunggal dalam Pelan Tindakkan PemerkasaanIbu Tunggal yang telah di lancarkan pada bulan Oktober 2015?
Justeru itu, kami daripada organisasi yang bertandatangan dibawah ini menyeru kepada pihak KPWKM menilai semula perancangan bantuan yang sedia ada dan mengolah langkah-langkah baru untuk menangani masalah ibu tunggal dengan serius. Jelas diatas, ada ramai lagi kaum ibu tunggal yang menghadapi kesukaran hidup tanpa apajua bantuan daripada Kerajaan. Tindakan segera perlu untuk menyelesaikan beban mereka.
Sekian, terima kasih .

Organisasi yang menyokong kenyataan diatas adalah seperti berikut ;
1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
3. Inter-Research And Studies (IRAS)
4. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5. Projek Dialog
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7. MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
8. Pusat KOMAS
9. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
10. People Service Organization
11. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
12. Sisters in Islam (SIS)
13. All Women’s Action Society
14. HAKAM
15. Sahabat Rakyat
16. Pertubuhan Angkatan Bahaman, Temerloh, Pahang
17. Sahabat Wanita
18. Tenaganita
19. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, Women Section
20. Parti Sosialis Malaysia
21. Pemuda Sosialis
22. Pusat Pembangunan Masyarakat CDC, Kajang
0 comments:
Post a Comment