Sekiranya anda tidak bersetuju dengan parti pembangkang, tetapi memang tidak puas hati terhadap keadaan politik, ekonomi, budaya, dan sosial pada masa kini, maka anda diminta tunjukkan rasa benci terhadap pemerintahan BN dengan undi rosak.
Negara kita telah merdeka selama 50 tahun, Akan tetapi amalan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita makin hari makin terhakis seperti berikut:
- Sistem parlimen yang tidak demokratik dan menonjolkan sifat palsu dan menipu.
- Pemerintahan BN sentiasa menyalahgunakan jentera negara dan menggunakan undang-undang zalim untuk menindas rakyat.
- Media massa dikawal ketat oleh pemerintah.
- Pegawai-pegawai kerajaan yang makin corrupt dan salah guna kuasa, serta main “politik wang” dan amalan rasuah makin berleluasa.
- Keadilan kehakiman tidak wujud.
Yang paling serius adalah segala bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan sosial telah dilanda fahaman dan amalan perkauman. Kenaikan harga petrol yang mendadak membawa kepada kadar inflasi tinggi semakin membebankan rakyat biasa. Rasa tidak puas hati di kalangan buruh, petani, nelayan, penjaja, peniaga mahupun cendekiawan terhadap keadaan semasa semakin meningkat.
Golongan pemerintah yang diterajui oleh UMNO menggunakan pemikiran agama yang sempit untuk memerintah rakyat, dan menafikan hak kebebasan agama pelbagai kaum. Tindakan mereka yang menghalang pembangunan dan merobohkan tempat sembayang di kalangan rakyat pelbagai bangsa telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan kaum Cina, India dan lain-lain kaum minoriti.
Kebangkitan HINDRAF merupakan hasil daripada konflik masyarakat yang makin mendalam. Dasar perkauman dan kesusahan kehidupan memaksa kaum India bangkit dan menentang, sehingga peniaga dan golongan profesional kaum itu menampil ke hadapan untuk memimpin satu perhimpunan raksasa secara aman pada 25hb November 2007.
Mereka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar tidak adil yang telah dilaksanakan sejak kemerdekaan. Namun demikian, pemerintahan BN menunjukkan sikap keangguhan dengan menggunakan ISA untuk menangkap pemimpin-pemimpin mereka, serta menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan secara aman itu.
Perbuatan itu telah menunjukkan BN berniat untuk terus melaksanakan dasar-dasar menindas dan memerah rakyat jelata pelbagai kaum.
BN meneruskan dasar perkauman
semata-mata untuk mengekalkan pemerintahan
Rakyat kita menyedari bahawa “dasar memisah-misahkan pelbagai kaum” tidak merupakan suatu gejala “semula jadi”. Sebaliknya, syak wasangka antara satu kaum sama lain, perpisahan dan konflik diakibatkan oleh golongan pemerintahan dengan menggunakan berbagai-bagai sumber masyarakat yang dikuasainya.
“Dasar memisah-misahkan pelbagai kaum” berasal dari dasar “pecah dan perintah” penjajah British. Mereka mengekalkan pemerintahan penjajahannya melalui perpisahan dan konflik kaum.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Perikatan dan kemudiannya kerajaan BN mengekalkan dan menginstitusikan dasar “pecah dan perintah” itu sehingga hari ini. Golongan pemerintahan terus mempermainkan isu perkauman melalui media massa demi kepentingan politik mereka. Penghunusan keris oleh Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussien Onn dalam mesyuarat agung UMNO 3 tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) merupakan suatu contoh yang ketara.
UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing menonjolkan imej “pembela Melayu”, “pembela Cina” dan “pembela India”. Ini merupakan suatu penipuan. Sebenarnya, mereka merupakan penindas rakyat pelbagai bangsa untuk memisahkan rakyat demi mengekalkan pemerintahan dan kepentingan sendiri.
Rakyat mesti jelas bahawa kerajaan BN yang diterajui UMNO adalah bersifat autokratik, korupt dan mengabaikan kepentingan rakyat. Komponen BN yang lain (terutamanya MCA dan MIC) merupakan konco-konco UMNO dalam menindas rakyat pelbagai kaum.
Tibalah masanya untuk rakyat
“bersatu memberi tamparan hebat kepada BN”
Diskriminasi kaum telah lama menerajui masyarakat kita. Dasar “Ketuanan Melayu” yang berbau perkauman itu telah lama dominasi politik, ekonomi, budaya dan pendidikan. Tibalah masanya untuk kita mencapai suatu persetujuan baru, dimana semua rakyat pelbagai kaum yang menghargai hak asasi dan demokrasi mengambil tindakan “undilah parti pembangkang, untuk reformasi negara”.
Jika anda tidak setuju dengan parti pembangkang, “tunjukkan rasa benci dengan undi rosak terhadap parti pemerintah”.Menghantar lebih ramai wakil parti pembangkang ke Parlimen dan dewan undangan negeri untuk meluahkan hasrat rakyat yang menuntut perubahan negara, mencapai perpaduan kaum tulen, menghapuskan semua diskriminasi perkauman BN, memperjuangkan hak kesamarataan semua kaum.
Sahabat SUARAM Negeri Johor dengan ini menyeru, Rakyat pelbagai kaum bersatu padu menentang perkauman! Menentang berpecahan kaum! Memberi tamparan hebat kepada BN! Membantah pemerintahan BN! Ini adalah penyelesaian terbaik bagi segala kesusahan dan masalah yang Rakyat hadapi masi kini.
Menyeru kepada para pengundi Negeri Johor bersatu,
untuk menamatkan monopoli BN di DUN dan Parlimen
Kami, Sahabat SUARAM Negeri Johor, sebuah organisasi yang berkerja untuk menegakkan hak asasi manusia di Negeri Johor, dengan ini, menyeru para pengundi seluruh Negeri Johor, bersatu memberi sokongan kuat kepada calon-calon parti-parti pembangkang, untuk mengatasi monopoli BN keatas Dun dan Parlimen Johor.
Kami menyeru kepada pengundi menghantar seberapa ramai yang boleh wakil parti pembangkang ke dalam Parlimen dan DUN supaya memberi satu tamparan yang hebat kepada BN (terutamanya UMNO). Johor merupakan tapak pengasas UMNO dan kubu kuat BN. BN menang dalam kesemua kerusi Parlimen di Johor dalam Pilihanraya tahun 1999; BN kehilangan 1 kerusi DUN dalam pilihanraya tahun 2004 kerana kesilapan teknikal, namun masih memonopoli 99% kerusi-kerusi DUN dan Parlimen.
Polisi perkauman dan diskriminasi kaum yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional, mengalami bantahan dan tentangan yang semakin kuat dan meluas, kerana ia bertentangan dengan kepentingan kebanyakan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Polisi ini pasti akan ditewaskan jika Rakyat pelbagai kaum mengenali selok-belok dan muka sebenar pemerintahan BN, tidak lagi percaya kepada tipu-helah dan tawaran ‘sagu hati pilihan raya’ BN, memberi sokongan padu dan undi kepada parti pembangkang, atau membuang undi rosak dalam pilihanraya kali ini.