Thursday, 10 April 2014

Anjuran Bersama Forum Krisis Perkataan Allah dengan PAS Negeri Johor, Mengharapkan Presiden PAS Pusat Abdul Hadi Awang Hadir dan Berucap 【Kemaskini Pada 10PM: Nota Editor】

 Anjuran Bersama Forum Krisis Perkataan Allah dengan PAS Negeri Johor 
Mengharapkan Presiden PAS Pusat Abdul Hadi Awang Hadir dan Berucap

Penulis: Nyam Kee Han (Ahli Jawatankuasa Sahabat Rakyat Working Committee)

Pengarang Nyam Kee Han (kiri) dan Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor Mohd Nasir Prayitno (kanan) mewakili Jawatankuasa Penganjur bersama Forum "Krisis perkataan Allah•Hak berperlembagaan•Kebebasan beragama" mengadakan pertemuan dengan pembantu peribadi Presiden PAS Pusat Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 7 April untuk menjemput Abdul Hadi menghadiri dan berucap di forum tersebut. Gambar ini diambil selepas pertemuan selesai. 

【Nota Editor】 Jawatankuasa Kerja Forum “Krisis perkataan Allah . Hak berperlembagaan . Kebebasan beragama” telah membuat keputusan untuk menangguhkan forum tersebut yang asalnya ditetapkan pada 13hb April (Ahad) kepada 4hb Mei (Ahad) atas sebab berlakunya perkara-perkara luar jangkaan. Masa dan tempat forum tidak berubah, iaitu forum akan bermula pada jam 2 petang di Auditorium Tingkat 5, Bangunan JOTIC (terletak di sebelah Mahkamah Tinggi Johor Bahru, alamat: 2, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru).

Selain daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah menerima undangan untuk menjadi ahli panel forum, Jawatankuasa Kerja Forum akan mengumumkan satu kenyataan berkenaan penundaan tarikh forum serta nama dan ringkasan pengenalan panel undangan yang lain dalam minggu ini.

Dalam satu mesyuarat bersama dengan pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Negeri Johor Saudara Haji Mohd Mohzit bin Mohi dan setiausahanya Mohd Nasir bin Prayitno baru-baru ini, kami dimaklum bahawa LPN PAS Negeri Johor bukan sahaja tidak akan menarik diri dalam menganjur bersama forum “Krisis perkataan Allah•Hak berperlembagaan•Kebebasan beragama”, malahan mereka akan berusaha keras untuk mendapatkan presiden PAS Pusat Tuan Guru Haji Hadi Awang melalui saluran dalaman parti untuk hadir memberi ucapannya. Forum anjuran bersama ini merupakan satu hasil perkembangan inisiatif LPN PAS Negeri Johor untuk menjemput pihak kami menganjur bersama satu “Dialog PAS dengan masyarakat Cina”. Selepas pertimbangan secara detail dan perbincangan yang serius sama ada mengadakan satu “Dialog” atau forum, kedua-dua pihak mendapat konsensus seperti berikut:

Tiga kata sepakat dalam anjuran bersama forum

1. PAS bersedia supaya masyarakat Cina dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berbangsa TiongHua negeri Johor (iaitu pertubuhan masyarakat seperti pertubuhan perniagaan, pertubuhan berasaskan asal-usul, pertubuhan kebudayaan, pertubuhan tokong dan sebagainya) lebih memahami PAS atau lebih mendekati PAS untuk memperkukuhkan perpaduan dan memperkuatkan kuasa untuk menentang pemerintah hegemoni UMNO/BN. Usaha PAS ini amat dihargai orang ramai;

2. “Krisis perkataan Allah” yang bermula dari Sabah dan Sarawak dan seterusnya merebak ke Semenanjung Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini telah menarik perhatian masyarakat bukan Islam (non-muslim) yang terdiri daripada hampir separuh populasi negara kita, terutamanya membimbangkan penganut agama Kristian di negara ini. Bagi PAS yang hendak melangkaui batasan kaum dan agama, bersiap sedia untuk mengulingkan pemerintahan hegemoni UMNO, maka PAS tidak sepatutnya mengelakkan diri dari membuat pendirian yang jelas ke atas “krisis perkataan Allah” dan pelbagai isu yang wujud ekoran daripada krisis ini. Ini merupakan segunung harapan dari rakyat berbilang kaum terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap PAS;

3. Forum yang bertema “Krisis perkataan Allah•Hak berperlembagaan•Kebebasan beragama” ini dianjurkan bersama oleh dua organisasi. Kami mengundang pertubuhan yang mempunyai perkaitan secara langsung dan yang dapat mewakili bidang-bidang tertentu untuk memberi ucapan dan saling bertukar pendapat. Ini menunjukkan tekad dan keberanian dua organisasi ini dalam usaha melangkaui batasan kaum dan agama serta menggalakkan perpaduan kaum dan keharmonian agama. Kami percaya usaha kami pasti dapat meraih kesefahaman dan sokongan rakyat berbilang kaum.

Saya dapat merasai sama ada LPN PAS Negeri Johor ataupun Sahabat Rakyat Working Committee masing-masing menghadapi tekanan yang sangat besar. Kerja-kerja persiapan forum telah bermula sejak bulan Januari tahun ini lagi. Selama tiga bulan ini, usaha mengundang ahli panel merupakan cabaran yang paling besar. Selepas perbincangan yang serius, Jawatankuasa forum telah membuat keputusan untuk mengundang pemimpin dari pertubuhan yang mempunyai perkaitan secara langsung dan dapat mewakili bidang-bidang khusus untuk menjadi ahli panel dalam forum ini. Akan tetapi, selepas banyak usaha dilakukan, pemimpin pertubuhan yang diundang akhirnya menolak undangan pihak penganjur forum dengan sebab seperti “masa tidak serasi”, “tidak mahu terperangkap dalam politik”, “Isu Allah terlebih dibincang”.

Pada pendapat saya, selagi pemerintahan hegemoni perkauman UMNO masih wujud, kedudukan yang munasabah dan sah di sisi undang-undang kaum minoriti dan masyarakat bukan Islam akan terus diancam. Saya setuju dengan pandangan ahli presidium Sahabat Rakyat Saudara Choo Shinn Chei iaitu “Semua pertubuhan masyarakat, parti politik dan individu demokratik tetap perlu menjelaskan pendirian dan memberi respons mereka ke atas proses Islaminasi negara dan masyarakat kita yang didorong oleh klik hegemoni perkauman tidak kira sama ada halangan penggunakan perkataan ‘Allah’ dapat mencerobohi secara ‘sah di sisi undang-undang’ ke dalam kehidupan sosial masyarakat bukan Islam. Meskipun rancangan awal menghadapi rintangan, cadangan mengadakan forum ini mesti diteruskan! ”

Laporan Saudara Mohzit dan Saudara Nasir dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Forum menyatakan mereka telah memberi “Mukadimah Forum” kepada pengerusi PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang melalui pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw. Hadi Awang telah setuju menjadi salah seorang ahli panel. Kini hanya menunggu penetapan tarikh dan tempat forum oleh Jawatankuasa Kerja Forum. 

Tindakan LPN PAS Negeri Johor menyentuh hati 

Sebagai pemimpin utama dalam LPN PAS Negeri Johor, Saudara Mohzit (Kanan) dan Saudara Nasir memberitahu Jawatankuasa Kerja Forum bahawa mereka amat berharap dan berasa adalah amat penting supaya Hadi Awang dapat hadir untuk memberi ucapannya. Berkali-kali mereka meluahkan hasrat bahawa mengharapkan kehadiran Hadi Awang untuk berucap akan menjadi kenyataan. Sikap cekal dan semangat tak kenal jemu dan lelah Saudara Mohzit dan Saudara Nasir amat menyentuh semua ajk Sahabat Rakyat. Maka dengan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Forum membuat keputusan untuk menghantar wakil dari kedua-dua organisasi untuk bertemu dengan Hadi Awang di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, mengambil kesempatan ini untuk menjalankan satu temu bual dengan beliau serta bertukar pendapat tentang tajuk forum ini demi menggalakkan kesefahaman dan kerjasama antara satu sama lain. Justeru itu, pada 7hb April jam pukul 9 pagi, saya bersama-sama dengan Saudara Ngo dan Saudara Nasir bertolak dari Johor Bahru ke Bangunan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

Walaupun kami telah menghubungi pembantu peribadi Hadi Awang melalui telefon dan beliau telah setuju untuk mengaturkan perjumpaan kami dengan Hadi Awang pada hari tersebut, tetapi kami tidak dapat tetapan masa bagi perjumpaan ini. Ketika kami sampai di Bangunan PAS Pusat jam 1:30 petang, kami mendapati mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat akan bermula pada jam 2 petang, bukannya tamat pada jam dua petang seperti apa yang kami tahu. Mungkin kami tersilap. Maka, kami tidak berjaya bertemu dengan Hadi Awang. Walau bagaimanapun, oleh sebab Nasir tidak berputus asa, kami akhirnya berjaya berjumpa dengan En. Zaihan Bin Mohd Daud di bilik mesyuarat tingkat empat Bangunan PAS selama 45 minit. En Zaihan ialah pembantu peribadi Hadi Awang yang bertanggungjawab dalam pengatur jadual Hadi Awang.

Dalam pertemuan ini, kami menjelaskan serba sedikit latar belakang penubuhan Sahabat Rakyat Working Committee serta tekad dan usaha kami dalam kerja-kerja melangkaui batasan kaum dan agama. Selepas itu, kami menerangkan proses persiapan forum “Krisis perkataan Allah•Hak Berperlembagaan•Kebebasan Agama” secara terperinci kepada En Zaihan. Saya turut memberitahu En Zaihan bahawa pada tahun 2010, demi mengundang pemimpin PAS Tok Guru Nik Aziz hadir kepada forum sempena ulang tahun ke-9 Sahabat Rakyat yang bertajuk “Menentang pemerintahan kuku besi, kuburkan hegemoni UMNO”, kami telah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan seperti mana cara yang dilakukan pada kali ini. Selepas perjumpaan tersebut, saya telah menulis sebuah artikel yang mengisahkan perasaan diri saya. Artikel tersebut telah diterbit dalam Harakah. Nasir turut menunjukkan gambar-gambar dan maklumat-maklumat yang dikumpul olehnya dalam I-Pad mengenai kerja-kerja melangkaui batasan kaum yang dijalankan oleh PAS Negeri Johor dalam menjalin hubungan PAS dengan masyarakat TiongHua Johor. Tindakan ini bukannya untuk berlagak tetapi supaya En Zaihan serta PAS Pusat dapat mengenali kami dengan lebih mendalam.

Selepas itu, saya turut menerangkan isi penting dalam “Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Menjelang PRU ke-13” ( Kenyataan bersama Sahabat Rakyat dan HINDRAF Johor) dan “Tuntutan Pilihanraya Kecil DUN Kajang” (kenyataan bersama tiga pertubuhan masyarakat dan 16 individu demokratik), untuk menjelaskan pendirian politik kami adalah sangat jelas iaitu memecahkan hegemoni UMNO, menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatupadukan rakyat seluruh negeri, merealisasikan tiga tuntutan yang mendesak. Antara tuntutan yang paling utama ialah menghapuskan penindasan kaum dan agama, menegakkan kesamaratan kaum. PAS Johor agak memahami pandangan dan pendirian kami. Kami merasa senang dan lega kerana dalam keadaan di mana “Krisis perkataan Allah” masih membimbangkan semua orang, LPN PAS Negeri Johor masih tetap tidak mundur diri dan terus bekerjasama dengan Sahabat Rakyat dalam menjayakan forum ini.

Kami turut memberitahu En Zaihan tentang cara kami menganjur forum iaitu mengumpul artikel ahli panel, menterjemahkan artikel kepada bahasa yang lain, menyedarkan booklet dan penterjemahan poin-poin penting juga akan dilakukan semasa forum itu. Kami juga akan memaparkan artikel (versi asal dan penterjemahan) ahli panel di laman web Sahabat Rakyat. Tujuan kami supaya pendirian dan pandangan ahli panel ke atas tajuk forum ini dapat disebar luas secara tepat kepada para hadirin dan rakyat jelata.

Pemimpin PAS setuju menjadi ahli panel forum

Selepas mendengar pengenalan dan penjelasan ringkas kami, En Zaihan bertanya berkenaan tarikh dan tempat forum tersebut. Kami memberitahu beliau bahawa forum ditetapkan pada 4hb Mei di Johor Bahru. En Zaihan memberitahu bahawa tempat tidak menjadi masalah kepada presiden parti kerana Hadi Awang sering berurusan di segenap pelusuk seluruh negara. Dari segi tarikh pula, kebetulan Hadi Awang berada di luar negara pada 4hb Mei. Setakat ini masih belum menetapkan tarikh pulangnya. Namum begitu, En Zaihan bertambah bahawa sekiranya tarikh sesuai dengan jadual Hadi Awang, beliau boleh hadir menjadi ahli panel forum. Jika tidak dapat menyesuaikan tarikh forum, PAS Pusat tetap akan menghantar wakil Presiden untuk hadir dan memberi ucapan. Balasan En Zaihan ini bermakna kepimpinan tertinggi PAS Pusat telah dengan sukacitanya menerima undangan kami untuk menjadi ahli panel forum.

Walau bagaimanapun, kami masih amat berharap bahawa Hadi Awang dapat hadir dan berucap di forum ini serta menjawab soalan yang dikemukakan oleh para hadirin forum. Oleh sebab keputusan mahkamah ekoran “Krisis perkataan Allah” berkait rapat dengan masalah diskriminasi dan penindasan kaum dan agama yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan hegemoni UMNO. Maka, kehadiran Presiden PAS Pusat Hadi Awang ke forum untuk berucap dan menghilangkan keraguan dan kerisauan masyarakat bukan Islam ke atas pendirian PAS dalam isu yang begitu besar ini, sudah tentu merupakan harapan penting rakyat semua bangsa dan semua agama seluruh negara.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)