Sunday, 20 October 2013

Pertubuhan Masyarakat Harus Kuasai Perjuangan Berparlimen; Membentuk Barisan Persatuan, Perjuangkan Demokrasi & Hak Asasi Manusia!

Pertubuhan Masyarakat Harus
Kuasai Perjuangan Berparlimen
Membentuk Barisan Persatuan, 
Perjuangkan Demokrasi & Hak Asasi Manusia!
-  Low Sik Thong –
[Nota editor] Makalah ini diterjemahkan oleh Sahabat Rakyat daripada versi asal dalam bahasa Cina. Makalah ini merupakan teks penuh ucapan aktivis kanan pertubuhan Tiong Hua dan Pendidikan Bahasa Ibunda En. Low Sik Thong dalam Forum "Pertubuhan Masyarakat•Perjuangan Berparlimen•Demokrasi dan Hak Asasi Manusia" anjuran Sahabat Rakyat Working Committee sempena Ulang Tahun Ke-12 Sahabat Rakyat pada 20-10-2013 di Restorsn Cathay Kulaijaya, Johor.

Terlebih dahulu, atas forum “Pertubuhan Masyarakat • Perjuangan Berparlimen • Demokrasi dan Hak Asasi Manusia” yang diadakan di sini, saya ingin mengucapkan tahniah secara ikhlas kepada penubuhan Sahabat Rakyat Working Committee yang kini meraikan sempena ulang tahun ke-12.
Dalam tempoh sedekad yang lalu, meskipun menghadapi situasi yang kekurangan sumber-sumber ekonomi dan manusia, dan juga pelbagai tekanan yang tidak diketahu, namun mereka terus menegakkan perjuangan iman dalam isu-isu mempertahankan hak asasi manusia, dan telah memperolehi pencapaian yang cemerlang sejauh ini. Ini memang bukan sesuatu tugas yang senang dilaksanakan.
Pada Oktober tahun lepas, apabila pilihan raya umum makin mendekat, Sahabat Rakyat Working Committee dengan Hindraf Makkal Sakthi (Johor) bersama-sama telah mengemukakan "Seruan NGO-NGO Negeri Johor kepada Rakyat Menjelang PRU ke-13". Mereka menyampaikan sokongan terhadap “20 Tuntutan Pilihan raya ke-13", dimana 20 tuntutan ini merupakan satu “agenda perubahan” untuk  membina sebuah negara yang saksama, adil, samarata dan demokratik. Berdasarkan semangat "20 Tuntutan" (ataupun agenda perubahan) ini dengan situasi khusus di Negeri Johor, mereka menyeru supaya "Memecahkan hegemoni UMNO, menubuhkan barisan persatuan demokratik; Menyatukan rakyat seluruh negeri, merealisasikan tiga tuntutan yang mendesak!" (layari sahabatrakyatmy.blogspot.com/2012/10/13_19.html untuk isi selanjutnya). Walaupun “agenda perubahan” ini hanya dipropagandakan di negeri johor dan dinampakkan seolah-olah memang terhad, tetapi ia mendatangkan kesan positif yang begitu ketara. Sekurang-kurangnya dalam masa yang kritikal ini, ia memberi sumbangan dalam gerakan memecahkan keadaan hegemoni BN yang selama bertahun-tahun medominasi kerusi DUN di negeri Johor, dengan harapan Pakatan Rakyat akan memainkan satu peranan pengimbangan kuasa yang cukup penting dalam DUN.
20 tuntutan yang dikemukakan tersebut meliputi isu-isu yang begitu meluas dan mendalam. Meskipun tidak mampu merealisasikan kesemua tuntutannya dalam jangka masa yang pendek, tetapi Sahabat Rakyat Working Committee telah membulatkan tekad untuk terus berjuang berdasarkan landasan yang sesudah dibina sejak kebelakangan ini. Mereka berikrar menjadikan 20 tuntutan sebagai “program kerja” dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun yang akan datang. Ketekadan hati yang kuat dan pengorbanan diri mereka ini adalah unsur-unsur yang sangat diperlukan untuk mendemokrasikan sistem masyarakat lama di kalangan individu dan pertubuhan. Kita harus menyampaikan penghormatan kepada ketabahan dan semangat mereka ini.
Menurut Sahabat Rakyat Working Committee, objektif penganjuran forum ini adalah “untuk menyediakan satu platform bagi pertukaran idea antara para hadirin” agar kajian dibuat bersama-sama mengenai tiga topik yang berikut:
 (1)   Bagaimana pertubuhan-pertubuhan masyarakat memainkan peranan sentiasa mendampingi rakyat;
(2)   Pada peringkat ini, bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat melayan dan menguasai perjuangan berparlimen;
(3)   Tugas semasa pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita? Persoalan bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat dapat menggerakkan perjuangan demokratik dan hak asasi manusia negera kita ke arah yang betul dengan efektif; dan, apakah program untuk sekaligus mengebumikan pemerintah hegemoni UMNO dan sistem perkauman pada pringkat ini akan dikaji sama-sama.
Pertama, bagaimana pertubuhan-pertubuhan masyarakat memainkan peranan “sentiasa mendampingi rakyat”:
Kita semua tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, di man a masalah kerenggangan dan percanggahan antara setiap kaum merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan. Namun, dengan peredaran masa dan perubahan situasi semasa, kerenggangan dan percanggahan antara kaum dengan sendirinya akan menyesuaikan mahupun menyelaraskan diri antara satu sama lain, lalu saling bertukar-tukar sehingga mencapai keadaan perpaduan dan keharmonian. Proses bertukar-tukar tersebut tidak boleh dipaksa dengan tindakan nilai murni dan etika moral daripada salah satu kaum dikenakan keras ke atas kaum yang lain. Akibatnya, masalah konflik antara kaum dicetuskan dan seterusnya mendalamkan lagi percanggahan yang sedia ada ini. Pendekatan dialog yang rasional dan ikhlas akan membantu dalam menyelesaikan percanggahan antara kaum.
Pemerintah Bertambah-tambah lagi Pemerintahan Pecah dan Perintah Penjajah terhadap Rakyat Pelbagai Kaum
Pada zaman penjajahan, kerajaan imperialis British membimbangkan bahawa para rakyat akan bekerjasama dan bersatu-padu dalam menggulingkan kerajaan penjajah tersebut. Oleh itu, mereka langsung tidak mahu mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk membantu atau menggalakkan kerjasama mahupun perpaduan sesama antara kaum. Sebaliknya, mereka menggunakan cara “pecah dan perintah” yang bertujuan untuk membezakan dan mengasingkan kaum-kaum supaya menerukkan lagi masalah konflik antara kaum. Biarlah kejadian pertempuran kaum akhirnya berlaku agar pihak pemerintah memperolehi manfaat terbesar.
Dilihat secara ringkas, semua kaum seolah-olah tinggal dalam satu keretapi yang sama. Sebenarnya keretapi ini terbahagi kepada sederet petak-petak yang berbeza (Compartments), dengan setiap kaum disusunkan dalam sederet petak-petak yang berasingan ini untuk menjaga diri mereka sendiri. Walaupun bebas berinteraksi antara satu dengan yang lain, bahkan menjadikan sahabat rapat, namun masih terdapat perasaan sejauh jarak dari segi mental di antara kaum. Sebagai contoh, Orang Cina terpaksa berpindah ke Kampung Baru Cina (New Village), Orang Melayu terkandas di kampung Melayu, manakala Orang India dan Orang Dayak masing-masing bertempat di  dalam kawasan ladang ataupun hutan. Disebabkan oleh persekitaran hidup dan latar belakang mereka adalah berbeza, mana-mana pertubuhan masyarakat yang berkeinginan untuk menyeberangi sempadan kaum supaya sentiasa mendampingi rakyat akan menghadapi sesetengah kesukaran. Akibat daripada pemikiran semua kaum ini adalah agak konservatif dan tertutup, rakyat tidak mudah menerima sebarang pengaruh dari kumpulan etnik yang lain. Di samping itu, demi mendapatkan sokongan rakyat, kadang-kadang kerajaan akan menunjukkan sikap keramahan terhadap rakyat. Kerajaan turut menjeritkan slogan “sentiasa mendampingi rakyat”. Namun, konsep “rakyat” dalam minda mereka adalah komposisi pecahan dan bukannya secara menyeluruh.  Walaupun selepas kemerdekaan negara, segolongan elit yang mewarisi pemerintahan penjajah mengambil alih kuasa pemerintah, kecenderungan “pecah dan perintah” semakin dipergiatkan.
Gejala Salah guna Kuasa dan Rasuah Ditimbulkan oleh Kerajaan Didominasi UMNO yang “Sentiasa Mendampingi Kaum Tertentu”
Terlebih dahulu, dengan kedudukannya yang dominan, UMNO berjaya membentukkan perikatan parti politik berasaskan kaum yang dianggotai oleh ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Sejak perlaksanaan rejim negara ini yang didominasikan oleh UMNO, mereka mengganggap diri sendiri sebagai wakil tunggal dalam melindungi hak keistimewaan Orang Melayu. Dengan itu, UMNO mendapatkan kepercayaan dan sokongan majoriti Orang Melayu. Semakin lama semakin kukuh kedudukan UMNO, perikatan politik tersebut diperbesarkan dengan bermula memancing dan menarik penyertaan beberapa buah parti pinggiran. Kemudiannya, Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional.
Pada tahun 1969, Parti Perikatan mangalami kekalahan dalam piliranraya umum. Kerajaan pun mengisytiharkan pembubaran parlimen dan diikuti dengan menubuhkan Majlis Keselamatan Negara bagi menggantikan perlaksanaan operasi kerajaan. Sejak itu, banyak dasar yang tidak menguntungkan kaum bukan Melayu muncul berturut-turut. Berdasarkan pengakuan pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dalam pendengaran awam yang diadakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pedatang asing Sabah yang terbaharu ini, Majlis Keselamatan Negara telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas (secretive task force) yang bertanggungjawab meluluskan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin secara sewenang-wenangnya. Pasukan petugas khas tersebut masih bergiat hingga pilihanraya umum sebelumnya. Skop tugasannya tidak terhad di Sabah, tetapi sudah diperluaskan ke seluruh negara ini. Lagipun, bilangan pendatang tanpa izin yang terbabit telah meningkat jumlahnya daripada beribu-ribu orang sampai berpuluh-puluh ribu orang pada masa kini.
Tindakan yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin sewenang-wenangnya ini tergambar jelas berniat untuk memperluaskan sumber undian BN. Ia banyak mengukuhkan penguasaan UMNO ke atas Barisan Nasional yang mengakibatkan nasib negara juga dikawal tegas oleh UMNO. Sejak itu UMNO menjadi angkuh, ia menyamakan UMNO dengan Barisan Nasional, Barisan Nasional dengan Kerajaan mahupun Kerajaan dengan negara. Akhirnya, segala kegiatan UMNO akan dipersamakan sebagai kegiatan negara. Jadi, kelakuan membangkang dan mengkritik UMNO dianggap sebagai kelakuan anti-Kerajaan mahupun anti-Nasional. Tuduhan sebegini tidak boleh dipandang rendah. Dengan menggabungkan keempat-empat “UMNO”, “Barisan Nasional”, “Kerajaan” dan “Negara” ini (Conflation), ternampak kesan-kesan daripada dua aspek berikut:
(1) Barisan Nasional terang-terang menggunakan dana negara daripada cukai rakyat demi membelanjai pelbagai kegiatan mempromosikan Barisan Nasional;
(2) Barisan Nasional sewenang-wenangnya menggunakan dana Negara daripada cukai rakyat demi peruntukan sumber yang bersifat diskriminasi.
Kedua-dua kesan inilah mendatangkan kelakuan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, terutamanya di bawah kata-kata “kamu tolong saya, saya tolong kamu”. Dengan itu, ketuanan bumiputra dititikberatkan, malah kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain diabaikan. Akibatnya, sistem “Rakyat Diutamakan” ataupun “Sentiasa Mendampingi Rakyat” bertukar menjadi sistem “Kaum Diutamakan” ataupun “Sentiasa Mendampingi Kaum Tertentu” yang berpatriarki. Sistem yang berpatriarki merupakan sesuatu sistem sosial berbentuk piramid hierarki di mana pembahagian kelasnya sangat keras. Cirinya adalah melindungi hak istimewa segelintir golongan bangsawan yang berasaskan pemerasan dan penindasan terhadap rakyat dari kelas bawahan. Sistem ini berfaedah bagi sesetengah orang manakala merugikan pula golongan yang lain, tanpa mengambil kira kepentingan seluruh rakyat masyarakat ini.
Pemerintahan sebegini secara langsung akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan pertentangan daripada kaum-kaum yang dipinggirkan. Mereka yang menyokong kerajaan sebelum ini berubah menjadi anti-kerajaan. Reaksi yang bergoyang-goyang ini melahirkan lingkaran ganas akibat daripada model politik yang berbunyi “kamu tolong saya, saya tolong kamu”. Bukan sahaja konflik antara kaum gagal dilegakan, hubungan antara kaum semakin mempolarisasikan. Berdepan dengan situasi sebegini, kerajaan bukan sahaja acuh tak acuh dan tidak pernah merasa dirinya salah, tetapi menunjuk sasaran serangannya terhadap kaum-kaum yang ketidakpuasan hati dengan sikap angkuh sekali. Kerajaan membalas dendam pada mereka sebagai hukuman, dan mendakwa keras bahawa tidak akan menyesal, bahkan tidak perlu meminta maaf atas sebab perasaan kaum-kaum terpinggir. Sebaliknya, kerajaan langsung tidak mempedulikan persoalan sama ada falsafah politik yang berbunyi “kamu tolong saya, saya tolong kamu” mengandungi unsur-unsur rasuah, dan sama ada ia secara tidak langsung menafikan jaminan berperlembangan yang memelihara hak bebas mengundi.
Sifat Sebenar “Rakyat Diutamakan” atau “Sentiasa Mendampingi Rakyat” yang Dimaksudkan oleh Klik Pemerintah
Satu jenis lagi versi rasmi “Rakyat Diutamakan” dan “Sentiasa Mendampingi Rakyat” adalah berasal daripada Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying. Semasa Leung baru memegang jawatan ini, Phoenix Televisyen pernah sekali menemu bual samanya. Beliau ditanya mengenai bagaimana untuk mentadbir Hong Kong selepas memegang jawatan ini, beliau menjawab: “Terlebih dahulu beliau ingin merapatkan jarak geografi dengan rakyat, termasuk mengerapkan interaksi dengan rakyat demi mencapai perpaduan. Yang kedua, beliau akan merapatkan jarak mental, termasuk langkah pembinaan jiwa dan manangani percanggahan aspek ideologi. Langkah yang kemudiannya adalah untuk merapatkan jarak politik, di mana memperolehi konsensus politik antara kerajaan dengan rakyat.” Sebenarnya, Hong Kong bukanlah sesebuah masyarakat yang berbilang kaum, manakala kebanyakan rakyat hidup dalam wilayah yang sebegitu kecil ini. Jarak geografi disebut tidak wujud sebenarnya, namun ini tidak semestinya melahirkan jarak mental yang rapat di antara kerajaan dengan rakyat.
Ahli-ahli politik cenderung mengadakan lawatan dan berinteraksi dengan rakyat dalam suasana disambut mesra oleh rakyat. Mereka memeluk dan mencium kanak-kanak jika dijumpai. Bagi ahli-ahli politik, objektif “Rakyat Diutamakan” sering dianggap tercapai asalkan kegiatan “berinteraksi” dengan rakyat tersebut kerap dijalankan. Malah, mereka tidak memahami bahawa teori interaksi ini tidak mendatangkan sebarang implikasi. Ia bukan sahaja tidak efektif terhadap masyarakat Hong Kong yang bercorak satu bangsa, satu bahasa, satu negara, tetapi sama juga terhadap negara kita yang berbilang kaum, bahasa mahupun agama ini. Leung seharusnya bermula dari kerja-kerja pembinaan jiwa, penyesuaian mentaliti rakyat dan pertukaran idea di samping melaksanakan lebih banyak dasar yang adil dan saksama. Selain itu, kerajaan Leung harus saling hormat-menghormati dan faham-memahami dengan rakyat agar menggalakkan saling mempercayai. Dengan itu, kerajaan Leung akan mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada rakyat. Jarak geografi dan jarak politik akan didapati rapat walaupun tidak sengaja didekatkan.
'Pembinaan jiwa' adalah satu gagasan pentadbiran negara yang dipelopor oleh En Lim Lian Geok (LLG). Beliau mendorong supaya fahaman feudalisme dan keunggulan satu etnik/budaya digantikan dengan fahaman kepelbagaian dan terbuka. Beliau mendedahkan kecelakaan yang melanda apabila kerajaan melaksanakan dasar bersifat keunggulan satu etnik/budaya. LLG berpendapat sekiranya kerajaan terus memerintah dengan cara autokratik dan mengunggulkan hanya satu etnik, kaum-kaum yang lemah walaupun akan menunduk sementara dibawah tekanan yang kuat, tetapi pasti akan menghasilkan perasaan dan emosi tidak seimbang dan tidak puas hati. Bila-bila masa akan berlaku satu tindakbalas terkejut ekoran perasaan tidak puas hati yang semakin bertimbun. Di pihak yang lain pula, kaum yang menerima agihan pelbagai sumber daripada kerajaan tanpa usaha yang setimpal secara terus-menerus pasti akan wujud keadaan mental yang kurang kompeten dan menjadi lemah serta cenderung kepada bergantung kepada tongkat (yang disediakan) apabila bantuan ini menjadi kebiasaan untuk terlalu lama. Keadaan ini adalah kerugian besar bagi kedua-dua pihak.
Encik Lim Lian Geok Tekankan Kepentingan Menyemai Semangat ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ Lebih dari Setengah Abad Dahulu
LLG berpendapat bahawa dalam saat-saat awal kemerdekaan dan permulaan pembinaan negara, usaha menyemaikan semangat 'hidup berbilang, makmur bersama' kepada semua bangsa, melihat rakyat semua bangsa sebagai ahli keluarga, melayan rakyat semua bangsa secara sama rata dari segi hak dan tanggungjawab adalah paling penting. Negara harus mengambil langkah untuk mendorong dan membantu kumpulan-kumpulan etnik yang mundur di bidang ekonomi dan pendidikan. Tetapi peruntukan khas seperti ini tidak harus dimaktub dalam perlembagaan dan secara langsung menyebabkan negara kita wujud dua jenis kerakyatan yang berlainan kelas. LLG memandang keadaan mundur sesetengah kumpulan etnik adalah keadaan sementara. Dilema kumpulan etnik tersebut pasti boleh diselesaikan, kumpulan etnik tersebut pasti dapat bersaing secara adil dan saksama dengan kumpulan etnik lain jika kerajaan melaksanakan dasar yang adil dan demokrasi. Namun begitu, gagasan 'hidup berbilang, makmur bersama' dan tindakan memperjuangkan hak kesamarataan pendidikan bahasa ibunda yang diambil oleh LLG dilihat sebagai tindakan subversif dan akhirnya menyebabkan hak kerakyatannya dilucutkan. Apabila kerakyatannya dilucutkan, LLG pernah menyatakan bahawa: "gagasan saya akan direnung semula 10 tahun kemudian" dengan penuh keyakinan.
Jika diimbas kembali sejarah 50 tahun selapas kemerdekaan, percanggahan antara kaum di negara kita semakin serius di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), apatah lagi perpaduan dan keharmonian. Kini, rata-rata pertubuhan bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik mendorong kerajaan patut menggantikan fahaman keunggulan satu etnik/bangsa dan tertutup yang kolot dengan fahaman kepelbagaian dan terbuka. Gagasan pentadbiran negara yang dipelopor dan didorong oleh LLG umpama terdapat pewarisnya. Saya berharap pejuang hak generasi muda dapat mewarisi dan mengembangkan semangat LLG demi membina masa depan negara yang sejahtera, makmur dan kuat.
Pandangan Peribadi tentang Bagaimana Pertubuhan Masyarakat Memainkan Peranan ‘Sentiasa Mendampingi Rakyat’
Manakala tentang persoalan bagaimana Pertubuhan masyarakat memainkan peranan "sentiasa mendampingi rakyat", saya akan membuat musahabah daripada pengalaman berpuluh tahun terlibat dalam pertubuhan masyarakat Tiong Hua. Pada pendapat saya, usaha pertubuhan-pertubuhan 'sentiasa mendampingi rakyat' menjangkau batasan kaum sebelum ini amat kurang sekali, malah uasaha parti-parti politik dalam hal ini juga kurang memuaskan. Faktor utama berlakunya keadaan sebegini adalah kekurangan sumber masyarakat yang boleh menjayakan usaha kerjasama dan pemahaman antara komuniti etnik. Kerja-kerja 'sentiasa mendampingi rakyat' menjangkau batasan kaum hanya menjadi sedikit mudah apabila gerakan badan bukan kerajaan (NGO) memperoleh perkembangan signifikan selepas wujudnya gelombang 'reformasi' dalam komuniti Melayu yang dimulakan oleh de facto leader Pakatan Rakyat (PR) -  Anwar Ibrahim.  Jika dilihat dari stunami politik 308 hingga PRU 505, kita boleh berpandangan optimistik terhadap masa depan reformasi masyarakat berdasarkan kenyataan bahawa sekarang PR mampu meraih sokongan 51% pengundi pelbagai kaum. 
Komuniti Tiong Hua turut tidak kurang melahirkan pemuda celik bahasa yang fasih dua atau lebih bahasa yang berkemampuan untuk berkomunikasi dan bergaul dengan kaum lain. Di antara ahli-ahli Sahabat Rakyat juga terdapat beberapa orang muda yang bukan sahaja dapat menguasai lebih daripada satu bahasa, malah pemahaman terhadap demokrasi dan hak asasi manusia juga mendalam. Mereka juga telah membina sekian persefahaman dengan pertubuhan masyarakat pelbagai bidang. Mereka boleh menggerakkan usahasama secara  mendalam dan proaktif dalam kerja-kerja 'sentiasa mendampingi rakyat' menjangkau batasan kaum dan kesedaran fahaman di pelbagai kawasan dan lapisan masyarakat supaya rakyat jelata sedar bahawa pemerintahan hegemoni dan fahaman perkauman akan membawa kemudaratan kepada negara dan sosial serta mendedahkan kerja-kerja kotor kerajaan sekarang yang mengunakan bukti palsu seperti 'sosial kontrak' dan 'teori interaksi' untuk menjustifikasikan pemerintahan hegemoni dan perkauman mereka. Tahun lepas, melalui “Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13” kepada semua rakyat, Sahabat Rakyat Working Committee mengumumkan persetujuan terhadap satu 'agenda reformasi' untuk membina sebuah masyarakat yang sama rata, adil, saksama dan demokratik. Setelah pertimbangkan keadaan objektif negeri Johor, meraka juga mengemukakan seruan tindakan “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!”. Kami harap berasaskan seruan ini, mereka boleh memperluaskan usaha mereka untuk merealisasikan aspirasi bersama semua pertubuhan yang memerihara hak ini.   
Persoalan kedua:  pada peringkat ini, bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat melayan dan menguasai perjuangan berparlimen (termasuk perjuangan di dalam dan di luar Parlimen)?
Persoalan ini merupakan fokus terkini parti-parti pembangkang dan NGO. Dipengaruh oleh sifat kepartian, naluri perjuangan parti pembangkang adalah untuk kepentingan parti, manakala matlamat utama perjuangan NGO adalah untuk membela kepentingan seluruh rakyat. Walaupun terdapat perbezaan, kedua-dua pihak ini masih boleh menjalinkan hubungan kerjasama. Bagaimanapun, NGO mesti secara tegas menjaga sifat kebebasan dengan memegang kepada prinsip 'membicara politik tetapi tidak memegang kuasa memerintah'. Jika terdapat mana-mana pemimpin NGO yang ingin melibatkan diri dalam usaha merebut kuasa, adalah lebih baik beliau meninggalkan NGO dan melibatkan diri sepenuhnya dalam parti politik untuk mengelakkan dilema yang bakal wujud apabila terdapat konflik kepentingan antara parti (pemerintah) dan NGO selepas parti pembangkang berjaya merampas kuasa pemerintahan. Sebaliknya kita boleh bekerjasama dengan mana-mana ahli politik, tidak kira apa parti pun, jika pertubuhan masyarakat boleh mencapai persefahaman dari aspek demokrasi dan hak asasi manusia dengan beliau.  
NGO sudah tidak mungkin mencapai persefahaman dari aspek demokrasi dan hak asasi manusia dengan klik memerintah kerana korupsi struktural sistem sedia ada telah mencapai tahap yang amat tenat. NGO juga tidak akan terpedaya dengan kononnya pelan transformasi yang diwar-warkan kerana rakyat telah semakin sedar ini semua adalah tipu muslihat mereka. Harapan parti pembangkang untuk memenangi kuasa pemerintah tidak akan tercapai selama-lamanya selagi ambang ke parlimen yang melambangkan demokrasi terhalang dengan sistem pilihanraya yang terus dimanipulasi oleh pihak rejim korup, dan penambahan bekalan undi menerusi pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing haram. Dengan itu, kedahagaan rakyat kepada pembentukan sistem dua barisan (two front system) tetap tinggal khayalan.   
Mekanisme Pembahagian Kuasa Dirosakkan, NGO Tetap Perlu Berusaha
Dari aspek lain, walaupun negara kita mengamalkan sistem demokratik pembahagian tiga kuasa (Separation of Powers). Hakikatnya, mekanisme demokratik ini telah dimusnahkan sedikit demi sedikit oleh Barisan Nasional sehingga kini menjadi penguasaan penuh satu kuasa, yakni kuasa pentadbiran (eksekutif) yang ganas dan agresif telah mengungguli kuasa perundangan dan kuasa kehakiman. Era pemerintahan Mahathir yang menyaksikan episod penyalahgunaan kuasa oleh Mahathir untuk campur tangan ke atas sistem kehakiman; Hakim mahkamah persekutuan dipecat sesuka hati; Perlembagaan dipinda sesuka hati untuk memenuhi keinginan dia untuk terus memerintah; kuasa raja-raja disekat telah membuktikan doktrin demokrasi  pembahagian kuasa sudah lenyap dalam sistem pemerintahan negara kita. Selagi penganut Machiavelli seperti Mahathir terus wujud dalam golongan pemerintah, kita susah berpeluang untuk menguasai perjuangan berparlimen sama ada di dalam mahupun di luar parlimen. Namun begitu, NGO yang memerihara hak asasi manusia perlu teruskan perjuangan sehingga pemerintahan hegemoni dan fahaman perkauman dihapuskan.   
Kini, BERSIH2.0 sedang giat memperjuangkan pilihanraya yang bersih. Mereka telah membentuk 'tribunal rakyat' dan memulakan perbicaraan pertama pada 18 September ini. Lebih daripada 100 pakar undang-undang dan penyelidik telah hadir ke perbicaraan ini. Perwakilan dan kewibawaan tribunal tidak boleh dinafikan kerana ia diketuai oleh pakar perlembagaan Nepal Profesor Yash Pal Ghai, dan dianggotai oleh mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia Ramlan Surbakti, bekas pegawai diplomatik Kementerian Luar Negeri, Datuk Azzat Kamaluddin, bekas pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Reverend Dr Herman Shastri. Tribunal menjalankan siasatan ke atas penyelewengan kerana pengendalian kerangka perundangan, undi dan prosedur pentadbiran yang dimanipilasi dalam PRU ke-13. Tribunal rakyat juga akan melihat dalam ketepatan peranan SPR dalam PRU kali ini. Keputusan dan cadangan siasatan dan analisis akan diumumkan oleh BERSIH 2.0 tidak lama lagi. Mari kita tunggu dan lihat keputusannya. 
Kekuatan Perjuangan di dalam Arena Perlembagaan Pimpinan BERSIH2.0 mampu Menggoncangkan Rejim
Aktiviti seperti ini yang dijalankan oleh BERSIH 2.0 dalam arena perjuangan Perlembagaan mempunyai kekuatan yang mampu menggoncangkan rejim. Anggota tribunal terdiri daripada pakar-pakar dalam dan luar negeri. Kerajaan terpaksa memberi perhatian kepada laporan mereka kerana kredibilitinya di masyarakat antarabangsa adalah amat tinggi dan meyakinkan. BERSIH 2.0 telah memutuskan untuk sekali lagi membawa perjuangan ke jalanraya sekiranya kerajaan tidak mengambil perhatian yang serius dan memberi tindak balas yang positif. Sudah pasti BERSIH 2.0 tidak seperti DongZong yang beria-ia dengan cadangan seperti membuat aduan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mendakwa kerajaan, tetapi tidak pula dilaksanakan cadangan-cadangan itu. Andai kata aksi massa ini terpaksa berlaku, peserta yang terlibat pasti akan lebih daripada perhimpunan yang lalu dan pasti akan mendapat sokongan padu daripada rakyat biasa merentas kumpulan etnik. Impaknya sudah pasti lebih besar berbanding dengan bentuk-bentuk perjuangan lama seperti kempen tandatangan, roadshow ceramah dan menghantar momorandum yang dijalankan oleh DongZong.
Stail tidak menentu DongZong amat mengelirukan orang ramai. Terutamanya seperti pemimpin de facto DongZong yang suka merepek dan memberi janji kosong. Dia bertindak pantas dalam membalas satu cadangan tentang 'occupy' Kementerian Pendidikan dengan konsep 'occupy secara  mental'. 'Occupy secara mental ' ini adalah susah dibayangkan walaupun oleh penerima hadiah Nobel, Krugman yang turut melibatkan diri dalam gerakan 'occupy' Wallstreet di AS. Sudah pasti kerajaan amat mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan lain yang terlibat dalam memerihara hak asasi akan belajar 'occupy secara mental' daripada DongZong dalam perjuangan masa depan, supaya pihak kerajaan boleh menjimatkan tenaga FRU yang digunakan untuk menindas rakyat. Dengan bermimpi untuk 'occupy' kementerian secara mental, segala masalah-masalah bagi orang berfikiran 'Ah Q' boleh terselesai begitu sahaja. 
Persoalan yang ketiga adalah tinjauan terhadap tugas semasa pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita. Bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat dapat menggerakkan perjuangan demokratik dan hak asasi manusia negera kita ke arah yang betul dengan lebih efektif; dan, bagaimana mengebumikan pemerintahan hegemoni UMNO dan sistem perkauman?
Memandangkan PR memperolehi sokongan sebanyak 51% pengundi dalam PRU-13 walaupun gagal memerintah, UMNO berasa resah dan malu  di bawah pemerhatian masyarakat antarabangsa. Oleh itu, sifat perkauman ramai pemimpin UMNO yang kalah dalam PRU kali ini telah terdedah sepenuhnya. Ramai  yang dapat rasa bahawa  dasar kerajaan BN baru-baru ini merupakan kesan daripada "kamu tolong saya, dan saya tolong kamu". Oleh demikian, terpulang kepada 51% pengundi tersebut untuk memilih sama ada tunduk kepada pemerintah, ataupun meneruskan usaha ke arah membina sistem dua barisan tanpa ragu-ragu. Yeo Yang Poh, bekas pengerusi Badan Peguam Malaysia dalam sebuah forum terkini, berpendapat pilihan teruskan langkah ke sistem dua barisan adalah pilihan yang betul. Saya setuju dengan pendapat ini.
Strategi Membentuk Barisan Persatuan Demokratik demi Memecahkan Hegemoni UMNO Wajar Dipertimbangkan
Apakah tugas semasa pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia? Saya berpendapat bahawa pembentukan Barisan Persatuan Demokratik yang dicadang oleh Sahabat Rakyat Working Committee sebelum PRU-13 sebagai strategi memecahkan hegemoni UMNO adalah cadangan yang wajar dipertimbangkan. Mereka mencadang “barisan persatuan demokratik bukan sahaja terdiri daripada tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat yang sedang menentang BN [iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP)], tetapi juga mesti menyatukan semua parti-parti politik lain yang menentang UMNO-BN, termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Hak Asasi Manusia (HRP), dan juga pertubuhan-pertubuhan masyarakat (NGO) dan individu pelbagai bangsa, lapisan masyarakat dan bidang. Kami juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan bersama-sama menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO! Kita mengalu-alukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, kelas, parti dan agama, yang menentang amalan korupsi dan hegemoni perkauman UMNO-BN untuk menyertai barisan persatuan demokratik ini, supaya perjuangan untuk hak demokratik dan hak asasi manusia akan maju ke hadapan.”
Secara peribadi, saya setuju sangat dengan kandungan asas pandangan tersebut terutamanya mengenai menyatukan kesemua kekuatan yang dapat bersatu. Namun, ciri asas badan bukan kerajaan (NGO) adalah berbeza dari parti politik. NGO berfungsi membicara politik tetapi tidak memegang kuasa dalam pemerintahan. Tujuan NGO adalah membetulkan kesilapan sesebuah kerajaan. Maka, NGO berperanan memantau dan menggesa kerajaan. Sekiranya tahap korupsi sesebuah kerajaan sudah melampau batasan, tugas NGO adalah menggerakkan rakyat untuk membantah kerajaan. Pada masa yang sama, NGO harus mengenal pasti parti pembangkang yang berpotensi untuk menggantikan dan mereformasikan sistem lama yang tidak adil dan anti-demokrasi. Sekiranya ideologi perjuangan parti-parti tersebut memenuhi hasrat rakyat, rakyat pasti akan menjadikan mereka sebagai pemerintah. Andai kata parti-parti politik “reformasi” menjadi korup secara beransur-ansur selepas memerintah, mereka akan berpisah dengan NGO. Pada masa itu, NGO akan memberi kritikan yang lagi tajam dan desakan yang lagi kuat kepada parti-parti politik itu. Inilah sebab kenapa NGO harus mengekalkan ciri kebebasan dan otonomi serta membezakan diri dari parti politik. Walau bagaimanapun, itu adalah isu masa depan. Tugas utama pada masa kini adalah NGO berganding bahu dengan parti politik pembangkang dalam memajukan usaha pertukaran kerajaan yang belum dicapai oleh 51% pengundi dalam PRU-13.
Menurut laporan “The Star” pada 7 September 2013, Perdana Menteri juga mula menunjukkan minat terhadap NGO. Dia memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan NGO dalam pembangunan negara. Dia berkata, peranan NGO kini menjadi lebih ketara berbanding dulu dalam landskap politik terkini berikutan dengan proses globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Walau bagaimanapun, segala pujian ini hanya dituju kepada pemimpin-pemimpin dari 45 buah NGO Melayu. Menurutnya lagi, walaupun pendekatan UMNO dan NGO Melayu berbeza, namun matlamat dan prinsip perjuangan tetap sama, iaitu berteraskan Islam, dan menjamin pembangunan dan kepentingan bangsa Melayu dan negara. Pada masa yang sama, Najib menjemput NGO-NGO tersebut ke satu perhimpunan besar-besaran bertema “Pemerkasaan Ekonomi Melayu” yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 14 Sept ini. Isi yang terkandung dalam ungkapan “matlamat dan prinsip perjuangan tetap sama” patut direnungi. Apakah peranan NGO tersebut sekadar penyampai suara kerjaan atau berkhidmat untuk kerajaan atas nama NGO? Atau adakah mereka akan menjadi suatu komponen dalam struktur kerajaan? Biar kita memerhatikan perkembangan seterusnya.
Cukup Menyedihkan Kerana Masih Terdapat Pemimpin Pertubuhan Tiong Hua yang Menganggap NGO sebagai Punca Malapetaka
Penggerak pembentukan barisan persatuan demokratik harus memahami sepenuhnya bahawa terdapat sesetengah pemimpin pertubuhan masyarakatTiong Hua masih ketinggalan dari arus fahaman baru. Pemimpin-pemimpin tersebut yang masih berpegang teguh kepada fahaman kolot dan tidak berani melangkah walaupun selangkah ke hadapan dalam menegendalikan isu sosial yang kritikal. Mereka melihat NGOsebagai punca malapetaka. Satu contoh menonjol adalah pemimpin de facto Dong Zong yang disebut tadi.  Asalnya dia merupakan pengerusi sebuah NGO. Selama ini kegiatan pertubuhan tersebut terhad dalam bangsa Cina sahaja. Demi mengubah situasi ini, pertubuhan itu meluluskan resolusi untuk menjalin hubungan dengan NGO lain agar sama-sama meneroka usahasama dalam kerja memperkuatkan segala kekuatan masyarakat yang mempertahankan hak asasi manusia. Usaha ini selaras dengan harapan Encik Lim Lian Geok untuk memecahkan rintangan yang menghalang kemungkinan usahasama antara pertubuhan kebudayaan dan pendidikan dari Bangsa Cina, Melayu dan India dalam memperjuangkan hak pendidikan bahasa Ibunda. Walau bagaimanapun, dalam satu mesyuarat jawatankuasa pertubuhan yang diadakan tidak lama kemudian, pemimpin tersebutmembangkitkan persoalan tentang adakah pertubuhan tersebut sebuah syarikat berhad bukan untung?
Dia seterusnya memberi amaran bahawa kegiatan syarikat berhad bukan untung diawasi ketat oleh kerajaan. Menurutnya, tindakan beberapa ahli lembaga pengarah tetap pertubuhan tersebut dan sesetengah NGO lain melawat Menteri Besar Selangor yang baru menjawat beberapa hari sebelum itu adalah tindakan yang tidak wajar. Kata-katanya tersebut terus menerima kritikan daripada jawatankuasa yang berasa tidak puas hati. Dia berasa malu lalu meninggalkan mesyuarat dengan marah. Sejak peristiwa itu, selain daripada kekal sebagai ahli tetap pertubuhan tersebut, dia tidak lagi menyertai aktiviti pertubuhan. Perlu difaham bahawa pertubuhan tersebut yang memperjuangkan hak pendidikan bahasa Ibunda selama ini ditindas dan dipinggir oleh kerajaan. Sebagai pemimpin pertubuhan, tingkah laku tokoh tersebut seolah-olah menyerah kalah sebelum mula berperang. Akhirnya, sikap penakut dan kelemahan diri pemimpin tersebut terdedah sepenuhnya dalam peristiwa tersebut. Dengan minda yang feudalistik dan tersendat, dia ternyata tidak berdaya untuk memikul misi mereformasi sistem lama. Tambahan lagi, tokoh tersebut menyuarakan sokongannya terhadap sistem dua barisan sehingga ingin memberi sokongan di Gelang Patah kepada calon DAP, Lim Kit Siang menjelang pilihanraya yang lepas. Sebenarnya, beliau membelok ke Kluang dan berkempen untuk calon MCA. Sikapnya yang mengolak-alikkan pendirian cukup mengecewakan. Tokoh sebegini hanyalah selaku pemangkin kepada pencemaran fikiran dalam perjuangan jika dia menyertai BERSIH atau Himpinan Hijau.
Ada di Kalangan PR yang Hendak Berdialog dengan PM; Ada pula yang Mengingatkan Supaya Menghormati Hak Rakyat Mendapatkan Maklumat
Satu lagi isu terkini yang harus diberi perhatian adalah pemimpin utama PKR dan PAS dari PR masing-masing cuba mengadakan dialog dengan Perdana Menteri dengan harapan boleh bekerjasama dengan BN. Pengerusi DAP negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau dengan serta-merta mengingatkan pemimpin-pemimpin PR agar hak rakyat mendapatkan maklumat harus dihormati dan diutamakan. Rakyat berhak mengetahui isi kandungan perbincangan mereka. Selain itu, persefahaman antara ketiga-tiga parti PR juga perlu dicapai sebelum dialog tersebut diadakan. Menurut Dr. Boo lagi, orang ramai akan setuju sekiranya tujuan perbincangan kerjasama tersebut adalah untuk mereformasikan Malaysia. Jika bukan untuk tujuan itu, dia lebih rela terus menjadi pemimpin parti pembangkang daripada menyerah prinsip. Pada pandangan saya, pendirian pemimpin DAP ini adalah betul. Di samping itu, NGO juga sepatutnya menghubungi pemimpin PR untuk memahami keadaan sebenar agar tabiat perundingan belakang tabir yang buruk sebegini dapat dipecahkan. Dengan itu, rakyat akan lebih berkeyakinan terhadap PR dan terus menyokong PR.
Persoalan seterusnya yang dibincangkan dalam forum ini adalah cara menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO dan sistem perkauman. Sebelum persoalan ini dijawab, kita perlu mengetahui punca dan bagaimana pemerintahan hegemoni UMNO dan sistem perkauman dibentuk. Apakah alasan yang diguna pakai untuk melaksanakan politik hegemoni dan sistem perkauman? Latar belakang sejarah yang berkaitan dengan isu tersebut terlalu panjang untuk dijelaskan dengan selengkapnya dalam makalah ini. Kita boleh simpulkan bahawa pemerintahan hegemoni dan sistem perkauman ialah “anak berkembar” yang berasal dari proses UMNO yang menukar tindakan afirmatif untuk yang lemah dan miskin (satu perbuatan baik) kepada “hak istimewa untuk memperkayakan segelintir orang”. Seperti contoh yang disebut tadi (menyamakan konsep “BN”, “kerajaan” dan “negara”), ini adalah konflasi dua konsep yang berbeza sama sekali. Dengan ini, ruang untuk segelintir yang berkepentingan untuk menangguk dalam air keruh terbuka luas. Golongan tersebut menjadikan kekayaan negara milikan peribadi. Akhirnya, gejala penyalahgunaan kuasa, rasuah dan korupsi bermaharajalela seperti jangkitan penyakit. Kami perlu memberi penjelasan kepada masyarakat Melayu bahawa kritikan terhadap Dasar Ekonomi Baru bukan disasar kepada bahagian “tawaran bantuan kepada golongan yang lemah dan miskin”. Bahagian tersebutlah memberi kebaikan kepada kelas miskin pelbagai kaum dan bukan hak istimewa atau peralatan segelintir orang untuk mengaut kekayaan. Asalkan perbelanjaan awam diguna dengan wajar, kami akan menyokong dasar “bantuan kepada golongan yang lemah dan miskin”.
Muslihat UMNO Mereka 'Sosial Kontrak' Maya demi Melaksanakan Pemerintahan Hegemoni harus Dibongkarkan
“Sosial kontrak” adalah alasan dan alat rekaan UMNO untuk melaksanakan pemerintahan hegemoni dan sistem perkauman. Alasan tersebut telah dikritik oleh ramai cendekiawan, malah parti komponen BN juga tidak puas hati terhadapnya. Namun, UMNO masih keras kepala dengan pendiriannya yang salah itu. Apabila golongan bukan bumiputera menuntut UMNO supaya menghentikan dasar perkauman atau pemerintahan hegemoni dan menjamin hak asasi manusia di sisi undang-undang, UMNO akan merasionalisasi tingkah laku hegemoni mereka dengan 'sosial kontrak' rekaan tesebut. Mereka menegaskan bahawa isi kandungan “sosial kontrak” telah dipersetujui oleh semua warganegara Malaysia termasuk bukan Melayu.
Isi kandungan “sosial kontrak” tersebut merujuk kepada persetujuan bahawa kedudukan kaum Melayu lebih unggul daripada bukan bumiputera, dan kedudukan agama Islam lebih dominsasi sehingga kehidupan harian rakyat semua bangsa didominasi oleh agama Islam. Namun, UMNO boleh mengubahsuai isi kandungan 'sosial kontrak' ini sesuka hati apabila ia tidak lagi memenuhi kemahuan mereka. Sebaliknya, ada cendekiawan menyatakan bahawa: “dalam proses perundingan menghasilkan perlembagaan, semua pihak terlibat termasuk yang mewakili kaum Melayu dan agama Islam bersetuju bahawa institusi negara tidak akan memberi sokongan khas, mengenakan paksaan atau memperluaskan layanan istimewa terhadap mana-mana satu agama. Secara prinsip, insititusi negara harus dijarakkan dari aktiviti keagamaan, upacara dan kepercayaan” Persetujuan atau perjanjian ke atas kebebasan beragama yang dicapai pada masa itu telah berubah sama sekali pada hari ini.
Dalam bidang kebudayaan dan pendidikan, Akta Pendidikan 1957 merupakan “sosial kontrak” yang telah ditetapkan dalam undang-undang. Akta tersebut merupakan undangan bertulis yang berkedudukan perundangan hasil daripada berkali-kali perundingan antara pemimpin semua bangsa. Namun, akta tersebut dipinda sepenuhnya apabila diganti oleh Akta Pendidikan 1961 hanya 4 tahun selepas itu. Contoh sebegini menunjukkan sosial kontrak tidak dilihat secara ikhlas oleh kerajaan.
Saya kemukakan pandangan-pandangan peribadi ini dengan harapan dapat memangkin perdebatan mendalam mengenai isu yang penting ini. Sekiranya terdapat sebarang salah silap, tunjuk ajar semua pihak amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Oktober 2013



Artikel berkaitan dengan forum ini:  


0 comments:

通告 Notification

人民之友对下届大选意见书
英巫文译稿将在此陆续贴出

作为坚守“独立自主”和“与民同在”的立场的一个民间组织,人民之友在上个月对即将来临的第14届全国大选投票,发表了一篇以华文书写的意见书,题为:投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!。

这篇意见书的英文译稿,将在近期内在本部落格贴出。马来文译稿将在下个月内贴出。敬请关注!

我们希望,我们在意见书内所表达的对下届大选的立场和观点,能够准确而又广泛地传播到我国各民族、各阶层的人民群众中接受考验,并接受各党派在这次全国大选斗争和今后实践的检验。


The English and Malay renditions of Sahabat Rakyat’s opinions about next election will be published here consecutively

As an NGO which upholds “independent and autonomous” position and "always be with the people" principle, Sahabat Rakyat had released a Chinese-written statement of views with regard to the voting in the upcoming 14th General Election, entitled “Vote for candidates who are against State Islamisation: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent the return to power of Mahathir’s faction!”

The English rendition of this statement will be published in our blog in the near future whereas the Malay rendition will be published next month (November). Please stay tuned!

We hope that our position and views pertaining to the next General Election expressed in the statement will be accurately and widely disseminated and also examined by the popular masses of various ethnicities and social strata through their involvement in the struggle of the next General Election carried out by various political parties and their practices in all fields in future.


Akan datang: Penerbitan penterjemahan pendapat Sahabat Rakyat mengenai pilihan raya ke-14 dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang berpendirian teguh tentang prinsip "bebas dan berautonomi" dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata”, Sahabat Rakyat telah menerbitkan kenyataan tentang pandangan kami terhadap Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang yang bertajuk "Undilah calon yang menentang Pengislaman Negera: Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Jangan benarkan puak Mahathir kembali memerintah! "

Penterjemahan Bahasa Inggeris kenyataan tersebut akan diterbitkan dalam blog kita dalam waktu terdekat manakala penterjemahan Bahasa Melayu akan diterbitkan pada bulan hadapan.

Kami berharap pendirian dan pandangan kami berkenaan pilihan raya kali ini yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut dapat disebarkan dengan tepat dan meluas untuk diuji dalam kalangan rakyat semua bangsa semua strata sosial melalui penglibatan mereka dalam amalan pelbagai parti politik dalam pertempuran pilihan raya umum kali ini mahupun masa depan.

Malaysia Time (GMT+8)