Tuesday, 24 February 2009

Sempena "Road Show" mansuhkan PPSMI anjuran GMP di Taman Dhalia, Tampoi, Johor

Pada 22 Feb 2009, satu road show penerangan himpunan mansuhkan PPSMI telah diadakan di dataran Dahlia, Taman Dhalia, Tampoi, johor bahru. Penceramah-penceramah yang hadir termasuk Dato’ A Samad Said selaku penasihat GMP, Tn Hj. Mohammad Bin Sabu selaku presiden PAS, Prof. Emeritus Abdullah Hassan selaku naib pengerusi GMP. Yang turut hadir termasuk ADUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau. Ceramah dipengerushi oleh Saudara Suhaizan Kaiat selaku AJK GMP dan juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.

Padang di dataran Dahlia dibanjiri oleh penduduk-penduduk sekitar. Jumlah yang hadir kira-kira 1000 orang. Kami dari SUARAM JB turut turun ke padang untuk mendengar penerangan himpunan mansuhkan PPSMI.

Sebelum itu, iaitu pada 21 Februari 2009, SUARAM JB telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menegatkan pandangan kami keatas PPSMI dan seruan kepada GMP menerima tiga tuntutan utama. Iaitu:-

i) Memansuhkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekoalh rendah dengan serta-merta;

ii) Mengembalikan penggunaan bahasa Ibunda bangsa masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik;

iii) Menghormati hak asasi rakyat pelbagai bangsa untuk mendapat pendidikan di dalam bahasa Ibunda masing-masing.

Kami telah memberi beberapa copies kenyataan akhbar kepada tuan pengerusi majlis Sdr. Zuhaizan dan memberitahu bahawa kenyataan berikut merupakan pandangan kami keatas PPSMI dan diharap ia dapat sampaikan kepada GMP. Namun, dengan tanpa meragu-ragu, Sdr. Suhaizan telah memberi nombor telefon pengerusi dan setiausaha GMP iaitu Dr. Hassan dan En. Hasni kepada kami.

Kami terus membuat panggilan kepada Dr. Hassan. Dalam talian, kami telah memberitahu pandangan kami kepadanya dan membaca ketiga-tiga tuntutan kami. Kami harap hasrat itu dapat disampaikan kepada GMP. Setelah itu, Dr. Hassan telah memberi email addressnya kepada kami. Beliau berjanji akan membaca kenyataan kami keesokan hari.

Selain itu, Kami berasa agak gembira dimana Sdr Suhaizan telah menyampaikan hasrat kami kepada semua hadirin. Beliau menegas bahawa:”jangan bimbang, pemansuhkan PPSMI ini tidak bermakna ia akan menghapuskan bahasa-bahasa Ibunda lain (bahasa cina, bahasa tamil, bahasa kaum-kaum minority lain seperti kadazan, Iban, dusun dan lain-lain). Akan tetapi, pemansuhkan PPSMI itu akan memulihan bahasa ibunda masing-masing.(pengembalikan penggunaan bahasa ibunda bangsa masing-masing sebagai pengantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik)” Ini bermakna, ia merupakan satu penghormatan hak asasi rakyat pelbagai bangsa untuk mendapat pendidikan di dalam Bahasa Ibunda masing-masing kepada kita semua.

Pada 23 Februari 2009, kami secara rasminya telah menyampaikan pandangan kami terhadap PPSMI kepada GMP. Surat berserta dengan kenyataan akhbar telah email kepada Dr. Hassan dan En. Hasni. Mereka turut berjanji akan meneliti kenyataan dan tuntutan kami.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)