社会主义党阿鲁面子书:
反对党第三次鲁莽行事
PEMBANGKANG GOPOH BUAT KALI KE TIGA
oleh S. Arutchelvan(PSM)
[《人民之友》编者按语] 社会主义党阿鲁哲文(左图)7月21日在其个人面书(facebook)发表一篇题为《反对党第三次鲁莽行事》的文章,批评我国反对党鲁莽应对前首相马哈迪发起新政党的政治局面。原文是马来文,篇幅颇长,本编辑部特为不谙马来文的读者,摘录整理并译为华文,要点如下——
1、马哈迪于7月14日发布新闻,公告将成立新政党与当前反对党合作应对第14届全国大选。如果马哈迪在数万或数十万巫统党员面前宣布这项消息,这可是一个令人兴奋的消息。然而,陪同马哈迪召开发布会的却是几张人们熟悉的反对党领袖的面孔。看来反对党已经对如何推翻巫统国阵束手无策,他们甘于让马哈迪使唤,低沉的气候笼罩着由一个90几岁的独裁者所领导的政坛。
2、逻辑上,出现一个反对巫统国阵的新兴政党的确将会削弱巫统。但是,马哈迪组织新政党的议程众所周知,其最高纲领(目的)就是要推倒纳吉。纳吉倒台后这个政党就会寿终正寝,就像当年46精神党一样,重新回到与巫统结合的的老路,再一次成为巫统的续命草。和当年不同的是,马哈迪的新政党看来比46精神党弱小得多。除了几个已被巫统革除的党员,马哈迪无所依靠,只能靠向反对党。
3、与1987年相比,反对党现在强大得多,他们本该开创自己的道路,但却鲁莽行事。他们做出决定前不曾广泛咨询党员的意见。党员甚至只能通过媒体知道党做出的决定。
4、反对党的三次鲁莽行动:(一)仓促成立希望联盟,并没有共同纲领和立场。他们在不同的州属也有不同的伙伴,伊斯兰党在雪兰莪州是执政联盟的成员,在槟城则是反对党。(二)匆忙宣布支持马哈迪发起和领导的《公民宣言》。这项举动使到反对党的支持者和民间组织感到迷惑,进而产生分裂。希盟的领袖希望“人民联盟”可以分化巫统,但事与愿违,反而是反对党更为迅速也更为激烈的分化了。(三)鲁莽出席支持马哈迪宣布成立新政党的发布会,让人理解成马哈迪已经替代安华成为新的反对党领袖。
5、策略性而言,反对党不与马哈迪结盟,各自对抗巫统,这样他们各自可以得到传统支持者和反对巫统的选民的支持。如果反对党接受与马哈迪新政党结盟,则会使到这个新政党无法取得巫统死硬派支持者的支持。
6、只有建立一个由工人、农民、青年和其他草根社会组织组成的人民运动才可以壮大人民的力量。在这些团体动员起来之前,纳吉和巫统国阵将继续执政。
以下阿鲁的原文全文:
PEMBANGKANG GOPOH BUAT KALI KE TIGA
oleh S. Arutchelvan ( PSM)
Pada 14 Julai 2016, Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan penubuhan sebuah parti baru. Nama parti baru tersebut tidak diumumkan tetapi beliau berkata parti baru ini akan bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya umum yang ke-14 yang kena dipanggil selewat-lewatnya pada tahun 2018.
Jika sidang akhbar tersebut dibuat di hadapan puluhan ribu atau ratusan ahli UMNO, maka saya akan berasa teruja dan akan berpandangan positif bahawa satu kuasa politik baru sudah muncul untuk mencabar Najib Razak. Namun, apa yang mengecewakan dan membosankan adalah sidang akhbar dibuat bersama dengan muka-muka beberapa pemimpin pembangkang yang kita sudah biasa lihat seperti Mahfuz Omar, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub dan beberapa orang yang lain.
Oleh yang demikian, keghairahan hilang begitu sahaja. Tidak ada apa-apa yang baru. Udara tepu terus menyelubungi ruang politik tanahair yang diterajui oleh seorang diktator berumur lebih 90 tahun. Wajah-wajah pemimpin pembangkang yang mengiringi Dr. Mahathir dengan jelas kelihatan begitu kosong, tiada idea baru dan seolah-olah mereka adalah budak suruhan Dr. Mahathir. Pembangkang nampaknya begitu terdesak sehingga mereka tidak mempunyai satu strategi teratur untuk menentang UMNO-BN. Perbalahan sesama sendiri semasa Pilihanraya Negeri Sarawak dan kekalahan dalam dua pilihanraya kecil baru-baru ini nampaknya tidak membawa sebarang kesedaran baru bahawa rakyat Malaysia mendahagakan politik baru dengan idea-idea baru.
Bukan salah Mahathir
Saya sebenarnya tiada bantahan tentang tindakan Dr. Mahathir yang hendak menubuhkan sebuah parti politik. Ini adalah hak beliau dan hak ini termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan di negara kita. Walaupun pada hakikatnya, kami adalah mangsa bagaimana Dr. Mahathir menyekat PSM mendaftar sebagai sebuah parti yang sah pada tahun 1998 dan bagaimana beliau juga menyekat Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn untuk menubuhkan sebuah parti politik pada tahun 1987.
Namun demikian, dari segi logiknya, penubuhan sebuah parti politik untuk menentang UMNO-BN, sudah tentunya akan melemahkan parti UMNO sepertimana penubuhan AMANAH yang akan melemahkan parti PAS. Namun, semua orang mengetahui bahawa agenda parti baru Dr. Mahathir dan program maksimumnya hanyalah untuk tumbangkan Najib. Maka jangka hayat parti ini akan berakhir apabila Najib ditumbangkan, dan setelah itu, parti ini akan balik ke “pangkal jalan”. Ahli-ahlinya akan bergabung balik dengan UMNO seperti Semangat 46 dulu, atas nama perpaduan Melayu. Mereka akan memberi talian hayat kepada UMNO sekali lagi.
Jikalau dibandingkan parti baru Dr. Mahathir dengan parti Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh dulu, maka agendanya nampak sama. Yang beza adalah, Semangat 46 jauh lebih kuat berbanding dengan parti Mahathir. Semangat 46 juga tidak terus mendampingi parti pembangkang untuk meminta sokongan mereka, tetapi hanya apabila sampai dekat pilihanraya, barulah mereka bergabung dan membina dua gabungan politik, iaitu Angkatan perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat. Semangat 46 menjadi jambatan antara dua gabungan ini. Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah, sementara bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat semasa Pilihanraya Umum pada tahun 1990.
Hari ini, nampaknya Dr. Mahathir tidak mempunyai banyak sokongan di kalangan ahli UMNO dan beliau hanya bergantung kepada beberapa ahli UMNO yang dipecat.
Tahun 1987 jauh berbeza dengan tahun 2016. Dulu Pembangkang tidak dapat menafikan majoriti 2/3 kerusi yang dikuasai BN di Parlimen, tetapi dalam PRU yang lalu, pembangkang telah mendapat undi popular yang lebih besar daripada BN. Maka dengan keyakinan ini, pembangkang pada hari ini sepatutnya jauh lebih kuat daripada pembangkang zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, parti pembangkang sekarang ini sepatutnya merintis jalan untuk maju ke depan, tetapi ini tidak berlaku.
Sebenarnya, apa yang menjadikan saya marah adalah sifat dan sikap pembangkang yang sekali lagi membuat keputusan tergopoh-gapah dan menunjukkan mereka tidak mempunyai pendirian atau prinsip yang jelas. Andaikata jika Dr. Mahathir hendak menubuhkan parti, saya menjangkakan parti pembangkang akan sekurang-kurangnya jual mahallah sedikit, berhujah bahawa mereka memerlukan lebih masa, mendiskusi dengan JK Pusat mereka dan mungkin juga dengan ahli-ahli mereka sebelum membuat satu keputusan untuk menyokong atau membantah.
Tetapi amalan yang dipaparkan oleh kepimpinan pembangkang kita tidaklah banyak berbeza dengan beberapa kumpulan anak muda yang dari semasa ke semasa membuat sidang akhbar tanpa program susulan yang jelas. Nampaknya pemimpin pembangkang di Malaysia tidak perlu bertanyakan mandat ahli mereka terlebih dahulu. Mereka boleh terus lompat dari satu gabungan ke satu jaringan baru tanpa persetujuan ahli mereka, sementara tugas ahli biasa hanyalah sekadar menelan apa-apa yang dimuntahkan oleh pemimpin mereka.
Maka setiap kali satu pengumuman dibuat, ahli mereka hanya mengetahuinya melalui media dan kemudian mereka sendiri keliru sehingga tidak dapat menjelaskan kepada rakyat apakah sebenarnya agenda parti mereka sendiri.
Pembangkang Gopoh 3 kali
Yang jelas, Pakatan rakyat (PR) tidak ditubuhkan oleh tiga buah parti itu secara sendiri, tetapi ia ditubuhkan kerana desakan dan aspirasi rakyat selepas PRU-12 yang mahukan pembangkang bersatu. Desakan rakyat yang begitu kuat menyebabkan DAP dan PAS bersetuju untuk bekerjasama dalam satu agenda bersama. Ini adalah satu peristiwa penting di mana desakan dari bawah menyebabkan pemimpin-pemimpi parti politik terpaksa akur kepada sentimen rakyat yang mahukan perubahan.
Pembangkang juga bernasib baik kerana mereka menang semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri; andaikata Dr. Mahahtir yang menjadi Perdana Menteri, kemungkinan besar darurat akan dipanggil dan parti-parti ini tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Inilah yang berlaku kepada Pairin Ketinggan daripada PBS di mana walaupun dia mempunyai sokongn majoriti rakyat di Sabah, Dr. Mahathir dapat memusnahkan PBS dengan membeli ahli parti itu.
Pembentukan PR secara spontan adalah satu titik tinggi dalam politik pembangkang di negara kita. PR juga kemudiannya telah mengadakan konvesyen nasional dan telah menggubal posisi bersama yang termaktub dalam Buku Jingga.
Namun, PR yang ditubuhkan atas desakan rakyat telah dihancurkan oleh parti DAP dan PAS atas agenda politik sempit masing-masing. Penguburan PR telah mengwujudkan kekecewaan yang amat sangat di kalangan rakyat, seolah-olah aspirasi dan kepentingan pilihan rakyat tidak dipeduli oleh kepimpinan parti-parti ini. Harus diingatkan bahawa rakyat telah memberikan mandat yang lebih besar kepada PR dalam PRU tahun 2013 berbanding dengan PRU tahun 2008. Namun adakah kepercayaan rakyat itu dikembalikan.
Pembangkang gopoh – Penubuhan Pakatan Harapan
Selepas kehancuran Pakatan Rakyat, sudah tentunya pemimpin-pemimpin parti ini terpaksa lebih berhati-hati sebelum menubuhkan satu gabungan baru. Mereka juga harus memastikan kesilapan sebelum ini tidak berulang dan isu-isu pokok yang menjadi duri dalam daging, seperti Hukum Hudud dan Pilihanraya Kerajaan tempatan, dibereskan terlebih dahulu sebelum satu gabungan baru ditubuhkan. Namun ini tidak berlaku.
Pembangkang bertindak gopoh apabila mereka mengumunkan penubuhan gabungan politik baru, iaitu Pakatan Harapan (PH). Ini dilakukan dalam suasana yang sungguh tergopoh-gapah dan terburu-buru. Pada hari mereka mengumumkannya, mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan belum lagi membentuk sebarang posisi bersama. Malah, dalam dua negeri yang diperintah oleh PH, mereka mempunyai rakan kongsi yang berbeza. Di Pulau Pinang, PAS berada dalam pembangkang, manakala di Selangor, PAS adalah dalam gabungan parti yang pemerintah. Malah, apabila media bertanyakan pelbagai soalan, mereka langsung tidak dapat menjawab tetapi telah mengumumkan calon Perdana Menteri mereka adalah Anwar Ibrahim. Yang lucu adalah biasanya suatu organisasi politik akan meletakkan dasar perjuangan dulu, barulah umumkan pemimpin, tetapi di sini semuanya dibuat secara terbalik.
Maka, nampaknya mereka seperti belum belajar daripada kegagalan PR. Ini memberikan gambaran bahawa mereka gopoh, belum bersedia dan masuk dalam arena tanpa memikirkan banyak perkara. Mengapa setelah kegagalan PR, mereka tidak mengambil sedikit masa yang lebih panjang lagi untuk membentuk satu pakatan baru yang lebih kuat, lebih menyeluruh dan lebih berwibawa? Ini tidak dilakukan dan seolah-olah PH adalah langkah tergesa-gesa untuk menggantikan parti PAS dengan AMANAH. Mereka juga merasakan rakyat dengan senang hati akan menerima ini. Malah mereka lupa, sejak peristiwa Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor, rakyat semakin marah dan hilang kepercayaan kepada parti pembangkang.
Pembangkang gopoh kali ke-2 – Deklarasi Rakyat
Namun, jika ini seperti bukan satu pengajaran, pembangkang gopoh sekali lagi apabila mereka terus terjun untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang ditaja dan dipimpin oleh Dr. Mahahtir.
Dari awal lagi mereka keliru. Pemimpin parti pembangkang mengatakan mereka menyokong sebagai individu dan bukan parti. Ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan di kalangan penyokong mereka sendiri dan juga masyarak sivil. Masyarakat sivil berpecah dua dan begitu juga PKR berpecah dua, dengan kumpulan yang menyokong dan tidak menyokong Deklarasi Rakyat. Rata-rata pembangkang yang menentang BN berpecah kepada dua kumpulan, pro-Deklarasi dan anti-Deklarasi. Pemimpin PH harapkan UMNO berpecah dulu, tetapi pembangkang berpecah dengan lebih teruk lagi.
Sekali lagi persoalan saya adalah, mengapa kepimpinan pembangkang tidak mengadakan perbincangan menyeluruh sebelum terjun dalam satu agenda baru? Mengapa apabila Dr. Mahathir mengemukakan satu cadangan, pembangkang dan segelintir pemimpin masyarakat sivil kena terus terjun dan menyertainya secara terburu-buru? Mengapa mereka tidak mampu meminta lebih masa untuk mempertimbangkan pro dan kontra? Mengapa mereka tidak mengambil lebih masa untuk bertanyakan kepada ahli-ahli mereka? Mengapa mereka begitu ghairah sangat hendak berdiri mengelilingi Tun Mahathir? Maka, sekali lagi tindakan gopoh pembangkang membawa padah.
Surat daripada Anwar Ibrahim di penjara yang mempersoalkan Deklarasi Rakyat telah terus merapuhkan lagi pembangkang. Ini merupakan kesilapan kedua selepas terkuburnya PR, tetapi ia tidak berhenti di sini.
Gopoh kali ke-3 – Sokong Parti Mahathir
Jika dua kali kena tak cukup, pembangkang terus memaparkan kegopohan mereka untuk terus menyertai Dr. Mahathir dalam sidang akhbar yang mengumumkan penubuhan parti baru. Ada yang sekarang mengatakan bahawa kini sudah rasmi Dr. Mahathir menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.
Ini juga memberi senjata kepada Najib untuk berkata bahawa Dr. Mahathir kini sudah menjadi alat pembangkang dan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan penyokong tegar BN tidak bersama parti baru kerana dilihat sebagai satu lagi parti pembangkang.
Jika kita berbincang secara strategik, maka sepatutnya pembangkang membenarkan parti Dr. Mahathir lawan UMNO secara berasingan daripada Pakatan Harapan. Dengan tidak bergabung, masing-masing boleh mendapat lebih sokongan untuk melawan UMNO dan pada masa yang sama tidak meminggirkan penyokong tradisi mereka. Namun, dalam episod terkini, pembangkang sekali lagi menunjukkan mereka tiada idea. Mereka terima sahaja Mahathir sebagai pemimpin mereka dan terikut-ikut langkahnya.
ABC dalam demokrasi
Setiap langkah pembangkang memperlihatkan mereka terlalu terdesak dan gopoh. Mereka juga seperti tidak ada strategi dan sentiasa bergerak di bawah bayang-bayang Dr. Mahathir.
ABC dalam demokrasi adalah, mendapat pandangan rakyat, berbincang dengan ahli biasa, bincang program secara kolektif sebelum melaksanakannya. Namun, kesemua amalan demokrasi, penyertaan rakyat nampaknya tidak ada lagi. Masyarakat sivil yang sebelum ini begitu aktif dengan pelbagai aktiviti kini nampaknya semakin merundum dan semakin hilang pedoman. Mereka juga seperti parti pembangkang yang tidak ada idea.
Rata-rata rakyat sudah menjadi bosan dan putus asa. Itulah sebabnya apabila Dr Mahathir memimpim mereka terima, kerana mereka tidak nampak kepimpinan daripada pemimpin parti pembangkang mahupun pemimpin masyarakat sivil.
Hanya ada satu langkah, iaitu kembali kepada akar umbi dan membina gerakan rakyat dari bawah. Hanya gerakan rakyat dengan penyertaan kaum buruh, tani, anak muda dan lain-lain organisasi akar umbi dapat membina kembali kekuatan rakyat. Selagi tidak ada usaha serius untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan ini, maka Najib dan UMNO-BN akan terus menang dengan menggunakan persoalan perkauman dan kuasa pemerintahannya.
Rakyat yang merana kerana krisis ekonomi berpanjangan dan sistem neoliberal yang mencengkam, sudahpun bosan dengan politik dari atas. Mereka hanya akan terlibat semula secara aktif dalam politik jika mereka menjadi sebahagian daripada perubahan dan bukan pemerhati dari luar. Kita harus memikirkan satu gerakan politik baru yang lebih demokratik dari bawah jika kita mahu membawa perubahan keseluruhan. Sudah cukup bosan dengan sidang akhbar dan pengumuman. Kini masa untuk mendampingi rakyat biasa, ahli parti biasa dan berbincang strategi untuk melawan dan juga membentuk negara Malaysia yang kita idamkan.#
0 comments:
Post a Comment