Sunday 11 September 2011

NGO Berkhidmat untuk Rakyat Malaysia


NGO Berkhidmat Untuk Rakyat Malaysia
Oleh Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM, 11hb Sep 2011
 [Nota: Petikan ini merupakan kertas pembentangan Dr.Kua Kia Soong dalam Forum "NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata yang dianjurkan di Taman Universiti Sport Club, Skudai, Johor pada 11hb September 2011. ]
1.      NGO dan Kepentingan Rakyat
Kewujudan dan pembentukan NGO adalah untuk mempertahankan, memajukan dan mengembangkan kepentingan masyarakat tertentu. SUARAM terbentuk dalam keadaan krisis dalaman parti pemerintah berlaku pada 1987 dan penahanan ISA secara besar-besaran dibawah operasi lalang. Selepas dibebaskan pada tahun 1989, bekas tahanan operasi lalang dan mereka yang terlibat dalam ‘kumpulan sokongan keluarga tahanan’ (families support group) telah mengasaskan SUARAM untuk berkempen bagi memansuhkan ISA dan untuk memantau, mendokumenkan dan untuk mempertahankan hak asasi manusia. Sejak itu, SUARAM menjadi NGO utama yang menentang penahanan tanpa bicara.

Sejak tahun 1989, SUARAM telah menjadi penyelaras utama gerakan anti ISA dan lain-lain akta tanpa bicara seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA). Pejabat kami berfungsi memberi perlindungan kepada mereka yang ahli-ahli keluarganya telah menjadi mangsa penindasan kerajaan. Kami menghantar rayuan segera di seluruh dunia setiap kali berlakunya penahanan (tanpa bicara)atau penindasan hak asasi manusia.
Namun begitu, misi SUARAM sebenarnya jauh lebih daripada itu: " berusaha ke arah masyarakat yang aman, bebas, sama rata, adil dan mampan(berkekalan) dengan memperkasakan rakyat untuk mewujudkan alternatif demokratik progresif baru."
Dalam 22 tahun yang lepas, SUARAM telah beroperasi dengan struktur yang terdiri daripada aktivis dan sukarelawan yang komited. Sokongan kewangan yang kami peroleh digunakan untuk memupuk aktivis muda dalam kerja-kerja hak asasi manusia. Kami mengambil sekumpulan kecil kakitangan muda yang berdedikasi yang telah memilih haluan ini untuk berkhidmat kepada kerja-kerja hak asasi manusia.
Walaupun dengan jumlah kakitangan yang sikit, SUARAM menerbitkan satu-satunya laporan Hak Asasi Manusia yang kredible dan terperinci setiap tahun tanpa gagal sejak tahun 1998. Laporan yang sedemikian adalah satu sumbangan yang tidak ternilai kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan dan juga mendedahkan (keadaan hak asasi di Malaysia) kepada warga seluruh dunia.
Sepanjang kewujudannya di dalam 22 tahun yang lalu, kakitangan dan ahli sekreteriat SUARAM telah terlibat dalam pendidikan hak asasi manusia dan alam sekitar, memberi ceramah, menganjurkan seminar dan menyediakan latihan. SUARAM telah memulakan misi pencarian maklumat (fact finding missions) dan kempen membantah empangan Bakun dan empangan Selangor untuk melindungi kepentingan orang-orang asli, alam sekitar dan kepentingan pembayar cukai di Malaysia. Kami juga memberi sokongan kepada masyarakat terpinggir seperti peneroka bandar, masyarakat ladang dan pelarian (refugees) apabila mereka menghadapi pengusiran paksa dan ditindas oleh kerajaan. Kami juga terlibat dalam kempen menuntut balik pilihanraya kerajaan tempatan.
Cawangan kami di JB (1999) dan Pulau Pinang (2002) telah ditubuhkan supaya kami boleh berkhidmat kepada rakyat di sana dengan lebih baik dan meningkatkan dokumentasi dan pemantauan pencabulan hak asasi manusia di kawasan-kawasan diluar KL.
2.      NGO dan Gerakan Rakyat Malaysia
Sejak penubuhannya, SUARAM giat bekerja ke arah gerakan demokrasi yang sihat di negara ini dan kita boleh mengatakan bahawa Gagasan Rakyat dan semua usaha-usaha oleh SUARAM dalam 20 tahun yang lalu telah menghasilkan sistem dua-barisan hari ini dan tsunami politik pada tahun 2008. Sebilangan kecil pemimpin dalam Pakatan Rakyat, pada waktu-waktu berlainan, pernah menjadi ahli Sekretariat SUARAM.
Kami telah berjaya dalam membina rangkaian badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, terutamanya ke atas penggubalan Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia pada tahun 1994, penerbitan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia pada tahun 1998, Gabungan membantah Empangan Bakun pada tahun 1995 dan Gagasan Demokrasi Rakyat pada tahun 1998. Sudah tentu kami adalah sebahagian daripada gabungan Bersih 2.0. Proses menjalin rangkaian-rangkaian ini adalah sama penting dengan pembentukan jaringan-jaringan ini sendiri dalam misi kami untuk membina sebuah gerakan hak asasi manusia di negara ini.
SUARAM juga telah menjadi sebahagian daripada rangkaian hak asasi manusia serantau kerana kita percaya bahawa cara yang lebih bermakna untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat ASEAN dan Asia-Pasifik adalah untuk menegakkan dan menggalakkan hak asasi manusia di rantau ini. Oleh itu, kami telah memainkan peranan aktif dalam Himpunan Rakyat Asia Pasifik pada tahun 1998, Persidangan Asia-Pasifik mengenai Timor Timur pada tahun 1996, ‘Myanmar Solidariti’ dan lain-lain isu serantau. Ini adalah selaras dengan semangat kesejagatan hak asasi manusia dan anti-imperialisme yang melintasi sempadan untuk setiap masyarakat di bumi kita, termasuk Bosnia, Palestin dan lain-lain. Kempen bagi melucutkan senjata dan membudayakan keamanan juga mesti meliputi seluruh komuniti ASEAN.
3.      NGO dan politik Malaysia
NGO boleh dan mesti memainkan peranan yang membina dalam memastikan kepentingan rakyat dilindungi dalam politik Malaysia. Gabungan Bersih 2.0 baru-baru ini mungkin satu contoh terbaik bagaimana NGO telah membangkitkan tuntutan "kuning" untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Kempen alam sekitar Lynas dan Bukit KOMAN paling sesuai mengutarakan tuntutan "hijau" bagi perlindungan alam sekitar dan perlindungan kesihatan orang ramai dalam projek-projek perindustrian. Tuntutan-tuntutan ini tidak akan lengkap tanpa tuntutan "merah" hak-hak sivil dan politik. Inilah yang SUARAM prihatin sejak ia ditubuhkan pada tahun 1989.

Adalah penting bagi demokrasi dan pembangunan mampan Malaysia bahawa komuniti diperkasakan dalam perjuangan mereka menentang projek-projek silap rancang yang diiringi oleh kaedah menindas yang digunakan untuk menjayakannya. Kes kampung-kampung di mana masyarakat berdiri teguh menentang samseng pemaju, pegawai-pegawai penguatkuasa, FRU dan meriam air mereka. Begitu juga dengan kes di Bukit Merah di mana penglibatan dan sokongan masyarakat setempat kekal sepanjang kempen. Mereka berjuangan untuk persekitaran hidup yang selamat yang bebas dari pencemaran radioaktif. Hari ini, masyarakat yang membantah loji nadir bumi Lynas dan lombong emas Bukit Koman adalah barisan hadapan perjuangan ini untuk memastikan kepentingan rakyat didahulukan daripada keuntungan.

Komitmen mereka terhadap perjuangan, kepimpinan dan solidariti masyarakat patut dicontohi oleh segenap masyarakat Malaysia. Mereka telah menunjukkan kepada kita bahawa tindakan secara langsung mampu memperkasakan rakyat untuk bersatu  sebagai individu dengan tujuan yang sama, untuk mengubah keadaan secara langsung dengan tindakan kita sendiri.

Realiti di Malaysia adalah krisis ketidaksamarataan yang semakin ketara dalam pengagihan kekayaan di negara ini; antara Timur dan Barat Malaysia; antara kawasan luar bandar dan bandar; antara lelaki dan wanita; penindasan ke atas kumpulan yang terpinggir termasuk masyarakat Orang Asli, peneroka bandar, masyarakat ladang dan lain-lain minoriti; dan pengurangan kawasan hutan, tenaga dan sumber air. Sudah menjadi corak bahawa yang kaya dan berkuasa dengan sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik yang akan membuat keputusan mengenai apa yang dihasilkan, sumber mana yang akan dieksploitasi dan berapa banyak keuntungan akan diragut. Dan kebiasaannya, syarikat yang berhubung rapat dengan kuasa politik tertentu yang akan diberi kontrak-kontrak lumayan ini.

Ekonomi kita perlu dirancang berpandu kepada gerakan buruh yang digemblengkan dan tahap penyertaan yang tinggi dari masyarakat madani. Corak hak milik mesti berbentuk majmuk tanpa penumpuan kuasa swasta yang tidak bertanggungjawab, campuran antara rancang dan pasaran serta sektor koperatif dan masyarakat yang bertenaga. Di tempat kerja dan masyarakat umum, penyertaan bercorak demokrasi mesti diwujudkan. Matlamat pengeluaran adalah untuk memenuhi keperluan manusia walaupun terdapat peranan untuk pasaran terkawal seperti barang-barang keperluan, contohnya. pakaian, bahan makanan.

Sudah tentu kita tidak memerlukan pengeluaran senjata sebagai sebahagian daripada proses luar pesisiran kepada pengeluar senjata global sebagaimana juga (kita tidak perlu) kompleks perindustrian ketenteraan domestik. Gerakan memelihara alam sekitar pula tidak dapat dipisahkan daripada gerakan rakyat untuk keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Kepentingan rakyat jelata mesti meliputi sokongan kepada rakyat negara-negara lain yang menjadi mangsa pencerobohan imperialis. Suaram juga telah konsisten dalam menentang dan mengutuk imperialisme Amerika / barat selama ini. Kami telah menyertai “Gabungan Hentikan Perang" dan menyelaraskan demonstrasi anti- Amerika dan protes terhadap pencerobohan Amerika di Iraq dan Afganistan serta kekejaman Israel di Gaza.

4.      Kuasa Ketiga Yang Menentang Neo-liberalisme
Oleh itu, badan-badan bukan kerajaan mesti terus berkhidmat kepada rakyat dengan membina kuasa ketiga yang berusaha ke arah mengalahkan neo-liberalisme dan menuntut kembali sumber-sumber Malaysia untuk  rakyat Malaysia. Matlamat pertama kuasa ketiga adalah menumbangkan rejim BN yang memecah-belahkan dan menindas rakyat Malaysia sejak kemerdekaan dan berkembang pesat melalui eksploitasi ala kapitalis neo-liberal. Sama seperti dalam pilihan raya umum 2008, kita perlu membentuk pakatan strategik dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan kerajaan BN dan mengembalikan kebebasan asas, demokrasi liberal dan hak asasi manusia.
Dalam membina pakatan strategik ini dan mengetahui hakikat bahawa sejumlah wakil rakyat dari PR telah lompat ke BN selepas pilihan raya 2008, kita berharap bahawa PR akan berkompromi dengan sepatutnya dengan kuasa ketiga dalam pemilihan calon (untuk pilihanraya umum).
Diantara PR, NGO boleh memainkan peranan yang penting dalam menghakimi pemilihan calon-calon (pilihanraya) dan memastikan tidak wujud lagi kodok, keldai atau lembu tolol yang kita lihat selepas pilihan raya umum 2008. Untuk mengelakkan rundingan sukar yang biasa berlaku dan kesan buruknya kepada pembangkang persekutuan, NGO boleh membentuk satu 'Jawatankuasa Bebas Pemilihan Calon Rakyat' untuk menilai secara objektif kesesuaian calon-calon rakyat untuk pilihan raya umum ke-13 dan mengelakkan pertarungan tiga penjuru di mana-mana kawasan pilihan raya. Pemimpin NGO yang disegani adalah orang yang paling sesuai dijadikan ahli yang tidak berat sebelah dalam jawatankuasa ini. Proses ini juga akan membantu PR dengan mengurangkan pertelingkahan yang selalunya berlaku semasa rundingan antara parti (untuk kerusi) sebelum setiap pilihan raya umum. Jawatankuasa NGO ini juga harus mengadili tuntutan-tuntutan oleh parti-parti dalam PR terhadap kerusi-kerusi tertentu.
Selepas kejatuhan BN, perjuangan menentang kapitalisme neo-liberal, seiring dengan perjuangan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan rakyat, pasti akan dituju kepada kerajaan PR. PR setakat ini tidak menolak dasar-dasar neo-liberal yang membolehkan syarikat-syarikat multi-nasional dan syarikat-syarikat besar untuk merompak sumber-sumber negara dengan membeli sumber-sumber yang diswastakan pada harga teramat rendah. Sumber dan pasaran kita dikawal mengikut kepentingan kapitalis yang berkuasa yang semakin pesat berkembang melalui buruh murah warga Malaysia mahupun buruh asing. Kos untuk ini akhirnya ditampung oleh pekerja-pekerja dan golongan miskin dimana taraf hidup mereka terus ditolak ke bawah.
Penentangan terhadap neo-liberalisme yang tidak terkawal adalah selari dengan usaha memperkasakan rakyat yang tertindas dalam proses membentuk sosialisme penyertaan demokratik (democratic participatory socialism). Penyertaan umum secara demokratik  bukan sahaja perlu dilaksanakan di institusi-institusi ekonomi tetapi juga dipolitik. Terdapat keperluan terhadap campur tangan kerajaan dan menghakmiliknegarakan sumber asas seperti petroleum dan gas, utiliti seperti air, tenaga, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial. Pindahan modal yang tidak terbatas oleh spekulator dan kapitalis kewangan juga mesti diletakkan dibawah pemeriksaan.

Hanya melalui tindakan secara langsung dan gerakan massa, demokrasi akar umbi sebenar boleh wujud. Kuasa mestilah berasaskan organisasi kendiri pekerja dan lain-lain komuniti dalam perjuangan mereka menentang modal. Majlis-majlis di tempat kerja dan masyarakat setempat yang dihasilkan secara pilihan bertanggungjawab ke atas hal ehwal mereka sendiri dan dikaitkan dengan keputusan keseluruhan masyarakat secara umumnya.
Demokrasi sebenar tidak akan tercapai hanya melalui pilihan raya umum yang berkala dan tidak bergantung kepada parlimen semata-mata. Untuk memastikan kejayaan demokrasi, kita mesti mengemukakan tuntutan dari luar Parlimen. Demokrasi adalah lebih daripada sekadar mengundi lima tahun sekali seperti ada pandangan yang mengatakan bahawa: 
"Jika mengundi dalam pilihan raya umum pernah membawa sebarang perubahan, ia pasti sudah dimansuhkan sekarang!"
--
Pautan: 

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE