Kenyataan Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor 24hb Jun 2011:
Mengenai Himpunan Besar-besaran dan
‘Perarakan Demokrasi’709 di Kuala Lumpur
Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor(FOS Johor) mengeluarkan 4 kenyataan seperti dibawah mengenai isu yang sedang hangat didebat oleh parti pemerintah dan pembangkang serta menarik perhatian ramai iaitu himpunan besar-besaran dan ‘Perarakan Demokrasi’ yang bakal disertai oleh rakyat jelata Malaysia pada 9hb Julai di Kuala Lumpur:
1) 8 TUNTUTAN REFOMASI SISTEM PILIHANRAYA MERUPAKAN TUNTUTAN MUNASABAH
Himpunan besar-besaran dan‘perarakan demokrasi’di Kuala Lumpur kali ini adalah satu aksi menuntut refomasi dalam sistem pilihan raya yang diterajui dan dipimpin oleh ‘Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil’(atau ringkasannya BERSIH 2.0) yang terbentuk daripada wakil pelbagai badan bukan kerajaan (disebut NGO selepas ini) dan demokrat perseorangan. Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah: 1. Bersihkan senarai undi dan mendaftarkan rakyat penuh 21 tahun sebagai pengundi secara otomatik; 2. Menreformasi undi pos(membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan sebab yang munasabah mengundi melalui undi pos); 3. Guna dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi hantu; 4. Masa kempen minima 21 hari; 5. Akses media yang bebas dan adil(memastikan media arus perdana tidak berat sebelah); 6. Kukuhkan institusi awam(memastikan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan PDRM, bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi ini); 7. Hentikan rasuah; 8. Hentikan politik kotor. Lapan tuntutan ini jelas adalah tuntutan munasabah yang menjurus kepada kekurangan semasa sistem pilihanraya negara.
2)HIMPUNAN BERSIH 2.0 709 ADALAH TINDAKAN YANG SAH DI SISI UNDANGN-UNDANG
Himpunan dan ‘perarakan demokrasi’kali ini adalah aksi tuntutan rakyat kali ke-2 selepas 40 000 orang turun ke jalan raya dan dengan tegas menuntut refomasi pilihanraya pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH 1.0. Aksi kali ini mesti lebih besar daripada aksi dulu; laungan perubahan kali ini mesti lebih kuat daripada laungan yang lepas. Namun demikian, BERSIH 2.0 secara bertanggungjawab mengumumkan himpunan besa-besaran dan ‘perarakan
demokrasi’ kali ini adalah satu aksi penyerahan memorandum menunutut lapan tuntutan refomasi sistem pilihanraya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong yang aman dan damai. Kebebasan berhimpun secara aman merupakan hak asas rakyat yang termaktub dalam Perkara 10 (1a) dan (1b) Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sekarang. Hak ini juga selaras dengan Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu Setiap orang berhak berucap, berhimpun secara aman dan berpersatuan dengan bebas. Maka, sama ada dari perspektif nasional mahupun antarabangsa, himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ kali ini di KL merupakan aktiviti rakyat Malaysia menuntut refomasi sistem pilihraya yang sah di sisi undang-undang.
3)KEPIMPINAN UNGGUL BERSIH 2.0 PASTI MEMDAPAT SOKONGAN MELUAS RAKYAT
Berdepan dengan kenyataan pemimpin parti politik yang kurang wajar, Ambiga Sreenevasan (Gambar kiri) menegaskan bahawa “NGO adalah penganjur himpunan dan perarakan ini, kami bukan untuk menyokong mana-mana parti”,“masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik”; manakala apabila berdepan dengan ugutan dan fitnah daripada BN, terutamanya daripada UMNO, dengan tegas beliau menjawab “Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya. Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia. perhimpunan itu tetap diteruskan walau apa pun berlaku pada saya”; apabila berdepan dengan ugutan bunuh melalui sms, selain membuat laporan polis, Ambiga kelihatan begitu tenang dan ambil mudah terhadapnya. Berdasarkan ayat-ayat dan kelakuan diatas, BERSIH 2.0 yang menganjurkan dan memimpin himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ ini telah memainkan peranan kebebasan dan otonomi badan-badan NGO-NGO; Ambiga sebagai pengerusi BERSIH 2.0 telah menunjukkan kebijaksanaan dalam kepimpinan dan ketegasan dalam perjuangan sekaligus menjadi teladan bersinar dalam gerakan badan bukan kerajaan (NGO) di negara kita. Kepimpinan unggul Ambiga pemimpin-pemimpin lain sudah tentu akan mendapat sokongan meluas rakyat berbilang kaum. Dibawah kepimpinan ini, himpunan dan "perarakan demokrasi" 709 ini boleh memainkan peranan aktif, sekaligus mendalamkan perkembangan gerakan refomasi sistem pilihanraya, demokrasi dan hak sivil.
4)NGO DENGAN PENDIRIAN JELAS SENTIASA BERSAMA RAKYAT
Tuntutan himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ 9 Julai ini terhad dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Tujuan BERSIH 2.0 tidak seperti parti-parti politik yang mengharapkan pengambilan alih kuasa dan menguasai kerajaan, sebaliknya adalah untuk meningkatkna kesedaran dan fahaman rakyat berbilang kaum bahawa: hanya dengan kekuatan perpaduan yang kukuh, hak asasi rakyat dapat dibela; hanya dengan perjuangan yang tegas, rakyat dapat memaksa pihak pemerintah menghadapi kenyataan dan melakukan sedikit toleransi, supaya rakyat menikmati beberapa hasil perjaungan. Rakyat berbilang kaum telah sedar dan bangkit daripada kehidupan derita dibawah pemerintahan dan penipuan Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang didominen oleh UMNO. Ramai orang juga tidak lagi percaya terhadap penipuan yang helah yang sering dipergunakan oleh pihak pemerintah. Kenyataan telah membuktikan bahawa dibawah syarat-syarat perlembagaan pemerintah kuku besi sekarang, rakyat jelata pelbagai kaum hanya boleh mengharapkan beberapa parti pembangkang di parlimen untuk merealisasikan refomasi politik. NGO-NGO yang mempunyai pendirian tegas dan jelas pula mampu menjadi pejuang kepentingan rakyat setia yang lebih boleh dipercayai. Apa yang sedang berlaku sekarang adalah bukti bahawa NGO yang mempunyai pendirian jelas sentiasa bersama rakyat.
SERUAN KAMI
Berdasarkan ulasan diatas, kami menyeru semua pemimpin parti-politik dan individu-individu yang prihatin terhadap keadaan politik negara kita hadir ke majlis pelancaran 8 tuntutan BERSIH 2.0 di Taman Dahlia Tampoi, JB pada 25hb Jun 2011 dan menyertai himpunan dan ‘perarakan demokrasi’ 9hb Julai di KL. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan kepada tuntutan BERSIH2.0, ia turut membawa maksud menentang hegemoni pemerintahan UMNO-BN.
9 Julai – Perhimpunan BERSIH 2.0
25 Jun – Majlis Pelancaran di Tampoi, Johor Bahru
Notis daripada Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor (22 Jun 2011)
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menetapkan untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai 2011 pukul 2 petang di Kompleks Beli-belah SOGO, Masjid Kg. Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), yang mana akan meluluskan “8 tuntutan” mengenai reformasi pilihanraya secara mulia dan serius. Kemudiannya, “Perarakan Demokratik” akan diadakan secara serentak dari ketiga-tiga tempat ini menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai “8 tuntutan” tersebut kepada Yang Dipertuan Agong.
Sebagai langkah untuk memobilisasi rakyat jelata daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat dan dari seluruh pelusuk negara untuk menyertai perhimpunan ini, BERSIH 2.0 telah mengadakan majlis pelancaran di negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain, termasuklah negeri Johor. BERSIH 2.0 mengalu-alukan kehadiran ramai untuk Majlis Pelancaran yang akan diadakan di Johor Bahru, butiran lanjut adalah:-
Tarikh : 25hb. Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
No. 39, Jalan Dahlia 9, Taman Dahlia, Tampoi.
Penceramah : Wakil BERSIH 2.0
1. Hishamudin Rais
2. Suhaizan Kayat
Wakil Undangan Daripada Parti Politik
1. YB Ong Kow Meng
Timbalan Pengerusi Democracy Action Party (DAP) negeri Johor
2. Dato' Dr. Mahfodz Mohamad
Pengerusi Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Johor
atau wakil Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Johor
3. Encik Nazri Ismail
Pengerusi Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor
4. Encik Choo Shinn Chei
Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya
Di bawah adalah 8 tuntutan mengenai reformasi piihanraya:
- Bersihkan senarai undi (semua rakyat yang layak mengundi perlu didaftarkan sebagai pengundi secara automatik)
- Reformasikan undi pos (Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.)
- Guna dakwat kekal (Menghalang pengundi hantu)
- Akses media yang bebas dan adil (Memastikan media utama saksama kepada semua parti politik)
- Tempoh berkempen minimum 21 hari
- Kukuhkan institusi awam (Memastikan keadilan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi tersebut)
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor