AKTA HUBUNGAN ANTARA KAUM AKAN MENANGANI SIKAP PERKAUMAN
Oleh : Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM 18 Jun 2009
Kepada sesiapa yang telah menghadiri perbincangan oleh Prof. Aneez Esmail bertajuk "Hubungan Antara Kaum di Britain" yang dianjurkan oleh KITA, UKM tanpa syak lagi, pasti bersetuju dengan keberkesanan Akta Hubungan Kaum 1976 berkenaan hubungan perkauman dan diskriminasi perkauman di Britain.
Dua puluh tahun lalu, saya ada menulis artikel di dalam akhbar The Star dengan tajuk "Keperluan Kepada Perundangan Mengenai Perhubungan Antara Kaum" (28/10/1985) berikutan berlakunya insiden yang mencemaskan berkaitan "perkauman yang diinstitusikan", yang juga merupakan hujah yang ditekankan oleh Prof Aneez. Didalam artikel tersebut, saya telah mendedahkan beberapa contoh diskriminasi bangsa dan perkauman yang boleh dijadikan perihal tersebut sekiranya akta tersebut wujud didalam negara kita.
Ianya tidak ditangani dengan tuntas yang mana sekiranya kita mempunyai perundangan seperti itu, ramai ahli politik UMNO termasuklah Perdana Menteri sekarang ini, berdepan dengan undang-undang tersebut; banyak polisi antaranya seperti pelaksanaan pengambilan pelajar "bumiputera-sahaja" ke insitusi pengajian tinggi seperti UiTM, sebenarnya boleh diisytiharkan sebagai diskriminasi perkauman sejak dahulu lagi.
Hukuman ke atas Penghasut Perkauman
Terkandung fasal di dalam Akta Hubungan Antara Kaum Britain 1976 antara lain menyebut;
"Seseorang itu didapati bersalah sekiranya dia menerbit atau mengedar bahan berbentuk tulisan yang mana mengancam, menggunakan perkataan-perkataan kasar atau mencela, atau pelaku itu menggunakan mana-mana ruang awam atau mana-mana pertemuan awam dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mengugut, menekan atau menghina dalam keadaan dimana, berkenaan perihal yang terperinci, adalah untuk menimbulkan kegemparan keatas mana-mana kumpulan kaum"
Pada tahun 1987, disebuah rapat umum yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Stadium Jalan Muda di Kuala Lumpur ada merentangkan kain pemidang yang tertera "13 Mei telah bermula", "Basahkan keris dengan darah orang Cina" dan lainnya.
Perkara ini bukanlah dicetuskan oleh pihak pembangkang. Ini disahkan didalam Kertas Putih Kerajaan Malaysia, "Menuju Pemuliharaan Perpaduan Kebangsaan", 1988. Ianya turut mendapat liputan akhbar-akhbar berbahasa Mandarin pada waktu itu.
Ulangi semula transkrip ucapan Najib 1987!
Berada diatas pentas dan mengapikan semangat perkauman di perhimpunan yang mengaibkan itu, adalah Ketua Pemuda UMNO yang juga Perdana Menteri sekarang ini. Sudah tentu, ketika di Parlimen, beliau menafikan yang beliau telah mengungkapkan perkataan-perkataan seperti yang tertera pada kain-kain pemidang itu. Berdasarkan kepada amaran yang acapkali dikeluarkan oleh pihak Polis, penganjur rapat umum tersebut mestilah bertangungjawab keatas kenyataan-kenyataan yang dipaparkan dari kain-kain pemidang tadi. Sekiranya kita mempunyai Akta Kebebasan Maklumat, kita boleh mendapatkan transkrip ucapan Ketua Pemuda UMNO dalam rapat umum itu.
Oleh kerana kita tidak mempunyai Akta Kebebasan Maklumat, Perdana Menteri berpeluang untuk membersihkan namanya dengan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiarkan saringan transkrip ucapan 1987nya itu. Sekurang-kurangnya, pihak Cawangan Khas harus mempunyai salinan. Mereka memaklumkan kepada saya, ketika saya dalam tahanan, yang mereka merupakan antara badan risikan yang terbaik didunia dan perpustakaan mereka mempunyai lebih banyak maklumat daripada mana-mana pusat sumber di negara ini.
Tiada Keazaman Politik
Tidakkah kita berasa hairan, mengapa Akta Kebebasan Maklumat akan menemui nasib yang sama sepertimana Akta Hubungan Antara Kaum dibawah kerajaan seperti ini?
Tiada tindakan diambil ke atas gerombolan yang membangkitkan api perkauman di dalam rapat umum tersebut. Tetapi, sasaran utama pihak polis adalah orang seperti saya yang tidak ada kena mengena dengan rapat umum perkauman itu. Lebih dari seratus orang jumlahnya daripada kami, satu-persatu ditahan tanpa bicara didalam "Operasi Lalang".
Semenjak itu, kami dituduh dan diperlakukan sebagai orang-orang yang menjelikkan dan memualkan, dan dihina oleh delegasi UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO dan upacara ritual menjulang keris oleh Ketua Pemuda UMNO.
Helah Diskriminasi Kaum Secara Terang-terangan sebagai Tindakan Afirmatif
Saya masih ingat beberapa tahun yang lalu, Menteri Pendidikan cuba untuk memperlihatkan kepada khalayak didalam perhimpunan Agung UMNO dengan berkata; "Selagi beliau menjadi Menteri Pelajaran, dia tidak akan membenarkan seorang pun bukan bumiputera untuk memasuki UiTM!
Inilah realiti diskriminasi kaum di negara ini. Janganlah kita lupa tentang kisah UiTM yang mempunyai lebih kurang 100,000 orang pelajar dan ianya merupakan institusi dana awam, adalah sangat mengejutkan apabila pihak kerajaan boleh lepas tangan dengan diskriminasi kaum secara terang-terangan tersebut, yang dianggap sebagai "tindakan afirmatif"
Sekiranya kita mempunyai Akta Kebebasan Maklumat, kita boleh mendapatkan statistik mengenai diskriminasi kaum pada mana-mana bahagian dasar tersebut.
Statistik yang saya terima dari Parlimen pada tahun 1990 adalah seperti berikut; purata 90 peratus pinjaman untuk kursus sijil Politeknik, 90 peratus biasiswa untuk kursus Diploma Pendidikan, 90 peratus biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah yang diambil didalam negara dan hampir semua biasiswa/pinjaman untuk kursus Ijazah luar negara diberikan kepada bumiputera.
Berdasarkan kepada pengambilan pelajar disekolah-sekolah berasrama pada tahun-tahun 80-an, 95 peratus merupakan bumiputera, pengambilan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hampir seratus-peratus adalah bumiputera pada tahun-tahun 80-an, adakah ini yang dipanggil sebagai tindakan afirmatif?
Adakah pihak kerajaan tidak perasan dan tidak sedar, untuk mengesahkan dan memperakui Konvensyen Menentang Diskriminasi Kaum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehinggalah ke hari ini?
Mahkamah Hubungan Kaum
Mahkamah Hubungan Kaum boleh menentukan dan menakrifkan kebenaran atau kesalahan tindakan-tindakan tertentu, manakala Suruhanjaya untuk Kesaksamaan Kaum akan dibentuk bagi menggerakkan usaha kearah penghapusan diskriminasi bangsa dan perkauman, mengusahakan kesaksamaan peluang dan keharmonian hubungan antara etnik, dan pemerhatian berterusan keatas hasil-hasil dari akta tersebut
Saya merumuskan didalam artikel 28/10/85 itu dengan;
"Sementara Akta Hubungan Antara Kaum mungkin lambat meresap mengakar kedasar masyarakat berbilang kaum, sekurang-kurangnya kita boleh memastikan had-had pelaksanaan polisi-polisi kerajaan digariskan dengan teliti, dan yang sama pentingnya, masyarakat Malaysia tidak diperlakukan seperti sampah perkauman, yang mana seharusnya ditolak dengan sedaya-upaya kemahuan kita. (Mitos Politik Malaysia" oleh Kua Kia Soong, Huazi, 1986 : 188)