【kenyataan akhbar Suaram Caw JB pada 6 June 2008】
Suaram Caw. Johor berpendapat bahawa pihak kerajaan mengumumkan harga petrol di Negara ini merupakan satu pengumuman yang tidak memperdulikan faedah rakyat secara keseluruhan dan adalah satu pengumuman yang tergesak-gesak. Bila sedunia meranda kekurangan padi dan bernas, Perdana Menteri Abdulah Badawi pengumumkan kenaikan harga petrol dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter, sekaligus mencipta sejarah yang paling tinggi iaitu RM0.78 atau 40%; harga diesel pula meningkat dari RM1.58 seliter kepada RM2.58 seliter, erti kata lain telah meningkat sebanyak RM1.00 atau 63%. Pengumuman kenaikan harga petrol ini sekali lagi memberi tamparan yang kuat dan menambah kesusahan kehidupan rakyat berbilangan kelas.
Kerajaan turut mengumumkan pembayaran rebet mengikut jenis pemuatan cc, tuan kereta boleh memperolehi subsidi semasa memperbaharui cukai jalan (road Tax). Contohnya, bagi kereta dibawah 2000cc boleh memperolehi subsidi sebanyak RM625, manakala bagi penunggang motosikal dibawah 250cc dapat memperolehi subsidi sebanyak RM150. Persoalannya disini adakah subsidi ini dapat mengurangkan beban rakyat? Kami berpendapat bahawa itu adalah tidak mungkin! Ini kerana kenaikan harga petrol turut mengakibatkan kenaikan elektrik, infrastuktur-infrastrukur pembinaan, pengangkutan-pengakutan jalan dan lain-lain lagi. Kenaikan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kenaikan harga barangan, sektor perkhidmatan, kehidupan rakyat dijangka akan menghadapi rintangan yang kuat. Subsidi yang digunakan oleh kerajaan semata-mata untuk mengurangkan kebencian rakyat dan adalah bersifat menipu.
Perlu diingat bahawa Negara kita merupakan pengeluar petroleum. Dengan itu harga petrol sepatutnya lebih rendah jika dibandingkan dengan Negara lain (terutamanya Negara bukan pengeluar petroleum). Namum kerajaan kita sering mengunakan perbandingan harga petrol dengan Negara-negara bukan pengeluar petroleum seperti
Selain itu, kerajaan kita tidak memikirkan atau sengaja tidak memberitahu bahawa Negara yang harga petrolnya tinggi itu sebenarnya pendapatan rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada rakyat di Negara kita, contohnya Negara
Abdullah badawi menyatakan bahawa peningkatan harga petrol di dalam Negara ini akan menyebabkan kenaikan kepada harga barangan dalam linkungan 4% hingga 5%, dan ini akan menyebabkan peningkatan kepada ekonomi Negara. Setiap tahun perangkaan belanjawan Negara sentiasa mencatat peningkatan pada 6% hingga 7%. Bolehkan kita menyatakan bahawa peningkatan keatas harga petrol itu bermakna kehidupan rakyat masih berada dalam keadaan yang stabil? Sebenarnya, perbezaan golongan rakyat miskin dan kaya adalah sangat ketara. Struktur Masyarakat yang miskin di Negara kita akan menjadi lebih miskin manakala masyarakat yang kaya lebih kaya. Bagi sistem pentabdiran yang bersifat perkauman dan autoratik, tidak kira menghadapi peningkatan harga barangan ataupun peningkatan ekonomi, yang akan ditindas adalah orang yang diperintah, terutamanya golongan miskin. Hanya segelintir kecil dari pihak pemerintah dan kroni-kroni antara mereka sahaja yang menikmati kekayaan.
Suaram Caw. Johor berpendapat bahawa peningkatan secara besar-besaran ini adalah sangat serious, ini kerana semua golongan kelas semestinya akan menghadapi kebebanan. Kami menyeru pihak kerajaan perlu mencadangkan satu polisi yang menfaedahkan rakyat dan mengurangkan kebebanan kehidupan rakyat. Contonnya memberi tanah secara percuma kepada petani, mengutamakan pembangunan sektor pertanian, untuk menyelasaikan kekurangan bernas; hentikan tandatangan FTA (Free Trade Agreement) dengan Amerika, supaya tidak merosakkan sistem pasaran dalam Negara; membatalkan polisi penswataan air, elektrik, lebuh raya untuk melindungi asas kehidupan rakyat; memperbaiki pengangkutan awam untuk menyenangkan rakyat dalam penggunaannya; membatalkan pengutipan tol untuk melindungi golongan miskin dalam Bandar; dan mengumumkan pendapatan dan pebelanjawan PETRONAS, menjawap segala persoalan rakyat terhadap PETRONAS. Ini kerana semua kelas rakyat berhak untuk menikmati segala pendapatan dan keuntungan dari PETRONAS dan dimana perginya jumlah keuntungan gergasa itu?
0 comments:
Post a Comment