Thursday 12 March 2015

Bagaimanakah Pandangan Parti Demokratik Malaysia terhadap Pergerakan HINDRAF (Kemaskini video ucapan pada 14 Mac 2015)

Bagaimanakah Pandangan Parti Demokratik 
Malaysia terhadap Pergerakan HINDRAF
                         
马来西亚民主党团应如何看待兴权会运动

Teks lengkap ucapan Nyam Kee Han, wakil Sahabat Rakyat, di forum “Menghapuskan Diskriminasi Kaum” anjuran HINDRAF dengan 8 NGO lain pada 12hb Mar 2015.

(Kemaskini video ucapan pada 14 Mac 2015)

Pergerakan Hindraf adalah satu pergerakan massa yang dilancarkan oleh komuniti India terpinggir Malaysia untuk memelihara maruah etnik dan memperjuangkan hak asasi manusia pada abab ke-21. Ia juga merupakan sebahagian perjuangan pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia yang penting bagi rakyat semua kaum Malaysia menentang pemerintahan hegemoni UMNO. Oleh sebab itu, ia sepatutnya mendapat perhatian dan sokongan dari pertubuhan dan parti demokratik serta demokrat.

Wakil Sahabat Rakyat, Nyam Kee Han berucap pada Forum “Menghapuskan Diskriminasi Kaum” anjuran HINDRAF dengan 8 NGO lain pada 12hb Mar 2015 di Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Kuala Lumpur. Penceramah lain yang berucap termasuk Zaid Ibrahim, Dr Lim Teck Ghee, Dr Kua Kia Soong, Lina Soo dan Waytha Moorthy. Berikut merupakan teks lengkap ucapan Nyam Kee Han.
Kata pendahuluan: Kenali Klik Pemerintahan UMNO sebagai Musuh Utama Kita Semua

Malaysia merupakan sebuah negara yang dibentuk daripada pelbagai etnik. Meskipun klik pemerintah UMNO-BN menyombong bahawa keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia adalah berpunca daripada “dasar yang adil” yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Akan tetapi, setiap lapisan masyarakat yang hidup di dalam negara ini sangat jelas bahawa layanan yang tidak adil terhadap kaum berlainan dari segi politik, ekonomi, budaya, pendidikan, agama dan sebagainya telah mengakibatkan rakyat berbilang kaum bukan sahaja tidak dapat bersatu padu, malah konflik antara kaum semakin menjadi-jadi. Keadaan ini merupakan hasil daripada teknik “pecah dan perintah” yang berpanjangan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah British kepada rakyat semua bangsa di negara kita, serta perlaksanaan dasar “Ketuanan Melayu” yang semakin mendalam mengikut masa  yang dilaksana oleh klik pemerintahan UMNO-BN yang telah mewarisi teknik pemerintahan pihak penjajah British.

Malaysia telah merdeka lebih daripada separuh abad. Sehingga hari ini, dasar negara yang dilaksanakan oleh klik pemerintahan BN sebenarnya merupakan sesuatu dasar yang “menopang kroni (terutamanya kroni-kroni etnik Melayu) atas nama “membantu Bumiputera (secara pratiknya merujuk kepada orang Melayu)”. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan oleh klik pemerintahan UMNO-BN untuk “mengurangkan jurang pendapatan dan menghapuskan masalah kemiskinan setiap kaum” adalah kata bohong semata-mata. Di sini saya mengemukakan dua contoh seperti berikut: Pertama, Pada tahun 2006, Dr. Lim Teck Ghee telah mengemukakan sebuah Laporan Kajian Pembahagian Ekuiti Korporat di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa pemilikan ekuiti korporat Bumiputera telah melebihi matlamat kerajaan sebanyak 30% iaitu mencapai sekitar 45 peratus. Pada tahun 2012, Dr. Lim sekali lagi mempertikaikan kata-kata Perdana Menteri Najib Razak iaitu pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam negara hanya mencapai 23.09 peratus. Tambahan beliau, DEB hanya menjaga kroni-kroni Melayu dan GLCs; Kedua, meskipun data kerajaan kurang berwibawa, kita masih boleh menggunakan data kerajaan untuk membuktikan wujudnya ketidaksamarataan peratusan perkembangan pemilikan ekuiti di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Pemilikan ekuiti korporat Bumiputera meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 21.9% pada tahun 2008. Manakala, pemilikan ekuiti korporat komuniti India didapati kekal di bawah 2% sejak tahun 1970 hingga ke tahun 2010.

Isu tergembar yang berlaku di Malaysia iaitu isu korupsi yang mendatangkan kerugian yang amat besar kepada rancangan National Feedlot Corporation (NFC) yang berpunca daripada kronisme UMNO telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat semua bangsa. Satu lagi contoh berkenaan dengan kenapa kroni terbesar UMNO iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary dapat mengambil alih saham syarikat-syarikat dalam masa yang singkat. Di antaranya termasuk mengambil alih kilang pembuatan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok Hock Nien (dikenali sebagai “Raja Gula”) di Perlis dan menelan 30% saham yang dimiliki oleh “Raja Gula” di Bernas Berhad, serta perniagaan-perniagaan yang lain. Keadaan ini menyebabkan makanan dan minuman setiap hari, penggunaan jalan raya, pengiriman mesej atau membuat panggilan, turut mempunyai perkaitan dengan Syed Mokthar. Realiti-realiti ini yang dialami oleh setiap individu sendiri cukup untuk menyedarkan rakyat semua bangsa untuk mengenali bahawa kemajuan ekonomi negara kita hanya menguntungkan klik pemerintahan yang berkuasa dan kroni-kroni mereka sahaja. Hari ini, sudah tiba masanya untuk rakyat semua bangsa mengenali UMNO dan kroni-kroni klik pemerintahan merupakan musuh utama kita semua. Rakyat semua bangsa perlu bersatu padu untuk menentang pemerintahan hegemoni dan kronisme yang didominasikan oleh UMNO di atas nama “Ketuanan Melayu”.

HINDRAF Juga Satu Kuasa Melawan Pemerintahan Hegemoni Perkauman UMNO yang Penting

Sebelum ini, gerakan pendidikan Cina merupakan kekuatan teras dalam melawan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO dalam perjuangan berperlembagaan. Kekuatan gerakan tersebut berhasil dari perjuangan berpanjangan Dong Jiao Zong yang wujud sejak tahun 1950-an yang tegas menentang dasar pendidikan UMNO yang berdasarkan kebudayaan satu aliran, dan menuntut kesamarataan pendidikan bahasa ibunda. Lim Lian Geok, Sim Mow Yu dan Lim Fong Seng merupakan tiga tokoh pemimpin unggul dalam gerakan pendidikan Cina. Bagaikan patah tumbuh hilang berganti, mereka telah melakukan usaha yang keras dan sumbangan yang cemerlang dalam keadaan yang begitu payah. Mereka telah menunjukkan semangat tegas melawan dan pantang berundur terhadap musuh yang jauh lebih kuat dalam perjuangan menentang akta pendidikan dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh klik hegemoni UMNO yang bermatlamat muktamad untuk menghapuskan bahasa ibunda semua etnik minoriti dalam negara ini dan mengasimilasikan setiap etnik minoriti secara paksaan. Boleh dikatakan gerakan pendidikan Cina merupakan kekuatan teras yang mewakili etnik tertindas negara ini untuk menyuarakan tuntutan kesamarataan antara kaum dalam persoalan bahasa dan pendidikan di samping tegas berjuang tanpa lesu. Selama ini, Dong Jiao Zong telah memberi teladan yang baik dalam perjuangan rakyat seluruh negara melawan pemerintahan hegemoni UMNO.

Namun, sejak Yap Sin Tian menguasai Dong Zong pada tahun 2005, dia tegas menyingkirkan orang yang berbeza pendapat tanpa mengira kos. Anggota-anggota yang merupakan tulang belakang kerja-kerja dan pergerakan pendidikan Cina termasuk Bok Thai Hee, Dr. Kua Kia Soong dan sebagainya telah disingkir dari Dong Zong dan Kolej New Era oleh Yap. Yap Sin Tian telah memulakan permainan politik kronisme di kalangan Dong Zong dan golongan yang aktif dalam pendidikan Cina. Pada masa yang sama, Yap Sin Tian terburu-buru ingin merealisasikan dasar "merapat dengan MCA, bekerjasama dengan kerajaan" atas nama membangunkan pendidikan tinggi Cina sebenarnya demi agenda mencari kepentingan peribadi. Saya boleh memberi dua contoh di sini. Pertama, menjelang PRU ke-12, pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian bersama-sama pemimpin tertinggi MCA iaitu Ong Ka Ting membuat pengumuman pelancaran projek pembinaan Kolej New Era Sepang dengan tujuan memancing undi  komuniti Cina bagi pihak Barisan Nasional. Kedua, pimpinan Dong Zong yang diketuai oleh Yap Sin Tian bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang pendirian menentang BN, mereka melepaskan peluang untuk menuntut sebarang hak dan kepentingan pendidikan Cina atau mengemukakan tuntutan pilihanraya semasa PRU ke-13. Pendirian politik dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Yap Sin Tian selaku pengerusi Dong Zong telah mengakibatkan perpecahan keseluruhan gerakan pendidikan Cina pada hari ini. Dengan jelasnya, ini adalah satu contoh kejadian sepertimana kisah klasik terkenal ‘Kuda Trojan’.

Nasib baik kuasa melawan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO tidak hilang begitu sahaja ketika gerakan pendidikan Cina berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.  Sebaliknya, misi perjuangan tersebut diwarisi oleh golongan etnik India yang juga berada dalam kedudukan tertindas. Satu perarakan yang begitu menyentuh perasaan iaitu demonstrasi besar-besaran HINDRAF telah tercetus pada tahun 2007. Pada waktu itu, kerajaan UMNO-BN telah mengisytiharkan HINDRAF sebagai "pertubuhan haram". Tambahan lagi, HINDRAF dilabel sebagai badan yang berhubungan dengan "pertubuhan teroris". Walau bagaimanapun, komuniti India yang begitu ramai dari setiap selusuk negara masih berani berhimpun di Bandaraya Kuala Lumpur dan berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerah memorandum. Mereka tetap melangkah ke depan walaupun berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata. Semangat mereka yang berani melawan dan memecahkan kongkongan fahaman “mengagung-agungkan legalistik” telah membekalkan tenaga dan jiwa yang baru kepada gerakan demokratik dan hak asasi manusia Malaysia. Demi menuntut hak yang sah di sisi undang-undang dan mempertahankan maruah bangsa, golongan etnik India julung kalinya memperkecilkan  ugutan perkauman dan menempuh ancaman keganasan putih. Dengan berani melancarkan perjuangan massa secara besar-besaran, mereka telah memberi hentaman yang kuat terhadap golongan pemerintah UMNO-BN. Ini telah terbukti dalam keputusan PRU ke-12. Selepas diisytiharkan sebagai "pertubuhan haram" oleh klik pemerintah UMNO-BN, HINDRAF tetap berpegang dengan semangat dan tindakan perjuangan yang berpandukan "berani berjuang, berani berkorban". Akhirnya, mereka berjaya memaksa klik pemerintah yang ketandusan pilihan lain untuk mengakui kedudukan sahih mereka. Antaranya, sikap dan pendirian mereka yang "tidak menyerah sebelum mencapai tujuan" merupakan teladan baik yang wajar dipelajari oleh semua parti dan pertubuhan progresif dan individu demokratik.

Pergerakan HINDRAF Menggambarkan Suara Penentangan Komuniti India

Sejak kebelakangan ini, dengan merujuk kepada beberapa contoh yang pratikal, kita mendapati klik pemerintahan UMNO sedang berusaha membawa negara ke arah pengislaman negara. Keadaan ini menghasilkan kebimbangan dan kemarahan dalam komuniti bukan Melayu bukan Islam. Contohnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencerobohi Gereja Katolik dan merampas Alkitab bahasa Melayu dan Iban, kes perampasan mayat oleh Jabatan Agama Islam, kes hak penjagaan anak terpaksa di bawa ke mahkamah setelah salah seorang ibu bapa didapati memeluk agama Islam, kerajaan Terengganu mewajidkan penutupan perniagaan setiap hari Jumaat dari jam 12p.m. kepada 2:30p.m. untuk membenarkan semua muslimin di dalam negeri sembahyang pada waktu tersebut. Tingkah laku ekstremis agama yang berleluasa menjelaskan bahawa institutional perkauman di Malaysia telah hampir menembusi setiap bidang masyarakat dan perkembangan berterusannya mungkin sudah hampir untuk membawa padah kepada semua. Kini, siapa lagi akan percaya bahawa Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang tiada diskriminasi kaum dan agama?

Di bawah proses pengislaman negara, komuniti India lebih sengsara berbanding dengan komuniti tertindas yang lain. Mereka bukan sahaja kehilangan kuasa politik dan ekonomi dalam jangka masa yang panjang, kini mereka terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan tempat beribadah iaitu kuil Hindu. Keadaan ini memaksa mereka terpaksa mengemukakan kebimbangan dan kemarahan mereka terhadap situasi pengislaman negara. Bagi kita, walaupun pergerakan HINDRAF merupakan satu pergerakan massa yang berasaskan komuniti India yang paling tertindas untuk bebas dari kemiskinan dan keterpinggiran serta memelihara maruah komuniti India dan memperjuangkan hak asasi yang sah; pada masa yang sama, mereka secara realitinya turut mewakili komuniti-komuniti tertindas yang lain untuk mengemukakan tuntuan “menentang Ketuanan Melayu” dan “ menentang pengislaman negara”. Maka dengan itu, kami berpendapat bahawa perjuangan semasa pergerakan HINDRAF adalah aksi yang adil oleh komuniti India dalam menentang penindasan etnik dan memperjuangkan hak demokrasi. Sehubungan itu, pihak-pihak yang digelar sebagai parti demokratik dan individu demokrat tidak sepatutnya memulau dan menyerang pergerakan HINDRAF, serta menggambarkan pemimpin HINDRAF atau pergerakan HINDRAF sebagai “rasis” atau “tindakan bersifat perkauman” yang “sama seperti Perkasa”.

Jika ada orang yang tidak berani menghadapi atau sengaja mengelakkan bahawa konflik utama dalam masyarakat Malaysia adalah penindasan etnik, iaitu minoriti elit Melayu UMNO yang bukan sahaja menindas etnik sendiri (Melayu), pada masa yang sama turut menindas majoriti daripada etnik bukan Melayu dalam setiap bidang masyarakat. Maka itu merupakan perlaksanaan politik yang sengaja mengelirukan masyarakat umum. Jika sengaja tidak membezakan sebaliknya menyamakan pendirian HINDRAF dan pemimpin-pemimpinnya yang melawan penindasan etnik dengan pendirian PERKASA yang menyokong dan menggerakkan dasar penindasan etnik juga merupakan tindakan politik yang sengaja mengelirukan masyarakat umum. Tindakan politik yang salah ini mesti dibetulkan segera supaya tidak menghalang perkembangan normal pergerakan demokratik dan hak asasi manusia Malaysia.

Parti dan Pertubuhan Demokratik Perlu Menyokong Perjuangan dan Tuntutan Komuniti Tertindas

HINDRAF dalam Blueprint mereka telah mengemukakan langkah-langkah yang komprehensif untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi komuniti India, menghapuskan dasar institutional perkauman Malaysia, menghapus atau mengubah akta-akta di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang bersifat ketidaksamarataan kepada semua kaum, serta menyokong perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak menuntut hak menentukan nasib sendiri (rights to self-determination) dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan demokratik di Sabah dan Sarawak untuk melancarkan kempen “Pergerakan Perlembagaan Malaysia” (Constitution for Malaysia Movement – CoMaCo). Tindakan berturut-turut ini menunjukkan HINDRAF bukan sahaja bersuara demi komuniti India terpinggir dan termiskin di Semenanjung, malahan turut bersuara demi rakyat Sabah dan Sarawak yang kini terjatuh menjadi rakyat kelas kedua Malaysia. Ini menunjukkan HINDRAF bukan lagi berjuang berseorangan, tetapi sudah membentuk pakatan dengan pertubuhan-pertubuhan demokratik yang mewakili kepentingan minoriti etnik di Sabah dan Sarawak untuk berjuang bersama.

Maka dengan itu, jika pergerakan HINDRAF terus berkembang seperti ini, akhirnya mereka akan membentuk pakatan dengan pertubuhan-pertubuhan demokratik yang mewakili kepentingan komuniti Cina dan kepentingan kelas tertindas komuniti Melayu dan membawa harapan kepada gerakan perubahan demokratik di negara kita. Pasukan gerakan perubahan demokratik negara kita  hanya akan berkembang maju apabila semua etnik tertindas, termasuk massa dan pemimpin lapisan atau kelas tertindas etnik Melayu, boleh mencapai kesamarataan dan saling hormat-menghormati.

Kita tidak boleh mempunyai apa-apa khayalan yang tidak pratikal terhadap klik pemerintahan UMNO-BN dalam mendorong gerakan perubahan demokratik di negara kita. Pengalaman En.Waytha Moorthy, pengerusi HINDRAF, meletak jawatan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri hanya selepas 9 bulan memegang jawatan itu pasti boleh membantu kita memahami logik kenyataan tersebut. Dalam peringkat kini, rakyat semua bangsa tiada pilihan lain dan hanya boleh menaruh harapan perubahan demokratik ke atas Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk daripada PKR, DAP dan PAS. PR sering mengatakan mereka sebagai parti progresif yang prihatin kepada “tuntutan semua rakyat”. Kalau begitu, kenapakah PR boleh mengabaikan tuntutan yang dikemukakan oleh HINDRAF? Apakah tuntutan yang tidak merangkumi tuntutan komuniti Cina, India, Kadasan-Dusun dan Iban-Dayak boleh diterima sebagai “tuntutan semua rakyat” oleh PR?

Maka dengan itu, kita berharap PR boleh menerima tuntutan dari semua komuniti tertindas dan berniat murni berdiri bersama dengan rakyat semua bangsa untuk bersama-sama menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Jika PR masih tidak dapat melakukannya, maka kita mempunyai sebab untuk meragui pucuk pimpinan PR merupakan orang politik yang hanya bercita-cita untuk menggantikan Barisan Nasional untuk memerintah rakyat semua bangsa semata-mata tetapi tidak berhasrat untuk memimpin rakyat jelata dalam mendorong dan memajukan gerakan perubahan demokratik di Malaysia. Maka dengan itu, kita juga tidak mempunyai alasan yang baik untuk merasionalkan sokongan kita terhadap PR pada pilihanraya umum yang akan datang.

Rakyat Semua Bangsa Bergabung Tenaga untuk Membina Barisan Bersatu Demokratik

Kita tidak boleh bergantung hanya pada satu kumpulan etnik untuk mendorong kemajuaan dan menjayakan gerakan perubahan demokratik di Malaysia disebabkan oleh ciri-ciri khas kontradiksi masyarakat negara kita. Terdapat sesetengah orang yang menaruh harapan penuh hanya kepada pemimpin politik etnik Melayu dan menganggap pemimpin politik etnik lain sebagai tidak penting dalam mendorong kemajuan pergerakkan demokratik. Pertubuhan dan demokrat yang mewakili kepentingan etnik minoriti di negara kita perlu memberi perhatian dan berwaspada terhadap pemikiran dan tanggapan yang salah ini.

Seperti yang diketahui oleh semua, klik pemerintah UMNO-BN sebenarnya merupakan satu klik hegemoni perkauman yang mewarisi tinggalan penjajah British untuk melaksanakan penindasan kaum di negara kita. UMNO-BN yang mewakili dan melindungi kepentingan kelas raja-raja Melayu (pemerintah feudal Melayu), kapitalis birokrat Melayu dan kapitalis komprado yang berkhidmat kepada kapitalis monopoli kuat negara memerintah dan mengeksploitasi rakyat semua bangsa di negara kita secara terus. Oleh yang demikian, etnik minoriti dalam negara termasuk etnik Cina, etnik India, etnik Kadazan Dusun, etnik Iban Dayak dan lain-lain etnik serta semua kelas dan lapisan diperintah (selain daripada klik atau lapisan memerintah) dalam etnik Melayu, merupakan sasaran pemerintahan dan pengeksploitasian klik hegemoni UMNO-BN. Dalam kata lain, klik pemerintah UMNO-BN merupakan objek perjuangan bersama rakya semua bangsa yang diperintah dan ditindas dalam negara.

Maka, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kemunculan penyelamat dalam komuniti Melayu untuk menyelamatkan demokrasi Malaysia daripada terkubur. Kita perlu menyatukan semua pertubuhan dan parti politik demokratik (sudah tentu termasuk tiga parti Pakatan Rakyat), pertubuhan agama, demokrat-demokrat dan lain-lain, untuk membentuk sebuah barisan bersatu lebih inklusif yang berbeza dengan ‘Pakatan Rakyat’ masa kini yang hanya dianggotai oleh tiga parti pembangkang utama secara berperingkat supaya dapat menyatukan komuniti semua etnik, semua kelas dan strata, semua agama dan kepercayaan supaya dapat memacu pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita ke landasan yang betul, untuk menamatkan pemerintahan hegemoni perkauman UMNO-BN dan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati  kebebasan, demokratik dan hak samarata.


Klik sini untuk muat turut artikel ini dalam pdf.


Sila klik butang()dibawah untuk menonton video ucapan Nyam Kee Han.


Pautan artikel berkaitan:
1,Pergerakan HINDRAF Merupakan Hasil Gerakan Demokratik Semasa Komuniti India Malaysia
2,HINDRAF Chair: Time to correct historical wrongs. Time to dismantle Article 153.
3,Institutional Racism & Religious Freedom
4,Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak! Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13
5,Many reasons why it's actualy “JANJI TAK DITEPATI”
6,‘Constitution was doctored to favour one race’

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE