Sunday, 27 April 2014

Forum "Krisis Perkataan Allah • Hak Berperlembagaan • Kebebasan beragama" berlangsung di Johor Bahru pada 4hb Mei -Semua dijemput hadir mendengar dan bersoal jawab (Kemaskini gambar sidang akhbar pada 4pm, 27 April 2014)

Forum "Krisis Perkataan Allah • Hak Berperlembagaan • 
Kebebasan beragama" berlangsung di JB pada 4hb Mei 
- Semua dijemput hadir mendengar dan bersoal jawab

Kenyataan bersama
Sahabat Rakyat Working Committee dan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor
27hb April 2014
(Kemaskini gambar sidang akhbar pada 4pm, 27 April 2014)


Sidang akhbar telah diadakan pada pukul 9:30 pagi, 27 April 2014 di Restoran Al-Mashur, Johor Bahru. Sidang ini dipengerusikan oleh wakil Sahabat Rakyat Working Committee, Choo Shinn Chei (orang kelima dari kiri) dan wakil Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Johor, Haji Mohd Mohzit bin Mohi (orang kelima dari kanan).
Wakil lain daripada LPN PAS Johor (dari kanan) ialah Hj Radin Sarobo, Mohd Nasir Prayitno, Dzulklifi Suleiman dan Mohd Khalil.
Wakil lain daripada Sahabat Rakyat Working Committee (dari kanan) ialah Ang Pei Shan, Cheng Lee Whee, Nyam Kee Han dan Yong Siew Lee.

Forum "Krisis Perkataan Allah • Hak Berperlembagaan • Kebebasan beragama" anjuran bersama Sahabat Rakyat Working Committee dan Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Johor akan diadakan pada 4hb Mei (Ahad) di Auditorium Tingkat lima JOTIC (2, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor-sebelah mahkamah JB), pukul 2 hingga 5.30 petang.

Jawatankuasa Penganjur Forum yang terdiri daripada Sahabat Rakyat dan LPN PAS Johor amat menghargai kesudian 4 ahli panel yang merupakan orang penting dari sektor masyarakat berlainan untuk hadir bersama dan menyampaikan pandangan unik dan tersendiri masing-masing terhadap tema utama Forum. Ahli panel termasuk:

1. Dr Shad Saleem Faruqi - Beliau merupakan cedekiawan bidang perundangan terkemuka, dan berkhidmat sebagai profesor undang-undang di Universiti Teknologi Mara. Beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan lain-lain universiti. Beliau akan mengemukakan makalah yang bertajuk "The Kalimah Allah Issue - The Peninsular Malaysian Perspective" khas untuk forum kali ini.

2. P. Waytha Moorthy - Beliau merupakan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia dan pemimpin masyarakat India. Beliau pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum meletak jawatan. Beliau akan mengemukakan makalah yang bertajuk "The ambiguity of Federal Constitution and reluctance of judiciary to protect religious freedom of minorities" khas untuk forum kali ini.

3. Dr Jeffrey Kitingan - Beliau merupakan pengerusi Parti STAR di Sabah. Beliau juga merupakan penganut Roman Katolik dan seorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun. Beliau akan mengemukakan makalah yang bertajuk "Allah is for All - A Sabah Perspective" khas untuk forum kali ini.

4. Dr. Mujahid Yusof Rawa - Beliau merupakan wakil rasmi yang dilantik oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk berucap dalam Forum ini. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat.Beliau juga merupakan orang yang mencadangkan pembentukkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Beliau akan mengemukakan makalah untuk forum kali ini (tajuk belum ditetapkan).

Dr. Shad Saleem Faruqi semasa menerima undangan kami telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir semasa forum, tetapi akan mengemukakan satu makalah untuk berkongsi pendapat dengan pertubuhan, parti politik dan individu demokratik.

Ahli-ahli panel bebas berucap dalam bahasa Melayu atau Inggeris (penterjemahan isi penting ke Bahasa Mandarin akan dilakukan), dan akan menjawab persoalan daripada para hadirin dalam sesi soal-jawab.

Jawatankuasa penganjur Forum dengan hormatnya menjemput rakyat semua bangsa, agama dan lapisan yang prihatin dan yang menceburi gerakan hak asasi dan demokratik negara kita untuk hadir bersama dalam forum yang amat bermakna dan menjadi pemerhatian ramai ini.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk menghadiri forum ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

1. Wakil Sahabat Rakyat Working Committe Yong Siew Lee (016-7782707)

0 comments:

通告 Notification

人民之友对下届大选意见书
英巫文译稿将在此陆续贴出

作为坚守“独立自主”和“与民同在”的立场的一个民间组织,人民之友在上个月对即将来临的第14届全国大选投票,发表了一篇以华文书写的意见书,题为:投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!。

这篇意见书的英文译稿,将在近期内在本部落格贴出。马来文译稿将在下个月内贴出。敬请关注!

我们希望,我们在意见书内所表达的对下届大选的立场和观点,能够准确而又广泛地传播到我国各民族、各阶层的人民群众中接受考验,并接受各党派在这次全国大选斗争和今后实践的检验。


The English and Malay renditions of Sahabat Rakyat’s opinions about next election will be published here consecutively

As an NGO which upholds “independent and autonomous” position and "always be with the people" principle, Sahabat Rakyat had released a Chinese-written statement of views with regard to the voting in the upcoming 14th General Election, entitled “Vote for candidates who are against State Islamisation: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent the return to power of Mahathir’s faction!”

The English rendition of this statement will be published in our blog in the near future whereas the Malay rendition will be published next month (November). Please stay tuned!

We hope that our position and views pertaining to the next General Election expressed in the statement will be accurately and widely disseminated and also examined by the popular masses of various ethnicities and social strata through their involvement in the struggle of the next General Election carried out by various political parties and their practices in all fields in future.


Akan datang: Penerbitan penterjemahan pendapat Sahabat Rakyat mengenai pilihan raya ke-14 dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang berpendirian teguh tentang prinsip "bebas dan berautonomi" dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata”, Sahabat Rakyat telah menerbitkan kenyataan tentang pandangan kami terhadap Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang yang bertajuk "Undilah calon yang menentang Pengislaman Negera: Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Jangan benarkan puak Mahathir kembali memerintah! "

Penterjemahan Bahasa Inggeris kenyataan tersebut akan diterbitkan dalam blog kita dalam waktu terdekat manakala penterjemahan Bahasa Melayu akan diterbitkan pada bulan hadapan.

Kami berharap pendirian dan pandangan kami berkenaan pilihan raya kali ini yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut dapat disebarkan dengan tepat dan meluas untuk diuji dalam kalangan rakyat semua bangsa semua strata sosial melalui penglibatan mereka dalam amalan pelbagai parti politik dalam pertempuran pilihan raya umum kali ini mahupun masa depan.

Malaysia Time (GMT+8)