[kenyatan akhbar SUARAM JB pada 29hb 0ct 08]
Suaram JB amat berdukacita bahawa siasatan terbuka keatas kes kematian dalam lokap Goh Yam Peaw yang dijadualkan pada 9 pagi pada 28hb October hari ini telah ditunda kali kedua oleh Majistret Segamat (penundaan kali pertama pada 8hb July 2008). Penundaan disebabkan Timbalan Pendakwa raya (DPP- Deputy Public Prosecutor) iaitu En. Asyraf tidak hadir ke majistret Segamat.
Masalah penundaan siasatan terbuka keatas kes kematian dalam lokap lazim berlaku. Contohnya satu kes kematian keatas Ulagananthan Muniandy. Majistret Kajang memanggil Siasatan keatas kematian Ulaganathan Muniandy pada bulan October 2006 selepas 4 tahun terlambat. Sejak tahun 2006, siasatan keatas kes itu telah ditunda sebanyak 8 kali atas pelbagai alasan. Contohnya lebih kurang sama dengan kes kematian keatas Goh Yam Peaw dimana DPP tidak turun ke majistret dan penundaan ini tanpa pengetahun peguam keluarga si-mati mahupun keluarga si-mati.
Keluarga si-mati iaitu Goh Yam Yuan turut dipanggil untuk menghadiri ke Majistret Segamat menjadi saksi kepada kes ini. Saudara Goh dan ibu kepada si-mati turut hadir untuk mendengar siasatan terbuka pada 28 Ocktober 2008. Siasatan terbuka kali ini adalah penting dimana Doktor yang menjalankan postmoderm sepatut hadir menjadi saksi kepada kes ini.
Suaram JB sangat tidak puas hati dengan tindakan DPP En. Asyraf keatas kes ini dimana ini memandangkan DPP tidak mengambil berat dengan kes ini. Kami membantah keatas segala penundaan siasatan terbuka keatas segala kes kematian dalam lokap. Ini kerana itu merupakan perkara yang sangat serious dan sepatutnya perlu disiasat dengan segera.
Ekoran rakyat kini menghadapi pelbagai masalah dari segi ekonomi akibat krisis global dunia seperti kenaikan harga barangan yang tidak terkawal. Tangguhan keatas siasatan terbuka menyusahkan keluarga si-mati khasnya Saudara Goh Yam Yuan dimana dia perlu mengambil cuti untuk hadir ke Majistet. Sebagai seorang pemandu lori, gajinya dikira mengikut harian. Setiap kali cuti akan memberi kesan kepada jumlah gaji yang diperolehi. Ini sekaligus menyusahkan kehidupannya.
Suaram JB berharap penundaan tidak akan berlaku pada 31hb December 2008.
PERHATIAN: Suaram JB telah membuka pusat perkhidmatan hak asasi manusia pada bulan Ogos 2007. Pusat Perkhidmatan kami akan dibuka setiap minggu khamis jam pukul 2 petang hingga 6 petang. Kami menyeru semua orang yang dicaburi hak-hak asasinya seperti dipukul oleh Polis semasa dalam tahanan, didesak atau diseksa oleh Majikan, isu-isu tanah dan lain-lain lagi boleh menghubungi kami di talian 016-7782707 atau 07-5581098.
Latar belakang kes
Goh Yam Peaw telah diberkas pada 9/1/08 dan ditahan di Lokap Balai Polis Segamat atas Akta Kecemasan ordinan iaitu kesalahan mempunyai mercun, pil, VCD lucah dan pistol. Pihak Polis telah reman OKT sehingga 22/1/08. Semasa dalam tahanan, Goh Yam Peaw didapati meninggal dunia pada 20/1/08. OCPD Abdul Majid dalam media menyatakan bahawa si-mati mati selepas terjatuh menggunakan tandas.
Suaram JB telah menghantar surat bantahan kepada SUHAKAM, Ketua Polis Johor, IPD Segamat, Peguam-peguam Negara dan pelbagai badan NGO. Suaram JB juga telah menemani keluarga si-mati untuk menghantar Memorandum kepada SUHAKAM pada 22 May 2008 supaya siasatan terbuka dijalankan secepat mugkin.
Selepas itu, siasatan terbuka pertama telah diadakan pada 10 Jun 2008 jam pukul 9 pagi dimana 5 orang saksi dari pihak pegawai polis segamat hadir pada hari itu. Penyiasatan pada hari itu adalah berkenaan kematian si-mati. Antaranya termasuk kejatuhan simati semasa dalam lokap dan perjalannan simati semasa dibawa keluar dari Lokap Segamat ke Hospital Segamat.
Penundaan siasatan terbuka kali pertama berlaku pada 8hb July 2008.
Penundaan siasatan terbuka kali kedua berlaku pada 28 October 2008.
Siasatan terbuka kedua akan berlangsung pada 31hb December 2008.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Nyam Kee Han di talian 016-7782707 atau 07-5581098.