Pihak kilang tersebut telah berjanji untuk melangsaikan upah pekerja pada hari ini, dengan itu terdapat sebanyak 400 pekerja berkumpul di depan kilang tersebut untuk menuntut upah mereka pada pukul 2 petang hari ini. Walaupun, pihak kilang tersebut mengetahui bahawa banyak pekerja akan datang menuntut upah mereka pada hari ini, akan tetapi pihak kilang tidak menyediakan petugas yang mencukupi untuk menguruskan penuntutan upah pekerja. Ini menyebabkan banyak pekerja terpaksa menunggu lama. Dengan itu, jelas pihak kilang tiada keikhlasan dalam menyelesaikan masalah ini.
Kebanyakan pekerja yang berhimpun di kilang tersebut pada hari ini telah meletak jawatan. Pekerja yang telah menuntut upah dan didapati tidak selaras dengan jumlah upah mereka, maka terpaksa menunggu sehingga semua penuntutan diselesaikan dan barulah sampai giliran mereka untuk menuntut upah yang sewajarnya.
Kira-kira 7 petang, oleh sebab pekerja tidak puas hati maka mereka telah membuat keputusan iaitu dengan diri sendirinya bersemuka dengan pihak kilang untuk memastikan sama asda pihak kilang dapat melangsaikan upah mereka pada hari ini. Maka pekerja meminta untuk berjumpa dengan pihak pengurus kilang tersebut. Dua wakil dari Suaram dan selaku ahli Pusat Perkhidmatan Hak Asasi Rakyat mencuba untuk memasuki kilang tersebut dan berjumpa dengan pihak berkaitan, tetapi dihalang paksa oleh pihak keselamatan yang diupah oleh pihak kilang tersebut. Suasana ketika itu menjadi konflik. Pihak keselamatan tersebut bukan sahaja tidak berpakaian baju seragam, berpegang baton dan juga bersenjata. Terdapat juga pihak keselamatan yang berminum minuman alkohol semasa menjalankan tugas. Pembuatan pihak keselamatan yang tidak profesional mengecewakan kita.
Kira-kira 8 malam, tekanan yang diberi oleh pekerja kepada pihak kilang dapat dirasai, maka pihak kilang meminta bantuan pihak polis untuk memperhentikan tindakan pekerja. Pada masa yang sama, pihak kilang turut mengeluarkan anjing untuk menakut-nakutkan pekerja.
Dalam usaha pekerja menuntut hak-hak mereka, pihak kilang yang tertekan itu baru sudi mempertimbangkan tuntutan pekerja. Akhirnya, pihak kilang dan pekerja mencapai satu persetujuan kira-kira jam 9 setengah malam. Pekerja memberi tempoh terakhir, iaitu pada hari esok ( 18 Januari ) pihak kilang harus melangsaikan upah pekerja sebelum pukul 2 tengahari.
Kami rasa sangat tidak puas hati terhadap tindakan yang diambil oleh pihak kilang. Pekerja bukan sahaja mendapat upah yang tidak sewajarnya, malah pihak kilang tidak mengambil berat terhadap permintaan pekerja semasa menguruskan perkara tersebut. Hak-hak asas pekerja telah dicaburi oleh pihak kilang. Kami menyeru semua pekerja bersatu hati untuk menuntut hak asasi pekerja.
Akhirnya, kami berharap pihak kilang menepati janji dan melangsaikan upah tersebut dalam tempoh yang telah ditentukan. Dan berharap pihak kilang berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.
Suaram (cawangan Johor Bahru) telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Hak Asasi Rakyat sejak 1 Ogos 2007. Tujuan adalah untuk mempertahan hak asasi manusia. Kaunter kita dibuka setiap hari Kahmis, jam 2 hingga 6 petang, berlokasi di Suaram Office ( 8A, Jln Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 SKUDAI, Johor). Sesiapa yang inginkan perkhidmatan, boleh hubungi kami di talian 07-5581098 / 016-7782707.