Apakah soal pelajaran yang melibatkan kepentingan rakyat di seluruh negara bagaikan alat permainan bagi seseorang ahli politik? Sasaran awal polisi ini adalah untuk dilaksanakan selama lima tahun, akan tetapi selepas berakhir tempoh itu, ianya dikatakan pula sebagai masih tidak sesuai? Jadi, adakah anak-anak kita terpaksa menyiksa diri mereka selama lima tahun yang akan datang?
Kami percaya bahawa selama lima tahun ini, pelbagai bantahan telah diadakan oleh segenap ibubapa, persatuan-persatuan, parti pembangkang dan badan NGOs. Inilah kuasa dan suara kuat kita sehingga memaksakan pihak kerajaan terpaksa meneruskan dwibahasa di sekolah kebangsaan.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya cara penyelesaian yang ada. Jika dikatakan polisi ini tidak sesuai, pihak kerajaan sepatutnya membatalkan sahaja polisi ini dengan segera. Kembalikan bahasa ibunda kepada semua sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Ini satu-satunya jalan untuk menyelamatkan anak-anak kita dan juga cara penyelesaikan kepada masalah pelajaran.
Dengan itu, kami dari badan-badan NGO dan parti politik telah mengariskan tiga permintaan penting agar pihak berkuasa dan orang awam dapat memberikan perhatian. Kami menggesa agar:
1) Pihak berkuasa membatalkan sahaja polisi ini,
2) Mengembalikan bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil, dan
3) Kami menyeru kepada semua warganegara yang prihatin terhadap masalah pelajaran supaya terus berjuang dan saling berganding bahu untuk menolak polisi yang bakal merugikan masa depan anak-anak kita.
Semoga tindakan dan perancangan yang kita laksanakan pada hari ini bakal mencorakkan masa depan yang gemilang untuk anak bangsa kita. Bersama kita doakan.
Badan-badan NGO, parti dan pertubuhan seperti berikut:
1) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru :
Nyam Kee Han, h/p: 016-7782707
2) Persahabatan Semparuthi Johor Bahru :
Mohan, h/p no: 017-7540597
3) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) :
Nazman, h/p: 013-7207883
4) Parti Keadilan Johor, Bahagian Senai :
Liew Shin Kheong, h/p: 019-7553486
5) Yayasan Amal (Johor) :
Ismail Ali, h/p: 019-75533161