Tuesday, 18 February 2014

Satu Penghinaan Kepada Negara Jika Taib Mahmud Dilantik Sebagai Ketua Negeri Sarawak

Satu Penghinaan Kepada Negara 
Jika Taib Mahmud Dilantik Sebagai Ketua Negeri Sarawak

Kenyataan bersama Pertubuhan Masyarakat Sivil pada 17 Februari 2014

Taib Mahmud

Kami, yang menandatangani di bawah, menyatakan bantahan kuat kami kepada spekulasi pelantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Negeri Sarawak (Yang di-Pertua Negeri) selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. Memandangkan andaian jawatan yang mulia itu akan menjadi penghinaan kepada negara, kami dengan ini menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau mesti dihentikan daripada berbuat demikian:

1. Rasuah dan Eksploitasi yang Keterlaluan

Taib Mahmud telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri dalam 33 tahun yang lalu dengan secara keterlaluan mengeksploitasi sumber asli Sarawak untuk keuntungan peribadi. Sarawak dikatakan mempunyai kadar penebangan hutan tertinggi di Asia, dilaporkan telah kehilangan lebih daripada 90 % daripada hutan semulajadi untuk pembalakan. Pentadbiran Taib juga telah membina empangan mega yang tidak wajar dari segi ekonomi dan memudaratkan alam semulajadi di seluruh negeri. Ironinya, Sarawak tetap menjadi salah satu negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia walaupun mengandungi pelbagai sumber semula jadi, manakala Taib telah menjadi salah seorang manusia terkaya di negara ini. Satu kajian terperinci oleh NGO Bruno Manser Fund berpangkalan di Switzerland menganggarkan kekayaan Taib berjumlah US$ 15 bilion ( RM46 bilion) dan nilai himpunan bersih oleh 20 ahli keluarga Taib adalah hampir US$ 21 bilion (RM64 bilion). Siasatan sulit yang dilakukan oleh International NGO Global Witness mengimplikasikan penglibatan Taib dalam rasuah, merampas tanah dan pengelakan cukai melalui kawalannya ke atas lesen pembalakan dan perladangan kelapa sawit di Sarawak.

2. Pelanggaran Hak Asasi Manusia yang Nyata

Pemerintahan autoritarian Taib di Sarawak telah melihat demokrasi dan hak asasi manusia yang terjejas setiap hari, hak-hak sivil dan politik ditindas dengan teruk, kebebasan media sangat terhad dan penipuan pilihan raya secara terang-terangan.

Khususnya, Taib telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran terhadap orang asal terutamanya kepada komuniti pedalaman, walaupun dirinya menjadi anak negeri dari puak Melanau. Majoriti daripada mereka telah dinafikan pembangunan dan hidup dalam kemiskinan. Ramai yang telah dicabut Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka dan mengalami pembunuhan budaya, dimana Taib, keluarga dan kroninya tanpa segan silu dan melampaui batas merebut tanah untuk projek mega empangan, pembalakan dan perladangan. Di kawasan beliau sendiri di Balingian, penduduk tempatan mengalami pencemaran yang serius disebabkan oleh kilang Aluminium, yang operasinya diluluskan oleh Taib sendiri.

Ketua Negeri harus menjadi simbol perpaduan untuk rakyat Sarawak dari semua lapisan masyarakat dan daripada pelbagai kepercayaan politik. Jelas sekali, Taib - melambangkan jurang etnik dan politik sementara itu membawa sebegitu banyak penderitaan kepada begitu ramai rakyat Sarawak - adalah benar-benar tidak layak untuk jawatan Yang Dipertua Negeri .

3. Pemerintahan Dinasti

Terdapat kebimbangan yang serius bahawa, memandangkan penguasaan dinasti puak beliau ke atas negeri ini, pertukaran dari jawatan Ketua Menteri itu kepada Ketua Negeri di pihak Taib bermakna pemerintahan yang berpanjangan dan bukan bersara aktif dari politik. Ia adalah berbaloi untuk mengingatkan bahawa bapa saudara beliau Rahman Yaakob meletak jawatan sebagai Ketua Menteri untuk menjadi Ketua Negara pada tahun 1981, membolehkan bapa saudara dan anak saudara untuk menggenggam Sarawak dengan kukuh. Hari ini, pengganti yang dipilih Taib adalah tidak lain daripada bekas abang ipar beliau sendiri, iaitu Adenan Satem, dengan peralihan yang dijadualkan pada 28 Februari, 2014, bertepatan pada hari apabila penggal Ketua Negeri sekarang berakhir. Sekiranya ini berlaku, kedua-dua bekas biras ini, yang bertanggungjawab bagi Astana Negeri dan Pejabat Ketua Menteri masing-masing, akan mempunyai kawalan penuh terhadap Sarawak, yang juga akan membayangkan bahawa Taib boleh dilindungi oleh bekas abang ipar beliau daripada penyiasatan dan pendakwaan salah laku terhadap Rakyat Sarawak.

Pada pencerahan ini, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk bangkit dan melibatkan diri dalam menghentikan pelantikan Taib sebagai Ketua Negeri, penduduk Sarawak berhak menikmati demokrasi sebenar di mana tidak ada puak atau keluarga yang dibenarkan untuk mentadbir negeri seperti entiti dan harta peribadi.

Di samping itu , Taib mesti dipertanggungjawabkan terhadap jenayah yang dilakukan kepada Sarawak dan rakyat Sarawak. Tempat yang sebenarnya untuk Taib Mahmud adalah di kandang tertuduh, menghadapi tuduhan rasuah, merampas tanah dan pengelakan cukai, dan bukannya di Astana Negeri .

【Satu petisyen dalam talian telah diadakan untuk membolehkan setiap individu juga menyuarakan bantahan mereka. Semua dijemput untuk klik url ini untuk membuat tandatangan dalam talian: http://chn.ge/1cbEJuh


Diendors oleh: 

Pertubuhan Sivil

1 ALIRAN(国民醒觉运动)
2 All Women's Action Society(AWAM,妇女行动组织)
3 BARAMKINI(当今峇南)
4 BERSIH Sibu(诗巫净选盟)
5 Center for Orang Asli Concerns (COAC,原住民关怀中心)
6 Civil Rights Committee of The KL & Selangor Chinese Assembly Hall(隆雪华堂民权委员会)
7 Community Development Center (社区关怀中心)
8 Damn the Dams Action Group(反水坝行动小组)
9 ENGAGE(愿景工程)
10 Gerakan Bunga Raya(行动大红花)
11 Hands Of Malaysians Extended(HOME,社会关怀小组)
12 Himpunan Hijau(绿色盛会)
13 Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT,受压迫人民阵线)
14 JIHAH for JUSTICE
15 Johor People's Action Group(JPAG,柔佛人民行动小组)
16 Johor Yellow Flame(柔南黄色行动小组)
17 Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU,政改研究所)
18 Kelab Bangsar Utama(艋砂第一会馆)
19 Kill the Bill(“反对和平集会法案”组织)
20 KOMAS(社区传播中心)
21 LLG Cultural Development Centre(林连玉基金)
22 Malaysia Youth & Students Democratic Movement(DEMA,马来西亚青年与学生民主运动)
23 Malaysian for Beng Hock(全民挺明福)
24 Malaysian Spring Single Mothers’Society(马来西亚春晖单亲妈妈协会)
25 Malaysian Election Observers Network(MEO-Net,马来西亚选举观察员网络)
26 Mama Bersih(净选盟母亲团)
27 National Indian Rights Action Team(NIAT,全国印裔权益行动组织)
28 Northen Green Youth(北方绿色青年)
29 Oriental Hearts and Mind Study Institute(OHMSI)
30 Pahang Ban Cyanide in Gold Mining Action Group(BCAC,彭亨反山埃采金行动小组)
31 Penang Voters Awareness(槟城选民醒觉小组)
32 Peoples' Green Coalition(人民绿色联盟)
33 Persatuan Alumni PBTUSM KL & Selangor(雪隆理华同学会)
34 Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor(EMPOWER,雪兰莪社区自强协会)
35 Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL(雪隆社区关怀协会)
36 Persatuan Sahabat Wanita, Selangor(PSWS,雪兰莪妇女之友协会)
37 Pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia, PJ Branch(大马妇女发展机构—八打灵分会)
38 Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan(PSHK,关丹绿色团结组织)
39 Radio Bangsar Utama(艋砂第一电台)
40 Sahabat Rakyat Working Committee(人民之友工委会)
41 Save Malaysia Stop Lynas(SMSL,拯救大马委员会)
42 SAVE Sarawak's Rivers Network(拯救砂拉越河流网络)
43 Saya Anak Bangsa Malaysia(SABM,我是马来西亚之子)
44 SEED Lemon Melaka(马六甲向日葵选举教育运动)
45 Selangor and KL Hokkien Association Youth Section(雪隆福建会馆青年团)
46 Sembang-sembang Forum(大炮论坛)
47 Serdang Bharu School Alumni Youth Section(沙登新村学校校友会青年团)
48 Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM,大马青年团结阵线)
49 Solidarity for Civil Rights in China(SCRC,中国维权大马后援会)
50 Suaram Penang(马来西亚人民之声槟城支部)
51 SUARAM(马来西亚人民之声)
52 Sunflower Electoral Education Movement(SEED,向日葵选举教育运动)
53 Sunflower Paper(太阳花报)
54 The Islamic Renaissance Front(伊斯兰复兴阵线)
55 Writer Alliance for Media Independence(WAMI,维护媒体独立撰稿人联盟)

Parti-parti Politik

1 Angkatan Muda Keadilan(AMK,人民公正党青年团)
2 DAP Socialist Youth(DAPSY,民主行动党社青团)
3 Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM,马来西亚伊斯兰党青年团)
4 Parti Sosialis Malaysia(马来西亚社会主义党)


Pautan:
1. 华文版声明
2. Statement in English Language

No comments:

Post a Comment