Wednesday, 27 August 2014

Sahabat Rakyat Memberi Penjelasan dan Mengharapkan Pemahaman Encik Lim Chin Joo Berkenaan Tindakan Memaparkan ‘Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong’

Sahabat Rakyat Memberi Penjelasan dan
Mengharapkan Pemahaman Encik Lim Chin Joo Berkenaan
Tindakan Memaparkan‘Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong’

Dilampirkan: Salinan surat peguam wakil Encik Lim Chin Joo dari Singapura yang dikeluarkan pada 7hb Ogos

Penterjemah: Goh Chee Horng

[Teks di bawah (termasuk surat balasan kepada peguam wakil Encik Lim Chin Joo) merupakan penterjemahan daripada teks asal dalam Bahasa Cina. Sekiranya maksud teks dalam Bahasa Melayu berbeza atau berkonflik dengan maksud teks asal, maksud teks asal dalam Bahasa Cina adalah muktamad.]



Anak sungai mengalir tidak berhenti,
sebati lautan perjuangan massa;
Manuskrip tinggalan harum abadi,
menjadi warisan rakyat semua bangsa.

清水长流,那年代曾经沧海;
祥气恒芳,上世纪留下遗稿。

Lim Chin Joo bersama karyanya.
(Sumber gambar : http://news.asiaone.com/news/singapore/ex-detainees-book-recounts-turbulent-days
  
“Lim Chin Joo merupakan juga Naib Presiden Kelab Ee Hoe Hean yang sentiasa diperkatakan dia yang berasal sebagai proletariat telah bertukar menjadi pemimpin sebuah kelab orang kaya. Dia tidak kisah dengan percakapan sebegitu dan berkata semasa pelancaran bukunya : ‘Saya tidak dapat mempeduli bagaimana orang lain melihat Lim Chin Joo, yang pentingnya ialah bagaimana diri saya melihat saya sendiri.’”
Sumber petikan (dalam Bahasa Cina) : www.redotnews.com/news/show/49649.html

Pada 2 Ogos, blog Sahabat Rakyat telah memaparkan naskah ‘Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong’ (dalam Bahasa Mandarin) berserta dengan ‘Nota Editorial’ dan enam keping gambar dengan keterangan yang sepadan. Pada 8 Ogos, Sahabat Rakyat menerima sebuah e-mel dari sebuah firma undang-undang di Singapura yang dilantik oleh Lim Chin Joo (yang mengandungi salinan surat bertarikh 7 Ogos mengenai perkara hak cipta manuskrip Lim Chin Siong, lihat Lampiran pada akhir teks ini), yang meminta blog kami untuk mengalihkan paparan cebisan manuskrip Lim Chin Siong dan gambar berkaitan, dan memberi jaminan bertulis dalam masa 10 hari bahawa kami akan berhenti dan tidak akan mencabuli hak cipta karya penulis pada masa depan. Jika tidak, mereka akan mengarahkan sekutunya di Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap kami.

Menurut rakan-rakan dari Singapura, terdapat mesej merebak di kalangan bekas aktivis kiri di Singapura, yang menyatakan "Lim Chin Joo telah mengeluarkan surat peguam untuk menyaman Sahabat Rakyat kerana mencabuli hak cipta karyanya"; beberapa ahli jawatankuasa kami juga menerima pertanyaan seperti "apa alasan yang digunakan oleh Lim Chin Joo untuk menyaman Sahabat Rakyat?", "mengapa Lim Chin Joo berbuat demikian?", "Bagaimanakah Sahabat Rakyat bertindak balas?" dan sebagainya.

Walaupun belum menerima "pos berdaftar" yang dikeluarkan oleh firma undang-undang yang dilantik oleh Lim Chin Joo, Sahabat Rakyat Working Committe berpendapat bahawa kita perlu memberi maklum balas dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam surat peguam. Ini adalah untuk membuktikan bahawa Sahabat Rakyat, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (pertubuhan sosial) yang berpangkalan di Malaysia yang berjuang untuk demokrasi, hak asasi manusia dan reformasi masyarakat di dalam dan di luar Malaysia amat mengambil berat tentang fakta sejarah bahawa Lim Chin Siong, seorang pemimpin unggul antara tahun 1950-an hingga 1960-an yang mengetuai rakyat Malaya (termasuk Singapura) dalam perjuangan anti-penjajahan British dan perjuangan demokrasi dan hak asasi manusia melalui pendekatan perlembagaan telah dikhianati dan dianiayai dengan kejam dan tanpa belas kasihan oleh Lee Kuan Yew. Kami juga amat menghargai karya tinggalan muhasabah diri Lim Chin Siong (pada awal tahun 1990-an) sebagai seorang pemimpin cemerlang yang berjaya memimpin rakyat untuk menentang dan memberi tamparan hebat kepada penjajahan British setelah melalui penyeksaan berpanjangan dari segi mental dan fizikal oleh Lee Kuan Yew.

Dalam surat balasan kepada peguam yang dilantik oleh Lim Chin Joo, selain menjelaskan sebab blog Sahabat Rakyat memaparkan naskah ‘Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong’, dan memohon maaf daripada En Lim Chin Joo kerana terlalai untuk menghubungi dan mendapatkan persetujuan dia dalam mempaparkan naskah tersebut, kami juga amat berharap En Lim Chin Joo akan memahami dan merestui tindakan Sahabat Rakyat demi keadilan, iaitu menyebarkan manuskrip tinggalan Lim Chin Siong secara meluas supaya kesimpulan pengalaman dan intipati pemikiran Lim Chin Siong dapat disebarkan dengan cepat demi menggalakkan perkembangan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia (terutamanya perjuangan reformasi berperlembagaan) di Malaysia dan Singapura.

Sahabat Rakyat Working Committee membalas peguam lantikan Lim Chin Joo dalam bahasa Mandarin kerana sebab-sebab berikut:
i) Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi Singapura, ia juga adalah bahasa yang paling kami kuasai, oleh itu kita tidak ada sebab untuk menjawab dalam bahasa Inggeris;
(ii) Kami harus membalas surat ini (yang ditulis dalam bahasa Inggeris) dalam bahasa Mandarin atau bahasa Melayu, untuk menunjukkan dan mempraktiskan pendirian kami dalam menegakkan kedudukan samarata bahasa setiap bangsa.

Surat Balasan Daripada Sahabat Rakyat Working Committee Pada 17hb Ogos

Surat balasan daripada Sahabat Rakyat Working Committee kepada peguam wakil Encik Lim Chin Joo pada 17hb Ogos adalah seperti berikut:

Kepada : Peguam Wakil Encik Lim Chin Joo
Selvam LLC Advocates and Solicitor Firm, Singapura

Berkenaan dengan paparan “Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong” di laman blog Sahabat Rakyat
(Rujukan Surat : UNG/kt; Tarikh Surat : 7hb Ogos 2014)

Sahabat Rakyat Working Committee ditubuhkan untuk menggerakkan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia dalam mahupun luar negari. Ahli-ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat menyumbang tenaga demi tujuan tersebut secara sukarela. Blog Sahabat Rakyat diwujudkan untuk matlamat yang sama iaitu menyebarkan maklumat, pandangan dan buah fikiran yang memberi manfaat kepada gerakan demokrasi dan hak asasi manusia.

Lim Chin Siong boleh dikatakan merupakan salah seorang pemimpin yang unggul pada tahun 1950-60an, yang telah memimpin rakyat Malaya (termasuk Singapura) berjuang habis-habisan demi demokrasi dan hak asasi, dan menentang pemerintahan penjajah British melalui perjuangan berperlembagaan telah dikhianati dan dianiayai dengan kejam dan tanpa belas kasihan oleh Lee Kuan Yew selepas Lee berjaya menawan pentas politik di Singapura atas sokongan massa anti-penjajahan. Lim Chi Siong akhirnya menghasilkan karya muhasabah diri yang mencerminkan pemikiran mendalam beliau pada awal 1990an setelah melalui penyeksaan berpanjangan dari segi mental dan fizikal. Ini sudah pasti merupakan satu luahan diri (pesanan) beliau terhadap zaman gerakan perjuangan berpelembagaan yang di bawah kepimpinan beliau pada ketika itu. Maka, manuskrip terakhir sebelum meninggal ini adalah satu ‘harta warisan’ yang tidak ternilai oleh Lim Chin Siong kepada gerakan demokrasi dan hak asasi manusia rakyat di Singapura, Malaya, Sabah dan Sarawak.

Demi berkongsi kesimpulan pengalaman dan intipati pemikiran peninggalan Lim Chin Siong ini dengan massa/pejuang-pejuang yang pernah menyertai gerakan anti penjajahan zaman tersebut serta mereka yang kini sedang mahupun yang akan berganding bahu memajukan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia, kami telah memaparkan “Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong“, iaitu lampiran ke-2 dalam buku baru Lim Chin Joo dalam blog kami pada 2hb Ogos 2014, berserta dengan nota editorial, gambar-gambar dan huraian setiap gambar.

Selain itu, kami menyatakan dengan jelas dalam ‘nota editorial’ bahawa, keputusan editorial blog Sahabat Rakyat untuk memaparkan “Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong” adalah bersesuaian dengan hasrat dan amanah “generasi perintis” pembentukan negara Singapura yang ditindas dan dipinggirkan oleh pihak pemerintah, untuk mempersembahkan ‘hadiah istimewa’ ini kepada warga Singapura sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-49. Pada hari yang begitu istimewa ini, warga Singapura dapat berfikir secara mendalam dan mempertimbangkan secara teliti makna yang tersandar dalam rangkap akhirLim Chin Siong bahawa “Jikalau tiada Malayan Democratic Union (MDU), maka tidak wujudlah People’s Action Party (PAP)”.

Pada hujung bulan Julai 2014, seorang netizen warga Singapura telah menghantar email yang melampirkan ‘cebisan manuskrip’ tersebut kepada editorial blog Sahabat Rakyat. Demi “mempersembahkan” paparan ini sempena Hari Kebangsaan Singapura Ke-49 tepat pada masanya, kami terkejar-kejar untuk menyediakan ‘nota editorial’ dan gambar-gambar serta huraian yang bersesuaian dan memaparkannya pada 2hb Ogos 2014 (seminggu sebelum Hari Kebangsaan Singapura Ke-49), maka terlepas pandang dalam menghubungi dan mendapat persetujuan Encik Lim Chin Joo. Editorial Blog Sahabat Rakyat berasa kesal dan meminta maaf atas segala kesulitan dan ketidak-hormatan terhadap Encik Lim Chin Joo ekoran daripada tindakan kami.

Pada masa yang sama, Sahabat Rakyat Working Committee juga secara rasmi memohon persetujuan Encik Lim Chin Joo untuk memaparkan “Cebisan Manuskrip Lim Chin Siong” di blog kami, supaya cendekiawan dan individu pelbagai bidang dari seluruh pelusuk dunia yang berminat untuk meneliti sejarah dan kebenaran perjuangan anti-penjajahan Malaya dan Singapura dapat membaca, merujuk dan mengkaji naskah tersebut. Selain daripada menyebarkan kesimpulan pengalaman dan intipati pemikiran Lim Chin Siong untuk menggalakkan perkembangan gerakan demokrasi dan hak asasi manusia (terutamanya perjuangan reformasi berperlembagaan) di Malaysia dan Singapura, Sahabat Rakyat tidak memperoleh sebarang keuntungan dengan menyebarkan naskah tinggalan Lim Chin Siong secara luas. Kami juga percaya bahawa tindakan tersebut tidak menjejaskan kepentingan Encik Lim Chin Joo. Maka, kami berharap Encik Lim Chin Joo dapat memahami dan mempersetujui dengan permintaan kami.

Terima kasih atas perhatian Tuan.

Choo Shinn Chei, Ahli Presidium
Sahabat Rakyat Working Committee
17hb Ogos 2014


Pendapat bernilai daripada AJK Sahabat Rakyat Working Committee, Nyam Kee Han

Nyam Kee Han yang baru menamatkan pengajian sarjana dalam Antropologi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini sedang mengajar di sekolah menengah persendirian Cina, telah meluahkan pendapat bernilainya melalui e-mel, berkenaan dengan paparan “Cebisan Manuskrip Tinggalan Lim Chin Siong” di laman blog Sahabat Rakyat dan tindakan peguam wakil Lim Chin Joo mengeluarkan surat tuntutan supaya Sahabat Rakyat mengalihkan paparan tersebut. Pendapat saudara Nyam secara keseluruhannya boleh mencerminkan hasrat ahli jawatankuasa muda Sahabat Rakyat Working Committee yang kebanyakannya merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM); dan sudah tentu pendapat ini dipersetujui oleh ahli jawatankuasa berusia yang merupakan minoriti dalam Sahabat Rakyat Working Committee.

1.
Lim Chin Siong telah menyumbangkan segalanya kepada gerakan demokrasi bangsa rakyat Malaya (termasuklah Singapura) pada tahun 1950-60an. Beliau merupakan seorang pemimpin unggul yang berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hatinya. Maka, manuskrip tinggalan beliau sepatutnya merupakan harta warisan hak milik rakyat seluruh Malaya (Malaysia) mahupun warga-warga seluruh dunia. Saya (Nyam Kee Han) tidak faham kenapa manuskrip tinggalan Lim Chin Siong perlu disimpan selama 18 tahun sejak kematian beliau pada 5hb Febuari 1998 sehingga kini, itupun hanya sebahagian daripada bahagian “soal jawab” manuskripnya diterbitkan. Alangkah baiknya jikalau keseluruhan manuskrip tinggalan Lim Chin Siong ini diterbitkan sebaik sahaja beliau meninggal dunia. Mana tahu pemikiran mendalam beliau berdasarkan pengalaman peribadi dan juga perjuangan anti-penjajahan massa Malaya tahun 1950-60an ini dapat memanfaatkan dan menggalakkan perkembangan gerakan rakyat Malaya (Malaysia) menentang rejim hegimoni BN-UMNO dan gerakan rakyat Singapura menentang rejim hegimoni People’s Action Party (PAP) sejak awal lagi.
2.
Perjuangan haluan kiri Malaya dan Singapura mengalami sabotaj yang teruk pada tahun 1960an, mula merosot pada 1970an, dan seterusnya lenyap pada hujung 1980an. Selepas gerakan reformasi dan juga “tsunami politik 8 Mac”, sejumlah anak muda pelbagai kaum termasuk kaum Melayu, Cina dan India telah muncul dan bergiat aktif dalam menggerakkan perjuangan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia. Saya percaya bahawa, masih ramai pemuda, terutamanya yang lahir selepas 1980an seperti saya, masih kurang mengenali sejarah perjuangan haluan kiri Malaya (termasuk Singapura) pada zaman 1950-60an. Maka, cebisan manuskrip tinggalan Lim Chin Siong ini adalah bahan bersejarah yang tidak ternilai dan juga bahan pendidikan yang amat menyakinkan, terutamanya untuk generasi muda pelbagai kaum.
3.
Saya berpendapat bahawa, kita harus menterjemahkan surat balasan Sahabat Rakyat Working Committee kepada peguam wakil Lim Chin Joo dan juga dokumen-dokumen berkenaan dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Malah, kita juga harus memaparkan dan menyebarkan informasi perkembangan perkara ini pada masa yang sesuai, dari semasa ke semasa, supaya pejuang-pejuang demokrasi generasi muda, individu-individu dan parti-parti demokrasi yang tidak memahami bahasa Mandarin, dapat memahami kebenaran yang tersandar di belakang isu ini dan mengikuti perkembangan perkara ini, dan seterusnya menyokong tindakan demi keadialan kami untuk memaparkan cebisan manuskrip tinggalan Lim Chin Siong. Selagi kita tegas dengan tindakan seperti ini, pastinya makin ramai orang yang dapat mengambil iktibar dari pengalaman Lim Chin Siong, dan seterusnya memahami intisari pokok perjuangan berperlembagaan dan politik parti. Ini jugalah merupakan satu tindakan praktikal dalam usaha kita “melangkaui batasan kaum”, sepertimana yang tercari-cari oleh pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti demokrasi.


Salinan surat daripada peguam yang dilantik oleh Lim Chin Joo

Lampiran: Salinan surat daripada Selvam LLC Advocates & Solicitors yang mewakili Encik Lim Chin Joo yang dikeluarkan pada 7hb Ogos

No comments:

Post a Comment