Sunday 19 May 2019

Koleksi gambar Himpunan HINDRAF 2.0 pada 12-Mei - “Lawan Tetap Lawan” Merupakan Hala Tuju Tepat HINDRAF 2.0!

◆Koleksi gambar Himpunan HINDRAF 2.0 pada 12-Mei◆
“Lawan Tetap Lawan”
Merupakan Hala Tuju Tepat HINDRAF 2.0!



[Gambar 1] Selepas Sahabat Rakyat menerbitkan wawancara dengan P. Uthayakumar, pemimpin utama Himpunan Hindraf pada 25 November 2007 (Bahagian pertama), kami dimaklumkan bahawa beliau, dengan sokongan dari kader akar umbi Hindraf, akan mengadakan perhimpunan pada 12 Mei 2019, pukul 2 petang di Brickfields, satu kawasan himpunan budaya India di Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai Little India. Tujuan perhimpunan itu adalah untuk meneliti prestasi dan tadbir urus kerajaan Pakatan Harapan (terhadap masyarakat India) sempena ulang tahun pertama pemerintahan PH, dan untuk menunjukkan perasaan dan seruan majoriti golongan miskin masyarakat India terhadap PH. Perhimpunan itu diadakan di bulatan air pancut Brickfields. Ia cukup menarik perhatian kenderaan yang berlalu-lalang dikawasan tersebut. 6 Ahli Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat, iaitu Nyam Kee Han, Choo Shinn Chei, Ang Pei Shan, Yong Siew Lee, Choo Shinn Chien dan Tan Seng Hin (@ Chen Xin), bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan ini untuk menunjukkan perhatian dan sokongan kami terhadap Hindraf 2.0 yang kini dipimpin oleh P. Uthyakumar.

[Gambar 2] Dua hari sebelum bertolak ke KL, kami telah menyediakan dua sepanduk. Satu sepanduk panjang dengan slogan Bahasa Melayu dan satu lagi sepanduk slogan Bahasa Cina yang lebih pendek. Sebelum perhimpunan bermula, kami cuba menyambungkan 2 batang kayu untuk menaikkan sepanduk bahasa Melayu. Massa kaum India yang hadir datang membantu kami secara sukarela tanpa diminta. Kami berasa amat gembira dengan semangat mereka.

[Gambar 3] Apabila kami menaikkan kedua-dua sepanduk yang betulis "Tolak pelanjutan diskriminasi kaum, geram dijadikan warga kelas kedua!" dan “反对延续‘种族歧视’,不满成为‘次等公民’!”, ia mendapat penghargaan dan sambutan meriah daripada kader Hindraf 2.0 dan khalayak ramai Kaum India. P. Uthayakumar, pemimpin Hindraf 2.0 turut berasa teruja dan memuji bahawa slogan kami menonjolkan tema perhimpunan tersebut. Lelaki dengan beg hitam dalam gambar di atas ialah Mahendran, pengacara majlis perhimpunan tersebut.

[Gambar 4] Sebelum perhimpunan bermula, P.Uthayakumar, Pemimpin Hindraf 2.0, datang untuk melihat lokasi sepanduk yang kami bawa. Rupa-rupanya beliau mahukan kedua-dua sepanduk ini ditempatkan tepat di belakang pentas (seperti dalam Gambar 3 di atas) untuk dijadikan sebagai latar belakang pentas dan dilengkapkan dengan beberapa sepanduk yang disediakan oleh penganjur. Perhimpunan bermula pada kira-kira 2 petang, orang pertama yang dijemput berucap ialah Uthaya Kumar, kader Hindraf 2.0 dari Seremban (penceramah di tengah-tengah gambar 4). Perhimpunan dijalankan dalam Bahasa Tamil sepenuhnya. Tujuan kami hadir ke perhimpunan adalah untuk memberikan sokongan moral kepada Hindraf 2.0 dan untuk menunjukkan aspirasi kami untuk bersatu dengan rakyat masyarakat India.

[Gambar 5] Penceramah seterusnya adalah P. Uthayakumar, pemimpin Hindraf 2.0 (tengah). Beliau melaporkan keputusan pemantauan prestasi kerajaan Pakatan Harapan selepas setahun memerintah. Mesej utama yang disampaikan dalam laporan dan sepanduk yang disediakan oleh Hindraf 2.0 menunjukkan bahawa dasar hegemoni dan perkauman (Melayu) yang dilaksanakan oleh parti pemerintah (dari Parti Perikatan / Barisan Nasional ke Pakatan Harapan) sejak kemerdekaan telah menindas komuniti B75 India. Menurut P. Uthayakumar, B75 adalah kumpulan lapisan bawahan yang membentuk 75% daripada jumlah penduduk etnik India di negara kita. P. Uthayakumar berkata bahawa PH berjanji dalam kempen pilihan raya mereka bahawa mereka akan menghapuskan semua diskriminasi kaum dan melindungi hak-hak dan kepentingan etnik India. Sekarang kerajaan PH telah berkuasa selama satu tahun, sudah tiba masanya untuk mereka mengkotakan semua janji-janji mereka. Dilema dan masalah yang dihadapi oleh kaum India termasuk masalah seperti tidak mendapat kewarganegaraan (tanpa kad pengenalan), peluang perniagaan dan peluang pendidikan yang tidak samarata dan sebagainya.

[Gambar 6] Lebih dari seratus massa Kaum India telah menyertai perhimpunan tersebut. Menurut salah seorang penganjur perhimpunan yang bernama Basgaran, target asal penganjur hanyalah 50 peserta (kami mendapat tahu bahawa P.Uthayakumar dan penyokongnya pada asalnya bercadang untuk mengadakan mesyuarat meja bulat tetapi kemudian memutuskan untuk mengadakan satu perhimpunan terbuka). Oleh itu kehadiran lebih daripada 100 peserta sememangnya satu galakan besar kepada pihak penganjur.


[Gambar 7] Selain daripada kader Hindraf 2.0, terdapat 8 penceramah lain pada hari perhimpunan tersebut. Semua penceramah ini mempunyai latar belakang yang berbeza, termasuk dari Parti Keadilan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu demokrat lain. Tindakan penganjur menggalakkan peserta untuk berkongsi pendapat mereka atas pentas merupakan pendekatan terbuka dan harus dipuji. Ini menunjukkan bahawa P. Uthayakumar dan para pemimpin Hindraf 2.0 yang lain bersedia mendengar suara hati dan aspirasi massa etnik India, dan sanggup berjuang berdasarkan suara hati dan aspirasi umum khalayak ramai kaum India dan kaum lain. Hanya dengan pendekatan demikian, pemimpin Hindraf 2.0 boleh mendapat dukungan dan sokongan massa kaum India dan rakyat jelata semua bangsa.



[Gambar 8] Penganjur juga menjemput Sahabat Rakyat untuk berucap. Nyam Kee Han (kedua dari kiri), ahli Presidium Sahabat Rakyat, telah mewakili kami untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, Nyam Kee Han menyampaikan mesaj bahawa kedua-dua masyarakat Cina dan masyarakat India merupakan mangsa kepada pemerintahan hegemoni perkauman Melayu. Perjuangan untuk membebaskan diri daripada terus menjadi mangsa, tidak kira masyarakat Cina atau masyarakat India, sukar untuk berjaya jika dilakukan secara terpencil. Oleh itu, masyarakat Cina dan masyarakat India mesti bersatu dan bekerjasama dengan masyarakat minoriti tertindas yang lain untuk membentuk satu kuasa yang kuat yang menentang pemerintahan hegemoni perkauman Melayu, sehingga dapat mengubah kedudukan kita yang dianiaya, didiskriminasi, dan ditindas. Janganlah kita lupa bahawa kedua-dua Masyarakat India dan Cina membentuk kekuatan lebih kurang 40% daripada jumlah rakyat Malaysia.


[Gambar 9] Nyam seterusnya menceritakan kisah tentang Lim Lian Geok dan perjuangan pendidikan Bahasa ibunda masyarakat Cina di Malaysia, dan menghadiahkan sebuah buku berjudul "LIM LIAN GEOK:JIWA BUDAYA CINA MALAYSIA" yang ditulis oleh Kua Kia Soong dalam bahasa Inggeris kepada P. Uthayakumar. Nyam dalam ucapannya menyatakan buku ini mencatatkan perjuangan tanpa kompromi yang dijalankan oleh "Jiwa" masyarakat Cina Malaysia, Lim Lian Geok, dalam perjuangan memastikan kelangsungan dan hak pembangunan pendidikan Bahasa Ibunda masyarakat Cina di negara kita sebelum dan selepas kemerdekaan. Kewarganegaraan Lim telah dilucutkan oleh klik pemerintah dan nama baik beliau tidak dipulihkan sehingga kini, 34 tahun selepas beliau meninggal dunia. Kami berharap barisan pimpinan dan kader Hindraf 2.0 dapat mengambil iktibar daripada tindakan dan pengalaman Lim Lian Geok dalam perjuangan memastikan kelangsungan dan pembangunan pendidikan Bahasa Ibunda Masyarakat Cina di negara kita, dan dengan itu dijadikan sebagai rujukan dalam perjuangan masyarakat India mempertahankan hak-hak asasi mereka di masa depan. Kami juga amat berharap tindakan ini dapat mendorong maju persefahaman dan perpaduan antara masyarakat India dan masyarakat Cina.

Nyam Kee Han menambah dalam temuramahnya dengan media selepas perhimpunan itu bahawa, walaupun Malaysia telah lama mencapai kemerdekaan, masih terdapat banyak dasar seperti dasar ekonomi baru, matrikulasi dan sistem kuota yang melayan rakyat bukan Melayu secara tidak samarata. Beliau juga bersetuju dengan pandangan Hindraf sebelum ini bahawa 'hak istimewa' orang Melayu yang dinyatakan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah teras kepada masalah ini. Peruntukan ini bertujuan untuk melindungi orang Melayu dengan mendiskriminasi kaum lain. Peruntukan yang tidak munasabah dan tidak adil perlu dikaji semula bahkan dimansuhkan.


[Gambar 10] Perhimpunan berakhir sejurus selepas pukul 4 petang. Beberapa ahli jawatankuasa kerja Sahabat Rakyat mengambil gambar kumpulan dengan kader dan penyokong Hindraf 2.0 sebagai kenangan.


[Gambar 11] Selepas perhimpunan itu, P. Uthayakumar dan beberapa kader mengundang kami untuk berehat dan minum di restoran berhampiran. Gambar di atas diambil bersama P. Uthayakumar. Barisan Kiri (dari kiri): Ahli Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat Choo Shinn Chien, Tan Seng Hin dan Choo Shinn Chei, sukarelawan Pung Yee Yen, pemimpin Hindraf 2.0 P. Uthayakumar; barisan kanan (dari depan): Ahli Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat Ang Pei Shan, Nyam Kee Han, Yong Siew Lee dan anak Nyam dan Yong, Nyam Li Jun. Uthayakumar memberitahu kami bahawa aktiviti hari ini sangat memberangsangkan beliau dan pasukannya. Mereka berharap dapat mengadakan aktiviti seperti ini selang beberapa bulan untuk terus menyuarakan masalah masyarakat India dan terus memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat India. Kami memberitahunya bahawa laluan "lawan tetap lawan" adalah pilihan yang tepat bagi Hindraf 2.0. Walau bagaimanapun, Hindraf 2.0 atau masyarakat India tidak boleh melakukannya secara terpencil. Mereka mesti bersatu dengan masyarakat tertindas yang lain dan bergabung dalam berjuang supaya dapat membebaskan diri daripada kedudukan tertindas.

1 comments:

well written & documented nyam.pl thank senior man Mr Tan & all 8 from sahabat rakyat who attended.PUthayakumar

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE