Sunday 12 November 2017

Undilah "calon yang membantah pengislaman negara": Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Mencegah puak Mahathir kembali kepada kuasa!

Undilah "calon yang membantah pengislaman negara":
Menentang pemerintahan hegemoni UMNO!
Mencegah "puak Mahathir kembali kepada kuasa"!

—— Ditulis khusus menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14,
  Sempena sambutan ulang tahun ke-16 Sahabat Rakyat
Oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat
Teks di bawah diterjemahkan dari versi asal dalam bahasa Cina yang diterbitkan pada 24 September 2017. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Cina yang asal, versi Bahasa Cina akan diguna pakai.


Pilihanraya umum ke-14 Malaysia akan diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Para pemimpin parti-parti pembangkang yang melagakkan “Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” sedang dilamun impian manis “menggunakan Mahathir bagi menjatuhkan Najib” dan “mengambil alih Putrajaya”, manakala pertubuhan masyarakat dan khalayak ramai yang mendambakan pembaharuan sosial pula mengharapkan kemunculan lebih ramai “wakil kepada rakyat” yang cukup berani untuk menyuarakan hasrat kaum tertindas dalam parlimen pada pilihan raya yang akan datang dan mana-mana pilihan raya masa depan, bagi menidakkan pindaan “Akta 355” dan sebarang rang undang-undang yang mempunyai sifat serupa, seterusnya menghentikan mana-mana pihak hegemoni perkauman Melayu untuk mengislamkan negara kita yang pada asalnya merupakan negara sekular majmuk berbilang bangsa dan agama.

Tahun ini genap 16 tahun ulang tahun penubuhan Sahabat Rakyat pada 9 September 2001. Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14, untuk meneruskan pelaksanaan idea dan pendirian “bebas dan berautonomi” dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat” seperti mana yang diamalkan dalam dua PRU terakhir (PRU ke-12 dan ke-13), Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat memutuskan untuk menerbitkan pendirian dan pandangan kami mengenai PRU akan datang.

Disebabkan dua keadaan yang akan dinyatakan dibawah, kami (ahli-ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat) tidak dapat mencapai persetujuan sebulat suara mengenai beberapa isu teras yang terhasil ekoran daripada pembahagian dan penstruktur semula kem rakyat dan kem musuh adalah boleh difahami:

Pertamanya, persengketaan kontradiksi sosial yang semakin hebat di negara kita (terutamanya merujuk kepada pergeseran di antara klik pemerintah hegemoni dengan rakyat semua bangsa yang diperintah) telah membawa kepada fenomena unik di mana pembahagian dan penstrukturan semula berlaku di dalam kedua-dua kem pemerintah hegemoni dan kem rakyat semua bangsa. Tambahan pula, kem pemerintah mempergiatkan taktik “infiltrasi” dan “penawaran pengampuan” di dalam kem rakyat, segelintir pemimpin dari kem rakyat juga menanti-nantikan saat untuk “memegang kuasa memerintah”;
Keduanya, intipati sistem pemilihan parlimen negara kita pula pada hakikatnya merupakan babak-babak penipuan yang memihak kepada klik pemerintah hegemoni untuk memanjangkan pemerintahan kediktatoran mereka terhadap rakyat semua bangsa, tambahan lagi, sehingga kini garis perjuangan politik parti-parti politik utama di negara kita adalah samar-samar dan pembahagian kerusi mereka dalam pilihan raya akan datang masih tidak ada penentuannya. 
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat tidak boleh mendiamkan diri. Oleh itu, kami memutuskan untuk menerbitkan kenyataan ini yang mendapat persetujuan daripada sebahagian besar ahli jawatankuasa kami, untuk disembahkan sebagai hadiah kepada pergerakan pembaharuan demokratik negara sempena sambutan ulang tahun ke-16 Sahabat Rakyat.

Kami berharap ahli-ahli jawatankuasa kami akan mengeluarkan pandangan dan pendirian mereka. Kami juga amat berharap parti dan pertubuhan demokratik dan semua demokrat di seluruh negara akan bermurah hati membenarkan kewujudan pandangan dan pendirian yang berbeza, dan menantikan amalan praktikal untuk menguji pandangan dan pendirian manakah yang selaras dengan kepentingan dan aspirasi rakyat semua bangsa. Di samping itu, juga menantikan amalan untuk menguji sama ada “strategi” terkini untuk “menggunakan Mahathir bagi menjatuhkan Najib” yang digembar-gembur oleh “pemimpin-pemimpin parti politik dan organisasi demokratik” bermanfaat atau berbahaya kepada perjuangan pembaharuan demokrasi rakyat semua bangsa?

Pada PRU ke-12 pada tahun 2008, Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat (ketika itu masih merupakan cawangan Johor Bahru SUARAM) telah menerbitkan “Seruan kepada semua pengundi”  yang bertajuk “Undilah parti pembangkang, untuk reformasi negara; Tunjukkan rasa benci terhadap parti berkuasa dengan undi rosak”. Seterusnya, dalam PRU ke-13 pada tahun 2013, kami bersama-sama dengan HINDRAF Johor telah menerbitkan “Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat sempena PRU ke-13” yang bertajuk “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!”  Pada ketika itu, demi meraih undi Melayu, pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) menghindari tuntutan masyarakat bangsa tertindas termasuk tuntutan “menghapuskan penindasan kaum dan bekerja ke arah kesamarataan semua bangsa” yang dikemukakan dalam seruan terbuka kami. Pada 8 Mac 2014, kami bersama-sama dengan Bahagian Belia Dewan Perhimpunan China Melaka dan Pemuda Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) serta 15 orang  demokrat telah mengeluarkan “Tuntutan-tuntutan pilihan raya kecil Kajang 2014”. Dalam tuntutan tersebut, kami menyatakan bahawa “PR tidak harus bersikap mengagungkan pemimpin politik dan golongan elit politik, tidak harus menggunakan deklarasi yang berbunga-bunga tetapi tidak praktikal dan membawa makna yang samar-samar, sebaliknya harus endos tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh pertubuhan masyarakat secara ikhlas demi menunjukkan keikhlasan PR dalam mereformasikan sistem sedia ada”. “Jika tidak, pengundi-pengundi Kajang mahupun pengundi seluruh negara pasti akan membuat keputusan dan balasan yang bijak dalam PRK Kajang dan PRK-PRK lain, malahan dalam pilihan raya umum yang akan datang!”

Selepas pelajaran yang dipelajari dari dua PRU yang lepas, pengundi pelbagai bangsa dan pelbagai strata sosial (terutama mereka yang prihatin terhadap pergerakan demokratik dan masa depan negara) pada umumnya telah kehilangan semangat dan harapan mereka terhadap PRU akan datang, bahkan telah wujud pandangan “tidak mahu mengundi” atau terhasilnya niat untuk “membuang undi rosak”. Ramai pemimpin pertubuhan masyarakat dan parti politik demokratik dan pengulas politik kini amat bimbang tentang keadaan ini, ada juga yang membahaskannya dengan berpanjang lebar.

Kami berpendapat bahawa, pengundi semua bangsa, semua strata di seluruh negara pasti akan menyuarakan azam dan aspirasi peribadi mereka dalam PRU akan datang berdasarkan pengalaman dan pemahaman politik mereka sendiri serta mengikut kepentingan diri mereka sendiri. Ini tidak akan berubah mengikut kehendak dan harapan mana-mana parti politik atau ahli politik.

Pernyataan "Membuang undi rosak" adalah hasil daripada keraguan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Harapan

Sejak mencapai kemerdekaan 60 tahun lalu, rakyat semua bangsa negara kita secara beransur-ansur menyedari bahawa pemerintahan hegemoni UMNO adalah punca utama kepada pembangunan sosial yang perlahan malahan terbantut, kehidupan ekonomi rakyat kelas rendah yang semakin melarat, penindasan agama dan kaum yang semakin menyemarak dan  hak politik masyarakat  tertindas yang semakin terkakis. Akibatnya, rakyat semua bangsa, semua strata sosial telah menyatakan kemarahan dan penentangan mereka terhadap pemerintahan hegemoni UMNO dengan menolak parti-parti komponen BN dan calon mereka di kawasan-kawasan bandar dan pekan dalam PRU ke-12 dan PRU ke-13 yang lepas. Rakyat semua bangsa juga sangat kecewa apabila melihat pemimpin parti politik dan pakatan politik (sebelum ini adalah "Pakatan Rakyat") yang bersedia untuk membentuk kerajaan alternatif berlagak bisu dan tuli (berpura-pura tidak tahu) terhadap tuntutan utama kaum tertindas demi meraih undi Melayu sebelum pilihan raya, dan saling bertengkaran  antara satu dengan yang lain demi merampas kuasa, kedudukan dan kepentingan asas selepas pilihan raya. Sudah pasti, keyakinan rakyat semua bangsa ke atas pemimpin parti politik yang mengetuai perjuangan pembaharuan demokratik kini telah terjejas dan jelas berkurangan.

Untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan luaran bagi mengukuhkan rejimnya, klik memerintah Umno yang dipimpin oleh Najib telah menawarkan pengampuan kepada barisan kepimpinan atasan PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang sejak dari permulaan lagi untuk memecah-belahkan kuasa politik yang menentang pemerintahan hegemoni UMNO. Kedua-dua pihak tersebut bekerjasama mencepatkan agenda pengislaman negera, dan bekerjasama dalam menggerakkan pindaan Akta 355 di Parlimen, akhirnya menyebabkan pemecahan Pakatan Rakyat kerena konflik dalaman yang tidak dapat berkompromi. Dari perspektif Pakatan Rakyat, ini merupakan faktor luaran pemecahan Pakatan Rakyat selepas 6 tahun mengetuai perjuangan politik rakyat menentang pemerintahan hegemoni UMNO; Sedangkan faktor dalaman pemecahan Pakatan Rakyat adalah sikap dan pendekatan licik dan berbaur penipuan pemimpin-pemimpin 3 parti komponen Pakatan Rakyat yang sengaja mengabaikan atau berdolak-dalik dalam menghadapi tuntutan konkrit yang munasabah oleh bangsa minoriti (khususnya bangsa Cina dan India di semenanjung Malaysia dan Iban-Dayak dan Kadazan-Dusun di Sabah dan Sarawak) yang ditindas oleh pemerintahan hegemoni BN; Selepas kegagalan dalam PRU, walaupun beberapa pemimpin PKR berusaha keras untuk membujuk dan mengekalkan kerjasama dengan PAS, percanggahan asas dan konflik kepentingan dalam menegakkan “Perlembagaan Persekutuan” dengan menyanjung “undang-undang syariah” di antara DAP dan PAS tidak dapat berkompromi. Maka, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti komponen akhirnya terpaksa berkecai juga.

Fakta-fakta sejarah menunjukkan bahawa: Sarana utama klik pemerintah UMNO untuk meneruskan dan mengukuhkan pemerintahan hegemoni mereka adalah dengan melaksanakan hegemoni perkauman Melayu dengan keras dan melaksanakan pengislaman negara dengan sewenang-wenangnya; Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun dalam pemerintahan hegemoni UMNO pula adalah dalang utama yang sengaja mengabaikan aspirasi masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada hampir separuh penduduk dan mengisytiharkan "Malaysia adalah negara Islam". Perjuangan pembaharuan demokratik yang dilancarkan olah rakyat Malaysia harus terlebih dahulu menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO, manakala menentang hegemoni perkauman Melayu dan menentang pengislaman negara adalah kandungan teras dan prasyarat untuk menumbangkan pemerintahan hegemoni UMNO.

Fakta di depan mata menunjukkan bahawa: demi meraih undi Melayu bagi merealisasikan impian manis “mengubah kerajaan, mengambil alih Putrajaya” dan menguasai lebih banyak kerajaan negeri,  para pemimpin Pakatan Harapan dari PKR, DAP dan parti Amanah yang lahir daripada serpihan PAS bukan sahaja mengabaikan konflik utama pembaharuan demokrasi negara kita dan terus menghindari isu penindasan terus-menerus hak masyarakat bangsa tertindas oleh hegemoni perkauman Melayu dan pengislaman negara, malahan mereka mengalu-alukan Mahathir, iaitu dalang utama yang membawa malapetaka kepada rakyat dan Negara, serta puaknya yang berasal dari UMNO yang membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjadi “komander tertinggi” dan “pemimpin teras” dalam usaha “menggulingkan Najib, menyelamatkan Malaysia”.

Rakyat pelbagai bangsa jelas bahawa Pakatan Harapan yang terbentuk daripada 4 parti politik akan mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat dan berakhir dengan kegagalan. Oleh itu, Rakyat pelbagai bangsa kini kurang menunjukkan minat terhadap slogan propaganda menukar kerajaan dalam PRU akan datang yang diuar-uarkan oleh pemimpin Pakatan Harapan, malahan ada yang berasa kecewa dan tidak puas hati. Maka, kemunculan pendapat seperti "mengundi pun tidak ada gunanya", "terpaksa membuang undi rosak" dan sebagainya dalam masyarakat umum adalah boleh difahami.

Rakyat Berhak Membuang Undi Rosak dalam PRU demi Meluahkan Kegeraman terhadap Pemerintahan Hegemoni Perkauman Melayu

Dengan tujuan mempertahankan kepentingan golongan birokrasi Melayu dan kelas kapitalis monopoli, klik pemerintah hegemoni UMNO masa kini yang diketuai Najib, berkeras melaksanakan dasar dan sistem ekonomi perkauman yang menekankan “hak istimewa orang Melayu”, membiarkan gejala “rent-seeking” dan rasuah birokrasi Melayu sehingga berleluasa, menolak pembaharuan demokratik sehingga penigkatan daya pengeluaran negara terbantut, melaksanakan GST secara menyeluruh meskipun sudah terdapat pelbagai jenis cukai dan pungutan yang berlebihan demi menanggung perbelanjaan negara yang makin hari makin meningkat. Akibatnya, rakyat semua bangsa terpaksa menanggung beban ekonomi yang semakin berat. Selain itu, demi menghadapi ketidakpuasan di kalangan rakyat semua bangsa terutamanya kelas pekerja bangsa Melayu yang juga diperintah dan tertindas, golongan pemerintah hegemoni UMNO yang diketuai Najib merapatkan kerjasama dengan pemimpin reaksioner PAS untuk merosakkan asas perlembagaan sekular Malaysia dengan lebih lanjut dan mempercepatkan proses pengislaman negara, mendalamkan penindasan agama dan bangsa terhadap rakyat bukan Muslim agar menipu sokongan daripada golongan pekerja Melayu dan akhirnya memecahkan kuasa perpaduan rakyat semua bangsa yang menentang pemerintahan hegemoni UMNO. Sebenarnya, rakyat semua bangsa secara umumnya berharap untuk menyampaikan kegeraman yang lebih meningkat dan mendalam terhadap pemerintahan hegemoni UMNO selama lima tahun yang lepas dengan undi mereka dalam PRU akan datang.

Kami berpendapat bahawa, rakyat semua bangsa mempunyai hak sepenuhnya untuk menyampaikan bantahan mereka terhadap pemerintahan hegemoni Melayu dan pengislaman negara dalam PRU akan datang berdasarkan pengalaman hidup dan kesedaran politik masing-masing serta kepentingan asas peribadi dan rakyat tertindas. Rakyat berhak penuh untuk mengundi kesemua calon yang berhasrat membantah pengislaman negara supaya memperkuatkan suara rakyat menolak pengislaman negara di dalam parlimen sehingga membantutkan niat jahat UMNO atau mana-mana kumpulan untuk meneruskan ataupun memperkuatkan pemerintahan hegemoni Melayu dan pengislaman negara secara berterusan.

Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat telah menyahut seruan pertubuhan hak asasi manusia “BEBAS” untuk “menggemblengkan pengundi dari seluruh negara agar memantau sama ada pendirian dan keputusan yang diambil oleh wakil rakyat lantikan mereka semasa mendebat dan memutuskan usul pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di parlimen itu mengikuti aspirasi rakyat atau menepati kepentingan rakyat semua bangsa. Seruan tersebut yang memobilisasi kuasa massa mengawasi pemimpin politik adalah pendirian perjuangan menentang pengislaman negara yang adil, munasabah dan sah dari segi undang-undang. Namun, pendirian tersebut belum dapat dilaksanakan kerana usul pindaan RUU 355 telah ditangguh sementara waktu. Oleh demikian, kami ingin meneruskan pendirian tersebut dengan memberi cadangan bahawa sekiranya seseorang calon itu berjanji secara terbuka bahawa dia tegas membantah usul pindaan RUU 355 Hadi Awang, kami akan menyeru pengundi semua bangsa untuk mengundi calon tersebut dalam PRU akan datang menjadi wakil rakyat mereka dan menyokong calon tersebut berjuang menentang pengislaman negara habis-habisan.

Rakyat semua bangsa mengharapkan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN yang lahir daripada serpihan PAS akan mengambil iktibar dari kegagalan Pakatan Rakyat dengan berpegang teguh kepada pendirian membantah pengislaman negara dan melancarkan perjuangan menentang pemerintahan hegemoni UMNO secara habis-habisan. Namun, selepas berpisah dengan PAS yang berpendirian membentuk negara Islam,  pemimpin-pemimpin tiga parti tersebut sanggup menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyanjung ketuanan Melayu. PPBM telah ditubuh oleh Mahathir yang pernah menguasai rejim UMNO selama 22 tahun bersama puaknya yang kini diserang dan dipinggirkan oleh puak Najib yang berkuasa dalam persengketaan konflik dalaman golongan pemerintah UMNO.  Lebih-lebih lagi, para pemimpin tiga parti tersebut membenarkan Mahathir dan puaknya mengambil peranan sebagai “komander tertinggi” dan “pemimpin teras” dalam  usaha “mencetuskan tsunami politik Melayu”, ini sudah pasti akan menimbulkan keraguan, kerisauan mahupun ketidakpuasan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.  

Walaupun para pemimin Pakatan Harapan (merujuk kepada tiga parti asal) menunjukkan sikap kelemahan dan pendirian yang berubah-ubah dalam persoalan membantah pengislaman negara, kebanyakan ahli akar umbi, kader dan penyokong parti-parti DAP, PKR dan PAN berpendirian menolak pemerintahan hegemoni UMNO. Pada peringkat ini, tiga parti asal PH masih merupakan parti politik utama di pihak rakyat yang lebih memenuhi aspirasi reformasi rakyat semua bangsa. Oleh itu, tindakan pengundi berbilang bangsa seluruh negara memberi sokongan dan memilih calon daripada DAP, PKR dan PAN dalam PRU akan datang adalah boleh difahami. Kita juga tidak boleh menyalahkan mereka yang membuang undi rosak (contohnya melakar sebuah bulan atau bulatan, atau sebagainya atas kertas undi demi meluahkan ketidakpuasan hati) terhadap Mahathir dan calon daripada PPBM kerana mengkhuatiri perkembalian puak Mahathir ke puncak kuasa akan membawa kebinasaan yang lebih mendalam di kalangan rakyat semua bangsa terutamanya masyarakat tertindas.

Spekulasi politik hanya akan asingkan diri daripada Keperluan Massa, Tuntutan Rakyat Harus dipentingkan Sebelum Undi diminta

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, para pemimpin parti pembangkang utama negara kita cuba sedaya upaya berspekulasi bahawa Najib sebagai ibu segala kejahatan pemerintahan "kleptokrasi". Menurut mesej Hari Kebangsaan Lim Kit Siang pada tahun ini, Najib dikenalpasti sebagai “Malaysia Official 1” (MO1) dalam kes dakwaan penyitaan aset kleptokrasi Jabatan Kehakiman (DoJ) yang terbesar. Lim Kit Siang berpendapat bahawa Amerika Syarikat sebenarnya telah mengganggap Perdana Menteri Malaysia, Najib sebagai pemimpin kleptokrasi. Rakyat negara kita seolah-olah sudah bosan terhadap tuduhan berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memindahkan wang sejumlah 681 juta USD (lebih kurang 2.6 bilion Ringgit) ke dalam akaun Ambank yang dimiliki oleh “Malaysia Official 1” melalui dua transaksi berasingan. Seruan Lim Kit Siang berbunyi “tumbangkan Najib, hentikan pemerintahan kleptokrasi” yang lantang itu tidak mendapat sambutan hangat.

Selepas Mahathir membentukkan PBBM, para pemimpin DAP sibuk dalam spekulasi mengangkat Mahathir sebagai “kunci dalam mencetuskan Tsunami Melayu”. Dalam salah satu kenyataannya, Lim Kit Siang pernah menyebut bahawa Mahathir merupakan kunci untuk menembusi kubu UMNO. Memandangkan PKR, PAS, PAN mahupun DAP tidak mampu menggugat penguasaan UMNO di kerusi majoriti Melayu di luar bandar, dia percaya hanya Mahathir dapat mempengaruhi perubahan orang Melayu bagi mencetuskan “Tsunami Melayu”. Pada hakikatnya, Mahathir merupakan dalang perwakilan hegemoni Melayu yang pernah memegang jawatan paling lama, menggunakan tipu muslihat yang paling kejam dan mempunyai dosa terbesar yang menerima kritik paling hebat daripada Lim Kit Siang sendiri. Berdasarkan pengulas memihak kepada BN, Lim Kit Siang sanggup menggadaikan maruah untuk membangkitkan Tsunami Melayu dan menawan Putrajaya.

Jika dua spekulasi penting di atas dapat membangkitkan semangat pengundi berbilang bangsa dalam PRU akan datang dan membawa pengaruh dan impak utama kepada keputusan pilihanraya, maka tidak perlu risau tentang pendapat yang ditimbulkan oleh pihak lain seperti "mengundi pun tidak ada gunanya", "terpaksa membuang undi rosak" dan sebagainya.

Pendirian kami terhadap PRU akan datang tetap seperti biasa, iaitu semua pertubuhan masyarakat harus menyerlahkan prinsip kebebasan dan autonomi dan dengan tanpa ragu-ragu mengemukakan tuntutan pilihanraya yang mewakili aspirasi dan kepentingan rakyat massa serta menuntut pemimpin parti politik dan calon pilihanraya mereka memandang serius dan menerima tuntutan-tuntutan tersebut.   

Pada pandangan kami, para pemimpin Pakatan Harapan (merujuk kepada tiga buah parti politik asal) yang bersedia menawan Putrajaya tidak harus menghindari, sebaliknya patut menyahut tuntutan-tuntutan berikut:
  1. Rakyat membantah sebarang usaha pengislaman negara dan menuntut sistem negara sekular yang asal dikekalkan;
  2. Rakyat di Sabah dan Sarawak menuntut “hak pembangunan” dan “hak penentuan nasib diri”;
  3. Bangsa tertindas menuntut “hak keistimewaan orang Melayu” dan ”sistem kuota berdasarkan kaum”dimansuhkan;
  4. Golongan tertindas menuntut reformasi sistem pencukaian sedia ada yang tidak adil terhadap kelas berpendapatan rendah.
Selepas Mahathir membuat kritikan keras terhadap projek pembangunan “Forest City” di Johor bahru yang merupakan usaha sama kumpulan Country Garden dari China dengan kerabat diraja negeri Johor, kami mendapati sesetengah pemimpin PH (merujuk kepada tiga parti asal)  turut mengikuti jejak Mahathir dengan mengecam Najib “menjualkan kedaulatan negara”dan “menggadaikan kepentingan rakyat”kepada negeri China dalam projek pelaburan infrastruktur asas besar-besaran negara China di Malaysia seperti Melaka Gateway, pengembangan pelabuhan Klang (Terminal ketiga), Rel Hubungan Pantai Timur (East Coast Rail Link), Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura dan sebagainya.

Berdasarkan keadaan tersebut di atas, skandal korupsi rejim Najib dan pelaburan dari China di Malaysia mungkin akan menjadi dua topik yang hangat didebat dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika para pemimpin tiga parti asal dalam PH, seperti Mahathir, sanggup memilih pendirian bertentangan dengan pengaturan strategi “One Belt One Road” negeri China tanpa mengira akibat demi “menumbangkan Najib”, “menawan Putrajaya” sehingga hubungan kerjasama strategik antara Malaysia dan China yang sudah terbentuk dirosakkan, ini hanya menunjukkan para pemimpin tersebut mempunyai motif politik yang lain atau mereka kekurangan kebijaksanaan politik yang tinggi.

Kritikan terhadap projek pembangunan “Forest City” kumpulan Country Garden dari negeri China di Johor bahru tidak boleh disalahkan dan patut dipuji! Projek tersebut tidak memenuhi keperluan sebenar rakyat Johor mahupun Malaysia dan tidak memberi sebarang manfaat kepada keluarga yang sekadar cukup mengisi perut.  Projek “Forest City” juga mungkin membawa kesan negatif yang sukar dianggar kepada negeri Johor. Banyak tanda menunjukkan projek tersebut sebenarnya merupakan pembangunan perumahan mewah secara besar-besaran oleh kumpulan korporat swasta negeri China yang sengaja memilih Johor Bahru kerana berhampiran Singapura untuk menarik wang haram dari China dibawa ke luar negeri. Berdasarkan laporan media, kerajaan China telah mengetatkan kawalan terhadap aliran wang rakyat negari China ke luar negeri melalui pembelian rumah di “Forest City”.

Kami berpendapat bahawa demi menjayakan pengaturan strategi “One Belt One Road”, China memutuskan untuk memajukan pembangunan ekonomi dan kepentingan bersama kedua-dua negara China dan Malaysia dengan melabur secara besar-besaran dalam projek pembangunan infrastruktur di Malaysia. Ini umpama kesempatan terbaik yang hanya wujud sekali dalam semur hidup bagi rakyat negara kita! Memandangkan kini China sudah membangun sebagai antara badan ekonomi yang terbesar di dunia, dan China tidak pernah merampas sumber dan kekayaan daripada rakyat dan negara lain, ada antara pemimpin dan rakyat di ramai negara terutamanya negara yang tidak terletak di sepanjang laluan “One Belt One Road” begitu mendambakan pelaburan dari China! Apakah alasan untuk negara kita membantah atau melepaskan pelaburan China dengan sembarangan?

Sekiranya wujud banyak undi rosak dalam PRU akan datang, ini hanya menunjukkan rakyat yang masih sabar dan menaruh harapan ingin memberi nasihat ikhlas kepada para pemimpin parti pembangkang bahawa “tuntutan rakyat wajib dipentingkan sebelum undi diminta”.


Ditulis pada awal September 2017
Semakan pada pertengahan September 2017


0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE