Wednesday 15 February 2017

PETISYEN MENOLAK RANG UNDANG-UNDANG PINDAAN AKTA 355 / PETITION TO REJECT HADI'S BILL (17 February: update editor's note)

PETISYEN MENOLAK RANG UNDANG-UNDANG PINDAAN AKTA 355

Pergerakan BEBAS



[Nota Editor Sahabat Rakyat] Usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai RUU 355 oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Abdul Hadi Awang, akan dibentangkan semula dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2017. PAS menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Padang Merbok pada 18 Februari (Sabtu) bagi meningkatkan momentum RUU persendirian Hadi.

Pada ketika pemimpin-pemimpin beberapa parti pembangkang di negara kita masih tertenggelam dalam perjuangan "Turunkan Najib", "Selamatkan Malaysia" dan mengambil sikap sambil lewa atau mengelakkan diri daripada pergerakan "Tolak Usul Pindaan RUU 355" dan "Tolak Pengislaman Negara", sebuah pertubuhan masyarakat (NGO) yang menggelarkan dirinya "BEBAS" tiba-tiba muncul dengan mendadak dan mempetisyenkan semua Ahli Parlimen supaya mengundi "Tidak" kepada RUU Hadi Awang mengenai pindaan Akta 355 pada 13 Februari 2017. Kumpulan ini juga menganjurkan satu perhimpunan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya pada 18 Februari (Sabtu) jam 3 petang.

Pada pandangan kami, tindakan tersebut di atas oleh BEBAS adalah amat jarang sekali dan patut dipuji dan dihargai; walaupun sesetengah orang mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan hujah-hujah dalam petisyen ini, namum sokongan kepada kedua-dua tindakan adalat oleh kumpulan ini tidak perlu disangsikan lagi.

Ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat akan mengambil bahagian dalam perhimpunan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu ini untuk bersama-sama menyatakan hasrat dan tekad untuk "Tolak Usul Pindaan RUU 355" dan "Tolak Pengislaman Negara".

Berikut merupakan teks penuh petisyen "BEBAS" kepada semua Ahli Parlimen yang dikeluarkan pada 13 Februari 2017:

Kami mewakili pergerakan BEBAS, pergerakan yang memperjuangkan kesaksamaan, ingin menyeru kepada Yang Berhormat untuk menolak kepada Rang Undang-Undang YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, yang bertujuan untuk menambah hukuman Mahkamah Syariah sedia ada daripada denda RM 5,000, 3 tahun penjara, dan 6 kali sebatan kepada denda RM 100,000, 30 tahun penjara dan 100 kali sebatan.

Yang Berhormat mestilah mengundi “Tidak” terhadap Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), bukan sekadar “abstain” atau tidak hadir di Dewan pada waktu undi dijalankan. Sikap berkecuali dalam hal ini dengan tidak mengundi hanya akan membolehkan RUU355 diluluskan.

Keadilan sosial dan kesaksamaan dari segi undang-undang

Sebagai sebuah negara majmuk kaum dan agama, kami berpendapat bahawa prinsip keadilan sosial yang paling penting adalah untuk semua warganegara Malaysia dilayan samarata di sisi undang-undang.

Dengan ‘pemerkasaan’ kuasa Mahkamah Syariah, ini akan melebarkan jurang perbezaan antara layanan dari segi undang-undang terhadap mereka yang beragama Islam dan mereka yang bukan Islam.

Malaysia sudah mempunyai Kanun Jenayah yang mencukupi untuk menghukum jenayah berat, sedangkan bidangkuasa Mahkamah Syariah rata-ratanya terhad kepada kes khalwat, lelaki memakai pakaian wanita, minum arak, hubungan seks luar nikah, dan kes-kes keluarga orang Islam.

Oleh kerana undang-undang Syariah adalah di bawah bidangkuasa negeri, adakah pada masa akan datang dewan negeri masing-masing akan menambah supaya jenayah curi, bunuh dan sebagainya tergunapakai di negeri masing-masing?

Ini akan menyebabkan kecelaruan dan perlapisan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, antara mereka yang beragama Islam dan bukan Islam.

Keberkesanan ‘pemerkasaan’ Mahkamah Syariah

Sejak mencetuskan idea untuk melaksanakan undang-undang hudud sehinggalah berubah penjenamaan semula kepada ‘pemerkasaan undang-undang Syariah’, tidak sekali pun YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyokong Usul beliau dengan bukti kukuh potensi keberkesanan cadangan pindaan Akta 355. Beliau hanya mengulangi slogan dan jenama tanpa isi.

Sebagai Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat, sebarang perubahan polisi atau undang-undang hendaklah berdasarkan bukti keberkesanan hasil penyelidikan atau eksperimen oleh ahli akademik universiti ternama dunia, ataupun telah dilaksanakan di negara-negara lain dan mempunyai impak positif kepada masyarakat.

Kami difahamkan bahawa tujuan asal RUU 355 adalah untuk mengurangkan kejadian jenayah sosial dan masyarakat. Kami menegaskan bahawa memberikan hukuman yang lebih berat berbentuk punitif adalah tidak berkesan sama sekali.

Kami berpendapat bahawa melihat kepada konsep menghukum semata-mata tanpa usaha untuk rehabilitasi dengan cara baik dalam bidangkuasa Mahkamah sedia ada adalah tidak berkesan. Penambahan hukuman tidak akan menjamin pengurangan pesalah-pesalah jenayah Syariah baru atau pesalah ulangan.

Kami mencadangkan bahawa untuk konsep penyelesaian masalah keberlakuan jenayah Syariah secara keseluruhan, Malaysia patut melihat kepada negara-negara seperti Norway, Sweden, Spain dan Netherlands, di mana kadar jenayah secara keseluruhan sangatlah rendah sehingga mereka menutup penjara mereka yang kosong akibat ketiadaan pesalah. Di Netherlands, mereka sehingga menukar penggunaan penjara yang kosong tersebut sebagai dijadikan rumah perlindungan sementara untuk pelarian Syria, Iran dan Morocco[1].

Mengikut hasil penyelidikan Houssain Askari, ahli akademik daripada Universiti George Washington bertajuk Indeks Ekonomi Islamik[2]mendapati bahawa berdasarkan kajian lebih 208 buah negara, Ireland adalah negara paling Islamik di dunia.

Melihat kepada Indeks Ekonomi Islamik, 10 negara teratas di mana polisi dan pencapaian negara yang mencerminkan ajaran ekonomi Islam adalah - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapore, Finland, Norway, dan Belgium.

Parameter yang digunapakai adalah sekiranya sesebuah negara, masyarakat, atau komuniti menampakkan ciri-ciri seperti tiada pilihanraya, mengamalkan rasuah, penindasan, pentadbiran negara yang tidak adil, ketidakadilan dari segi undang-undang, ketidakadilan peluang untuk pembangunan manusia, ketiadaan kebebasan membuat pilihan (termasuk agama), kemewahan di samping kemiskinan yang ketara, paksaan, keganasan sebagai alatan penyelesaian konflik adalah berlawanan dengan dialog dan pendamaian. Yang paling penting, kezaliman dalam apa jua bentuk ialah bukti prima facie bahawa ia bukan satu masyarakat Islam.

Antara semua negara Islam di dunia, Malaysia di tangga teratas Negara Islam di No. 33, Kuwait kedua di Tangga No. 48. Kenapa Malaysia hendak melihat kepada negara-negara yang gagal seperti Arab Saudi, Nigeria, Zimbabwe dan sebagainya yang dirujuk sebagai negara Islam yang mengamalkan hukuman Syariah yang dikehendaki?

Penyalahgunaan Undang-Undang Syariah

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berulangkali mengatakan bahawa pindaan RUU355 hanya akan memberi kesan kepada orang beragama Islam, tetapi ini adalah kenyataan yang tidak benar.

Seorang ibu beragama Hindu ditolak hak penjagaan anak perempuannya dan tidak dibenarkan berjumpa, kecuali beberapa saat di dalam mahkamah, setelah suaminya menganut agama Islam dan menukar agama anak-anak mereka tanpa pengetahuan atau persetujuan Si Ibu di dalam kes Indira Gandhi.

Reevathi Masoosai, seorang isteri dan ibu yang dibesarkan seumur hidup sebagai penganut Hindu oleh neneknya, tetapi berstatus Islam di dalam kad pengenalannya, diambil tanpa kerelaannya dan ditahan di pusat pemulihan akhlak agama Islam sehingga 6 bulan dan dipaksa untuk makan daging lembu. Anaknya dirampas daripada suaminya yang beragama Hindu. Sebuah keluarga mengalami seksaan dan penindasan oleh satu institusi agama Islam yang dikatakan adil dan saksama.

Bagi komuniti Kristian, sudah berapa kali barangan keagamaan, terutamanya buku dan CD, walaupun hanya kegunaan khas sembahyang di gereja sudah dirampas oleh kedua-dua institusi agama Islam dan sivil. Ingat juga Nisha Ayub yang dipaksa memberikan perkhidmatan seks semasa ditahan di dalam penjara kerana memakai pakaian wanita.

Mereka yang menyokong pindaan RUU355 seperti tidak mengakui bahawa terdapat kelemahan teruk dalam perlindungan hak orang kena tuduh di dalam sistem sedia ada. Sebarang pemerkasaan hukuman Syariah akan memburukkan keadaan.

Sekiranya YB berdiam diri atau menyokong pindan RUU355 ini, bahawa bermakna bahawa YB membolehkan ketidakadilan belaku terhadap setiap komuniti YB sendiri.

Dengan ini kami menyeru sekali lagi, #TakNakUsul355.

Bagi pihak BEBAS,

Azira Aziz

Azrul Mohd Khalib




Dear YB,

PETITION TO REJECT HADI'S BILL

Source: BEBAS movement



[Sahabat Rakyat Editor’s Note] PAS President Hadi Awang submitted a Bill to make amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355 Amendment Bill), that may be tabled in the coming Dewan Rakyat sitting in March. PAS has called for a mega rally at Padang Merbok on 18 February (Saturday) in support of Hadi and the bill.

While the leaders of a few opposition parties in our country are still immersed in the “Najib step down” and “Save Malaysia” struggle and take a perfunctory or escaping attitude towards the “opposing Act 355 Amendment Bill” and “opposing state Islamisation” movement, a NGO called “BEBAS” suddenly emerged and submitted a petition to all MPs on 13 February to vote “No” to Hadi Awang's Bill on the amendments of Act 355. The group also calls for a rally at Taman Jaya park, Petaling Jaya on 18 February (Saturday) 3pm.

In our view, the action above by BEBAS is valuable and laudable; though some may not fully agree with the arguments in this petition, there should be no doubt in supporting both righteous actions of this group.

Sahabat Rakyat committee members will participate in the rally at Taman Jaya Park, Petaling Jaya, Selangor this coming Saturday to express the aspiration and determination to “oppose Act 355 Amendment Bill” and “oppose state Islamisation” together with all others.

Below is the full text of the petition that the NGO, BEBAS sent to all MPs on 13 February - 

BEBAS, a movement that upholds equality, wishes to urge you to reject PAS president Dato’ Seri Abdul Hadi Awang’s private member’s Bill that aims to increase the Shariah punishment ceiling from the current limits of three years’ jail, RM5,000 fine and six strokes of the cane to 30 years’ jail, RM100,000 fine and 100 lashes.

We call upon you to vote “No” to Hadi’s Bill that seeks to amend the Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355), instead of merely abstaining from voting and skipping Parliament on the day of the vote. Staying silent by refusing to vote will only increase the likelihood of the passage of the Bill.

Social justice and equality before the law

As a multi-racial and multi-religious country, we believe that the most important form of social justice is for all Malaysians to be treated equally before the law.

The so-called “empowerment” of the Shariah Court will only exacerbate the unequal treatment of Muslims and non-Muslims before the law.

Malaysia already has a Penal Code that suffices to punish serious crimes, whereas the Shariah Court’s jurisdiction is mainly limited to khalwat cases, cross-dressing, alcohol consumption, extramarital sex and Muslim family law.

Since Shariah legislation is under state jurisdiction, will there be a time when the state legislative assemblies attempt to exert state jurisdiction over crimes like theft, murder and the like?

This will cause chaos and overlapping jurisdictions between the Civil and Shariah Courts and among Muslims and non-Muslims.

Effectiveness of “empowerment” of the Shariah Court

From the start when YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang first suggested implementing hudud law and when he subsequently changed his stance to “empowering Shariah legislations”, not once has he supported his Bill with strong evidence on the effectiveness of his proposed amendments to Act 355. He has merely resorted to empty rhetoric.

As a Member of Parliament and a people’s representative, any proposed change in law or policy should be based on effectiveness evidenced through research or experimental studies by renowned academics, or on whether they have already been implemented in other countries and have resulted in a positive impact on society.

We understand that the original purpose of Hadi’s Bill is to reduce the incidences of social crime. However, we want to stress that imposing heavier punishments is not effective at all.

We believe that focusing on punishment alone without attempts for rehabilitation under the current system is ineffective. Increasing punishments will not guarantee a drop in Shariah offences nor in repeat ones.

We suggest that in order to resolve the problem of Shariah offences holistically, Malaysia should look at countries like Norway, Sweden, Spain and the Netherlands, where the overall crime rate is so low that they had to close down empty prisons because there were no prisoners. In the Netherlands, they even converted empty prisons to halfway houses for refugees from Syria, Iran and Morocco[1].

According to a research study by Houssain Askari, an academic from George Washington University titled “An Economic Islamicity Index”[2], Ireland was found to be the most Islamic country in the world out of more than 208 countries surveyed.

The top 10 countries whose policies and achievements reflected Islamic teachings on the economy were Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapore, Finland, Norway, and Belgium.

The parametres used were if a country, society, or community showed traits like the absence of elections, the practice of corruption, abuse, unjust administration of the country, injustice in the law, the lack of equal opportunities for human development, the lack of freedom of choice (including religious freedom), the gap between the rich and the poor, force, violence as conflict resolution which is against dialogue and peace. Most importantly, oppression in whatever form is prima facie proof that a community is not Islamic.

Among the Islamic countries in the world, Malaysia was ranked the top at 33rd, Kuwait second at 48th. Why does Malaysia want to look at failed states like Saudi Arabia, Nigeria, Zimbabwe as reference points on how to enforce Shariah punishments?

Abuse of Shariah laws

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang has repeatedly claimed that his proposed amendment to Act 355 will only involve Muslims, but this is not true.

In the case of Indira Gandhi, a Hindu mother was denied custody of her daughter and not allowed to meet her child except for a few seconds in court, after her husband converted to Islam and converted their children without the knowledge or consent of their mother.

Reevathi Masoosai, a wife and mother who was raised her whole life as a Hindu by her grandmother, but had the status “Islam” in her identity card, ended up in an Islamic rehabilitation centre without her consent for six months and was forced to eat beef. Her child was taken from her Hindu husband.

A family was tortured and oppressed by an Islamic institution that was supposed to be fair and just.

For the Christian community, their religious materials like books and CDs were confiscated so many times by both civil and religious authorities even though they were only meant for church use. There’s also the case of Nisha Ayub who was forced to give sexual services in prison when she was arrested for wearing women’s clothes.

Those who support the proposed amendment to Act 355 seem to refuse to acknowledge the grave weaknesses in the protection of the accused under the current system. Any move to enhance Shariah punishments will only make things worse.

If you stay silent or if you support the proposed amendment to Act 355, it means that you’re allowing injustices in your own community.

With this, we say again: #TakNakUsul355.

Azrul Mohd Khalib

Azira Aziz

Members of BEBAS




0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE