Sunday, 18 September 2016

Forum sempena Ulang Tahun ke-15 Sahabat Rakyat : “Membezakan Sekutu dan Musuh Perjuangan, Menguburkan Hegemoni Umno” 4 panelis diundang berucap, rakyat semua lapisan dijemput hadir [Kemaskini: Nama-nama panelis; Kemaskini kedua pada 18 Sep: Tajuk makalah panelis]

Forum sempena Ulang Tahun ke-15 Sahabat Rakyat:
“Membezakan Sekutu dan Musuh Perjuangan, Menguburkan Hegemoni Umno”

4 panelis diundang berucap, rakyat semua lapisan dijemput hadir

2 September 2016

[Kemaskini pada 8 September: Nama-nama Panelis; Kemaskini kedua pada 18 Sep: Tajuk makalah panelis]


Pada 2 September, Sahabat Rakyat telah menghantar email untuk mengundang 4 orang panelis untuk berucap dalam Forum bertema “Membezakan Sekutu dan Musuh Perjuangan, Menguburkan Hegemoni UMNO”. Antara yang diundang termasuk tiga ahli politik yang berpengalaman atau muda dan seorang cendekiawan sosial. Panelis masing-masing mempunyai 30 minit untuk berucap. Sesi soal-jawab akan menyusul selepas kesemua ucapan selesai. Kami mengalu-alukan kehadiran rakyat semua lapisan masyarakat untuk hadir ke forum percuma ini.

Penganjuran forum ini merupakan satu lagi aktiviti yang dijalankan sempena ulang tahun ke-15 kami. Berikut merupakan butiran forum:

                         Tarikh : 25 September 2016 (Ahad )
                         Masa : pukul 2 hingga 6 petang
                         Tempat : Crystal Crown Hotel, Johor Bahru

Sehingga 8 Sep, Ketua Editor The Rocket (organ DAP), Chow Yu Hui, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan dan Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr. Lim Teck Ghee telah secara rasmi menerima jemputan kami untuk hadir berucap atau menghantar wakil untuk membentangkan makalah. Bagi mengukuhkan barisan penceramah bahasa Cina, seorang lagi penceramah yang diundang oleh jawatankuasa penganjur Forum adalah Naib Pengerusi PKR Chua Tian Chang (Tian Chua). Jawatankuasa penganjur sedang menunggu pengesahan beliau untuk hadir berucap.

Jawatankuasa penganjur bersyukur hati terhadap S. Arutchelvan, Chow Yu Hui dan Dr. Lim Teck Ghee yang menerima jemputan kami untuk hadir berucap atau membentangkan makalah. Tajuk makalah perbentangan mereka berbunyi seperti berikut:
1. Dr. Lim Teck Ghee - Mengatasi Hegemoni UMNO yang menguasai Malaysia (Overcoming UMNO's Hegemonic Hold Over Malaysia)
2. Chow Yu Hui - Manakah Harapan Pakatan Harapan?
3. S. Arutchelvan – Teori Barisan Persatuan dan Satu Negara yang Dipecahkan Berdasarkan Kaum (akan Dipastikan lagi) (United front theory and a racially divided nation)

Naib Pengerusi PKR Chua Tian Chang (Tian Chua) memaklumkan Jawatankuasa penganjur pada awal pagi semalam (17 Sep) bahawa beliau tidak dapat menyertai forum kali ini kerana tidak dapat mengatur semula program yang dirancang lebih awal lagi. Kami berasa kesal terhadap perkembangan tersebut dan membalas kepadanya dengan emel pada petang tersebut juga. Kami menyampaikan harapan agar Tian Chua dapat membentangkan makalah terhadap tema forum ini demi mengisi ketidakhadirannya dalam forum ini.

Sebelum ini, Sahabat Rakyat telah mengeluarkan satu kesimpulan kerja bertema “Kerja Tempoh 5 Tahun Lepas Mendalamkan 4 Pemahaman Politik Kami” pada 1 September 2016 (penterjemahan BM dimuatnaik pada 9 Sep 2016), sebagai hadiah daripada Sahabat Rakyat sempena ulang tahun ke-15 kami. Kami mengalu-alukan penelitian dan kritikan daripada parti-parti politik dan organisasi demokratik serta semua demokrat di negara kita.

Sahabat Rakyat, seperti mana-mana pertubuhan dan individu lain, mempunyai pendirian dan pandangan tersendiri mengenai tema forum ini, tetapi tujuan kami menganjurkan forum ini bukan untuk mempromosikan pendirian dan pandangan kami, tetapi adalah supaya semua ahli panel boleh menyampaikan pandangan dan idea-idea yang selaras dengan tema dengan bebas dan terus terang, sebagai rujukan buat semua parti politik dan pertubuhan demokratik serta segenap lapisan masyarakat. Jawatankuasa penganjur amat berharap panelis akan menerima jemputan untuk hadir memberi ucapan mereka.

Bagi meningkatkan impak penyebaran dan pendidikan pandangan holistik setiap panelis berkaitan tajuk perbincangan yang begitu penting ini, Jawatankuasa penganjur berharap semua panelis boleh mengemukakan makalah penuh (tidak terikat dengan masa ucapan) mereka pada atau sebelum 14 September 2016, supaya penganjur (dengan keizinan masa) boleh menterjemahkan isi penting ataupun teks penuh makalah mereka dan memuat naik makalah mereka di laman blog ‘Sahabat Rakyat’ (sahabatrakyatmy.blogspot.my) serta dihantar kepada pelbagai media massa pada tarikh forum.

0 comments:

通告 Notification




Malaysia Time (GMT+8)